Support My Blog

Saturday, December 14, 2024

LEUNCA ATAU BUAH RANTI- APA DIA?

LEUNCA
(Solanum nigrum Linn) atau Buah Pokok Ranti merupakan sejenis buah yang mana ia menyerupai Terung Pipit. Nama ini agak jarang di sebut di Malaysia akan tetapi ia popular di negara jiran Indonesia dimana 
Leunca (Solanum americanum Miller, sinonim Solanum nigrum L.) adalah salah sejenis tumbuhan kumpulan sayuran indigenous yang natif atau ia berasal dari Amerika Selatan. Di Indonesia sebutan 'leunca' (dalam bahasa Sunda) sudah menyebar di Pulau Jawa dan Sumatera yang tumbuh dikawasan tanah agak kering sama ada di kebun atau di belukar. Menarik untuk di bincangkan akan perbezaan Buah Terung Pipit (Solanum travum) atau Rimbang dengan Buah Leunca (Buah Ranti) seperti foto diatas. Ada yang dakwa dimana buah leunca yang di masak rasanya lebih sedap daripada terung pipit kerana kurang rasa pahitnya. Kalangan orang kampong dulu-dulu emang ada menanam 'pokok ranti' ini di kawasan keliling rumah walau asalnya ia tumbuh liar di belukar terutama kawasan yang ada banyak cahaya matahari. Leunca ini mudah ditanam dengan menggunakan bijinya yang matang. Pokok leunca berbatang tegak dan banyak bercabang dengan selalunya mempunyai ketinggian antara 30-175 cm. Buahnya berupa buah kecil dan berbentuk bulat-bulat dan selalu ia mempunyai isi banyak biji dengan garispusat buahnya sekitar 0.8 -1 cm. Tanaman leunca sengaja ditanam orang di kebun-kebun yang mana ia adalah termasuk tanaman semusim. Mudah di tanam dan dijaga kerana ia tidak banyak musuh perosak dan kurang di serang penyakit. Berlainan dengan terung pipit dimana ia lebih senang tumbuh liar di belukar dimana pokok terung pipit adalah jenis semak kecil dengan tingginya dapat mencapai sehingga 5 meter. Dilihat dimana hampir kesemua bahagian tumbuhan ini berduri kecuali hanya pada buahnya yang dilihat ia seakan ditutupi rambut atau berbulu dimana pokok ini berbuah sepanjang musim. Biji terung pipit kulitnya lebih tebal dari kulit buah leunca dimana kelainan dari bentuk daunnya dilihat daun terung pipit adalah ia lebih besar dan kasar sedangkan daun lenca daunya kecil dan sedikit agak licin.  Melihat perbezaan pada bahagian batangnya dimana pokok terung pipit batangnya ia berduri sedangkan batang lenca tidak berduri. Dari segi rasa pula dimana buah terung pipit adalah agak pahit (agak getir - bahasa Jawa) sedangkan buah leunca walaupun sedikit pahit tetapi ia agak manis. Dalam pada itu daun meranti gajah (ranti) agak enak atau lebih sedap dibuat gulai lemak, urap kelapa atau daunnya sesuai kalau ia dicelur dibuat ulam. Penulis blog pernah ujirasa kedua-dua ulaman ini semasa beberapa kali berkunjung ke Pulau Jawa di Indonesia. Artikel dalam kedinginan subuh ini dalam blog teknikal "Anim Agro Technology" saya kongsikan keterangan mengenai pokok leunca dan pokok terung pipit untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua pembaca.


Menurut portal kompas.com dari negara jiran bertajuk 'Apa itu Leunca' yang ada laporan sesuai dirujuk. Buah 
Leunca berbentuk bulat kecil dengan warna hijau berkilat adalah sejenis sayuran atau ulaman iaitu makanan khas Sunda yang selalu ia disediakan dengan sambal dan pdimakan sebagai ulam-ulamanbersama nasi dnan lauk yang lain. Apa pun dilaporkan kalangan  masyarakat Sunda bahan leunca adalah ikon makanan mereka. Leunca sering digunakan dalam hidangan makan tengahari sebagai ulaman yang popular di kawasan Jawa Barat. Dilaporkan penanaman pokok leunca itu memang banyak sekali dijumpai di kawasan Jawa Barat untuk mereka akhirnya memasak dengan sambal atau dijadikan ulam segar (Sila lihat foto paling bawah - sambal leunca). Apa pun biasanya buah leunca mentah sering disajikan sebagai ulman atau lalapan kerana mempunyai rasa yang tidak begitu pahit (rasa getir di lidah) berbanding dengan ulam terung pipit. Kalangan masyarakat Jawa Barat sering menyantap leunca untuk dimanan dicicah dengan sambal pedas. Leunca walau pun ia masih mempunyai rasa pahit namun easa pahitnya lebih lembut (Soft) dan tidak terlalu menusuk pada lidah jika hendak dibandingkan dengan ulaman lain seperti peria katak, terung pipit dan lain-lain ulaman lagi yang sememangnya pahit. DIlaporkan dimana orang Sunda menganggap leunca sebagai lalapan yang dapat menambah nafsu atau selera makan. Cita rasa leunca hampir menyerupai terong bulat tapi sedikit lebih kuat dan lebih pahit sedikit. Leunca biasa juga dimakan dengan basi putih bersama lauk ikan masin goreng bersama sambal lalu ayam goreng atau ikan goreng lainnya. Cara mengolah leunca cukup mudah. Sayuran leucena ini mencukupi dengan mencuci dan ia tidak perlu dikupas kulitnya. Leunca sesuai untuk dimasak menjadi sajian khas Sunda seperti 'ulekutek leunca oncom', sambal leunca, tumis leunca ikan bilis, sayur masa air, leunca daun kelor dan masih banyak lagi resepi masakan mengikut kesukaan. Apa pun dilaporkan 'Sambal Leucena' merupakan antara resepi popular dengan gabungan pedas, manis dan pahit.


Dalam pada itu lebih baik di kongsikan tentang beberapa ma
nfaat ulaman leunca serta apakah dia za t terkandung didalamnya. Leunca merupakan jenis sayuran yang ramah lingkungan dalam masyarakat Asia Tenggara khususnya di Jawa Barat. Bahagian tumbuhan yang sering digunakan adalah bahagian buah dan daunnya. Leunca sering dimambil sebagai bahan asas dan pelengkap sambal orang Sunda. Merujuk kepada
 Leunca atau dalam bahasa Jawa dikenal sebagai tumbuhan 'Ranti' termasuk ke dalam kumpulan pokok semak dengan tingginya lebih kurang 1.5 meter. Leunca merupakan tanaman yang dekat dengan pokok terong karena termasuk ke dalam famili Solanaceae dan memiliki nama botani Solanum americanum
atau Solanum nigrum L. yang ada akar tunjang dengan warna putih kecoklatan dengan biji buahnya agak keras dan isi didalamnya lembut yang berwarna hijau baik luar maupun dalamnya. Sesuai tumbuh di kawasan panas matahari maksima dan senitif jika cuaca kering. Ia mempunyai bentuk daun yang lonjong, pangkal dan hujung daun meruncing sertaurat daun menyirip. Bunganya berupa bunga majmuk dengan mahkota kecil, berwarna putih, mempunyai benang sari berwarna kehijaunan dengan jumlah 5 buah. Tangkai bunga berwarna hijau pucat dan berbulu. Buahnya adalah bahagian di kutip untuk di jadikan ulaman atau dimasak sambal (Sila lihat foto disebelah). Buah yang masih muda berwarna hijau dan bila sudah tua bertukar warna hitam berkilat dengan saiz sebesar kacang pea. Buah leunca segar ia mempunyai rasa pahit dimana ia mengandungi bahan seerti Solanine, solasonine, solamargine dan chaconine sebagai bahan antiseptik, anti inflammasi, dan antidisentri. Metabolit-metabolit sekunder tersebutlah yang diduga berkhasiat sebagai obat. Sebab setiap 100 gram buah leunca segar mengandungi zat iaitu 90 g air, 1.9 g protein, 0.1 g lemak, 7.4 g karbohidrat, 274 mg Ca, 4.0 g Fe, 0.5 g karoten, 0.1 mg vitamin B1, 40 mg vitamin C, 6.1 mg zat besi, 79 mcg vitamin A, 210 mg kalsium, 0.6 mg zink dan 34 mg Phosforus. Ia juga dilaporkan mempunyai makronutrien utama yang terdapat pada leunca adalah karbohidrat dengan jumlah nutrisinya hampir sama dengan bayam, tetapi bayam lebih banyak vitamin A dan leunca lebih memiliki banyak zat besi.


Di Malaysia agak kurang maklumat mengenai kehebatan akan ulam leunca ini tetepi merujuk kajian dari negara jiran manafaat Setiap Bagian Tumbuhan Leunca. Pertama adalah Buah Leunca dimana bahagian ini yang dituai untuk dimakan sebagai ulam, sayuran dan juga ubatan tradisional. Ia dilaporkan diguna sebagai buah yang dimakan memberikan kesan kepada masaalah keradangan, diuretik dan sebagainya. Buahnya didakwa diguna untuk rawatan demam, cirit birit, sakit mata, sakit jantung, selsema, edema anasarka (bengkak seluruh tubuh), penyakit anjing gila, pembesaran hati kronik, blood-spitting (batuk berdarah) dan beberapa lagi. Bahkan jika buahnya dijadikan jus, maka dapat menyembuhkan kes sakit perut dan demam. Sayur ini juga memiliki zat anti bakteria, antioksidan untuk mencegah kanser, mengatasi infeksi jika terluka dan baik untuk kesihatan tulang. Bunga dan Daun leunca ysng di kisar menjadi serbuk (powder) d
ari tanaman ini adalah ubat sebagai ulcerogenik. Selain itu is juga dapat dimanfaatkan sebagai antimalaria dan bahan dapat digunakan sebagai menurunkan panas badan dan melawan kesam mabuk abikat minuman alkohol. Daunnya yang dibuat air jus digunakan sebagai ubat cacing, ngilu pada sendi serta sakit telinga. Kemudian daun muda dan buahnya dimanfaatkan sebagai sayuran yang dapat dimasak sebagai daun direbus dan ditumis. Tunasnya boleg digunakan untuk penyakit kulit dimana uniknya ada kepercayaan ia mempunyai zat yang merangsang daya seksual terutama dari bijinya untuk kawal masaalah pengubatan gonorrhea. Beberapa kajia mendapati leunca mampu Meningkatkan Fungsi Hati dengan kaedah meneutralkan racun dalam badan. Sesiapa yang makan keunca dilaporkan akan kurangkan risiko terkena penyakit kuning atau kerosakan fungsi hati. Leunca mamu merawat masaalah Infeksi Saluran Kecing sebab ia megandungi bahan atau  zat diuretic yang dapat memperlancar saluran kencing dan masaalah berkaitan. Dakwaan leunca mampu merawat dan mencegah kanser sebab vahab seperti  solasonine, solasodine, solamargine, dan solanine yang dapat mencegah seseorang terkena kanser. Zat ini dapat mencegah proliferasi dari sel kanser. Jenis kanser yang dapat dicegah dengan bantuan bahan termasuk jenis kanser payudara, serviks, gastirk dan saluran pernafasan. Leunca juga didakwa menjaga Kesihatan Kulit sebabnya leunca mengandungi tinggi vitamin A, B1, dan C. Kandungan vitamin C dalam leunca dapat menjaga kesihatan kulit karena mempunyai sifat antioksidan yang dapat mencegah terjadinya kerosakan pada sel-sel kulit. Apabila sel kulit rosak beri kesan negatif pada sejumlah masalah kulit seperti kedutan, flek hitam dan garis-garis halus. Leunca didakwa mampu menjaga Kesehatan Ginjal sebab bahan antioksidan di dalamnya yang mampu mencegah kerusakan sel ginjal dan menjaga fungsinya. Ia dawt menyembuhkan masaalah demam sebab leunca dilapor sebagai ubat semulajadi bagi demam. Ia juga mampu untuk  Merawat Kesehatan Mata karena leunca juga menjadi sumber vitamin A paling baik. Leunca hebatnya ia boleh mengelakan rasa panik seseorang sebab leunca bertindak untuk mempertahankan level oksigen di otak agar otak tidak stres dan panik apabila terancam.


Beberapa kaedah untuk memproses buah leunca sebagai bahan berguna boleh dilakukan. Beberapa cara mengolah termasuk dijadikan Jamu Leunca dan Sambal Leunca, Produk Jamu kurang popular di Malaysia akan tetapi ia popular di Indonesia. Cara membuat 
Jamu Leunca yang mana produk ini boleh di minum sebagai jamu tradisional. Cara untuk membuah jamu ini dengan sejumlah buah leunca kira-kira 30 gram dicuci bersih dimana ia kemudian direbus iaitu dengan tiga gelas air selama 15 minit dan tutup api. Setelah sejuk maka barulah ditapis dan air rebusannya diminum iaitu secara rutin 3 kali sehari dengan kuantiti satu gelas satu kali minum.Tentunya ramai kelangan pembaca blog anim agro technology mahu tahu bagaimana membuat Sambal Leunca. Ini kerana makanan ini hanya popular dikalangan masyarakat Sunda sejak lama dulu tetapi kini sudah sampai ketahap nasional. Meskipun cara membuatnya sangat mudah diman ada beberapa petua perlu diikuti. Bahan digunakan termasuk 3 biji cili merah, 60 gram buah leunca, 3 biji bawang merah,
1 siung bawang putih, 1/4 suduteh belacan, 1 suduteh gula pasir,  1 sudu garam halus, 1 sudu air limsu nipis, 1 sudu makan minyak zaitun atau minyak sawit dan juga 1/4 sudu makan ketumbar yang dihaluskan, Kesemu ramuan di tumbuk halus (di uleg) sehingga sebati dalam lesung. Kemudian panaskan kuali dan bubuh minyak masak dan tumis semua bahan sambal hingga harum dengan kawal api. Kacau  sehingga masak dan matikan api dimana sambal ini sedia dihidangkan. Makan sambal ini selagi hangat dengan nasi putih dan lauk pauk lain. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMA LEUNCA... APAKAH BENDANYA...
BUAH RANTI...TERUNG PIPIT CIRINYA...
RASA PAHIT.. JADIKAN ULAM ENAKNYA...
DI BUAT SAMBAL...RAMAI ORANG SUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(15 Jamadilakhir 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...