Support My Blog

Sunday, December 8, 2024

SEMBANG TANAM JAGUNG MANIS (Part 1)

MENANAM JAGUNG MANIS
(Zea mays) merupakan satu aktiviti yang mampu memberikan pendapatan baik kepada pengusahanya di Malaysia. Penggunaan Jagung Hibrid telah lama digunakan di dalam tanaman jagung dinegara kita yang mana sumber benih adalah diimport. Terdapat tiga kategori hibrid yang biasa digunakan dalam pengeluaran komersial jagung manis. Diantara keistimewaan dan kelebihan yang diperolehi dari varieti-varieti hibrid jagung manis yang telah lama terbukti adalah dimana jagung hibrid berupaya untuk ia memberikan mana-mana varieti pendebungaan terbuka atau komposit jika diberikan persekitaran yang baik. Dalam pada itu diantara kelebihan penggunaan varieti hibrid ialah ia mampu memberikan hasil yang tinggi serta jumlah keseragaman sifat pokok yang tinggi terutama pada saiz tongkolnya. Kebanyakan jagung manis hibrid komersial berbunga serta matang lebih awal dari varieti komposit. Apa pun didapati walaupun ia berhasil tinggi tetapi pada amnya pokoknya adalah lebih kecil dan rendah daripada jenis komposit. Sementara itu antara beberapa perkara penting harus difahami dan diteliti bagi jagung manis varieti hibrid digunakan untuk pengeluaran perlu difahami petani. Ini kerana varieti hibrid perlu dibeli biji benihnya untuk setiap kali penanaman. Jangan sekali-kali menggunakan biji benih yang dihasilkan dari penanaman lepas untuk tujuan penanaman seterusnya walaupun telah dipilih. Ini adalah kerana faktur kandungan genetik dalam varieti tersebut berubah akibat dari proses penginbredan, menyebabkan penurunan hasil yang mendadak jika digunakan juga. Pastinya harga jualan biji benihnya adalah lebih tinggi sedikit daripada benih dari varieti pendebungaan terbuka. Pastikan sentiasa membeli beji benih dari penjual atau pengedar yang berdaftar agar varieti yang digunakan dapat dipastikan ketulenannya. Petani juga perlu pastikan varieti-varieti dengan gen pengawal kemanisannya berlainan tidak ditanam dalam satu kawasan secara serentak. Bercampuran dalam pendebungaannya akan mengakibatkan pembentukan bijian yang rendah kemanisannya. Keadaan ini sama untuk jagung yang sering ditanam berdekatan (ladang lain yang berhampiran) dan tidak kira samada varieti yang ditanam varieti komposit atau hibrid. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang mengenai fakta penanaman jagung manis dan beberapa perkara teknikal asas yang perlu diketahui untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Menarik kejayaan dilaporkan dalam bharian.com bertajuk 'Jagung manis jana hasil lumayan' untuk di lihat kisahnya di Kuala Kangsar, Perak.  Keputusan seorang pemuda yang nekad mengusahakan kebun sayuran pelbagai jenis di atas tanah seluas 11.3 hektar di sini, yang sebahagian besarnya adalah ditanam dengan jagung manis mengubah nasib dirinya dan keluarga. Bagi Muhammad Muizzudin (32) selain tanaman jagung manis seluas dua hektar dimana dia turut dapat mengusahakan tanaman lain seperti timun, kacang panjang, cili, kucai, sawi, jangung, terung bulat, terung mini, dan peria secara kaedah fertigasi di kebunnya di Kampung Talang Dusun serta di Kampung Sayong, Kuala Kangsar. Bagi memastikan pertanian diusahakan berkembang pesat, beliau mengambil inisiatif menubuhkan Koperasi Gabungan Usahawan Tani Kuala Kangsar (Kogahad) pada 2016 dan berperanan sebagai pengerusi. Semuanya bermula 13 tahun lalu apabila dia memulakan penanaman sayuran secara konvensional dan kecilan di atas tanah pajak, sekembalinya ke kampung halaman selepas meninggalkan kerjaya sebagai jurujual di ibu kota atas faktor kesesakan hidup dan faktor kekeluargaan. Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya menamatkan pengajian peringkat sijil dalam bidang Teknologi Elektrik di sebuah kolej komuniti. Kemudian, saya bekerja sebagai jurujual di Kuala Lumpur sebelum mengambil keputusan pulang ke kampung. Dia kemudian memulakan penanaman sayur secara kecil-kecilan sebelum berusaha mengembangkan lagi keluasan kawasan tanaman dengan memajak tanah dari pihak lain. Ia bukan hanya untuk memastikan keterjaminan makanan, saya juga berazam membuktikan bahawa bidang pertanian dapat menjamin pendapatan konsisten dan lumayan. Baginya agenda keterjaminan atau sekuriti makanan adalah salah satu 'flagship' di bawah pelan pembangunan Perak Sejahtera 2030. Kini selain bergiat aktif mengembangkan Kogahad, Muizzudin terbabit selaku rakan niaga pemasaran FAMA yang pernah menyediakan fasiliti pusat pengumpulan hasil tanaman, telah berjaya menguasai 70% daripada pasaran tempatan di daerah Kuala Kangsar. Ia pada masa yang sama membolehkan pusat pengumpulan tanaman diusahakannya meraih nilai pengeluaran kasar antara RM40,000 hingga RM60,000 sebulan. Selain dana pinjaman tanpa faedah RM60,000 dan bimbingan diterima daripada Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) empat tahun lalu yang mana ia turut membantunya menaik taraf peralatan pertanian di kebunnya yang sebelum ini dibangunkan dengan secara konvesional. Kini menerusi koperasi diterajui, beliau kini giat mengembangkan keluasan tanaman jagung manis daripada dua hektar menjadi 3.64 hektar selewat-lewatnya hujung tahun  apabila potensi tanaman itu mampu menaikkan industri peringkat hiliran. Dia bercadang untuk memperluaskan lagi tanaman jagung kerana ia tanaman jangka panjang dan juga makanan ruji di sesetengah negara seperti juga beras. Jagung juga boleh diproses menjadi produk hiliran malah koperasi kami melakukan pemprosesan sendiri bagi kernel jagung, selain batang jagung itu pula kita proses untuk dijadikan makanan ternakan ruminan seperti lembu dan kambing.


Berlainan pula dengan kisah dari Jeli, Kelantan apabila ada laporan 'Jagung manis jana pendapatan warga emas' untuk dikongsikan. Dilaporkan dimana t
anaman jagung manis menjadi punca rezeki kepada seorang warga emas di Kampung Kuala Balar selepas mengambil keputusan mengusahakan tanaman itu sejak empat tahun lalu. Bagi Mohd Noor (77) yang menanam tembikai selama 14 tahun memilih untuk menanam jagung secara berkelompok seluas 10 hektar bersama beberapa rakan lain. Dia yang mengusahakan tanaman jagung manis sejak empat tahun lalu. Modal untuk memulakan tanaman jagung juga hanya separuh daripada tembikai iaitu kira-kira RM3,000 sahaja selain mudah untuk memasarkannya. Para pelanggannya juga boleh mendapatkan jagung segar kerana kami terus menjualnya di tepi jalan bersebelahan ladang selepas dipetik (Sila lihat foto disebelah). Bapa kepada tujuh anak itu memberitahu, cabaran menanam jagung ialah haiwan liar seperti kera dan ulat kerana rasanya yang manis dan lemak. Biasanya dia akan menyembur racun serangga untuk menghalang ulat dan terpaksa berjaga lebih lama pada waktu siang untuk menghalang kera 'mencuri' buah. Jagung dijual pada harga RM1 setongkol dan ada juga peraih yang datang mengambilnya di kebun sepanjang tempoh tuaian. Tempoh tanaman jagung juga hanya 65 hari berbanding tembikai yang mencapai sehingga 85 hari untuk benar-benar matang. Kini tanaman jagung manis melalui Projek Diraja Tengku Anis (Tadahan Rahmat) itu dapat mengubah taraf hidup penduduk dan menambah pendapatan mereka terutama golongan warga emas. Terdapat juga beberapa lokasi dipilih untuk penanaman jagung manis termasuk Kampung Lama dan Kampung Bendang Balar. Jagung di sini adalah yang terbaik kerana mereka tidak menggunakan bahan kimia dan pernah menerima Sijil Amalan Pertanian Baik kerana kaedah yang diguna pakai. Apa pun dia dan petani rakannya juga mendapat bimbingan Jabatan Pertanian negeri Kelantan selain alam semula jadi di Jeli yang sesuai dengan pertanian.


Menarik kisah bagaimana '
Kemanisan jagung Binjai pikat pembeli jauh' dilaporkan keistimewaan 'jagung Binjai' yang dikatakan lebih manis menyebabkan ia menjadi buruan pengunjung luar dan penduduk tempatan di Daerah Lipis, Pahang. Ia diusahakan di atas tanah kira-kira 40 hektar oleh lebih 45 pengusaha yang merupakan anak jati Kampung Binjai dimana tanaman terbabit menjadi punca pendapatan utama penduduk kampung sejak lebih 60 tahun lalu walaupun kawasan itu sering dilanda banjir. Bagi Norazian Bakar (54) dakwa majoriti pelanggan memberitahu kemanisan jagung tersebut memikat selera mereka untuk mendapatkan jagung Binjai setiap kali datang ke kampung tersebut. Dia yang mengusahakan tanaman terbabit sejak puluhan tahun dahulu mengakui ia adalah sumber pendapatan utama keluarganya. Dakwanya lagi tanaman ini memerlukan masa selama dua bulan 10 hari sebelum dipetik dan dijual kepada pembeli. Setiap ikat jagung mempunyai enam hingga tujuh tongkol bergantung kepada saiz dan dijual dengan harga RM10 sahaja. Petani lain Ahmad Kitam pula mendakwa banjir juga memberikan kelebihan kepada tanah di kawasan tersebut. Da ada menjual jagung bakar setiap hari kecuali hari Jumaat (Sila lihat foto paling bawah sekali). Tanah di sini cukup subur sebab ia sering dilanda banjir. Ia (banjir) membawa baja dan mineral yang baik selain turut membawa lari penyakit. Mungkin atas faktor itulah menyebabkan jagung Binjai lebih manis dan enak dan menjadi pilihan anak perantau sebagai buah tangan untuk dibawa pulang. Dia yang mula mengusahakan tanaman jagung sejak lebih 20 tahun lalu dengan keluasan tanah miliknya seluas 0.8 hektar dimana ini ia tidak menghalang dirinya untuk terus kekal dalam bidang tersebut. Benih pula di beli dari JPPK dan kedai lokal dan jabatan pertanian serta FAMA sering datang membantu dalam khidmat nasehat dan pemasaran. Apa pun bagi mendapatkan hasil tanaman jagung yang berkualiti, penjagaan yang rapi amatlah diperlukan khususnya dari segi benih, baja dan juga bekalan air. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga tulisan ini ada meklumat berguna untuk pembaca blog anim agro semua. Wasallam!!!!...
TANAM JAGUNG...JAGUNG MANIS JUGA...
MUDAH DITANAM...IA CEPAT HASILNYA...
MUDAH DIJUAL...SESUAI DENGAN HARGA...
BANYAK DILAPORKAN....SUDAH BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(6 Jamadilakhir 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...