Support My Blog

Wednesday, December 4, 2024

CEMPEDAK OH CEMPEDAK

BUAH CEMPEDAK
(Artocarpus chempeden syn Artocarpus integer) merupakan sejenis buah tropika bermusim yang popular di tanam di Negara-negara Asia Tenggara seperti di Malaysia dan sesuai di sembangkan secara teknikal. Penulis blog sangat suka makan buah cempedak sama ada ia di makan segar atau lebih suka yang di goreng. Cempedak merupakan buah dari kelurga Keluarga Moraceae memang natif di Asia Tenggara terutamanya dari Malaysia kerana nama botaninya membawa kepada 'cempeden' atau dekat dengan 'cempedak'. Cempedak selalunya ia ditanam secara monokrop atau secara dusun campuran dengan jenis tanaman lain sebagai dusun bercampur. Terdapat seluas 5,765 hektar tanaman cempedak dengan hasil sebanyak 20,304 metrik tan di Malaysia dimana ia berkurang sebanyak lebih 5,500 hektar berbanding dengan keluasan tahun 2012 begitu juga hasilnya. Kawasan utama tanaman cempedak di Malaysia adalah berada di Sarawak (seluas 2,590 ha dengan hasil sebanyak 6,634 mt) diikuti dengan Kedah (seluas 769 ha dengan hasil 3.457 mt) dan juga Johor (seluas 436 ha dengan hasil pengeluaran sebanyak 2,597 mt) berdasarkan laporan oleh Booklet Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia (2023). Berdasarkan kajian peribadi penulis blog dimana kebanyakan varieti cempedak yang ditanam adalah jenis tempatan seperti Varieti Paya Jaras (CH26) yang mana anak benihnya dibeli daripada pihak nurseri swasta, bantuan dari Jabatan Pertanian atau rakan sekampong yang menanam cempedak. Walau pun Terengganu tidak tersenarai sebagai negeri yang luas menanam cempedak akan tetapi kalau melalui kawasan Sg. Tong akan jumpa banyak gerai menjual cempedak apabila tiba musimnya. Selain di makan segar selalunya makanan 'Cempedak Goreng' adalah kuliner yang sangat popular di seluruh negara dimana prlanggan akan berbaris untuk membelinya sama ada di pasar malam, pasar tani dan pesta keramaian. Cempedak juga boleh diambil sebagai jus cempedak, buah dalam tin, pes cempedak dan sebagainya (yang kebanyakannya diimport dari luar negara). Lazimnya buah cempedak yang bermusim dan akan kemudian menghasilkan buah dari bulan Jun - Ogos setiap tahun bergantung kepada lokaliti. Artikel pada subuh Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai kisah dan fakta buah cempedak untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua.


Menarik kisah dalam portal bharian.com bertajuk 'Penggalak buah inovasi pekebun nangka dan cempedak' untuk di kkongsikan dengan semua. Kisah dari Pekan, Pahang dimana Mohd Derus ada menunjukkan hasil kebun nangka madu J33 di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Kota Perdana (Foto sebelah). Sejenis bahan penggalak buah hasil inovasi seorang pekebun nangka terbukti berkesan apabila pokok yang disembur dengan cecair berkenaan mampu mengeluarkan hasil lebih tiga kali ganda daripada biasa. Apa pun dilaporkan yang penggunaan produk berkenaan mampu menambahkan pendapatan pekebun terutama bagi mereka yang bergantung sepenuhnya pada hasil pelbagai jenis tanaman seperti nangka, durian, cempedak, duku, dokong, limau, kelapa sawit dan langsat. Dia yang berpengalaman bertugas sebagai penolong pegawai pertanian selama 32 tahun menjadi kelebihan kepadanya menghasilkan produk yang pertama di negara ini. Sebenarnya dia mengambil masa selama dua tahun untuk melakukan penyelidikan sebelum berjaya menghasilkan produk penggalak buah yang amat sesuai digunakan oleh pekebun bagi menambahkan hasil pengeluaran tanaman mereka. Dia yang sebelum ini berjaya menghasilkan tiga jenis baja kimia untuk tanaman sawit, padi dan sayuran berkata, penggalak buah yang dihasilkan sesuai digunakan pada pokok yang mengeluarkan buah pada bahagian batang dan dahan. Apa pun cara menggunakan penggalak buah yang saya hasilkan mudah sahaja, pekebun hanya perlu menyembur produk terbabit pada bahagian batang dan dahan sekali seminggu selama tiga minggu berturut-turut. Kandungan utama produk berkenaan ialah sejenis bakteria yang berperanan merangsang pokok mengeluarkan buah secara serentak dengan jumlah yang banyak tanpa memberi kesan sampingan pada tanaman dan buah. Bukti kejayaan penggunaan penggalak buah yang dihasilkan dapat dilihat pada projek tanaman nangka seluas lapan hektar yang diusahakan di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Kota Perdana. Jumlah pengeluaran nangka madu jenis J33 bertambah tiga kali ganda berbanding sebelum ini, buah keluar pada bahagian batang dan dahan antara 50 hingga 100 biji selepas disembur dengan produk berkenaan. Produk penggalak buah dihasilkan dalam bentuk serbuk dan mengandungi beberapa jenis bahan kimia, untuk menggunakannya pekebun hanya perlu membancuh dengan air mengikut sukatan ditetapkan dan membuat semburan pada pokok. Produk berkenaan juga boleh dicampur dengan racun serangga dan kulat untuk membasmi perosak, pekebun pasti berpuas hati apabila sekali mencubanya. Selepas ramai yang menggunakan penggalak buah pekebun tetap perlu untuk melakukan aktiviti membaja dan membersih kawasan seperti biasa mengikut jadual. Selepas menggunakan produk penggalak buah dia kini mampu memasarkan nangka ke Singapura sebanyak 12 tan sebulan selain lebih tujuh tan untuk pasaran tempatan.


Risiko berkebun memang ada cabarannya terutama oleh serangan penyakit, keadaan cuaca, harga murah dan sebagainya. Dalam portal bharian.com dilaporkan bagaimana 'Beratus durian, cempedak gugur dipukul ribut yang berlaku di Kampung Seberang Perai, Sungai Petai, Alor Gajah, Melaka. Ada lima sekeluarga terpaksa berputih mata menyaksikan beratus biji durian, nangka dan cempedak yang menunggu masa untuk gugur atau dipetik telah musnah dipukul ribut milik Mohd Fadzlien dan rakan-rakannya. Mereka kini terpaksa menelan kepahitan selepas kebanyakan durian pada kira-kira 20 pokok berhampiran kediaman mereka gugur akibat dilanda angin kencang pada jam 11.30 pagi semalam. Setelah di periksa dimana turut musnah ialah beratus biji cempedak dan keseluruhan bumbung dapur kediaman mereka yang diterbangkan angin dalam sekelip mata. Dia yang kini bertugas sebagai jurugambar profesional, berkata hujan lebat bermula jam 11 pagi sebelum dia terlihat kepala angin hitam datang dari arah pokok durian di belakang kediamannya setengah jam kemudian. Kejadian kepala angin yang hitam pekat itu datang dengan amat laju sebelum merempuh pokok durian dan cempedak serta dalam sekelip mata sahaja ia mengangkat keseluruhan bumbung dapur. Selepas keseluruhan kayu galang, kekuda dan bumbung tercabut, ia terlipat ke bumbung ruang tamu. Pokok durian berkenaan belum masak dan menunggu masa untuk gugur beberapa minggu lagi, sekali gus menyebabkan ia tidak boleh dimakan kerana masih kelat. Ada beratus biji cempedak yang gugur juga menyebabkan dia terpaksa menanggung kerugian kerana pada musim cempedak sebelum ini, dia mampu mendapatkan pendapatan tambahan hasil daripada penjualannya. Pada waktu pagi semasa dia mencuba mencari durian dan buah cempedak yang masih elok tetapi hampa kerana kedua-dua jenis buah itu didapati masih terlalu muda. Tahun ini ada sebanyak 20 batang pokok durian berbuah berbanding sebahagian kecil yang tidak berbuah tahun lalu tetapi kali ini. Apa pun semasa kejadian dia sedang memasak dan terkejut apabila hujan lebat dan angin kencang tiba-tiba mengangkat bumbung dapur. Mereka terpaksa lari apabila hujan turun mencurah-curah masuk ke dapur tetapi terjatuh akibat terpijak lantai licin. Kesemua mereka masih menunggu pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Seberang Perai menghulurkan bantuan menjalankan kerja pembaikan bumbung dan bantuan lain.


Makanan Goreng Cempedak adalah sejenis makanan unik yang ramai suka memakan dan berani membelinya. Bagaimana pun makanan ini hanya di dapatkan pada musim ada buah cempedak di hasilkan. 
Membuat sendiri makanan cempedak goreng ini mudah dilakukan dirumah kalau ada bahan mencukupi dan ilmu membuatnya, Apa yang penting adalah hasil cempedak goreng ini mesti garing, rangup dan tidak berminyak. Pada penulis blog apabila tiba musim buah-buahan memang suasana akan bertambah meriah dimana sahaja kerana banyak buah yag dijual di tepi jalan, pasaraya, pasar malam, pasar tani, pasar tamu dan dimana sahaja. Bagaimana pun Buah Durian dan Buah Cempedak yang paling kuat baunya dan ia mampu menarik para peminatnya. Kehebatan dan keharuman buah cempedak memang ramai akan mencarinya dan memakannya. Makanan cempedak goreng kini semakin eksotik sebab harganya juga tidak murah seperti dahulu. Sesuai yang hendak cuba goreng cempedak pun kalau kena gaya bancuhan tepungnya akan menambah keenakan rasa cempedak itu. Petua untuk cuba menggoreng yang penting adakah menyediakan bancuhan adunan tepongnya sehingga kelak hasil cempedak goreng tersebut adalah garing, rangup dan tidak berminyak. Banyak resepi boleh digunakan untuk memasak cempedak. Ini resepi yang saya guna untuk berniaga cempedak goreng di warung saya setiap kali musim cempedak. Agak mudah sekali bsediakan ahan-bahannya dan yang penting tidak memang ia menggunakan soda bikarbonat. Saya sertakan juga beberapa petua. Apa pun Resepi Cempedak Goreng ini gunakan jenis buan cempedak (jenis Cempedak Madu). Mulakan dengan ambil tepung Beras satu paket untuk sebiji cempedak bersama marjerin atau minyak masak sebanyak 3 sudu. Campur juga air kapur makan sebanyak 2 sudu serta garam secukup rasa. Masukkan 2 cawan air suam bersama 1 sudu kecil serbuk kunyit. Apa pun digaul semua bahan-bahan di atas sehingga agak pekat dan pastikan agar jangan terlalu cair. Dipanaskan minyak dalam kuali dimana boleh goreng cempedak yang disalut tepong adunan. Antara beberapa petua Goreng Cempedak dimana sebaiknya jangan rendam cempedak dalam bancuhan tepung sebab isi cempedak akan kembang. Ini yang menyebabkan cempedak akan jadi berminyak. Disyorkan dimana masa hendak masak baru celup cempedak dalam tepung dan terus goreng. Jangan goreng cempedak dalam kuantiti yang banyak sebab ulas cempedak akan melekat dan kulit tepung akan terkoyak. Disebabkan adunan tepung yang cair akan menghasilkan bentuk ulas cempedak yang tidak cantik dan tidak rangup. Penggunaan air kapur makan berfungsi sebagai perangup tepung yag menyedapkan lagi goengan cempedak. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
CEMPEDAK OH CEMPEDAK...APA...
BEBAU HARUM...MUDAH KENALNYA...
DIMAKAN SEGAR... MANIS RASANYA...
BACA ARTIKEL...NAK BELI DIMANA...

By.
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(39 Jamadilawal 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...