Kentang yang bukan sahaja ia enak di makan akan tetapi sejenis makanan berkhasiat yang menjadi makanan ruji bagi ramai penduduk dunia. Apa pun kentang yang kaya dengan nutrien selain mengandungi lebih banyak tenaga. Selain daripada diambil sebagai makan pembuka selera sebenarnya ia juga dihidangkan bersama hidangan utama atau sup, kentang juga enak dijadikan sebagai snek. Sama ada diambil sebagai makanan segar atau sejuk beku dimana kentang adalah bahan serba guna yang boleh memberi inspirasi kepada pelbagai jenis sajian. Ini kerana ia kaya dengan nutrien selain mengandungi lebih banyak tenaga berbanding sayuran popular lain. Sebiji kentang bersaiz sederhana misalnya mengandungi 26 gram karbohidrat (9% nilai harian) untuk membekalkan tenaga kepada otot, otak dan protein untuk membantu dalam pembinaan sel dan otot. Di samping itu, kentang juga kaya vitamin C (30% nilai harian) yang boleh ia menjadikannya sajian lebih sihat dan memainkan peranan penting dalam menyokong sistem imun badan. Istimewanya mengenai kentang terutama yang ditanam di Amerika Syarikat (AS), ia mengandungi kurang kalori berbanding keledek, keladi dan ubi kayu. Menurut pakar runding diet dimana sebiji kentang bersaiz sederhana mengandungi kira-kira 110 kalori yang mudah dihadam. Apa yang menarik dimana kentang juga tidak mengandungi kolesterol, garam mahupun lemak yang tidak baik untuk kesihatan badan. Kentang adalah sayur jenis ubi yang padat dengan nutrien dan ini menjadikannya pilihan makanan yang sihat untuk menjaga kesihatan seisi keluarga. Didakwa kentang juga bermanfaat bagi mereka yang ingin menjalani kehidupan aktif dan cergas. Kentang boleh memberi tenaga kepada badan dan pada masa sama menyokong prestasi dalam aktiviti sukan. Karbohidrat ialah pembekal tenaga penting bagi otot ketika bersenam serta proses pemulihan selepas sesi bersenam, ia juga dapat membantu mencapai prestasi fizikal dan mental yang optimum. Kentang mengandungi tiga gram protein setiap hidangan, ia sumber khasiat bagi tumbesaran dan komponen penting bagi perkembangan otot, ligamen dan sendi. Bahan Kalium ialah mineral elektrolit bagi otot untuk berfungsi dengan baik, jadi menikmati sebiji kentang misalnya dapat membantu membekalkan kira-kira 15% daripada keperluan kalium harian dan ini lebih banyak daripada yang terkandung dalam pisang saiz sederhana.
Dilaporkan dimana kentang merupakan sumber karbohidrat dan ia diantara bahan yang kerap digunakan dalam hidangan sama ada masakan Barat, Cina, India atau Melayu mengikut jenis menu disediakan. Adalah di anggarkan lebih satu bilion penduduk dunia sudah pun menjadikan kentang sebagai menu utama harian mereka. Namun begitu ada sebilangan individu mengelak makan kentang sebab mereka mungkin masih lagi beranggapan kandungan karbohidrat dalam kentang akan menyumbang kepada pertambahan berat badan. Tanpa disedari tindakan itu merugikan mereka kerana kentang mempunyai sumber karbohidrat yang di dalamnya kaya dengan pelbagai zat makanan. Dilaporkan diet seimbang mengandungi makanan kaya karbohidrat semula jadi seperti padat dengan nutrien yang berupaya menambah baik prestasi fizikal. Kajian terdahulu membuktikan karbohidrat penting untuk prestasi fizikal dan mental yang optimum, kaya mikronutrien sesuai untuk mereka yang aktif bersukan. Apa pun kini kentang sebagai sajian harian berkhasiat dan menjadi sumber tenaga dalam memperkasakan mereka yang aktif terutama atlet. Didakwa kentang menjadi pilihan atlet yang menggantikannya dengan pengambilan karbohidrat lain sebagai sumber tenaga utama. Kentang membekalkan karbohidrat, kalium dan tenaga yang perlukan tubuh. Khasiatnya jauh lebih baik berbanding makanan daripada sumber karbohidrat lain. Makanan tinggi tenaga ini mempengaruhi prestasi sukan kategori kompetitif. Kentang kaya dengan zat besi, vitamin C dan serat yang diperlukan tubuh dimana pakar pemakanan memilih menu berasaskan kentang untuk atlet peringkat global. Menu ini diputuskan pada acara Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 di Korea Selatan, pada hujung tahun ini. Fakta perbandingan khasiat dimana bagi kentang setiap 100 gram (gm) nasi mengandungi 0.3 miligram (mg) zat besi, kentang pula mengandungi 0.8 mg iaitu lebih tinggi. Bagi Pisang pula setiap 100 gm pisang mengandungi sebanyak 358 mg kalium, lebih rendah berbanding kentang dalam kadar berat sama iaitu dilaporkan mengandungi sehingga 535 kalium. Kentang mengandungi 620 miligram kalium atau ia lebih banyak kalium berbanding pisang saiz sederhana. Apa pun kentang merupakan tanaman makanan ketiga paling penting di dunia selepas beras (Rice) dan gandum (wheat) iaitu luas ditanam di 25 negara. Kentang mengandungi nutrien dalam kentang mengelakkan tekanan darah dan kesihatan usus.
Penduduk di Malaysia agak jarang membincangkan akan kehebatan dan mengethui akan manfaat Kulit Kentang untuk digunakan. Kebanyakan orang mungkin lebih sering mengolah kentang tanpa kulitnya. Padahal dilaporkan dimana ada banyak nutrisi yang ada terkandung di kulit kentang. Manfaat kulit kentang bagi kesehatan tubuh pun tidak diragukan lagi. Apa pun didakwa kentang yang dimasak dengan kulitnya juga ia merupakan sumber vitamin dan mineral yang baik terutama vitamin C dan kalium. Selain itu didakwa kandungan serat pada kentang juga diketahui paling tinggi ada di kulitnya. Hasil kajian nyatakan kulit kentang mengandung folate dan ada kandungan antioksidannya bahkan 12 kali lebih banyak dibandingkan kentang itu sendiri. Kentang dengan kulitnya juga diketahui mengandung jumlah bahan polifenol yang tinggi. Kehebatan kulit kentang dilaporkan ia mampu untuk Mencegah Infeksi sebab kulitnya kaya akan kandungan vitamin C dan antioksidan lain, seperti polifenol. Kedua nutrisi ini dibutuhkan untuk meningkatkan daya tahan tubuh agar lebih kuat melawan kuman penyebab penyakit infeksi, seperti batuk pilek. Kulitnya juga mampu mencegah dan mengatasi sembelit sebab ia mengandungi banyak serat terutama jenis serat tidak larut. Serat pada kentang ini justru paling banyak ditemukan pada kulitnya. Rutin mengambilnya yang tinggi serat bermanfaat dalam meningkatkan kesihatan usus dan ini sekaligus mencegah dan mengatasi sembelit. Makan kulit kentang juga akan menurunkan tekanan darah sebab tingginya kandungan kalium. Kalium merupakan mineral utama dalam kentang dan paling banyak ada di kulit kentang. Unsur Kalium membantu tubuh untuk membuang kelebihan garam yang bisa menyebabkan tekanan darah tinggi. Paling kurang diketahui jika makan kulit kentang akan mencegah penyakit jantung sebab kadar kadar kalium yang cukup dalam tubuh juga dapat menjaga kesehatan jantung. Meski tidak secara langsung mengobati atau mencegah penyakit jantung, konsumsi asupan tinggi kalium, seperti kulit kentang, bisa mengontrol tekanan darah dan menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL) yang mendukung kesehatan jantung. Fakta terakhir dimana makan kulit kentang akan mencegah penyakit kanser sebab ia bukan hanya kaya dengan vitamin dan mineral, kulit kentang juga mengandung folate dan juga antioksidan. Nutrisi ini membantu mengurangkan risiko terkena kanser tertentu seperti kanser mulut, kanser tekak, kanser kerongkong dan kanser pankreas. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
TINGGI KARBOHIDERAT...BERGUNA...
MINERAL LAIN... KESIHATAN DIJANA...
MAKAN KENTANG.. PELBAGAI CARA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(4 Jamadilakhir 1446H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.