Penulis blog percaya ramai generasi sekarang tidak kenal dengan terung pipit sebenar walau pun mungkin pernah melihatnya di Hand Phone atau Laptop fotonya sahaja tetapi tidak pernah ujirasa. Kalau tidak pernah makan bagaimana mungkin tidak tahu dan masih ramai yang tidak mengetahui khasiat terung pipit jika diamalkan dalam pemakanan seharian. Terung pipit ini mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan tubuh badan. Terung pipit ini dipercayai berasal dari Amerika Tengah dan Selatan. Kemudiannya, mulai ditanam di Asia, Afrika dan kepulauan Carribean. Ia juga digunakan secara meluas sebagai makanan dan ubat tradisional di seluruh dunia. Untuk pengetahuan pembaca blog anim agro technology ini dimana terung pipit telah digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat pelbagai masalah kesihatan sejak sekian lama. Antaranya adalah dalam usha merawat kayap dimana caranya adalah dengan mengambil daun terung pipit dan dilumatkan bersama daun cili. Ramuan ini apa yang penulis blog pernah lihat dikampong dulu ia akan dijadikan ubat sapuan pada kulit yang mempunyai kayap. Ia juga ada digunakan sebagai mencegah penyakit darah tinggi dimana pesakit perlu memakan buah terung pipit yang dicelur sebagai ulam. Paling selalu di dengar dimana testimoni iaitu terung pipit bagus untuk mengubati cacing dalam perut kanak-kanak terutamanya. Caranya adalah dengan merebus helaian daunnya dan air rebusan tersebut digunakan sebagai air mandian. Pokok terung pipiy di percayai ia mampu untuk merawat resdung iaitu dengan mengeringkan daun segar dan ia kemudian digulung seperti rokok lalu dihisap dan asapnya dihembus melalui hidung. Selain itu ia akan meransang tenaga batin pengguna iaitu dengan mengamalkan memakan buah terung piput sebagai ulam atau dicelur dan dicicah dengan sambal. Paling unikk sebab ia mampu merawat tumit kaki pecah dimana caranya adalah dengan mengambil akar pokok terung pipit dan ditumbuk. Apabila airnya keluar maka ia boleh diambil air tersebut dan sapu pada tumit kaki yang pecah sehingga membaik.
Dalam kes lain dilaporkan banyak juga kajian dilakukan terhadap pipit terung di Malaysia dan negara lain. Hasil beberapa kajian yang telah dijalankan oleh ramai penyelidik adalah untuk mengetahui khasiat terung pipit dari sudut sains perubatan. Dilaporkan yang terung pipiy mampu Mencegah Tekanan Darah Tinggi atau Hipertensi. Bahan ekstrak etanol dalam terung pipit boleh mengurangkan tekanan darah sistolik dan memlakukan perubahan metabolik yang selalu disebabkan oleh fruktosa. Ia juga mampu Menurunkan Paras Gula Dalam Darah dengan memakan terung piput juga boleh membantu menurunkan paras gula dalam darah terutamanya buat mereka yang menghidap penyakit kencing manis. Kajian laporkan terhadap haiwan yang menghidap diabetes dimana ekstrak metanol dalam terung pipit yang diberikan selama 30 hari berjaya menurunkan paras gula haiwan tersebut sehingga 42%. Apa pun ulam ini Kaya Dengan Antioksidan yang merupakan bahan sebatian yang boleh melindungi sel-sel sihat dalam badan dari tekanan oksidatif yang disebabkan oleh radikal bebas. Tekanan oksidatif ini sering dikaitkan dengan penyakit-penyakit kronik seperti penyakit jantung, kencing manis, kanser atau Alzheimer. Paling unik didakwa kajian mendapati ia mampu Merawat Jangkitan Yis Pada Faraj Wanita. Selalunya kes jangkitan yis pada farah wanita biasanya disebabkan oleh kulat atau fungi spesis Candida albicansa. Turut dikenali sebagai vaginal candidiasis. Simptom atau gejala-gejalanya adalah kegatalan pada faraj, luka, sakit semasa hubungan kelamin, sakit ketika membuang air kecil dan keluar lelehan dari faraj yang tidak normal. Ada juga kajian mendapati ekstrak etanol dalam terung pipit dimana ia menunjukkan aktiviti-aktiviti antikulat terhadap kulat Candida albicansa. Terung pipit didakwa mampu Mengubati Ulser Perut sebab ulser perut adalah luka terbuka yang terbentuk pada lapisan perut. Ia juga boleh berlaku di dalam usus yang berdekatan dengan perut. Antara gejala-gejalanya seperti sakit perut, sembelit, pedih hulu hati atau hilang selera makan. Hasil kajian mendapati bahawa ekstrak daun terung piput boleh mencegah pembetukan ulser perut. Ekstrak tersebut juga dipercayai dapat meningkatkan penghasilan mukosan dan mengurangkan perembesan asid gaster. Ia juga Bersifat Antibakteria dimana daun terung piput juga dipercayai mempunyai sifat antibakteria terhadap pelbagai varian bakteria Staphylococcus termasuklah yang mempunyai ketahanan terhadap antibiotik. Selaluny akalau tidak dirawat, bakteria-bakteria ini juga boleh menyebabkan pelbagai jangkitan seperti jangkitan pada kulit, saluran darah, sepsis dan termasuklah kematian. Terung pipit hasil kajian mampu untuk Merawat Keracunan Kadmium dimana kes keracunan kadmium sangat bahaya kerana boleh menyebabkan kerosakan pada organ-organ dalaman manusia seperti hati dan buah pinggang. Selalunya individu yang berisiko tinggi untuk keracunan kadmium ialah pekerja-pekerja industri pengilangan dan pembinaan. Ia berlaku kerana mereka mungkin terdedah semasa peleburan dan penapisan logam, pembuatan bateri, plastik, salutan dan panel solar.
Terong pipit ia mengandungi banyak manfaat tetapi memiliki rasa pahit. Cara mudah mengurangkannya dengan air panas dan garam. Terong pipit yang juga dikenali dengan nama takokak, rimbang, atau mini-eggplant, menjadi salah satu sayuran atau ulamanyang sering dijumpai dibelukar. Meski begitu ramai orang yang masih kesukaran membezakan terong pipit dengan Leunca (Solanum nigrum) sebab keduanya sering dihidangkan dengan cara yang serupa. Tahukah pembaca blog ini jika terong pipit dan leunca sebenarnya berasal dari tanaman yang berlainan dimana Leunca lebih banyak ditanam sedangkan terong pipit sering dianggap sebagai tanaman liar. Meskipun terong pipit sering dimakan sebagai ulaman tetapi rasa pahitnya menjadi orang todak suka walau pun ia memiliki banyak manfaat kesihatan. Ia jug adalah kaya akan serat, antosianin dan berbagai vitamin yang baik untuk melancarkan peredaran darah, menyihatkan sistem pencernaan serta didakwa membantu menurunkan berat badan dan juga bermanfaat untuk merawat batuk dan flu. Bagaimana pun pada penulis blog dan peminat ulaman dimana rasa pahit terong pipit ini sering kali membuat ramai tidak suka makannya. Perlu tahu kenapa Terong Pipit Cenderung Pahit terutama ketika dimakan dalam keadaan mentah sebagai ulam. Rasa pahit ini berasal dari kandungan antosianin yang terdapat pada terong pipit. Antosianin adalah pigmen semulajadi yang memberikan 'warna hijau' pada buah dan sayur tetapi selalunya ia menambah rasa pahit pada beberapa jenis tanaman termasuk terong pipit. Salah satu cara yang dapat dilakukan untuk mengurangkan rasa pahit terong pipit adalah dengan merendamnya dalam air panas yang diberi garam dimana cara ini cukup mudah dan praktikal dilakukan sendiri di rumah. Mula-mula di ceraikan atau perlu dipisahkan terong pipit dari tangkainya agar lebih mudah dibersihkan. Setelah itu ia dicuci dengan menggunakan air mengalir untuk menghilangkan kotoran dan di toskan. Apa pun langkah selanjutnya adalah menyediakan air panas dengan secukupnya dengan menuangkan air panas ke dalam bekas mangkuk yang berisi terong pipit. Proses perendaman ini akan mengurangkan rasa pahit terong pipit secara efektif. Ia dapat melarutkan beberapa bahan pahit yang ada pada terong pipit. Ini adalah salah satu cara yang cukup mudah dan sesuai bagi menurunkan rasa pahit tanpa mengurangkan zat baik yang terkandung dalam sayuran ini. Setelah air panas dituangkan maka perlu ditambahkan garam sebanyak satu sudu teh untuk satu mangkuk terong pipit. Garam mengandungi bahan sodium yang dapat mengurangkan rasa pahit pada makanan dimana dengan gabungan panas dan garam ini dipercayai akan sangat efektif untuk mengurangi rasa pahit pada terong pipit. Langkah terakhir adalah membilas terong pipit untuk menghilangkan kelebihan garam. Semuga artikel ini memberi fakta berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

RASANYA PAHIT... TERPEJAM MATA...
BANYAK KHASIAT...DI LAPORKAN DIA...
HILANGKAN PAHIT...AMALKAN PETUA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(13 Jamadilakhir 1446H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.