Support My Blog

Friday, December 13, 2024

SEMBANG FAKTA TERNAKAN KAMBING (PT 2)

TERNAKAN KAMBING
merupakan salah satu dari akriviti penternakan yaang mampu mendatangkan pendapatan lumayan jika dijalankan dengan baik. Kambing merupakan ternakan ruminan yang tergolong dalam klasifikasi ternakan dari keluarga Bovidae. Pecahan keluarga (sub-family) bagi kambing adalah dari genus Caprinae (kambing) dan genus Capra (kambing). Penulis blog merujuk beberapa buku dimana ada 5 spesis kambing yang popular diternak iaitu species - Capra hirus (Capra aegagrus), Capra ibex, Capra pyrenaica, Capra caucasia dan juga spesis Capra falconeri. Bagaimana apun dilaporkan cara membuat klasfikasi kambing ada 4 keadaan iaitu Tempat Asal (seperti Asia, Afrika, dan lain-lain), Rupabentuk Anggota (seperti telinga panjang, pendek, tegak atau berjuntai), Jenis Kegunaan (samada untuk daging, susu, bulu, kulit dan lain-lain) serta Ukuran Besar Badan dan Tinggi (seperti ukuran berat dan besar, sederhana atau pun saiz kerdil). Penulis blog juga kini tahu satu lagi cara yang sesuai digunakan sekarang ialah ciri seperti ukuran “Height at withers” iaitu ukuran dari kaki sampai ke tulang bahu (skapula). Dilaporkan dimana cara ini mempunyai kaitan dengan saiz besar badan. Kalau bentuk badan besar begitu juga dgn ukuran tinggi dijadikan panduan dalam pengkelasan kambing. Apa pun dilaporkan dengan cara ini maka haiwan kambing boleh dibahagi kepada 3 kumpulan iaitu jenis Kambing Kerdil (ukuran tingginya dibawah 50 cm atau berat 18-25 kg), Kambing Sederhana (ukuran tinggi 51-65 cm atau beratnya antara 19-27 kg) dan Kambung Besar (ukuran tinggi di atas 65 cm (20-53 kg). Merujuk kepada beberapa sumber yang dilaporkan dimana populasi kambing di dunia dianggar lebih kurang 400 juta ekor dimana sekitar 22% darinya terdapat dikawasan negara beriklim temperate sementara 78% di kawasan tropika dan subtropika pada tshun 2023. Penulis blog juga dapati dimana populasi kambing berada dikawasan kering di mana sukatan hujan kurang dari 45 cm. Taburan populasi kambing yang banyak sekali ialah di Afrika dan India. Dalam pada itu antara baka-baka kambing yang terkenal di dunia boleh dibahagikan kepada 7 kawasan. Bagi kawasan Afrika terdapat jenis baka kambing Nubian, Sahle, Maradi (Red Sokoto), kambing kerdil (Dwarf goat), south Sudan Dwarf, Somali, Boer, Somali Arab dan Small East African Goat. Sementara itu di kawasan Timur Tengah dan Timur Dekat ada jenis baka kambing seperti Angora, Damanscus dan Syrian Mountain. Bagi kawasan India Dan Pakistan popular dengan baka kambing seperti Jamnapari, Beetal, Barbari, Black Bengal, Malabar, Bari, Osmanabad dan Kamori. Bagi kawasan Asia Tenggara termasuk Malaysia popular dengan baka seperti Kambing Katjang dan di Kawasan Negara China dan Tibet popular dengan baka Kambing Ma’Tou, South China Dwarf Goat, Cahsmere Goat. Di kawasan Amerika Selatan pula ada baka Maxoto dan Marota sementara di kawasan Eropah ada baka kambing Saanen, Toggenburg, British Alpine dan lain-lain. Penulis blog kongsikan veverapa keterangan baka Kambing Katjang yang berasal dari Malaysia dan indonesia. Kambing ini digunakan untuk daging dengan mempnyai warna bulu biasanya hitam atau coklat kadang-kadang terdapat tompok putih dikaki dan badan. Ia mempunyai telinga tegak disisi dengan purata ketinggian adalah sekitar 50- 60 cm. Kambing Katjang juga dilaporkan mempunyai berat lahir sekitar 1 - 2 kg dan apabila dewasa manjadi 20 - 25 kg. Artikel subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa kisah dan fakta ternakan kambing untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Menarik fakta dalam bharian.com dimana '
Raih untung hampir sekali ganda faktor kambing terus diseludup' apabila pihak  PGA merampas 44 kambing bernilai RM55,000 dalam muatan lori di Kampung Repek, di Pasir Mas, Kelantan. Harga kambing yang jauh lebih murah di Thailand iaitu RM680 seekor selain permintaan tinggi di Malaysia antara faktor utama yang mendorong haiwan itu diseludup dari negara jiran secara berterusan. Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Datuk Nik Ros dakwa sindiket yang menyeludup haiwan itu boleh meraih keuntungan hampir sekali ganda kerana harga dijual di Malaysia iaitu sekitar RM1,000 hingga RM1,500 bagi setiap ekor kambing. Dilaporkan haiwan itu dijual terus kepada pelanggan sekiranya bilangan penyeludupan itu membabitkan kuantiti yang banyak dan bukannya diternak untuk dibuat baka. Modus operandi yang dikesan pihaknya ialah sindiket menggunakan perahu menyeberang Sungai Golok dan dikumpulkan di kawasan semak atau kandang berdekatan sebelum dihantar ke pelanggan menggunakan lori atau kereta. PGA dapat tumpaskan sindiket penyeludupan ini selepas merampas 44 kambing bernilai RM55,000 di Kampung Repek, di sini, jam 12.30 tengah malam kelmarin. Rampasan dilakukan Batalion 8 PGA itu selepas menahan lori dalam keadaan mencurigakan menerusi Op Taring Wawasan. Apa pun hasil pemeriksaan mendapati 44 kambing anggaran berat lebih 2,200 kilogram (kg) dipercayai diseludup dari Thailand ditemui dalam lori terbabit tanpa dokumen yang sah. Suspek adalah dua orang lelaki tempatan berusia 20 dan 55 tahun dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup kambing itu ke pasaran tempatan ditahan untuk siasatan lanjut. Nilai rampasan keseluruhan bernilai RM55,000.00 dan kes disiasat dibawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953. Suspek dan barang rampasan diserahkan ke Komtak Jeram Perdah untuk tindakan selanjutnya. Siasatan mendapati kumpulan penyeludup kambing terbabit akan membawa binatang itu menyeberangi Sungai Golok dari Thailand menggunakan perahu. Apabila sampai di tebing sebelah kita, kambing ini akan di kumpulkan di kawasan semak berhampiran tebing Sungai Golok dan dimuat ke dalam kenderaan kecil seperti lori kecil atau kereta untuk dibawa keluar daripada kawasan itu. Terdapat juga kes di mana kambing ini ditarik secara berkelompok untuk ke kandang berdekatan di sempadan Thailand sebelum dimuat ke dalam kenderaan untuk dihantar kepada pelanggan. Sementara itu menerusi serbuan berasingan di pangkalan haram Syed Meor Bukit Lata, di Rantau Panjang, Nik Ros Azhan berkata, pihaknya merampas 1,800 unit sabun kosmetik dipercayai diseludup dari Thailand bernilai RM75,840. Barangan berkenaan dirampas selepas pihaknya melakukan pemeriksaan terhadap sebuah stor dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen7(1)(E) Peraturan Kawalan Dadah Dan Kosmetik 1984 dan hasil rampasan diserahkan ke Komtak Jeram Perdah untuk tindakan selanjutnya.


Ia juga berlaku di Terengganu apabila di laporkan yang 'JPV Terengganu rampas 78 kambing seludup' yang wajar di kongsikan kisahnya. Pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri Terengganu merampas 78 kambing dianggar bernilai RM100,000 yang dipercayai diseludup dari Thailand. Rampasan dilakukan kira-kira 7.30 malam di Jalan Penarik di Setiu dan dua lelaki 30-an terdiri daripada pemandu dan kelindan lori yang membawa haiwan berkenaan, turut ditahan. Pihak penguat kuasa JPV Negeri Terengganu mengekori sebuah lori yang dalam keadaan mencurigakan dari kawasan sempadan Kelantan-Terengganu di sekitar Tok Bali di Kelantan, sebelum menahan kenderaan itu di Jalan Penarik di Setiu kira-kira satu jam kemudian. Kemudian didapati di dalam lori it ada sekitar 78 kambing yang diletakkan di dalam guni dan tidak mempunyai sebarang dokumen atau permit pemindahan. Berdasarkan maklumat awal dilaporkan kambing itu adalah untuk dijual dipasaran  beberapa negeri di luar Terengganu dan kes disiasat di bawah Seksyen 36 Akta Binatang 1953. Rampasan itu adalah satu kejayaan JPV Terengganu yang ke-12 bagi kes rampasan kambing dengan membabitkan 521 ekor keseluruhannya bernilai RM1.1 juta. Adalah dinasihatkan agar masyarakat supaya tidak terpedaya dengan tawaran kambing yang dijual pada harga rendah daripada harga pasaran kerana terdapat kemungkinan ia haiwan yang diseludup. Terdapat kambing seludup iaitu apabila disembelih ada kes dimana organ dalamannya seperti buah pinggang, paru-paru dan hati telah rosak. Kita bimbang sekiranya haiwan-haiwan ini mempunyai penyakit dikategorikan sebagai penyakit zoonotik yang boleh berjangkit kepada manusia.


Kisah di Pahang pula berlainan apabila media laporkan ada kes 'Putih mata bila 25 kambing lesap' dimana dipaparkan foto Zamri Mat Amin (kiri) dan Salehuddin di hadapan kandang kambing mereka. Kes berlaku di Jerantut dimana 2 orang penternak kambing di Kuala Tahan di sini berputih mata apabila 25 ekor kambing yang dipelihara mereka lesap daripada kandang pagi semalam. Mereka yang mempunyai kandang kambing yang terletak kira-kira 200 meter dari rumah mereka di perumahan Felcra, Kuala Tahan kecewa dengan kejadian ini. Menurutnya mereka berdua pergi ke kandang itu pada jam 12 tengah malam kelmarin untuk melihat keadaan kambing dan mengunci pintu serta pagar kawasan itu sebelum pulang ke rumah. Namun pada sebelah pagi ketika Salehuddin hendak membuka pintu pagar kandang dia terkejut apabila melihat keadaan pintu sudah terbuka akibat dikopak dan mangga kunci pintu kandang dipotong. Apabila melihat ke dalam kandang kami terkejut kerana semua kambing hilang kecuali lapan ekor anak kambing. Zamri berkata mereka mempunyai 33 ekor kambing kampung dan kambing Boer yang dipelihara sejak empat tahun lalu. Kegiatan mencuri itu mungkin berlaku antara 2 hingga 5 pagi ketika waktu hujan dan dia dianggarkan mengalami kerugian semuanya adalah sebanyak RM 23,000. Mereka anggap kejadian ini adalah sebagai ujian daripada Allah dan berharap pencuri itu dapat terbuka hati memulangkan semula kambing itu. Mereka juga kini perlu bekerja sebagai pemandu pelancong dan ketika ini begitu terkesan kerana tidak ramai pelancong yang datang ke Taman Negara. Inilah sumber pendapatan kami kini.

 
Agak unik kesah sembang di media yang bertajuk 'Biri-biri bukan kambing' untuk di kongsikan kali ini. Dilaporkan dimana biri-biri mempunyai kandungan lemak antara daging kira-kira 12% manakala kambing sekitar 2% saja yang membezakan diantara keduanya. Berlaku kekeliruan ramai rakyat Malaysia dan Pembaca Blog ini adalah berkaitan istilah menyebabkan ramai yang beranggapan bahawa perkataan ‘lamb’ dan ‘mutton’ merujuk kepada daging kambing sedangkan ia daging biri-biri yang mengandungi kadar lemak yang tinggi. Dengan kadar lemak sehingga 12% daripada keseluruhan dagingnya dimana biri-biri yang biasanya dimasak di restoran atau dijadikan ‘kambing golek’ pada majlis tertentu, ia tidak sesuai untuk mereka yang menghidap masaalah tekanan darah tinggi berikutan ada kolesterol tinggi. Pensyarah Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Azhar dakwa daging biri-biri matang dipanggil ‘mutton’ namun salah faham istilah itu menjadikan masyarakat menganggap mereka makan daging kambing. Dari segi istilah dimana kambing dipanggil ‘chevon’ manakala biri-biri muda ialah ‘lamb’. ‘Lamb chop’ dari segi istilah merujuk kepada daging biri-biri muda dan bukannya kambing. Tetapi dari dulu kita anggap semuanya kambing dan ia menjadi isu apabila ada yang mendakwa kambing adalah penyebab darah tinggi. Sebenarnya ia adalah biri-biri. Beliau terpanggil membuat pendedahan itu selepas mendapati terlalu ramai orang yang salah tanggapan mengenai daging kambing dengan aspek kesihatan. Biri-biri mempunyai kandungan lemak antara daging kira-kira 12% manakala kambing sekitar 2% saja suatu jurang besar yang memberi kesan kepada kesihatan. Dua peratus lemak yang ada pada kambing itu hanya terdapat pada beberapa bahagian di dalam badan. Jadi sebenarnya risiko untuk menyebabkan penyakit itu kurang berbanding biri-biri dimana selama ini ramai yang salah faham. Dia juga turut mendedahkan bahawa isu ayam cucuk yang heboh diperkatakan di negara ini sejak lama dulu hanyalah satu mitos kerana ia diharamkan sejak 1959 lagi. Ayam yang ada pada hari ini ialah suntikan vaksin kepada ayam untuk memastikan ia mempunyai imunisasi daripada sebarang penyakit. Kaedah memberi vaksin ialah prosedur biasa dan tidak mempunyai implikasi kesihatan kerana ia sebenarnya baik untuk proses tumbesaran ayam. Sejak 1959 lagu sudah tiada lagi kaedah ayam disuntik hormon namun sehingga hari ini ramai mengatakan ayam dicucuk dengan mengandungi racun dan tercemar. Sedangkan ia adalah suntikan vaksin biasa. Ayam daging yang kita lihat lebih gemuk dan berisi berbanding ayam kampung ialah hasil kemajuan teknologi genetik. Kini dengan kemajuan teknologi genetik, ayam sekarang mampu membesar 400% dengan lebih cepat berbanding 50 tahun lalu dan ia selamat dimakan sebagai antara sumber protein termurah. 
Artikel ini ditulis dalam dua segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro Technology semua. Wasallam!!...
TERNAK KAMBING... CARA BAGAIMANA....
DI BUAT REBAN... PENUHKAN YANG BAKA...
CUKUP UMUR... DI JUAL MAHAL BERHARGA...
MEMBACA ARTIKEL...SUKA SEMBANGNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(8 Jamadilakhir 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...