Support My Blog

Wednesday, December 18, 2024

MITOS BUAH NANAS - BAGAIMANA?

BUAH NENAS
(Ananas cosmosus) merupakan sejenis buah-buahan tropika yang sangat popular diseluruh dunia dimana ianya ditanam dikawasan yang mempunyai iklim tropika dan sub-tropika dari keluarga Bromeliaceae. Pengeluaran nenas segar dunia pada tahun 2022 mencecah sebanyak 23.96 juta metrik tan walau pun jumlah eksport menurun sebanyak 2.2% kepada 3.1 juta metrik tan sahaja sebagaimana dilaporkan oleh FAO. Negara pengeluar nenas utama dunia 2012 adalah Indonesia (3.2 juta mt) diikuti Filipina (2.91 juta mt) dan ketiga adalah Costa Rica (2.1 juta mt). Negara lain yang turut ada menghasilkan nenas adalah seperti Thailand, China, Indonesia, India, Nigeria, Mexico dan yang ke 10 adalah Vietnam. Negara kita Malaysia tidak tersenarai dalam 20 negara utama pengeluar nenas dunia kerana cuma menghasilkan sekitar 416,070 metrik tan dari kawasan seluas 16,400 hektar pada tahun 2010. Apa yang kita hendak bincang petang sabtu ini cuma khasiat dan teknologi penanaman nenas untuk makluman bersama. Penanaman nenas dijalankan secara komersil dan monokrop kerana memerlukan cahaya matahari yang banyak. Tanaman Nenas merupakan tanaman yang lasak dan boleh tumbuh di pelbagai jenis tanah asalkan kawasan tersebut mempunyai saliran yang baik dan sistem pengurusan agronomi dengan sempurna. Penanaman nenas lazimnya menggunakan bahan tanaman daripada Sulur Tanah, Sulur Udara, Slips dan juga Jambul. Kini teknologi penggunaan 'quartering' membantu membiakan nenas dengan lebih cepat. Teknologi pembiakan nenas menggunakan kultur tisu bagaimana pun masih belum di perakui, ini kerana anakbenih yang dihasilkan banyak masaalah 'Somaclonal variation' yang perlu diatasi. Banyak syarikat yang cuba menggunakan teknologi kultur tisu nenas untuk menjual anakbenih nenas tetapi terbukti masih belum mendapat kepercayaan daripada petani pada masa ini. Artikel pagi Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai beberapa mitos dan fakta buah nanas untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Sejak dulu paling popular mengenai mitos bila makan buah nanas adalah kes berlaku keguguran kepada wanita hamil. Apa pun lazimnya masyarakat sering memahami sesuatu perkara itu adalah ia berdasarkan kepercayaan yang tidak kira menerusi kejadian sekeliling atau berlaku kepada dirinya sendiri mahupun melalui pengalaman. Ia mungkin akan menjadi satu mitos sebab tahap kepercayaan itu hanyalah berlandaskan daripada pengetahuan diri dan bukannya hasil merujuk bahan ilmiah daripada pakar-pakar. Sering didengar mitos dimana bagi ibu yang hamil atau memakan buah nanas ketika mengandung yang didakwa boleh menyumbang kepada punca keguguran. Pengalaman penulis blog ini semasa bertugas sebagai Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) sering di tanya dan terjumpa orang yang bertanyakan perkara atau mitos tersebut beberapa kali. Paling lazim adalah kalangan kaum wanita dimana mereka pernah dengar akan kes petua berkenaan buah yang dilarang untuk ibu hamil dan yang paling popular sudah tentu buah nanas. Dalam pada itu kata-kata dari kalangan orang tua-tua bercakap agar 'jangan makan nanas semasa hamil, nanti kandungan gugur' masih ujud. Kenyataan lebih terperinci dimana mitos dimana adalah dilarang makan buah nanas sewaktu fasa kehamilan kerana dikatakan boleh menyebabkan keguguran. Ada yang kata buah yang patut dielakkan makan termasuklah buah seperti durian, kelapa, betik muda, pic dan epal masam tetapi yang paling popular adalah Nanas. Ciri buah-buahan ini juga ia dikatakan tajam dan masam dimana ini yang menjadi punca keguguran sewaktu hamil. Walau pun mitos dimana nanas adalah buah yang dilarang untuk ibu hamil ada pendapat pakar menyatakan sebaliknya dimana buah nanas adalah selamat untuk dimakan walaupun anda adalah seorang wanita yang sedang dalam fasa kehamilan. Ia bukanlah buah punca keguguran seperti yang sering digembar-gemburkan. Ini kerana buah nanas kaya dengan pelbagai jenis vitamin yang sepatutnya menjadi salah satu pilihan sihat untuk wanita yang sedang dalam fasa kehamilan. Walaupun dakwa orang tua-tua mungkin kerap menyebutkan naratif keburukan makan nanas sewaktu hamil akan tetapi ia sebenarnya adalah satu mitos sahaja. Belum ada sebarang bukti saintifik yang menunjukkan buah nanas berbahaya kepada wanita dalam fasa kehamilan.


Beberapa
laporan imliah laporkan jika buah nanas ada bahan bromelain yang merupakan sejenis enzim dimana ada dakwaan jika enzim bromelain berfungsi memecahkan protein dalam tubuhbadan manusia. Dilaporkan dimana janin dalam kandungan terdiri daripada sel protein sederhana dimana kes pengambilan bromelain mungkin boleh menyebabkan pendarahan tidak normal dan seterusnya boleh menyebabkan keguguran. Apa pun dalam beberapa laporan dimana bahan enzim komersil bromelain dalam bentuk tablet sememangnya tidak disarankan untuk diambil oleh wanita hamil. Ini kerana ia boleh menguraikan protein dalam tubuh yang memungkinkan kejadian seperti di atas untuk berlaku. Namun kandungan bromelain yang terdapat dalam buah nanas segar adalah sangat sedikit. Ia tidak akan memberikan kesan terhadap kandungan wanita yang sedang hamil seperti menyebabkan keguguran mahupun pendarahan. Sebagai perbandingan pula dimana dilaporkan sesipawanita mungkin perlu memakan antara 7 -10 biji buah nanas untuk bromelain benar-benar berkemampuan memberikan kesan ke atas janin. Apa pun hakikatnya amat sukar untuk dia mampu untuk makan nanas sebanyak itu dalam satu hidangan sendiri dalam satu masa. Dalam laporan kajian lain di dapati jika sebahagian besar kandungan bromelain dalam nanas akan hilang apabila nanas diproses menjadi nanas dalam tin atau diproses menjadi jus. Jadi mitos sama ada wanita dalam fasa kehamilan boleh makan nanas atau tidak masih menjadi popular kerana kebanyakan bakal ibubapa tidak mahu mengambil risiko. Ada pun pakar kesihatan ada syorkan dimana wanita yang sedang hamil tidak mempunyai masalah sekiranya mahu memakan buah nanas dan ia sebenarnya amat digalakkan apa lagi jika dia adalah sihat. Apa pun bagi wanita yang sedang dalam fasa kehamilan dimana satu cawan nanas sebenarnya ia boleh membekalkan 100% keperluan vitamin C harian. Dalam pada itu buah nanas juga mempunyai kandungan folat, zat besi, magnesium, mangan, tembaga dan juga vitamin B-6. Sebaiknya kesemua zat-zat ini amat menyokong dalam proses perkembangan janin yang sihat selain kesihatan tubuh ibu yang sedang hamil. Beli buah nanas yang premium seperti Nanas MD2, Nanas Jambul Mas, Nanas Cobek dan cuba elakkan nanas yang masam seperti Nanas Moris, Nanas Gandul sebab kandungan kemasaman yang agak tinggi. Risiko jika dimakan terlalu banyak bagaimana pin ia akan menyebabkan sedikit kesan yang tidak selesa kepada perut sesiapa khususnya bagi golongan perut sensitif. Ini kerana kandungan asid citrik yang terdapat dalam nanas boleh menyebabkan pedih ulu hati dan juga refluks. Apa pun sebaiknya dimana cara terbaik untuk mengambil buah ini adalah dengan cara sederhana sahaja. Tidak kira seorang wanita yang sedang dalam fasa kehamilan atau tidak maka adalah disarankan untuk memakannya dengan kadar yang sederhana sahaja. Buah nanas mempunyai pelbagai khasiat yang bukan sahaja bermanfaat untuk ibu yang sedang hamil tetapi juga kepada janin yang sedang dikandungnya. Apa pun boleh makan buah nanas walaupun sedang hamil dan perlu pastikan makannya dengan kuantiti yang banyak dalam sehari untuk mengelakkan ketidakselesaan pada perut.


Merujuk kepada sumber rasmi dimana nanas adalah m
erupakan antara buah tropika dengan isi yang manis, berjus dan wangi baunya. Disyorkan pakar diet dimana buah nanas seharusnya dijadikan antara menu diet harian bagi setiap individu. Ini kerana ia kaya dengan pelbagai nutrien dan bersifat antioksidan. Ia selain bagus untuk sistem penghadaman dan imuniti badan sebenarnya menawarkan pelbagai faedah kesihatan untuk wanita secara khususnya. Ia membantu masalah haid bila buah nanas mempunyai enzim khas dikenali sebagai bromelain yang berfungsi menyingkirkan lapisan rahim. Jadi antara khasiat nenas ketika haid adalah ia meningkatkan peredaran haid dan membantu wanita dengan kitaran haid tidak teratur. Buah nanas juga mampu meningkatkan kesihatan kulit terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, ruam atau kerosakan kulit, buah berkhasiat ini akan meremajakan kulit dan menjadikan ia lebih bersih, cerah dan segar. bahan bromelain dalam nanas adalah sejenis enzim antiradang nanas, membantu mencegah jerawat, dermatitis, psoriasis dan ekzema. Jus nanas mengandungi vitamin C dan antioksidan tinggi, berperanan memulihkan kerosakan kulit kesan cahaya matahari, jerawat dan tona kulit tidak sekata. membincangkan khasiat nenas untuk wanita termasuk fakta jika buah nanas mampu menjadikan tulang kuat. Kandungan mangan yang tinggi dalam nanas dapat menguatkan kulit. Mangan (Mn) berfungsi mengekalkan kekuatan tulang dan apabila bergabung dengan zink, tembaga dan kalsium, boleh meningkatkan manfaatnya kepada tulang. Oleh sebab ia bagus untuk kesihatan tulang, maka pengambilan nanas turut dipercayai dapat mencegah osteoporosis. Wanita makan nanas membantu bantu kuatkan tulang dan menguatkan otot. Ini kerana buah nanas adalah sumber valine dan leucine yang baik iaitu jenis asid amino penting untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu otot. Satu gelas jus nanas setiap hari membantu mengatasi keletihan dan meningkatkan stamina – membolehkan anda kekal bertenaga semasa bersenam atau berlari. Khasiat makan nanas setiap hari dapat membantu pertumbuhan rambut sebab bahan vitamin C dalam khasiat nanas turut menyumbang kepada kesihatan rambut yang lebih baik. Kandungan vitamin B1 dan B2 mengurangkan kejadian keguguran rambut. Khasiat makan nanas setiap hari boleh membantu dalam menguatkan folikel rambut dan boleh mempercepatkan pertumbuhan rambut. Paling berlawanan fakta dengan mitos dimana buah nanas mampu untuk dapat meningkatkan kesuburan. Khasiat nenas yang lain dipercayai mampu meningkatkan kesuburan dan membantu dalam persenyawaan. Kehadiran bromelain sebagai agen antiradang dan antipembekuan darah (penipisan darah) boleh memberi kesan baik kepada sistem imun. Apa pun dengan peningkatkan aliran darah ke rahim, ia secara tidak langsung meningkatkan peluang implantasi. Buah nanas mampu untuk membekalkan nutrien penting semasa kehamilan. 


Merujuk akhbar kompas.com dari negara jiran menyatakan beberapa '
Alasan Nanas Boleh Jadi Penyebab Keguguran' sesuai di rujuk. Kisah dari Jakarta ini menyatakan sama ada pembaca pernah mendengar informasi yang menyebut bahwa konsumsi nanas bisa berbahaya untuk ibu hamil?. Mitos makan buah nanas dapat menyebabkan keguguran pada ibu hamil terutama jika dikonsumsi pada trimester awal di kupas dalam akhbar ini. Umum tahu jika buah nanas memiliki kandungan enzim bromelain yang dapat memecah protein dalam tubuh. Enzim ini dapat berbahaya pada janin sebab pada trimester awal dimana status janin masih terdiri atas sel protein sederhana. Jika ibu hamil mendapatkan asupan bromelain maka perkara ini diduga dapat menyebabkan perdarahan dan keguguran. Tidak hanya itu akhbar ini laporkan jika bromelain juga dapat merangsang leher rahim untuk melembut dan melonggar sehingga dapat memicu persalinan dini (keguguran). Dalam kes buah nanas dan ibu hamil dinyatakan maklumat yang menyebut bahwa buah nanas bisa menyebabkan keguguran tidak boleh sepenuhnya dianggap salah. Pasalnya dimana bahan enzim bromelain dalam bentuk tablet atau kapsul memang tidak dianjurkan untuk diambil oleh ibu hamil keranaia akan dapat memicu kontraksi dini, perdarahan abnormal, dan meningkatkan risiko keguguran. Namun, dosis bromelin dalam satu buah nanas segar utuh sebenarnya tidak cukup tinggi untuk bertindak sebagai obat yang berdampak pada kehamilan. Enzim ini juga dapat rosak ketika buah nanas diolah menjadi jus. Jumlah bromelain dalam satu porsi jus nanas segar yang dimurnikan dari batang (yang merupakan sumber utama bromelain) hanya mencapai 16 miligram. Hal ini karena hampir sebagian besar kandungan bromelain akan hilang selama proses pengalengan atau jus. Apa pun buah nanas baru mencapai efek menggugurkan kandungan jika ibu hamil mengonsumsi 7-10 buah nanas segar utuh sekaligus. Jadi, dapat dikatakan bahwa mengonsumsi buah nanas saat hamil dalam jumlah kecil, sebenarnya tidak membawa dampak buruk pada keselamatan janin yang dikandung. Namun, jika masih ragu, memang sebaiknya hindari konsumsi buah ini dan perbanyak asupan buah-buahan kaya nutrisi lainnya selama kehamilan. Jika memerlukan panduan gizi semasa kehamilan maka boleh berbincang dengan pakar perubatan atau doktor kandungan. Dalam penjelasan lain di nyatakan makan buah nanas dalam jumlah kecil tidak membahayakan nyawa janin, sebaiknya ibu hamil memang menghindari makan buah nanas dalam jumlah banyak atau menghindarinya sama sekali jika memiliki perut yang sensitif. Ia disebabkan asid dalam nanas dapat menyebabkan perut mulas dan menaikkan asam lambung (gastrik). Jika mengonsumsi jus nanas yang belum cukup matang dimana bahan bromelain yang terkandung boleh menjadi punca cirit birit. Selain itu, ibu hamil yang mengidap diabetes gestasional juga perlu berhati-hati dalam cuna makan buah nanas terutama dalam bentuk jus. Sebabnya adalah jus buah adalah sumber gula semulajadi pekat dan  terkonsentrasi tinggi dari buah potong sehingga dapat membuat gula darah meningkat tajam jika dikonsumsi dalam jumlah besar. Perlu waspada dan segera cari bantuan medis jika mengalami reaksi alergi setelah mengonsumsi buah nanas seperti bengkak di mulut, reaksi kulit (merah, gatal, bengkak), asma, pilek atau hidung tersumbat. Reaksi alergi ini biasanya terjadi dalam beberapa menit setelah mengonsumsi nanas. Kes berlaku mungkin untuk mengalami alergi nanas jika memiliki alergi terhadap serbuk sari atau lateks. Semuga tulisan artikel ini menjadi bahan rujukan pembaca blg anim agro technology semua. Wasallam!!!...
BUAH NANAS... ADA MITOSNYA...
IBU HAMIL... ELAKKAN MAKANNYA...
DI BINCANG FAKTA... BAGAIMANA...
BACA SAJAHA... MAKAN SEADANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Malaysia.
(7 jamadilakhir 1446H).
Posted from
Desaru, Johor.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...