Support My Blog

Saturday, December 7, 2024

KELADI OH KELADI - FAKTA DI MEDIA

TANAMAN KELADI
(Colocasia esculentum) merupakan satu aktiviti agronomi yang perlukan ilmu pengetahuan asas dan praktik yang betul dimana ia mampu menjana pendapatan. Pada penulis blog dimana keladi 
merupakan salah satu jenis tanaman kontan jenis ubian yang kaya dengan makronutrien dan sesuai untuk dijadikan sumber makanan alternatif karbohidrat selain beras dan gandum. Penanaman keladi di Malaysia adalah seluas 890 hektar pada tahun 2024 dengan penghasilan sebanyak 7,153 metrik tan. Dirujuk iaitu kawasan pengeluaran utama tanaman keladi di Malaysia adalah Johor (314 ha dengan hasil 4,720 metrik tan) diikuti dengan Negeri Sarawak (350 hektar dengan hasil 1,521 metrik tan) dan Sabah (81 hektar 268 metrik tan). Kebanyakan keladi digunakan sebagai pasaran domestik sahaja (Sumber: Booklet Ststistik Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia tahun 2024). Kini ramai dikalangan petani yang menanam keladi berdasarkan kepada pengalaman lalu dan belajar daripada rakan taulan lain yang menanam keladi. Terdapat beberapa jenis keladi yang telah popular untuk di tanam dinegara kita seperti Keladi Cina, Keladi Mawar, Keladi Minyak, Keladi Sarawak dan beberapa lagi. Keladi Cina pada penelitian penulis blog merupakan sejenis keladi yang paling disukai petani untuk menanamnya kerana ia mendapat harga lumayan bagi keladi yang berkualiti (Sila lihat foto diatas). Penanaman keladi perlukan anakbenih berkualiti, baja, racun kawalan perosak dan juga kawasan tanah yang subur dan sangat baik sistem salirannya untuk mendapat hasil lumayan. Penggunaan amalan teknologi terkini dibuat agar ia mampu menghasilkan keladi berkualiti agar mendapat harga yang baik dan ianya akan menguntungkan. Pembenihan keladi lazimnya daripada sulur anakbenih keladi. Pada kebiasaanya apa yang penulis blog tinjau dimana selalunya penanaman keladi adalah bersifat kecil-kecilan disekeliling rumah tetapi kini telah ramai petani yang menanam secara meluas dan monokrop untuk pasaran domestik dan sedikit diekaport ke Singapura. Artikel malam Ahad ini saya sembang fakta dalam didalam "Anim Agro Technology" mengenai penanaman keladi sebagai satu bahan rujukkan kepada semua.


Fakta menarik mengenai makanan asas keladi dilaporkan dalam bhnews.com bertajuk 'Keracunan makan gulai keladi' yang wajar dikongsikan. Kisah dari Kuala Pilah di Negeri Sembilan dimana seramai t
iga sekeluarga terselamat selepas mereka mengalami muntah, tekak terasa panas, mata kemerahan dan berair sebaik makan gulai keladi dipercayai beracun. Ketiga-tiga mereka iaitu Siti Aida Mohamad, 40; anak sulungnya, Nor Shamira Jamal, 20, dan anak saudara, Zulfakar Norizam, 18, terselamat selepas segera dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Seremban setelah makan keladi yang diambil di belakang rumahnya di Kampung Lonek, Kepis Hilir di sini, sebelum dibersihkan dan dimasak gulai (Sila lihat foto disebelah). Apa pun dilaporkan dimana sebaik siap masak maka makanan itu dihidangkan dan mereka makan tengah hari bersama. Secara tiba-tiba Nor Shamira berlari ke bilik air dan muntah sebelum memberitahu tekaknya terasa panas. Dilaporkan tidak lama kemudian dia dan anak saudara pula muntah dan mengalami simptom sama. Lebih memeritkan apabila mata mereka pedih dan bertukar kemerahan selain air liur meleleh. Kemudian sang saminya yang pulang tidak lama selepas kejadian segera menghantar mereka ke hospital untuk rawatan lanjut sebelum dia dan anaknya dibenarkan pulang semalam, manakala anak saudaranya masih menerima rawatan di hospital. Doktor memaklumkan simptom dialami mereka mungkin disebabkan termakan keladi liar beracun yang boleh membawa maut sekiranya terlambat menerima rawatan. Suaminya kemudian telah memusnahkan semua pokok keladi yang ada di belakang rumahnya bagi mengelakkan kejadian sama tidak lagi berulang. Dia menanam keladi di belakang rumah sejak enam tahun lalu namun tidak pernah berlaku kejadian seperti itu. Dia percaya ada keladi liar tumbuh berhampiran diambil isterinya untuk dimasak. Doktar sahkan selepas pemeriksaan dan rawatan dan mengesahkan pasti simptom dialami mangsa disebabkan oleh keladi. Pokok keladi liar tersebut memang ia tidak boleh dimakan kerana mengandungi kandungan toksin tinggi yang boleh membahayakan nyawa terutama warga emas, wanita mengandung dan kanak-kanak.


Kisah menarik lain dalam portal berita sinarharian.com pula berlainan apabila '
29,000kg ubi keladi lebih RM60,000 dari China dirampas' oleh MAQIS di pelabuhan Kelang, Selangor. 
Pihak Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) dilapor merampas ubi keladi tanpa permit seberat 29,000 kilogram bernilai RM63,082.65 yang dibawa masuk dari China. Pengarah Maqis Selangor nyatakan dimana kesemua keladi dirampas di pintu masuk Pelabuhan Klang Utara tidak mematuhi syarat import iaitu pelabelan yang tidak mengikut standard yang telah ditetapkan. Semua ubi keladi itu tidak mempunyai permit import yang sah daripada Maqis serta sijil fitosanitasi dari negara asal. Perbuatan mengimport keluaran pertanian tanpa permit yang sah adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 15(2). Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali. Pihak MAQIS bertanggungjawab dalam memastikan pelaksanaan undang-undang di pintu masuk yang diwartakan bagi menjaga keselamatan pertanian negara dan memastikan keluaran pertanian yang masuk ke dalam negara adalah selamat dan bebas perosak serta penyakit berbahaya. Apa pun konsainan yang disita dan dilupuskan mengikut prosedur operasi piawai (SOP) yang telah ditetapkan bagi memastikan risiko kemasukan penyakit dapat dicegah.


Penulis blog memang suka makan sayur batang keladi yang dimasak dengan betul dan tidak gatal. Bagaimana cara memasak makanan ini pentingsebab s
ayur keladi adalah jenis makanan tradisional atau makanan kmpung yang sedap dan semakin diminati ramai. Memang ada banyak resepi dan cara menyediakan makanan sayur dari tanaman keladi sama ada menggunakan batang keladi, sulur keladi dan juga ubi keladi itu sendiri.
Makanan ini paling penting adalah mendapatkan btang keladi yang terbaik agar tidak gatal kerana rahsianya pada musim hujan lazimnya batang keladi atau sulur akan jadi gatal jika di makan kerana ia pada fasa 'reproductive stage'. Sila baca berpuluh-puluh artikel tulisan saya mengenai keladi dalam blog ini untuk mengetahui faktanya. Bagaimana pun kali ini saya kongsikan salah satu resepi sayur keladi untuk dijadikan bahan rujukkan. Sayur batang keladi ini perlu disediakan bahan-bahan iaitu 1 kg batang keladi, 2 ulas bawang putih (kisar halus), 1 ulas bawang merah (kisar halus), 1 inci kunyit hidup (kisar halus), Cili padi (ikut tahap pedas yang dimahukan yang perlu dikisar halus), sedikit lada hitam (dikisar halus), segenggam beras (rendam sekejap dan perlu di tumbuk), sedikit daun kesum, asam keping serta garam. Cara membuatnya dimana batang keladi dibuang kulit dan dipotong dan kemudian mesti direndam sekejap dalam air. Seterusnya dicuci bersih keladi biar hilang getahnya dan tidak gatal dan direbus batang keladi sehingga lembut. Dalam periuk atau kuali seterusnya dimasukkan bahan kisar halus. Selepas mendidih petuanya adalah dimasukkan beras, daun kesum, asam keping dan garam. Masak dan dibiarkan semua sehingga keladi empuk dan di matikan api serta sedia di hidagkan bersama nasi putih dan lauk lain. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
NAMANYA KELADI... JENIS UMBISI...
ADA DIJUAL... DI PILEH SENDIRI...
DI GORENG ENAK...PANAS LAGI...
KAYA KABOHIDERAT...IA DISUKAI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia. 
(6 Jamadilakhir 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...