Support My Blog

Thursday, December 19, 2024

KONGSI CERITA UBI KAYU

MAKANAN UBI KAYU
di Malaysia sudah menjadi berita viral setelah ia di nyatakan di persidangan Parlimen Malaysia. Ubi Kayu (Manihot esculenta) merupakan salah satu tanaman umbisi yang di tanam oleh petani tempatan selain daripada tanaman keledek, ubi keladi dan sebagainya di kategorikan sebagai tanaman kontan. Merujuk kepada maklumat rasmi dimana seluas 2,815 hektar tanaman ubikayu telah di tanam di Malaysia dengan pengeluaran hasil sebanyak 48,156 metrik tan pada tahun 2023 (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2023). Kawasan utama tanaman ubi kayu berada di Negeri Johor seluas 987 hektar dengan jumlah pengeluaran hasil sebanyak 18,086 metrik tan diikuti dengan Negeri Sarawak seluas 594 ha (hasil sebanyak 8,216 mt) dan Negeri Selangor seluas 292 ha (hasil sebanyak 5,562 mt). Kebanyakan ubi kayu ini adalah untuk di proses bagi menjadi makanan ringan seperti Kerepek Ubi Kayu dan juga di proses menjadi tepong dan pelbagai produk lain dimana dilaporkan hanya sebahagian kecil sahaja di makan segar seperti direbus atau di goreng. Penulis blog pula paling suka sarapan ubikayu rebus yang di cicah dengan sambal tumis ikan bilis (Sila lihat foto diatas). Isu kenaikan harga beras dipasaran Malaysia sekali ganda dimana daripada sekitar RM2.30 sekilogram kepada lebih RM4.00 sekilogram (sudah dilabel setanding sebagai beras import) a amat meresahkan rakyat dan selalu menjadi perdebatan. Dilaporkan oleh beberapa media dimana rakyat di negara ini perlu berani bagi melakukan perubahan untuk tidak terus bergantung kepada nasi sahaja sebagai sumber karbohidrat dan sebaliknya menggantikannya dengan sumber lain seperti ubi kayu. Dilaporkan terkini Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul ada berkata langkah menjadikan ubi kayu sebagai satu daripada sumber bagi karbohidrat dilihat mampu menjadi alternatif terbaik sementara menunggu isu bekalan beras putih tempatan (BPT) selesai. Dakwanya dalam portal berita bernama.com dimana kalau beras menjadi isu dan apa tujuan kita makan beras adalah hanya untuk dapatkan karbohidrat. Dia merasa ada pilihan alternatif lain sementara kerajaan dapat selesaikan isu beras iaitu makan ubi kayu. Seterusnya dinyatakan di mana di Sarawak dimana ubi kayu digunakan sebagai makanan tambahan kerana ada khasiat ubi kayu hebat dibandingkan gula yang ada dalam beras. Bernama kutip dakwaan jika usha memerkenalkan makanan ubi kayu ini menggantikan beras dimana ia boleh dibuat ubi kayu dalam bentuk makanan yang tersedia. Dilaporkan dimana langkah itu juga boleh menjadi antara cara jalan keluar iaitu daripada kepompong sedia ada termasuk tidak membiarkan isu beras mengawal keadaan rakyat di negara ini. Kini dilaporkan rakyat Malaysia mempunyai potensi sangat besar untuk para petani menghasilkan sumber makanan sendiri bagi tujuan mengurangkan kebergantungan kepada bekalan makanan import. Dakwanya jika jumlah penawaran semakin banyak sudah tentu harga barang makanan akan turun dimana ini kurangkan apa yang dikatakan sebagai kebergantungan kita kepada makanan import yang mencecah hampir RM60 bilion. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai cerita makanan ubi kayu dan fakta sesuai untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Menarik cerita dan fakta bagaimana '
Ubi kayu alternatif sumber karbohidrat' dimana di kempen agar rakyat di negara ini perlu berani melakukan perubahan untuk tidak terus bergantung kepada nasi sebagai sumber karbohidrat sebaliknya ia boleh diganti dengan sumber lain seperti ubi kayu. Viral di media apabila Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul nyatakan satu langkah menjadikan ubi kayu sebagai salah satu sumber karbohidrat dilihat mampu menjadi alternatif terbaik sementara menunggu isu bekalan Beras Putih Tempatan (BPT) selesai tidak lama dulu. Dakwanya kalau beras menjadi isu dima kekurangan beras berlaku dimakan bertujuan untuk dapatkan karbohidrat beliau sarankan ambil alternatif lain sementara sebelum dapat diselesaikan isu beras. Dia dakwa di Sarawak tanaman ubi kayu yang digunakan sebagai supplement (makanan tambahan) disebabkan ubi kayu ini khasiatnya hebat dibandingkan dengan gula yang ada dalam beras, ubi kayu jauh lebih rendah. Perlu perkenalkan semula makanan supplement menggantikan beras seperti apa yang dijalankan di Sarawak melalui Program Jualan Termurah mereka. Apa pun dakwanya langkah itu juga boleh menjadi antara jalan keluar daripada kepompong yang sedia ada termasuk tidak membiarkan isu beras mengawal keadaan rakyat di negara ini. DIlaporkan rakyat Malaysia masih mempunyai potensi yang sangat besar untuk menghasilkan sumber makanan sendiri bagi mengurangkan kebergantungan kepada bekalan makanan import. Teori biasanya berlaku apabila penawaran banyak sudah tentu harga akan turun tetapu perlu ada sifat keberanian untuk mencuba dan kurangkan kebergantungan kepada makanan import dari luar negara. Malaysia perlu mengimport sebanyak hampir RM60 bilion setiap tahun untuk makanan da terus meningkat. Isunya penulis blog hairan kenapa tiba-tiba beras putih tempatan 'hilang' di pasaran dan hanya dijual beras putih import yang harganya mahal berganda. Ia perlu ditengani dengan bijak oleh pihak berwajib.

 
Dalam portal hmetro.com d
ilaporkan 'Debu ubi kayu semakin dapat permintaan menjelang tengkujuh' menarik untuk di kongsikan kisah dan faktanya. Kisah dari Tumpat, Kelantan dimana selalunya setelah menjelang musim tengkujuh maka berlaku permintaan bahan debu ubi kayu amat menggalakkan berikutan ramai peniaga di negeri ini menghasilkan kuih putu halba. Keadaan itu telah pun membuatkan Siti Shafikah Mohamad Suhaimim (31) dari Kampung Teluk Jering menjadi sibuk kerana perlu bekerja bagi menyediakan lebih satu tan (1mt) debu ubi kayu setiap hari untuk permintaan pelanggan. Dia yang dibantu oleh 3 -10 pekerja akan memproses dua tan ubi kayu akan diproses setiap hari bermula 8.30 pagi sehingga hasilnya diperoleh menjelang tengah malam. pa bila menjelang musim tengkujuh ini aktiviti memproses debu ubi kayu sejak dimana sejak awal bulan kerana terdapat permintaan daripada peniaga yang ingin menjual putu halba. Bekalan ubi kayu diperolehi dari penanam ubi dari jajahan Bachok dan penduduk kampung selain hasil kebunnya seluas 0.2 hektar. Selaluny setiap hari dia akan proses dua tan ubi kayu yang mampu menghasilkan satu tan debu. Debu ini selain menjadi bahan utama didalam pembuatan putu halba dimana ia juga boleh digunakan untuk membuat kuih lain seperti ketupat, tepung boko dan poli ubi kayu. Walau pun kerja pembuatan debu ubi kayu dilihat agak mudah tetapi penghasilannya memerlukan banyak proses terutama pengeringan yang mengambil masa agak lama. Dia yang mempunyai ramai pelanggan dan ramai pembeli baharu termasuk dari luar Kelantan sejak mula memanfaatkan media sosial. Adakah maksud debu ubi ini sama dengan tepong ubi?.


Portal sama paparkan cerita dimana ada '
Pemuda raih pulangan lumayan, jual ubi kayu cecah 1 tan sehari' yang wajar dijadikan contoh. Cerita dari Pasir Purih, Kelantan menarik apabila terdapat ada seorang pemuda tidak menyangka usaha menanam ubi kayu di tanah seluas lapan hektar (20 ekar) sejak tahun lepas memberi pulangan lumayan kepadanya selepas berjaya menjual kira-kira satu tan hasil tanaman itu sehari, sejak Monsun Timur Laut (MTL) bermula minggu ini. Bagi pemuda bernama Mohd Hazim (26) dakwa dia telah mengusahakan tanaman itu bersama seorang rakannya Azizan (36) iaitu di Kampung Kemudu Bongkok, Bachok dan mula menjualnya di Kampung Gaal bermula tiga hari lepas. Mereka sudah sepakat mengusahakan tanaman ubi kayu memandangkan tanaman ini mendapat sambutan ramai tiap kali musim tengkujuh dimana jualan ubikayu ini laris sejak hari pertama beroperasi dengan jualan sebanyak 500 kilogram (kg) meningkat kepada 850kg pada hari kedua dan seterusnya jualan mencecah satu tan sehari. Apa pun kedudukan gerai jualannya di tepi jalan utama di Kampung Gaal yang juga berdekatan sempadan Jertih, Terengganu memberi kelebihan kepadanya apabila ramai pelanggan singgah mendapatkan ubi kayu yang dijualnya pada harga RM2.50 sekilogram. Ada sesekali dia akan mendapatkan bekalan ubi kayu daripada penanam lain jika bekalan sedia ada tidak dapat menampung permintaan pelanggan sepanjang musim tengkujuh ini. Bagi tujuan untuk melengkapkan menu ubi rebu maka dia turut menjual kelapa muda kepada pelanggan selain produk kerepek ubi kayu pelbagai perisa yang diusahakannya sejak tiga tahun lepas. Setelah ada pengalaman jualan yang agak laris kini dia pun sudah mengambil seorang pekerja selain untuk membantu dalam menguruskan perniagaan itu. Jualan ubi mentah dilihat ia mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dan ini membolehkan dia meneruskan usahanya menanam tanaman itu sebaik sahaja musim tengkujuh tahun ini berakhir bagi persediaan jualan tahun hadapan. Baginya tanaman ubi kayu mempunyai potensi pasaran yang baik sama ada dijual mentah pada musim tengkujuh atau dijadikan kerepek untuk dijual sepanjang tahun.


Menarik dalam kosmo.com dimana '
Ubi kayu banyak khasiat, tetapi elak diambil berlebihan' untuk dikongsikan. Sudah pernah kecoh di media sosial semalam apabila Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari mencadangkan supaya ubi kayu dijadikan sebagai salah satu sumber karbohidrat bagi tujuan untuk menggantikan beras. Bagaimanapun cadangan beliau itu dilihat agak praktikal kerana menerusi perkongsian di laman Facebook Public Health Malaysia (PHM) yang nyatakan iaitu ubi kayu mempunyai banyak khasiatnya. DIantara kebaikan dan khasiat ubi kayu adalah mampu menguatkan tulang dan gigi. Selain itu sebenarnya ubi kayu juga tinggi karbohdirat untuk tenaga serta meningkatkan imuniti badan. Ubi kayu juga mampu mencegah anemia serta baik untung penghadaman. Ia juga baik untuk tekanan darah dan jantung. Dilaporkan dimana jika pengambilan makan berlebihan ubi kayu boleh menyebabkan penambahan berat badan dan risiko toksik sianida. Walay pun makan ubi kayu sebagai salah satu sumber karbohidrat dilihat mampu menjadi alternatif terbaik sementara menunggu isu bekalan beras putih tempatan (BPT) selesai. Penduduk tempatan perlu berani melakukan sedikit perubahan untuk tidak terus bergantung kepada nasi sebagai sumber karbohidrat. Bagi penulis blog memang suka makan makanan dari ubikayu seperti ubi rebus (makan dengan sambal hijau atau sambal tumis bilis), goreng ubi kayu berempah dan juga kerepek ubi selain daripada banyak jenis kuih tradisionak berasaskan ubi kayu. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro semua. Wasallam!!!...
NAMA UBI KAYU... MUDAH TANAMNYA...
DIREBUS DI GORENG...ENAK SEMUA...
TINGGI KABOHIDERAT...KENA WASPADA...
MEMBACA ARTIKEL... SERONOK FAKTA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(5 JamadilAkhir 1446H).
Posted from:
Taman Desaru Utama,
Kota Tinggi, Johhor.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...