Makanan berasaskan teratai amat kurang popular dikalangan orang Melayu dan kaum bumiputra lain di Malaysia. Bagaimana pun dalam portan bernama ada kisah 'Sup teratai' yang agak sesuai disembangkan. Foto sebelah adalah Hideaki Lim sedang menunjukkan sup teratai sajian sempena Tahun Baharu Cina. Dilaporkan dimana bagi kalangan masyarakat Cina dimana sup menjadi hidangan kegemaran seisi keluarga dan diantaranya ialah sup ubi teratai yang mana ia enak dinikmati ketika panas. Teratai adalah sejenis tumbuhan akuatik yang unik. Kuntuman bunganya mekar, mempesona. Mengikut mitos, bunga ini dikatakan menghidupkan suasana romantik khususnya kepada pasangan bercinta, melambangkan kesucian dua jiwa. Apa pun penulis blog faham jika tumbuhan dengan keluarga iaitu Nymphaeaceae juga dikenali sebagai lotus dimana fakta yang menariknya, daripada daun, bunga dan biji teratai, semuanya memiliki khasiat tersendiri. Dalam perubatan tradisional Cina, biji teratai yang rasanya manis dikatakan dimana ia dapat memberi manfaat pada jantung, limpa, buah pinggang, mencegah insomnia dan menenangkan saraf. Air rebusan biji teratai lazimnya, diminum untuk merawat cirit-birit dan penyakit keputihan. Ia juga dikatakan boleh meningkatkan selera makan. Dipercayai juga bahagian biji teratai didakwa ia mengandungi enzim antipenuaan dan kini penyelidik mencari jalan untuk menggunakan biji teratai dalam produk bahan iaitu agen antipenuaan untuk kosmetik masa kini. Memanfaatkan khasiat teratai, pereka fesyen yang popular dengan rekaan berprestij siber dikenali Hideaki Lim berjaya menonjolkan sisi lain kehidupannya, dengan berkongsi cara masakan sup ubi teratai. Sajian ini mudah disediakan, enak dan paling penting melambangkan kerinduan terhadap keluarga. Selain tidak memerlukan banyak bahan, sajian kaya dengan khasiat. Ia didakwa mampu menggamit kerinduan kepada keluarga, mengingatkan kepada nostalgia kehidupan kecil dan resipi turun menurun itu adalah sajian kegemarannya. Sup Ubi teratai melambangkan kerinduan kepada keluarga, kemesraan dan kasih sayang dan menyajikan hidangan sihat untuk seisi keluarga. Bagi kepercayaan Cina, serat pada ubi teratai melambangkan keakraban ikatan kekeluargaan yang tidak akan terputus, sekali gus mengeratkan perhubungan. Dia yang lebih suka menyediakan sendiri makanan di rumah kerana mahu memastikan masakan yang disediakan adalah pilihan makanan sihat, tidak mengandungi perasa. Sup Teratai pilihan makanan sihat, kaya dengan khasiat, menyejukkan badan dan mudah disediakan tanpa bahan yang rumit. Apa pun bahan-bahan untuk memasak sup teratai termasuk 200gram (g) ayam, 10g kurma merah - direndam, 100g Ji zi (herba Cina) - direndam, 5g gula perang dan sedikit garam. Cara menyediakannya dengan menghiris nipis ubi teratai. Kemudian ayam dipotong sederhana, anggaran untuk empat orang makan. Masukkan teratai yang dihiris ke dalam double boiler yang sudah dipanaskan. Masukkan ayam yang dihiris ke dalam double boiler (sebaiknya di tutup dengan guna penutup double boiler). Tambahkan empat mangkuk kecil air hingga melepasi bahan-bahan yang ingin dikukus. Tetapkan masa untuk mengukus bahan untuk sup teratai (masa yang dicadangkan adalah dua jam 30 minit). Selepas hampir masak, tambahkan kurma dan ji zi untuk memberikan rasa herba semulajadi, kemudian tambah gula perang. Tips iaitu buah kurma tidak tidak dimasukkan terlalu awal bagi mengelakkan kuah sup menjadi masam.
Menarik kes 'Maqis rampas 82 kotak akar teratai tercemar dari Singapura' untuk disembangkan. Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas 820 kilogram (kg) sayur jenis akar teratai dicemari tanah di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB). Maqis dalam satu kenyataan memaklumkan hasil pemeriksaan oleh pegawai penguasa mendapati akar teratai dimuatkan dalam 82 kotak bernilai RM7,000 itu dibawa masuk dari Singapura. Pemeriksaan terhadap sebuah lori yang membawa pelbagai jenis sayur-sayuran pada jam 2.50 petang itu juga telah menemukan muatan 1,060 sayur jenis akar teratai dan mendapati sebanyak 820kg sayur tersebut dicemari dengan tanah. Sebanyak 820kg sayur tersebut dimuatkan di dalam 82 kotak sayur bertanah yang disorokkan di bahagian bawah dan ditindih menggunakan kotak sayuran yang bersih bagi mengaburi mata pegawai pemeriksa dan telah ditahan. Apa pun kes mengimport produk pertanian dengan kehadiran perosak adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 14 Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dihukum di bawah seksyen sama. Dalam isu ini jika sabit kesalahan maka tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.
Paling kurang seronok ialah sembang mengenai teratai adalah kes dimana 'Tragedi bunga teratai' seperti dilaporkan beberapa media tempatan. Kes dimana foto sebelah menunjukkan para anggota bomba membawa naik mayat M Lurouthusamy Jayasingam (51) yang ditemui lemas ketika mengutip bunga teratai yang tumbuh meliar di tasik bekas lombong di Taman Muhibbah Jaya, Sungai Siput, Perak. Apa pin dilaporkan dimana seorang lelaki ditemui lemas dipercayai ketika mengutip bunga teratai yang tumbuh meliar dalam kawasan tasik bekas lombong di Taman Muhibbah Jaya. Pihak jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak menjumpai mayat M Lurouthusamy selepas dikatakan terjatuh tasik berkenaan. Panggilan diterima jam 8.27 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput dikejarkan ke lokasi. Sejurus tiba di lokasi kejadian, bomba dimaklumkan bahawa mangsa terjatuh ke tasik lombong terbabit oleh seorang saksi yang juga rakan mangsa. Mayat mangsa ditemui pada kedalaman satu meter dengan jarak kira-kira 15 meter dari tebing tasik, dengan ia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Laporan menyebut operasi mencari dan menyelamat (SAR) menggunakan kaedah carian di permukaan (surface searching) dengan dibantu Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Kuala Kangsar. Anggota bomba membawa naik mayat M Lurouthusamy yang ditemui lemas jam 10.15 pagi tadi ketika mengutip bunga teratai yang tumbuh meliar di tasik bekas lombong tersebut adalah dikelaskan sebagai 'kes mati mengejut'. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segman iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semua artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!!..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.