Ramai pembaca blog ini dan orang awam yang kurang mahir cara-cara memilih buah cempedak yang hendak dibeli. Penulis blog pun selalu ingin tahu bagaimana cara memilih buah cempedak yang masak, isinya banyak, sedap manis serta ada bau atau aroma yang hebat. Trend harga buah cempedak memang tidak menentu dan selalunya akan mahal dan harganya lebih kurang macam durian premium juga. Sebiji cempedak yang beraiz sederhana penulis blog tanya harganya mampu mencecah RM20-RM30 sebiji. Ia menyebabkan harga bagi cempedak goreng yang dah siap dimakan dimana dulu cuma di jual RM1 untuk seulas tetapi kini sudah ada yang naik lagi. Pada penulis blog kalau hendak puas makan segar atau yang digoreng kena beli sendiri beberapa biji dan goreng sediri di rumah. Isunya adalah bagaimana hendak tahu cempedak yang dipilih itu mempunyai isi manis, masak dan sedap dan bukan lihat kepada fizikal kulit cantik dan saiz yang besar sahaja. Penulis blog kongsikan tips yang sesuai dibaca dan damalkan pertama lihat KULITNYA YANG SEMPURNA dimana sebaiknya pilih buah yang berkulit elok tanpa ada lubang atau kesan gigitan serangga atau haiwan. Ini kerana dibimbangi isi cempedak mungkin tidak elok atau masam serta berulat jika tersalah pilih. Sebaiknya juga dipilih BUAH BERWARNA KUNING kerana buah cempedak yang masak serta matang mempunyai kulit yang dilihat ia berwarna kuning kehijauan. Jika warna cempedak yang dijual masih banyak hijau berbanding kuning maka ia sebaiknya dielakkan yang sedemikian kerana isi dalamnya pasti belum masak sempurna dan mempunyai rasa hambar. Selain warna kulit boleh di lihat juga keadaan pada tangkainya dimakan sebaiknya dipilih buah yang tangkainya berwarna coklat kerana ia menunjukkan buah tersebut berkualiti bagus. Asas ketiga ciri adalah cari buah cempedak yang mempunyai ciri DURI TUMPUL DAN IANYA MELEBAR iaitu dengan menyentuh permukaan kulit cempedak dan lihat durinya. Kalau duri cempedak tersebut agak rasa tumpul dan bentuk dia melebar itu maksudnya buah tu memang dah masak. Cara ni juga anda boleh guna untuk buah nangka. Keempat petua pilih buah cempedak yang penulis blog pernah belajar adalah dengan lakukan MENEKAN KULIT dimana selalunya selain merasa durinya maka boleh tekan kulit cempedak perlahan-lahan. Jika masih keras atau tidak berapa boleh ditekan maka ia menandakan buah masih muda. Sebaliknya pilihlah buah cempedak yang bila ditekan dimana kulitnya lembut dan seakan empuk. Kelima petuanya adalah dengan kehebatan deria bau iaitu menggunakan hidung dimana BAU WANGI pada buah cempedak yang masak serta manis boleh dicari menerusi baunya. Bagi buah yang elok dimana dari jauh sudah boleh bau kemanisannya. Sebenarnya cempedak yang separuh matang juga mengeluarkan aroma. Cuma bezanya, cempedak yang betul-betul masak mengeluarkan bau yang sangat kuat. Oleh itu, masa pilih buah, jangan ambil yang wangi sahaja. Kena pilih yang betul-betul wangi tau. Akhir sekali ke enak petuanya adlah dengan MEMILIH BUAH BERAT dimana disebabkan harganya yang mahal biasanya ramai orang yang memilih buah yang kecil dan sedikit ringan. Waspada kerana buah tersebut berkemungkinan terbeli buah cempedak yang kosong dan tidak berisi. Sebaliknya di pilih buah cempedak yang berat dan ada ciri-ciri seperti diatas.
Pengalaman petani untuk mendapatkan buah cempedak yang lebat sehingga kepangkal batang selalu menjadi panduan. Merujuk kepada beberapa ilmu teknikal penulis blog sukar mendapatkan rahsia ini sehingga bertemu dengan penanam cempedak yang pokoknya sudah ,atang dn berbuah lebat di beberapa negeri di Pahang, Selangor dan Sarawak dulu. Penanaman pokok cempedak paling penting adalah faktur ketika mendapatkan sumber anakbenihnya yang ada sijil atau piawaian seperti melalui Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT) oleh Jabatan Pertanian atau melalui rakan penanam lain yang sudah menanam pokok yang berbuah lebat. Penulis blog faham jika dengan peredaran masa dimana harga seulas cempedak goreng pun mahal yang dijual dengan harga RM1.00 hingga RM1.50 seulas. Petani yang menanam cempedak dan berbuah banyak memang akan untung apa lagi kalau tahu rahsia cara menghasilkan buah yang lebat di pangkal. kalau petani mempunyai pokok cempedak yang agak tinggi maka sebenarnya ada tips untuk membolehkan ia kemudian mengeluarkan buah banyak di batang dan dahan pangkal pokok. Caranya dimana pada tempat yang ada bonjol maka ia kena potong sebab ia nanti pada setiap bonjol itu akan keluar tunas. Begitu juga dahan-dahan kecil di bawah yang mesti juga dipotong atau dicantas dimana ia akan mengeluarkan tunas. Kalau dibiarkan dahan panjang apa yang berlaku dimanaia tidak akan keluar tunas dimana secara teknikalnya penulis blog dapati iaitu di bahagian tunas inilah kemudian maka putik buah akan keluar. Sebaiknya ia dicantas sehingga ke atas dimana bahagian yang tinggi boleh gunakan tangga aluminium dimana kemudian pokok cempedak tersebut akan berbuah lebat hingga ke pangkal. Hasil tinjauan penulis blog kebeberapa kebun petani yang amalkan cara ini ada laporan dimana hasilnya memang 'menjadi' bagi melatih buah cempedak lebat berbuah dipangkal pokok. Wallahualam dan selamat mencuba.
Ramai orang tempatan kurang tahu akan menafaat dan khasiat buah cempedak kerana buah bermusim ini semakin kurang di tanam di Malaysia. Saya lihat penurunan dalam masa 10 tahun menurun lebih 50% semenjak 2012 begitu juga isu jumlah pengeluarannya. Wajar kalau harga buah cempedak semakin meningkat kerana pokok yang ditanam jauh berkurangan berbanding dengan jumlah permintaan. Kempen galakkan agar lebih ramai menanam pokok cempedak varieti premium perlu dilakukan agar tanaman ini tidak semakin pupus. Pada penulis blog kekurangan varieti cempedak premium yang awal berbuah, hasil tinggi, tahan penyakit serta mampu berbuah di luar musim atau musim lebih panjang perlu di dapatkan. Pihak penyelidikan dan pembiakbaka sudah puluhan tahun tidak hasilkan sebarang varieti cempedak baru yabg sesuai di tanam secara komersil. Beberapa fakta menarik akan khasiat buah cempedak sudah banyak dibincangkan. Buah cempedak dilaporkan ia membantu Fungsi Mata sebab ia mempunyai salah satu sumber alternatif vitamin A. Vitamin A ni sangat penting untuk kesihatan mata. Buah cempedak juga dapat memperkuatkan Tulang dan Gigi dengan kandungan bahan mineral seperti fosfor dan kalium dalam cempedak mampu merawat dan mencegah dari diserang penyakit tulang dan gigi. Ia juga membantu Melancarkan Sistem Pencernaan sebab kandungan bahan vitamin C pada buah cempedak bagus untuk lancarkan sistem pencernaan. Dilaporkan juga makan buah cempedak akan meningkatkan Sistem Imun atau Kekebalan tubuh kerana kalau sistem tubuh lemah semua aorang lebih mudah diserang penyakit. Buah ini amat kaya dengan sebatian bioflavonoid yang bersifat anticosidan. Ia memainkan peranan penting dalam meningkatkan sistem kekebalan tubuh, dan menjauhkan serangan radikal bebas. Dipercayai sebatian bioflavonoid dalam cempedak ini mampu merawat penyakit malaria. Buah cempedak judakwa mampu Menurunkan Kolesterol dimana jika tahap kolesterol jahat (LDL) yang tinggi dalam tubuh boleh menjadi punca penyakit kardiovaskular yang mengancam nyawa seperti strok dan jantung. Sebaiknya dikurangkan pengambilan makanan yang mengandung kolesterol tinggi, kita juga dapat kawal kolesterol ni, dengan makan buah cempedak. Vitamin C dalam buah cempedak berperanan penting dalam mengurangkan kadar LDL, dan sebaliknya meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL). paling hebat dimana buah cempedak mampu bertindak sebagai buah Anti Kemurungan atau Kurangkan Stress sebab selalunya tekanan yang berpunca dari pelbagai faktor akhirnya akan meningkat hingga terjadi kemurungan. Salah satu cara hilangkan tekanan atau kemurungan adalah dengan ambil makanan yang mengandung zat antidepresion. Buah cempedak dengan kandungan zat antidepresion dalam bentuk protein dalam buah cempedak dikatakan berkesan untuk memberikan kesan santai pada tubuh sehingga tekanan dan kemurungan dapat dikendalikan. Cempedak adalah baik untuk Kesihatan dan kecantikan kulit. Amalan makan buah cempedak secara berkala diyakini berkesan tuk elakkan munculnya kedutan dan bintik hitam pada kulit wajah. Bukan hanya itu, buah cempedak juga berkesan untuk atasi masalah kulit kering, dan hilangkan jerawat. Semuga sembang ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
SEMAKIN MAHAL...KURANG POKOKNYA...
DIMAKAN SEGAR...GORENG ENAKNYA...
BANYAK KHASIAT... ARTIKEL DI BACA...
By,
M Anem,
Senior Agronoomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(30 RabiulAwal 1446H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.