Support My Blog

Wednesday, December 11, 2024

MITOS DAN FAKTA UBI KAYU

MAKAN UBI KAYU
di Malaysia sudah menjadi makanan yang sudah lama menjadi makanan penting sejak dahulu terutama dikalangan masyarakat kampong dan banyak mitosnya. Bagaimana pun ada banyak kajian saintifik yang mengaitkan memakan ubi kayu berlebihan akan memberikan kesan kurang baik terhadap kesihatan. Tanaman Ubi Kayu (Manihot esculenta) merupakan salah satu tanaman umbisi yang di tanam oleh petani tempatan selain daripada tanaman keledek, ubi keladi dan sebagainya di kategorikan sebagai tanaman kontan. Merujuk kepada maklumat rasmi dimana seluas 2,815 hektar tanaman ubikayu telah di tanam di Malaysia dengan pengeluaran hasil sebanyak 48,156 metrik tan pada tahun 2023 (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2023). Kawasan utama tanaman ubi kayu berada di Negeri Johor seluas 987 hektar dengan jumlah pengeluaran hasil sebanyak 18,086 metrik tan diikuti dengan Negeri Sarawak seluas 594 ha (hasil sebanyak 8,216 mt) dan Negeri Selangor seluas 292 ha (hasil sebanyak 5,562 mt). Kebanyakan ubi kayu ini adalah untuk di proses bagi menjadi makanan ringan seperti Kerepek Ubi Kayu dan juga di proses menjadi tepong dan pelbagai produk lain dimana dilaporkan hanya sebahagian kecil sahaja di makan segar seperti direbus atau di goreng. Penulis blog pula paling suka sarapan ubikayu rebus yang di cicah dengan sambal tumis ikan bilis (Sila lihat foto diatas). Isu kenaikan harga beras dipasaran Malaysia sekali ganda dimana daripada sekitar RM2.30 sekilogram kepada lebih RM4.00 sekilogram (sudah dilabel setanding sebagai beras import) a amat meresahkan rakyat dan selalu menjadi perdebatan. Dilaporkan oleh beberapa media dimana rakyat di negara ini perlu berani bagi melakukan perubahan untuk tidak terus bergantung kepada nasi sahaja sebagai sumber karbohidrat dan sebaliknya menggantikannya dengan sumber lain seperti ubi kayu. Dilaporkan terkini Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul ada berkata langkah menjadikan ubi kayu sebagai satu daripada sumber bagi karbohidrat dilihat mampu menjadi alternatif terbaik sementara menunggu isu bekalan beras putih tempatan (BPT) selesai. Dakwanya dalam portal berita bernama.com dimana kalau beras menjadi isu dan apa tujuan kita makan beras adalah hanya untuk dapatkan karbohidrat. Dia merasa ada pilihan alternatif lain sementara kerajaan dapat selesaikan isu beras iaitu makan ubi kayu. Seterusnya dinyatakan di mana di Sarawak dimana ubi kayu digunakan sebagai makanan tambahan kerana ada khasiat ubi kayu hebat dibandingkan gula yang ada dalam beras. Bernama kutip dakwaan jika usha memerkenalkan makanan ubi kayu ini menggantikan beras dimana ia boleh dibuat ubi kayu dalam bentuk makanan yang tersedia. Dilaporkan dimana langkah itu juga boleh menjadi antara cara jalan keluar iaitu daripada kepompong sedia ada termasuk tidak membiarkan isu beras mengawal keadaan rakyat di negara ini. Kini dilaporkan rakyat Malaysia mempunyai potensi sangat besar untuk para petani menghasilkan sumber makanan sendiri bagi tujuan mengurangkan kebergantungan kepada bekalan makanan import. Dakwanya jika jumlah penawaran semakin banyak sudah tentu harga barang makanan akan turun dimana ini kurangkan apa yang dikatakan sebagai kebergantungan kita kepada makanan import yang mencecah hampir RM60 bilion. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai mitos dan fakta makan ubi kayu berlebihan serta fakta sesuai untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.

Pada 
penulis blog dimana tanaman umbi-umbian yang tersebar luas di berbagai belahan dunia dimana ia seringkali menjadi subjek berbagai 'mitos' berkait dengan kesihatan tubuh. Artikel ini cuba kongsikan beberapa mitos umum sekitar ubi kayu dan memberikan fakta yang betul berdasarkan kajian saintifik. Mitos pertama adalah Ubi Kayu Mengandung Cyanide yang mana ia adalah merbahaya dimana ia amat ditakuti. Faktanya dimana ada sebagian besar ubi kayu yang mengandungi zat Cyanogenik iaitu unsur yang boleh menghasilkan cyanide (sianida) jika tidak disediakan dengan cara betul. Bagaimana pun dengan cara memproses dan memasak dengan betul seperti merebus atau mengukus dimana kandungan sianida dapat diminimakan iaitu sehingga tahap keselamatan dijamin untuk dimakan. Di Malaysia dimana semua peninat ubi kayu akan melalui proses membuang kulit dan memasaknya sebelum di makan dan tidak memakan ubi kayu mentah. Mitsi kedua adalah berkaitan dengan Makan Ubikayu akan Menyebabkan Keracunan kepada pemakannya. Faktanya dimana kes keracunan berkait makan ubikayu ia mungkin terjadi jika berlaku kes yang mana ia dimakan sebelum diproses dengan betul atau jika mungkin jenis ubi diambil varieti yag mengandungi kadar racun sianida yang tinggi. Lazimny dengan mengikuti prosedur penyediaan  yang tepat seperti merebus atau mengukus maka kadar risiko keracunan dapat dihindari. Kini di mana kebanyakan produk ubikayu yang dijual di pasaran telah melalui penyediaan yang selamat dan dijamin dibawah akta Makanan KKM. Mitos yang ketiga adalah dimana Ubi Kayu Tidak Ada Nilai Gizi (zat) yang diperlukan tubuhbadan. Apa pun hasil kajian saintifik mendapati jika ubi kayu merupakan sumber karbohidrat yang baik dan mengandungi sejumlah nutrisi penting seperti serat, vitamin C, vitamin B6 dan banyak mineral termasuk bahan manganese. Dalam ubikayu walaupun tidak mempunyai jumlah yang tinggi bahan protein dilaporkan yang ubi kayu sebenarnya penyumbang yang baik kepada pola makanan yang seimbang.


Paling selalu didngar adalah kaitan mitos dimana Ubi Kayu Hanya Sesuai untuk Diet Orang Tertentu sahaja dimana ia berkait dengan kedudukan ekonomi seseorang. Sebenarnya dimana fakta iaitu makanan ubikayu sesuai untuk menjadi sebahagian dari pola makan sihat untuk hampir semua orang. Ini kerana kandungan karbohidratnya yang tinggi dimana ia dapat memberikan sumber tenaga yang stabil dan serat untuk proses seprti  pencernaan yang sihat. Apa pun di syorkan sesiapa yang memakan ubikayu sebaiknya di gabungkan dengan banyak jenis makanan lain seperti lapu pauk sama ada ikan, daging, sayuran, buah-buahan, ulaman, nasi dan sebagainya. Elak makan ubikayu berlebihan kerana ia akan menyebabkan ancaman kesihatan pula. Apakah mitos makan ubi kayu yang sering dikatakan ia akan Menyebabkan Kenaikan Berat Badan benar atau sebaliknya. Faktanya dimana sama seperti makanan lainnya mengambil makanan ubi kayu juga jika diambil dengan jumlah yang wajar tidak secara langsung menyebabkan kenaikan berat badan. Perkara yang boleh memengaruhi berat badan adalah jumlah pengambilan bahan kabohiderat atau kalori dan aktiviti senaman atau fizikal secara keseluruhan yang sangat kurang. Makan ubi kayu dengan kadar sesuai untuk bersenam tidk dilihat menjadi masaalah. Apa pun mitos yang keenam jika memakan ubikayu akan menyebabkan Rasa Tidak Baik untuk Penderita Diabetes sering di bincangkan. Dilaporkan dimana fakta mengenai makan ubi kayu kepada individu yang mempunyai nilai indeks glikemik yang lebih rendah jika hendak dibandingkan dengan beberapa sumber karbohidrat lainnya adalah tidak sebabkan ia bermasaalah. Makan ubi kayu di katakan sesuai yang mana ia akan membuatnya sesuai dimakan oleh penderita diabetes tetapi perlu di kawal jumlahnya dan pola makanannya. 


Di laporkan dimana ubikayu 
merupakan salah satu sumber karbohidrat yang popular di berbagai negara termasuk di Malaysia dan Indonesia. Banyak orang makan ubi kayu dalam bentuk ubi rebus, goreng ubi, kerepek ubi, kueh muih dari ubi sebagai makanan yang enak. Ada pula yang makan ubi rebus sebagai alternatif nasi atau makanan ringan yang sihat. Namun pada penulis blog dimana ubi kayu memang dikenali ia kaya akan nutrisi seperti serat, vitamin C dan mineral. Apa pun sesiapa yang makan ubi rebus secara berlebihan atau tidak tepat didakwa akan menimbulkan kesan negatif atau efek sampingan lain yang merbahaya bagi kesihatan. Ubi kayu ada zat semulajadi seperti Glycoside scyanogenic yang boleh ia menghasilkan sianida (cynide) jika dimakan. Jika ubi kayu ini tidak dimasak dengan baik maka kandungan bahan cyanide ini akan ia boleh  berkumpul dalam tubuh dan kesannya kemudian ia akan menyebabkan kes keracunan. Gejala keracunan sianida dari makan ubi kayu ini seperti pening kepala, mual, muntah, dan dalam kes tertentu yang serius ia boleh mengakibatkan kes kelumpuhan atau bahkan kematian. Dilaporkan ubi rebus adalah makanan yang mengandungi bahan karbohidrat tinggi dimana sesiapa yang makan berlebihan akan bermasalah. Bagi penderita diabetes pula atau orang yang sedang sedang menjaga dan berdiet untuk kawal berat badan maka makan ubi kayu yang berlebihan dapat menyebabkan kelaikan kadar gula dalam darah. Meskipun ubikayu ini mempunyai kadar indeks glikemik yang lebih rendah berbanding dengan nasi putih namun memakannya dengan berlebihan tetap berisiko bagi kesihatan akibat aktiviti metabolisme. Kandungan serat yang tinggi dalam ubikayu dilihat ia menimbulkan masalah pencernaan jika dikonsumsi berlebihan. Terlalu banyak serat dalam tubuh dapat menyebabkan kembung perut, masaalah sembelit atau gangguan perut lainnya. Walau pun teorinya bahan serat bermanfaat bagi kesihatan pencernaan akan tetapi sebaiknya jangan berlebihan diman sesuai diambil berpatutan. Pastikan memasak ubi rebus dengan baik dan betul dan elakkan makan ubi mentah. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA UBI KAYU...BANYAK FAKTA....
ADA TOKSIN...BANYAK MAKAN BAHAYA...
KHASIAT MAKANAN... PERLU DI BACA...
KONGSI IMLU... MENJADI BAHAGIA...

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Jamadilakhir 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...