Support My Blog

Monday, December 23, 2024

SEMBANG FAKTA TERUNG - APA DIA (Part 2)

TANAMAN TERUNG (Solanum melongena Linn) merupakan sejenis sayuran buah dari keluarga Solanaceae yang mana ada beberapa varieti dan jenis yang poular di tanam di Malaysia sepert Terung Panjang (Terung Peparu), Terung Mini, Terung Bulat (Eggplant), Terung Dayak, Terung Pipit dan sebagainya. Bagi penulis blog dimana terung panjang paling luas di tanam atau ia juga di panggil sebagai 'Terung Peparu' berwarna ungu yang dijual dipasarkan segar. Ramai pengguna mungkin tidak berapa arif dengan tips penanaman terung ini dan gred terung panjang dan terung jenis lain yang selalu ada  dijual di pasar, di hypermarket atau di pasar malam atau terkini membeli secara on-line sahaja. Asalkan ada bentuk terung, berwarna ungu berkilat dan tidak berlubang-lubang selalunya pengguna akan beli sahaja. Kebanyakan kalangan pengguna di Malaysia mementingkan soal harga dan kesegaran terung peparu tersebut semasa membeli. Penanaman sayuran terung panjang merupakan satu aktiviti yang telah dijalankan secara berterusan sepanjang tahun dimana pada tahun 2023 ada seluas 2,790 hektar telah ditanam dengan jumlah anggaran pengeluaran hasil sebanyak 49,635 metrik tan dengan lokasi penanaman paling uas berada di Johor (691 hektar) diikuti dengan Pahang (441 hektar) dan Kelantan (437 hektar) yang dii tanam untuk pasaran domestik dan ekaport (Sumber: Booklet Statistik Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2024). Bagi penulis dapati jenis terung panjang adalah antara jenis terung yang mendominasi varieti yang ditanam sekitar 60 -70% daripada jumlah semua. Terung panjang dimasak sebagai sayuran segar dengan menumis, dibuat sambal pedas, bahan ramuan untuk masakan kari, paceri terung dan di goreng untuk dimasukan dalam asam pedas dan sebagainya. Subuh khamis ini dalam blog berusia 16 tahun iaitu "Anim Agro Technology" saya sembang fakta teknikal dan kisah mengenai tanaman terung untuk bahan rujukkan dan bacaan semua. 


Menarik laporan media bertajuk '
Terung tanaman kurang risiko' untuk ianya di kongsikan dengan semua. Dilaporkan kalau pasaran bagi terung yang luas dan mendapat permintaan yang tinggi memberi dorongan kepada seorang peniaga untuk mengusahakan tanaman itu sejak tahun lalu. Bagi Zul Wahab (42) dakwa dia mengambil keputusan menanam terung di atas tanah miliknya seluas 1.6 hektar di Kampung Che Latiff, Kampung Badang, Kota Bharu, Kelantan. Kalau sebelum ini dia mengusahakan tanaman tembikai di atas tanah berkenaan sebelum beralih kepada tanaman terung kerana harganya lebih tinggi selain permintaan meluas dalam kalangan ramai pemborong dan pembeli. Dia yang mula tanam terung akhir tahun lalu dan hanya dalam tempoh lebih kurang sebulan, pokok mula mengeluarkan hasil dan boleh dikutip untuk dijual kepada pemborong serta pembeli. Terkini terdapat lebih 7,000 pokok terung ditanam dan hasilnya dapat menampung permintaan pasaran di sekitar negeri ini. Bapa kepada lima anak itu berkata, pasaran utama adalah pemborong di sekitar daerah berkenaan yang memerlukan kira-kira 10 tan terung sebulan. Lazimnya apabila pokok terung mula mengeluarkan hasil pertama dan ia berterusan mengeluarkan hasil dalam tempoh empat hingga lima bulan bergantung kepada kaedah penjagaan pokok. Para pemborong sayur boleh mendapatkan bekalan yang konsisten sekali gus dapat memenuhi jumlah permintaan daripada pembeli. Hasil tanaman terung itu sehingga kini sudah mengeluarkan hasil sebanyak 15 tan dan baginya tanaman terung antara tanaman yang memberi pulangan menguntungkan selain kurang berisiko dan penghasilannya juga tinggi untuk tempoh empat hingga lima bulan. Tanaman terung juga mudah dan penjagaannya tidak serumit mana selain dia berpegang kepada formula tanaman termasuk menggunakan baja khas dan hasil terung pertama boleh dipetik dalam tempoh kira-kira 45 hari sahaja dan setiap hari ia boleh dituai kerana terung terus mengeluarkan hasil sepanjang empat hingga lima bulan. Selalunya untuk harga ladang kepada pemborong ketika ini, terung boleh dijual RM5 bagi sekilogram dan sasarannya untuk mengeluarkan hasil melebihi 10 kilogram (kg) bagi setiap pokok. Pada musim hujan perlu ada kawalan daripada segi pemberian baja yang disulam dengan air bagi memastikan tanaman mendapat keperluan nutrien mencukupi. Dia menggunakan kaedah tanaman sistem giliran yang jelas memberi kelebihan kawalan lebih baik daripada risiko penyakit dan serangga perosak. Apa pun ancaman utama tanaman terung adalah lalat buah, kutu trip dan ulat pengorek yang akan menyebabkan pokok menjadi kuning serta merosakkan buah. Bai mengelakkan pokok rosak, pokok yang kurang sihat (menjadi kuning) akan dibuang bagi mengelakkan ia berjangkit kepada pokok lain selain berisiko menjejaskan kualiti buah terung. Racun juga perlu digunakan bagi menghalang serangan serangga perosak dan penyakit.


Sembang bagaimana '
Tuai terung berganda' agar ia boleh dituai berterusan sepanjang tempoh tanaman iaitu lima hingga enam bulan dikongsikan rahsianya. Laporan bagaimana penggunaan pelbagai saluran dalam pemasaran hasil produk pertanian boleh membantu meningkatkan pendapatan petani kerana tidak hanya fokus kepada satu sumber untuk mendapatkan pulangan. Bagi Amir Azhar (53) yang berasal dari Sungai Besar, Selangor yang mengusahakan terung ketika ini melihat pengeluaran tanaman itu di ladang seluas 3.24 hektar mampu memenuhi permintaan iaitu empat hingga 10 tan bagi pasaran sayur terbabit. Padanya tanaman terung di ladang itu mempunyai lebih 20,000 pokok bukan sekadar menampung permintaan pemborong untuk pasaran Lembah Klang semata-mata kerana ada sebahagian daripada hasil dijual di pasar tani atau kepada peniaga sekitar Sungai Besar. Selalu pasaran utamanya adalah pemborong dari Kuala Lumpur yang memerlukan tidak kurang dari empat tan terung sebulan bagi menampung permintaan pasaran tempatan. Kini dia tanam secara fertigasii dimana pengeluaran hasilnya jauh lebih baik berbanding kaedah konvensional iaitu pertumbuhan pokok singkat dan ini sekali gus memberi pulangan hasil dua hingga tiga kali ganda. Apabila pokok terung sudah pun mula mengeluarkan hasil pertama dimana ia berterusan untuk mengeluarkan hasil sepanjang empat hingga lima bulan. Pemborong sayur boleh mendapatkan bekalan yang konsisten. Tanaman terung antara tanaman didakwa memberi pulangan menguntungkan kerana kurang berisiko malah hasil penghasilan yang tinggi untuk tempoh lima hingga enam bulan jika dirawat dengan betul. Penanaman terung jauh lebih mudah berbanding cili ketika saya melakukan proses penggiliran untuk tanaman lain dimana dia turut menanam sayur lain seperti cili, peria dan buah melon. Penjagaan tidak rumit dan formula baja yang khas, hasil terung pertama sudah boleh dituai dalam tempoh 45 hari dan setiap hari boleh dituai kerana terung terus mengeluarkan hasil sepanjang empat hingga enam bulan. Selalunya bagi harga ladang kepada pemborong  bagi terung boleh dijual antara RM2.50 sehingga RM4.50 sekilogram mengikut turun naik permintaan. Dia selalu menyasarkan setiap pokok mengeluarkan hasil 10 kilogram dengan pendapatan kira-kira RM100,000 bagi tempoh empat bulan. Kaedah fertigasi jauh lebih mudah kerana baja terus disalurkan kepada pokok dimana medium yang digunakan adalah cocopeat yang menyerap baja dan air dengan baik dan setiap petani ada formula tersendiri bagi meningkatkan tanaman mereka. Kalau musim hujan, ada kawalan segi pemberian baja dan disulam dengan air bagi memastikan tanaman mendapat keperluan mencukupi. Perlu mememastikan tiada serangan serangga perosak, racun digunakan. Teknik tanaman saya gunakan adalah sistem giliran memberi kelebihan kawalan lebih baik daripada risiko penyakit dan serangga perosak. Antara ancaman adalah serangan lalat buah dan kutu trip dimana dia terpaksa juga menggunakan racun bagi menghalang serangan serangga perosak. Racun digunakan juga boleh menghalang serangan penyakit sebab kebunnya pada skala komersial bagi dia mendapat pulangan lebih baik. Apa pun cara ini risiko juga tinggi terutama dalam situasi tidak dijangka seperti banjir atau ketika pandemik. Dia pernah menanggung kerugian kira-kira RM500,000 ketika itu kerana sayur dituai dari ladang tidak dapat dijual. Apa tidaknnya kalau pasar borong tutup, kedai makan tidak beroperasi dan semua berkurung menyebabkan sayur yang saya keluarkan secara kontan 'tersadai' masa PKP dahulu. Dia terpaksa agih secara percuma untuk penduduk sekitar Sungai Besar kerana hasil dari ladang mesti dikeluarkan. Masa itu dia anggarkan kira-kira 60% petani gulung tikar kerana tidak dapat menjual sayur mereka selain menanggung kerugian sehingga modal pusingan 'hangus' dalam tempoh Covid-19. Cabaran lain adalah harga input pertanian juga meresahkan petani bila harga input pertanian meningkat dua hingga tiga kali ganda. Senario ini memberi kesan serius kepada pekebun kecil sementara pengusaha tanaman komersial juga menikmati keuntungan tipis hasil berbanding dahulu.


Dalam portal nstp.com yang di baca bertajuk '
Berbaloi tanam terung' sesuai di sembangkan kali ini. Kisah dari Kuala Nerus dimana tindakan nekad seorang juruteknik berhenti kerja dua tahun lalu dan mengusahakan tanaman terung serta kacang bendi berbaloi apabila ia mula mengeluarkan hasil. Bagi Mohamad Haniff (39) dimana dia kini mampu memperoleh pendapatan mencecah empat angka, malah kejayaannya menjadi inspirasi kepada penduduk di Kampung Wakaf Mesira, Kuala Nerus. Dia berhenti kerja pada November 2016 sebelum kemudian cuba mengusahakan kegiatan pertanian memandangkan kekurangan peluang pekerjaan lain. Selepas berhenti kerja lalu dia buntu memikirkan nasib diri dan keluarga serta cuba mendapatkan kerja di tempat baru tetapi gagal. Situasi tidak menentu ini memberi idea kepada saya untuk mengusahakan tanah terbiar seluas 0.6 hektar milik keluarga. Dia mulakan aktiviti dengan pembersihan kawasan tanah yang semak sebelum menanam kacang bendi dan terung pada Ogos tahun sama. Selepas sebulan ditanam 1,500 pokok terung dan 1,200 kacang bendi mula mengeluarkan hasil sehingga Disember dengan perolehan RM4,000. Pada peringkat permulaan ramai orang memandang rendah dan tidak yakin dengan usaha dan kemampuannya namun tanggapan itu berubah selepas tanamannya mengeluarkan hasil. Dia juga berdepan pelbagai masalah dan cabaran dalam menguruskan tanaman kerana langsung tidak mempunyai ilmu atau pengalaman. Belajar daripada orang berpengalaman selain menyertai seminar pertanian dianjurkan pelbagai pihak di negeri ini untuk memastikan kegiatan pertanian yang dijalankan berjalan lancar. Kemudian dia bercadang untuk memperluaskan lagi saiz tanaman dalam tempoh terdekat bagi menghasilkan lebih banyak hasil sekali gus menampung permintaan yang tinggi. Apa pun melihat kejayaan musim pertama itu, dia meneruskan tanaman sama pada Januari lalu dan kini semua pokok sedang mengeluarkan hasil. Menyedari tanaman terung dan kacang bendi mampu memberi hasil yang agak lumayan dia memohon tanah pertanian seluas empat hektar di Lembah Bidong untuk kegiatan pertanian itu dengan lebih serius. Dia juga buat permohonan untuk mengusahakan tanaman di Lembah Bidong menjadi kenyataan sekali gus memberi persepsi orang ramai terhadap bidang pertanian yang boleh menjana pendapatan lumayan.


Seronok bila sebut pasal makan apa lagi kalau '
Terung penyet enak, mudah dibuat' disediakan sendiri. Apa pun dalam menjalani ibadah puasa selalunya penyediaan makanan yang berkhasiat dan cepat untuk dihidangkan menjadi pilihan ramai. Apatah lagi bagi mereka yang bekerja yang sering berdepan kekangan masa. Pulang saja dari kerja, pasti ada yang bergegas ke dapur menyiapkan juadah berbuka begitu juga dengan penyediaan juadah moreh atau bersahur. Golongan ini perlu menyediakan juadah yang mudah, cepat dan berkhasiat. Kepakaran Chef Zam Akmal dalam penyediaan juadah berbuka, moreh atau bersahur sudah semestinya hidangan yang sihat perlu disajikan. Walau ramai selalu mempunyai kekangan masa untuk memasak, tetapi isu menyediakan juadah yang berkhasiat tidak boleh diketepikan kerana ia penting untuk kesihatan diri. Dalam masa sama sebenarnya ada banyak resipi yang boleh diikuti orang ramai dalam menyediakan sesuatu hidangan yang ringkas, mengenyangkan, berkhasiat dan tidak memerlukan masa yang panjang untuk disediakan. Resipi Sambal Terung Penyet yang hanya mengambil masa 15 hingga 20 minit untuk dihidangkan bersama insan tersayang dimana resipi itu juga sebenarnya hampir sama seperti di kedai masakan ayam penyet yang begitu sedap jika dihidangkan bersama nasi panas. Juadah ringkas ini juga boleh disediakan orang bujang yang ingin mengubah selera dengan merasa air tangan sendiri. Ia cukup mudah untuk disediakan kerana tidak memerlukan bahan yang banyak dan tempoh masa diambil juga agak pendek, tetapi hasilnya cukup enak untuk dinikmati. Bagi menyediakan Resipi Terung Penyet perlu ada bahan-bahan terdiri sebiji terung digoreng (potong ikut kesesuaian sebelum digoreng) dan bahan sambal. Bahan buat sambal adalah 5 niji lada merah, 5 - 10  biji cili padi,  3 ulas bawang kecil, 2 ulas bawang putih. 1 biji tomato sebiji, 1 - 2 inci belacan (yang dibakar atau goreng) dan 1 gengam ikan bilis. Cara memasak dengan semua bahan di atas digoreng dan biarkan sedikit sejuk. Kemudian ia ditumbuk secara kasar dan seterusnya dicampurkan terung. Tumis kembali dan masukkan daun limau purut garam dan gula dan ia siap dihidang untuk dimakan dengan bersama nasi panas. Artikel ini dituis dalam dua segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga tulisan ini mmeberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAM TERUNG...KEBUN DIMANA...
JENIS PANJANG...TERUNG MINI ADA...
ADA PENYAKIT...DISERANG SERANGGA...
HENDAK HASIL BAIK....MESTI DIJAGA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist.
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.

(12 Jamadilakhir 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...