Support My Blog

Monday, December 16, 2024

SEMBANG PASAL KACANG BENDI (Part 1)

TANAMAN BENDI (Hibiscus esculentus) merupakan satu aktiviti perkebunan yang mudah dan mampu memberikan pulangan yang baik. Sayuran jenis buah ini juga seringkali dipanggil sebagai 'Kacang Bendi' iaitu tumbuhan daripada keluarga Malvaceae yang mana seluas 4,131 hektar telah di tanam di Malaysia pada tahun 2024 menghasilkan sebanyak 62,796 metrik tan (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2024). Penuis blog mendapati Negeri Johor paling luas menanam bendi iaitu seluas 1,489 ha menghasilkan 21,478 metrik tan diikuti dengan Negeri Perak (982 hektar) dan Sarawak seluas 373 hektar. Tinjauan penulis blog dibeberapa negeri mendapati dimana penanaman bendi ini selaunya dikombinasikan dengan sayuran buah yang lain seperti terung, timun, peria dan juga sayuran daun. Selain itu penanaman bendi juga dilakukan dikawasan sekeliling rumah didalam pasu atau di polibeg sebagai salah satu tanaman dibawah program bumi hijau yang popular. Bendi yang dipercayai berasal dari Afrika Utara ialah sejenis tanaman sayuran buah yang berlendir. Ia mudah ditanam dan kurang diserang penyakit dan perosak. Buah dan bahagian-bahagian lain tanaman bendi ini boleh dipelbagai gunakan seperti buahnya boleh dimasak dengan pelbagai cara; kari, sebagai ulam, salad dan digoreng. Buahnya juga diproses iaitu ditin, dibekukan dan dijeruk dengan garam. Lendirnya pula didakwa ia digunakan sebagai bahan pemekat untuk sos tomato. Dalam kes lain dimana di India, batang-batang bendi yang tua dijadikan kertas dan biji-bijinya yang tua dijadikan minuman harian menggantikan kopi. Pertama sekali saya menulis mengenai tanaman bendi adalah diposting pada 29 Disember 2009 iaitu selama 15 tahun dahulu dengan pautan berikut (Sila klik disini). Artikel pada subuh ini saya sembang dengan menulis fakta dan kisah tanaman bendi dalam blog "Anim Agro Technology" agar ianya boleh dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Kalau pergi makan Nasi Ayam Komersial (Chicken Rice Shop) temtumya hidangan kegemaran penulis blog adalah Bendi Sambal yang enak sekali (Sila lihat foto disebelah). Resepi ini boleh di beli on-line juga dengan harga RM13.42 satu set dimana ia sesuai di makan dengan nasi ayam atau nasi putih biasa. Apa pun menu ini dilaporkan sudah mendapat permintaan ramai mereka yang berkunjubg ke restoren tersebut dan enjoy memakannya. Apa memang terdapat banyak khasiat kacang bendi untuk kesihatan di mana sayuran yang luas di tanam di Malaysia ini mudah di jaga dengan penghasian yang baik. Ada banyak laporan khasit tentang sayuran bendi ini di laporkan akan tetapi pada penulis blog ingin kongsikan bagaimana ada laporan akan khasiat kacang bendi untuk kesihatan seksual lelaki. Persoalan adakah benar khasiat bendi mentah sangat bagus untuk orang lelaki maka ada dakwaan dimana yang dijawab oleh pakar adalah 'ya'. Ini kerana ada beberapa komponen dalam kacang bendi yang mungkin boleh ianya dapat memberikan kesan positif terhadap kesihatan seksual lelaki. makan kacang bendi dilaporkan ia boleh Mencegah masalah mati pucuk lelaki dimana masih ramai yang tidak tahu bahawa bendi boleh membantu dalam memperbaiki kesihatan batin orang lelaki. Ini kerana, kacang bendi kaya dengan kandungan mineral zink yang boleh membantu mencegah isu mati pucuk (ED) selain meningkatkan tenaga seksual. Kacang bendi juga Kaya dengan Asid Folik dan juga komponen lain yang membantu dalam meningkatkan bilangan sperma. Komponen nutrisi penting dalam kacang bendi boleh membantu mencegah bilangan sperma yang rendah selain memekatkan air mani. Namun perlu juga diingat, air mani yang pekat bukanlah jaminan bahawa bilangan sperma menjadi tinggi. Kehebatan ketiga bendi dimana khasiat kacang bendi adalah Rendah kalori, kolesterol dan lemak tidak tepu. Apa pun bagi orang lelaki yang sedang mencuba menurunkan berat badan yang mana ia boleh memperbanyakkan makan bendi dalam hidangan harian. Berat badan yang optimum juga merupakan antara kunci kepada kesihatan seksual yang terbaik. Kacang bendi mentah didakwa ia Kaya dengan zat folate Kacang bendi mentah untuk dimasak. Zat folat itu ia sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam kesihatan seksual lelaki. Kajian pada tahun 2014 menyatakan bahawa kebanyakan mereka yang mempunyai masalah mati pucuk atau ED turut mengalami penurunan kandungan folat dalam badan. Oleh itu, banyakkan makan bendi bagi mengurangkan masalah mati pucuk. Kacang bendi juga Kaya Bahan Antioksidan seperti polifenol dan flavonoid. Nutrien seperti ini sebenarnya amat membantu dalam mencegah atau mengurangkan risiko pembekuan darah selain membantu memperbaiki kesihatan jantung orang lelaki. Amalan didalam  pengambilan bendi dan makanan-makanan sesuai setiap hari untuk tenaga batin yang lebih baik.


Menarik kisah dalam portal bernama bertajuk 'Kacang bendi bagus untuk pesakit diabetes tetapi ada pula risikonya!' sesuai disembangkan. Apa pun banyak kenyataan dimana kacang bendi mempunyai pelbagai manfaat termasuk membantu menurunkan gula dalam darah bagi pesakit diabetes. Sejak lama dimana bendi antara jenis sayuran popular yang digunakan dalam masakan seperti kari dan asam pedas. Ada beberapa kajian menunjukkan bahawa kacang bendi merupakan antara makanan yang baik untuk pesakit diabetes. Kajian yang diterbitkan dalam PLOS One pada 2017 mendapati zat yang disebut 'myricetin' terdapat dalam kacang bendi dan beberapa makanan lain termasuk anggur merah dan teh. Penyelidik dilaporkan mengambil ekstrak 'myricetin' daripada kacang bendi dan diberikan kepada tikus makmal dan hasilnya menunjukkan ia meningkatkan penyerapan gula pada otot tikus sehingga menurunkan kadar glukosa darah. Para penyelidik juga ada berpendapat bahawa 'myricetin' juga dapat mengurangkan risiko lain untuk diabetes. Selain itu, penyelidik pada 2011 menemukan adanya hubungan antara kacang bendi dengan penurunan gula dalam darah. Kacang bendi kaya dengan myricetin. Kajian oleh saintis memberikan gula cair dan kacang bendi mentah kepada tikus dan mendapati tikus yang makan sayuran itu memiliki lonjakan gula dalam darah lebih rendah. Larutan kacang bendi telah menyekat penyerapan gula pada usus. Kajian ini juga turut menjurus kepada kaitan kacang bendi dan metformin iaitu ubat menurunkan gula bagi pesakit diabetes jenis dua. Kacang bendi turut menghalang penyerapan metformin yang sekali gus menunjukkan bahawa tanaman ini mengurangkan keberkesanan ubat itu. Apa pun kajian menyeluruh masih dilakukan bagi membuktikan perkara itu. Pesakit tetap perlu mengambil suntikan insulin dan ubat-ubatan lain dan bukannya hanya bergantung kepada kacang bendi. Menarik dakwaan akan risiko makan kacang bendi dimana ada beberapa kajian juga menunjukkan bahawa sayuran itu memiliki kesan sampingan negatif iaitu selain membuatkan ubat metformin kurang efektif ia juga kaya dengan zat oksalat. Zat ini dapat meningkatkan risiko batu karang selain sayuran ini terdapat bakteria, pestisida dan zat berbahaya lainnya. Bagaimanapun kajian dapati kacang bendi tidak menyembuhkan diabetes seperti dakwaan sesetengah pihak tetapi boleh membantu menurunkan kadar gula dalam darah selain pesakit perlu terus makan ubat diberikan doktor.


Sembang kacang bendi di lanjutkan dengan kisah bagaimana berlaku 'RM20 Untuk Lima Kacang Bendi Adalah Kesilapan Juruwang' mungkin sesuai dikongsikan. Foto media menunjukkan dimana Burhan menunjukkan resit semasa menjelaskan dakwaan restorannya menjual lima kacang bendi yang dicaj pada harga RM20. Kisah dari Petaling Jaya dimana pemilik Restoran Original Kayu Nasi Kandar menjelaskan, insiden di mana seorang pelanggan membuat aduan berhubung caj RM20 yang dikenakan oleh cawangan restoran itu di Bukit Jambul, Pulau Pinang baru-baru ini untuk lima kacang bendi hanyalah satu kesilapan yang tidak disengajakan oleh kakitangannya. Dia hendak taip pada mesin wang 40 sen kali lima kacang bendi tetapi sebaliknya dia masukkan RM4 kali lima kacang bendi. Ia bukanlah sesuaitu yang disengajakan. Dilaporkan restoran nasi kandar popular itu menjadi perhatian ramai apabila pelanggan berkenaan membuat aduan rasmi kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi sehingga pegawai-pegawai penguatkuasaannya membuat pemeriksaan di restoran berkenaan. Pemilik restoren yang ditemui para pegawai penguatkuasa kementerian berkenaan turut menjelaskan kesilapan yang tidak disengajakan itu kepada mereka. Dalam aduannya, pelanggan itu mendakwa yang dia telah dikenakan caj RM20 untuk lima biji kacang bendi ketika makan di cawangan restoran berkenaan di Bukit Jambul, Pulau Pinang dan kemudian pihaknya memulangkan semula wang lebihan berkenaan kepada pelanggan tersebut. Apa pun diminta  pelanggan supaya menyemak bil mereka terlebih dahulu sebelum beredar. Restorannya mengekalkan aspek kualiti kebersihan yang tinggi serta menjaga keselesaan pelanggan dengan cawangan yang berhawa dingin. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KACANG BENDI...OKRA IA SAMA...
MUDAH DITANAM...MURAH HARGA...
BANYAK KHASIAT...ENAK MAKANNYA...
MEMBACA ARTIKEL...RASA BAHAGIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Desaru Utama, Bandar Penawar,
Kota Tinggi, Johor,
Malaysia.
(16 Jamadilakhir 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...