Support My Blog

Monday, December 9, 2024

SEMBANG TANAM JAGUNG MANIS (Part 2)

MENANAM JAGUNG MANIS
(Zea mays) merupakan satu aktiviti yang mampu memberikan pendapatan baik kepada pengusahanya di Malaysia. Penggunaan Jagung Hibrid telah lama digunakan di dalam tanaman jagung dinegara kita yang mana sumber benih adalah diimport. Terdapat tiga kategori hibrid yang biasa digunakan dalam pengeluaran komersial jagung manis. Diantara keistimewaan dan kelebihan yang diperolehi dari varieti-varieti hibrid jagung manis yang telah lama terbukti adalah dimana jagung hibrid berupaya dalam ia memberikan mana-mana varieti pendebungaan terbuka atau komposit jika diberikan persekitaran yang baik. Dalam pada itu diantara kelebihan penggunaan varieti hibrid ialah ia mampu memberikan hasil yang tinggi serta jumlah keseragaman sifat pokok yang tinggi terutama pada saiz tongkolnya. Kebanyakan jagung manis hibrid komersial berbunga serta matang lebih awal dari varieti komposit. Apa pun didapati walaupun ia berhasil tinggi tetapi pada amnya pokoknya adalah lebih kecil dan rendah daripada jenis komposit. Sementara itu antara beberapa perkara penting harus difahami dan diteliti bagi jagung manis varieti hibrid digunakan untuk pengeluaran perlu difahami petani. Ini kerana varieti hibrid perlu dibeli biji benihnya untuk setiap kali penanaman. Jangan sekali-kali menggunakan biji benih yang dihasilkan dari penanaman lepas untuk tujuan penanaman seterusnya walaupun telah dipilih. Ini adalah kerana faktur kandungan genetik dalam varieti tersebut berubah akibat dari proses penginbredan, menyebabkan penurunan hasil yang mendadak jika digunakan juga. Pastinya harga jualan biji benihnya adalah lebih tinggi sedikit daripada benih dari varieti pendebungaan terbuka. Pastikan sentiasa membeli beji benih dari penjual atau pengedar yang berdaftar agar varieti yang digunakan dapat dipastikan ketulenannya. Petani juga perlu pastikan varieti-varieti dengan gen pengawal kemanisannya berlainan tidak ditanam dalam satu kawasan secara serentak. Bercampuran dalam pendebungaannya akan mengakibatkan pembentukan bijian yang rendah kemanisannya. Keadaan ini sama untuk jagung yang sering ditanam berdekatan (ladang lain yang berhampiran) dan tidak kira samada varieti yang ditanam varieti komposit atau hibrid. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang mengenai fakta penanaman jagung manis dan beberapa perkara teknikal asas yang perlu diketahui untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Media laporkan dimana jagung manis boleh di tanam dan dituai 3 kali pusingan setahun 
amat memberangsangkan yang boleh ditanam 3 kali pusingan di Pontian, Johor. Siapa sangka daripada kegemaran makan jagung mendorong Nursyafiq (38) kini sudah bergelar pengusaha tanaman itu secara serius sejak dua tahun lalu. Dia sebenarnya seorang kontraktor pembinaan dan pernah mengusahakan tanaman cili secara fertigasi secara separuh masa. Namun masa itu tanaman diusahakan itu hanya bertahan selama setahun antara 2016 hingga 2017. Kemudian dia mula menceburi bidang menjual barangan pertanian yang sudah diusahakan sejak tujuh tahun lalu dan masih menjadi pemain industri itu. Selain seorang yang gemar makan jagung manis dimana usahanya bermula ketika berlakunya pendemik Covid-19 apabila ramai pengusaha tanaman itu mula berhenti mengusahakannya. Kalau dia sebelum ini saya hanya menjadi pembekal barangan keperluan pertanian kepada pengusaha tanaman jagung itu. Akhirnya bila melihat tanaman ini mempunyai potensi besar maka dia nekad untuk mengambil alih perusahaan itu. Kini dengan keluasan 1.2 hektar (tiga ekar) tanah yang dipajak untuk mengusahakan tanaman jagung manis di Pontian, Johor dia yang sebenarnya saya juga tidak pernah mengikuti sebarang kursus dan hanya mempelajarinya daripada rakan sahaja sudah mahir. Jagung manis yang diusahakannya mengambil masa kira-kira 65 hari untuk matang dan dia menanamnya tiga kali pusingan dalam tempoh setahun bagi memastikan bekalan jagung sentiasa berterusan. Menariknya mengenai tanaman jagung manis ini kerana ia mempunyai permintaan tinggi di pasaran dan bukan sahaja untuk penggemarnya, tetapi boleh dijual kepada pengusaha ternakan. Usaha tanaman jagung ini baginya amat berbaloi dan setiap kali satu pusingan tanaman yang sudah matang, ia habis dijual di pasaran. Malah selalu ada permintaan yang boleh dikatakan tinggi dimana kualiti jagung manis yang dituai hasilnya mempunyai gred iaitu A, B dan C. Setiap gred dijual pada harga berbeza iaitu gred A lebih mahal kerana ia mempunyai kualiti buah yang lebih baik. Bagi tanaman jagung ini dia menjualnya mengikut bilangan buah dan tidak dijual secara timbang. Contohnya, untuk jagung gred A saya jual kepada pemborong pada RM1 sebiji dan gred B dan C pula lebih rendah. Jadi pada satu pusingan tanaman saya mampu mengutip hasil sekitar 10,000 tongkol jagung pelbagai gred hasil ditanam di atas tanah tiga ekar in. Tanaman jagung manis ini juga mempunyai cabaran tersendiri terutama jangkitan kulat dan serangan serangga yang boleh ianya merosakkan pokok dan perlu menggunakan racun bagi mengelakkannya. Paling membimbangkan pastinya serangan Fall Army Worm (FAW) kerana ulat ini menyerang pucuk, batang dan buah jagung dimana dia sendiri pernah kena dan mengalaminya tetapi masih dalam keadaan terkawal.


Beraluh kepada petani menanam jagung di Kelantan yang mendakwa '
Hasil lumayan jagung mutiara' seperti dalam portal hmetro.com untuk di kongsikan. Dilaporkan dimana percubaan seorang lelaki berbudi kepada tanah dengan menanam jagung membuahkan hasil lumayan apabila mampu menjana pendapatan ribuan ringgit. Malah menerusi tanaman itu, dia juga dapat membantu orang lain terutama tiga pekerjanya dalam menjana pendapatan bulanan. Bagi Azman (52) dia mengakui sebelum itu bekerja sebagai penjual ikan namun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tiga tahun lalu menyebabkan jualannya merosot selain tidak dapat meneruskan perniagaan. Disebabkan tidak ada pekerjaan, saya mengambil keputusan menjadi petani dan memajak tanah penduduk kampung seluas 1.2 hektar dengan bayaran RM600 setahun. Berbekalkan wang simpanan ketika menjual ikan, saya menggunakan modal itu untuk memajak tanah dan membeli anak benih. Pada awalnya saya menanam tembikai sebelum mencuba nasib dengan tanaman jagung. Tanaman jagung ini pertama kali saya usahakan kerana mahu mencuba nasib selepas melihat tanaman beberapa rakan hidup subur dan berjaya mendapat hasil yang banyak sekali gus memperoleh pendapatan yang lumayan di ladang jagungnya di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan. Dia mula menanam jagung mutiara itu lebih dua bulan lalu dan bersyukur kerana tanaman itu menjadi apabila lebih 1,000 pokok yang ditanam hampir semua mengeluarkan hasil. Kini Jagung Mutiara itu selalu ia mengambil masa antara 65 - 70 hari tempoh matang dan siap untuk dijual kepada pelanggan termasuk pemborong. Hasil yang matang itu kemudian dikutip dan dijual sendiri dengan harga RM10 untuk lapan hingga 10 tongkol bagi harga runcit. Baginya tanaman di kebun saya juga mampu mengeluarkan hasil lebih daripada 100 kilogram (kg) dan masih banyak yang belum dikutip. Saya tidak menyangka kerana hasil tanaman ini sangat banyak dan mampu meraih jualan yang tinggi. Kini permintaan jagung ini juga agak tinggi kerana ia digunakan dalam pelbagai makanan seperti membuat kuih-muih dan air. Dia membeli benih jagung di kedai dan memilih yang bermutu. Dakwanya walaupun tanpa latar belakang dalam bidang ini, saya tetap berusaha termasuk menghadiri kursus pertanian selain mempelajarinya daripada rakan. Dia berhasrat dapat memperluaskan tanaman itu pada masa akan datang dan mahu membantu lebih ramai orang menjana pendapatan. Dia dibantu tiga pekerja termasuk daripada proses penanaman sehingga mengutip hasil dan jualan kepada pelanggan. Pada peringkat awal sudah semestinya mempunyai cabaran tersendiri untuk berada di dalam bidang ini memandangkan saya tidak mempunyai pengalaman. Namun hasil tunjuk ajar rakan, kebun saya mampu mengeluarkan hasil jagung mutiara yang manis. Dakwanya tanaman jagung jenis itu mudah untuk dijaga kerana perkara paling penting ialah memastikan ia mendapat air yang secukupnya selain baja. Dia menyiram pokok jagung ini dua kali sehari jika tidak hujan dan sudah menggunakan sistem siraman secara automatik supaya lebih mudah menetapkan masa siraman. Aktiviti semburan racun perosak juga penting bagi memastikan tanaman jagung dapat hidup subur. Baginya perkara paling penting sudah tentu ilmu yang dapat diperoleh menerusi pelbagai kursus sama ada secara fizikal mahupun dalam talian. Di negara kita terdapat pelbagai kursus daripada segi tanaman dan pemasaran yang boleh kita sertai cuma hendak atau tidak sahaja. Di media sosial juga terdapat pelbagai kumpulan sembang pengusaha tanaman ini untuk mendapatkan maklumat penjagaan daripada mereka.


Berlainan dengan fakta dimana '
Jagung kaya asid folik' khususnya jagung manis yang sesuai dikongsikan. Ada laporan dimana bagi wanita yang mengandung pastinya menyedari kepentingan pengambilan asid folik yang mencukupi bagi membantu melindungi bayi dalam kandungan daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida. Dalam keterangan lain dimana masalah saraf itu berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna dan memberi impak kerosakan saraf kekal. Adalah disarankan pengambilan 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja kepada bakal ibu merancang untuk hamil. Rutin itu perlu diteruskan bagi tempoh 12 minggu yang pertama kehamilan. Selain diambil dalam bentuk preskripsi, asid folik yang juga salah satu vitamin dalam kumpulan B boleh wujud secara semula jadi sebagai folat dalam sumber makanan harian. Antara sumber makanan mengandungi khasiat itu termasuk zat yang ada dalam jagung yang mempunyai pelbagai cara penyediaan enak seringkas direbus atau dijadikan sebagai hidangan berat. Menariknya mengenai makanan kegemaran rakyat Malaysia itu, ia mempunyai pelbagai khasiat seperti serat, beta karoten, vitamin A, vitamin B, vitamin C, vitamin E, vitamin K, folat, mineral seperti mangan, magnesium, zat besi dan banyak lagi. Dilaporkan bagi jagung manis dimana ia kaya dengan khasiat lengkap seperti protein, karbohidrat, kalsium, kalium, sodium dan beberapa jenis elektrolit lainnya. Kajian mendapati dimana diantara kebaikan lain jagung terhadap kesihatan sebagai bahan Antioksidan seperti penyelidikan dilakukan di Cornell University, Amerika Syarikat mendapati jagung antara sumber yang kaya antioksidan. Manfaat antioksidan sememangnya terbukti mampu mengurangkan risiko kanser di dalam tubuh. Dilaporkan iaitu jagung juga boleh memperlahankan proses penuaan serta pernah dikatakan mampu mengurangkan risiko nyanyuk. Jagung mampu Melindungi Jantung hasil kajian dibuat terhadap minyak jagung dilakukan mendapati ia memiliki kesan anti-aterogenik pada tingkat kolesterol merintangi risiko berbagai penyakit kardiovaskular atau jantung. Penggunaan minyak jagung dalam masakan harian dikatakan meningkatkan kesihatan jantung dengan membantu menstabilkan degupan jantung supaya ia sentiasa normal. Apa pun kebaikannya ia mampu Mencegah Anemia iaitu kesan bahan folate dalam jagung turut mempunyai kebaikan mencegah anemia. Justeru, disarankan untuk mengambil makanan yang mengandungi vitamin B12 dan juga folat yang dapat membantu zat besi untuk membentuk sel darah merah yang baharu. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga tulisan ini ada meklumat berguna untuk pembaca blog anim agro semua. Wasallam!!!!...
TANAM JAGUNG...JAGUNG MANIS JUGA...
MUDAH DITANAM...IA CEPAT HASILNYA...
MUDAH DIJUAL...SESUAI DENGAN HARGA...
BANYAK DILAPORKAN....SUDAH BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(6 Jamadilakhir 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...