Sembang tentang sistem fertigasi dimana ia adalah sistem pengeluaran tanaman yang menggunakan sistem pengairan dan pembajaan yang rapi. Media tanaman seperti cocopeat atau sekam padi diguna bagi menggantikan fungsi tanah dan sistem ini memerlukan cahaya matahari secara langsung sekurang-kurangnya 6 jam untuk tujuan proses fotosintesis. Sistem fertigasi merupakan satu daripada cabang hidroponik di mana kaedah penanaman dilakukan tanpa tanah. Penulis blog dapati dimana ada beberapa jenis sistem hidroponik adalah seperti Teknik Aliran Cetek dimana konsepnya adalah larutan baja disalurkan dalam palung yang mengandungi akar tanaman. Kedua adalah Teknik Aliran Dalam iaitu konsep yang sama seperti teknik aliran cetek cuma perbezaannya hanya dari segi saiz palung iaitu lebih besar dan luas. Paling popular lama dulu adalah konsep ke tiga iaitu Teknik Takung dimana biji benih disemai pada media tanaman dalam bekas yang diletakkan di atas larutan baja pada takung. Seterusnya ke 4 adalah jenis Teknik Pasang Surut dimana dipasang sejenia alatan pengatur masa digunakan untuk mengawal pengaliran larutan baja pada tanaman. Sejak kebeakangan ini sudah mula diminati Jenis Aeroponik dimana akar tanaman yang bergantung di udara dalam ruang tanaman disembur dengan larutan baja secara semburan kabus melalui nozzle mengikut masa yang ditetapkan. Yang terakhir adalah dikenali sebagai Teknik Pengairan Titis (juga di namakan sebagai teknik agregat) dimana teknik ini paling berkesan kerana bekalan air dan campuran baja dapat disalurkan terus ke akar pokok mengikut masa yang ditetapkan. Apa pun asasnya dimana sistem fertigasi sangat sesuai untuk tanaman yang bernilai tinggi di pasaran sepertu tomato, cili merah. strawberi. melon dan pokok hiasan. Tujuan penanaman secara fertigasi adalah seperti berikut:Mengelakkan tanaman daripada dijangkiti penyakit bawaan tanah yang disebabkan oleh kulat. Memudahkan pengawalan serangga dan perosak tanaman. Pemberian baja yang lebih berkesan kepada tanaman. Apakah dia kelebihan menanam secara fertigasi?. Sistem ini ada banyak kelebihan antaranya adalah penggunaan baja secara cekap, Penggunaan air secara efisien dan juga cara pemberian pembajaan dapat dilakukan serentak serta nutrien lengkap dibekalkan pada tanaman secara terkawal. Cara ini dilaporkan ia mampu menghindar masalah penyakit kerana menggunakan media tanaman dan persekitaran yang bersih. Ia dapat mengatasi masalah tanah tidak subur, perumah kepada penyakit, dan perosak tanaman. Bagaimana pun perlu di ketahui dimana ada masalah merumpai sangat rendah serta kos operasi seperti penggunaan air, baja dan tenaga buruh dapat dikurangkan dan paling win dimana akan ada situasia iaitu peningkatan hasil tanaman.
Berdasarkan pengalaman dan kepakaran penulis blog dimana di Malaysia ada dua kaedah iaitu dengan Penanaman Struktur Perlindungan Hujan (SPH) atau Secara Terbuka. Pertama adalah Penanaman Struktur Perlindungan Hujan (SPH) dimana ada struktur bagi melindungi tumbuhan daripada hujan lebat dan pancaran sinaran matahari yang terik. Biasanya bumbung SPH selalunya diperbuat daripada plastik yang mempunyai lapisan perlindungan UV. Struktur rangka SPH boleh diperbuat daripada kayu, paip besi, plastik atau bahan-bahan kukuh yang lain. Apa pun SPH akan lebih berkesan sekiranya jaring kalis serangga dipasang pada dinding SPH dengan bahan terbaik. Kaedah Kedua adalah Penamaman tanpa Struktur Perlindungan Hujan atau Kaedah Terbuka dimana aktiviti penanaman secara fertigasi secara terbuka diletakkan di tempat terbuka tanpa bumbung dimana apabila musim hujan air hujan akan mencairkan baja dalam polibeg. Penanam juga perlu menggunakan racun kulat dan racun serangga untuk melindungi tanaman mereka daripada serangan penyakit. Penulis blog kongsikan akan beberapa komponen utama sistem fertigasi dimana ia terdiri daripada tiga komponen asas iaitu Sumber, Medium dan juga Alur Keluar dimana terdapat komponen lain yang digunakan dalam sistem fertigasi komersial, Dijelaskan komponen sistem fertigasi komersial iaitu Tangki Nutrien yang berfungsi untuk menakung larutan baja dimana sistem pengairan dilakukan dengan bantuan pam air atau secara tarikan graviti. Kedua komponennya adalah Pam Air yang berfungsi untuk mengepam larutan baja dan air dari tangki nutrien ke sistem pengairan. Ketiga adalah komponen Set penitis, tiub mikro dan nipple dimana selalunya bahan nipple dimasukkan ke dalam lubang paip yang telah ditebuk. Bahagian tiub mikro disambung pada nipple beralur dua dan satu bahagian di sambung pada penitis. Ke 4 adalah komponen Penapis Air yang berfungsi untuk menapis benda asing daripada masuk ke dalam sistem pengairan dan dipasang selepas pam air. Ke 5 adalah komponen iaitu Alat pengatur masa (Timer) dimana alat ini dipasang dan berfungsi untuk memastikan penyaluran larutan baja dilakukan pada masa, kekerapan, dan kuantiti yang telah ditetapkan. Ke 6 adalah komponen Paip Ladang yang terdiri daripada paip utama, paip sekunder, dan juga paip tertier dimana ketika membuat pemasangan, bahan-bahan mesti ia disambungkan dalam melengkapkan sistem pengairan tersebut.
Keperluan lain yang perlu ada untuk teknologi fertigasi dan penting di periksa dahulu adalah Bekalan Elektrik yang mana ia berfungsi untuk membekalkan kuasa ke pam air. Periksa juga akan Punca dan Sumber Air yang bersih diperlukan dalam kuantiti yang banyak, nilai pH yang sesuai adalah antara 5.5 - 6.5. Kepentingan kualiti air boleh ianya ditentukan dengan menggunakan pH meter dan EC meter, sumber air yang boleh digunakan adalah dari sungai, kolam, tasik atau telaga. Pengalaman penulis blog dimana gangguan kualiti air di musim hujan atau musim kemarau akan ianya menjejaskan pertumbuhan tanaman. Terdapat beberapa keperluan asas dalam sistem fertigasi iaitu perlunya ada Tangki Larutan Baja iaitu diperlukan sebanyak 2 tangki untuk menyediakan larutan baja stok A dan B. Perlu di jelaskan dimana asas larutan stok baja iaitu baja stok A dan B perlu dilarutkan mengikut sukatan yang betul. Penggunaan media tanaman disesuaikan seperti jenis coco peat, sekam padi, peat moss digunakan untuk menggantikan tanah. Aspek lain adalah bagaimana persiapan penyediaan anakbenih tanaman dimana perlu di pastikan menggunakan benih yang bebas daripada penyakit dan mempunyai rumah semaian khas terutama jenis tanaman Solanaceae dan Cucurbitaceae. Perlu disediakan Alat pengukur khusus iaitu untuk mengukur kualiti air pengairan sistem fertigasi. Apa pun jenis dan varieti tanaman yang baik penting untuk mendapatkan hasil yang tinggi dan berkualiti di kaji dahulu mengikut pakej amalan agronomi dan varieti terbaik di pasaran. Pastikan pemilihan jenis tanaman dan varieti sesuai dengan persekitaran seperti suhu, kelembapan udara dan tahap pengurusan. Ada terdapat 3 jenis sistem pengairan iaitu Sistem pengairan percikan, Sistem pengairan kabus dan juga Sistem pengairan titis yang diperlukan untuk pengairan. Elemen reka bentuk sistem fertigasi adalah seperti menentikan rekabentuk Garisan, Bentuk, Tekstur, Saiz, Warna, Rupa dan juga Ruang dalam sistem fertigasi. Penilaian lakaran reka bentuk sistem fertigasi boleh dilakukan dari segi elemen dan kriteria yang telah digunakan. Sebaiknya penilaian ini boleh dilakukan dengan menggunakan borang penilaian lakaran reka bentuk. Ujian penilaian objek dilakukan pada sistem pengairan fertigasi untuk mengenal pasti sama ada sistem yang dipasang menepati ciri-ciri rekaannya. Ia terdiri daripada ujian titisan model separa berfungsi dan ujian sambungan mock-up. Apa pun cara pengurusan tanaman terbahagi kepada 4 kategori, iaitu dengan cara Pengurusan prasemaian dan penanaman, Pengurusan semaian, Pengurusan penjagaan dan juga cara Pengurusan tanaman mengikut jenis tanaman, giliran tanaman dan juga varieti yang di tanam. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini dapat memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.