Menarik sembang dimana siapa sangka dengan minum air rendaman kacang bendi iaitu ia boleh memberikan pelbagai manfaat kepada kesihatan badan. Antara dakwaan khasiat kacang bendi yang dapat diperolehi ialah menurunkan bacaan kolesterol. Dilaporkan dalam beberapa kajian dimana selain ia dianggap sebagai ubat, air rendaman kacang bendi juga dipercayai boleh dijadikan sebagai rawatan alternatif untuk membantu menguruskan masalah kesihatan ini. Bagaimana pun di nasihatkan pembaca semua juga perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu bagi kemudian mengelakkan sebarang kesan yang tidak diingini. Apa un baik di kongsikan petua turunkan kolestrol yang berkesan dengan air rendaman kacang bendi yang mempunyai beberapa ciri kelebihannya. Ada testimoni dimana selepas amalkan minum air rendaman kacang bendi ini pengamal tidak lagi alami kebas kaki dan paras kolestrolnya juga telah turun. Kacang bendi juga mengandungi asid folik yang tinggi sangat bagus diamalkan untuk ibu mengandung mahupun ibu yang menyusukan bayi. Resepi atau cara menyediakan air rendaman ini ada banyak tetapi mudahnya bahan-bahan yang asas adalah cuma sekiytar 10 - 15 batang kacang bendi segar dan 1 liter air. Cara membuatnya dengan membasuh dulu kacang bendi terlebih dahulu sebelum dipotong menjadi bahagian kecil. Masukkan bendi yang sudah dipotong itu kemudian dalam air. Simpankan air rendaman kacang bendi di dalam peti sejuk. Air akan berkurangan selepas direndam dimana apabila semakin kurang air boleh ditambah semula sehingga penuh dimana pastikan menambah air hanya 3 kali tambahan sahaja. Adalah tidak perlu bimbang sekiranya air rendaman tersebut menjadi lebih pekat atau likat kerana rasanya akan menjadi lebih sedap dan boleh diminum dengan segar. beberapa testimoni menyatakan diantara khasiat ari rendaman kacang bendi termasuk ia Mencuci hati, membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah, Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar, Ia membantu dalam pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus. Selain itu ia berguna untuk membantu merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada sendi. Apa pun bendi adalah sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan dan rasa tidak selesa. Mengambilnya maka ia akan membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua. Air rendaman bendi boleh menyahkan toksik dan disamping itu juga boleh menstabilkan paras gula dan anti diabetes. Dilaporkan ianya juga dapat membantu mengurangkan radang paru-paru, sakit kerongkong serta kesakitan pada dubur. Sifat yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekaligus membantu didalam mengurangkan masalah penghadaman pengamalnya. Bagaimana pun ia perlukan keberanian meminumnya kerana rasanya mungkin kurang sesuai dengan tekak semua.
Dalam kes lain disembangkan dalam hmetro.com bagaimana 'El Nino punca ribuan pokok bendi tidak datangkan hasil sepatutnya' sesuai dirujuk akan kisahnya. Dari Kuala Terengganu didakwa ada seorang wanita kerugian besar apabila kira-kira 3,000 pokok bendi yang ditanam layu berikutan fenomena El Nino yang melanda sejak awal Februari. Kini pokok bendi yang sepatutnya mengeluarkan hasil lebih 20 kilogram (kg)/pokok bendi sehari kini hanya mengeluarkan lima hingga 10 kilogram/pokok sahaja. Petani Napisah Mamat (56) dari Kampung Bukit Guntong, Manir dakwa dimana pokok bendi yang ditanam kini berdepan masalah kesuburan apabila dilihat daun pokok bendi layu dan sebahagiannya hampir mati kerana cuaca yang terlalu panas (Sila lihat foto disebelah). Situasi itu dakwanya telah menyebabkan pengeluaran bendi terbantut dan kualiti bendi tidak mencapai piawaian yang sepatutnya. Pelbagai usaha sudah dijalankan bagi mengatasi masalah itu termasuk menempatkan pokok di bawah rumah hijau, namun tidak berjaya. Pokok bendi disiram tiga hingga empat kali sehari bagi memastikan pokok kekal segar dan tidak kekeringan. Apa pun proses menyiram pokok hanya dijalankan satu hingga dua kali sehari tetapi cuaca panas melampau memaksanya menyiram secara kerap. Bimbang pokok bendi yang sedang mengeluarkan hasil itu mati sebab kekeringan dia perlu sentiasa menyiramnya. Sejak 2019 lagi memangg dia bergiat dalam pertanian dan pernah menanam pelbagai tanaman lain termasuk cili merah, lobak putih dan terung namun tidak pernah berdepan masalah kekeringan disebabkan cuaca El-Nino seperti itu. Dakwanya tanaman bendi adalah komoditi yang paling lama ditanam kerana ia juga merupakan sejenis tanaman yang lasak tetapi musim panas melampau menyebabkan ia turut terjejas seterusnya tidak memberikan pulangan yang sepatutnya. Bagaimana pun kejadian El-Nino hanya berlaku beberapa tahun sekali dimana kini sepanjang 2024 ada lebih hujan pula atau La-Nina yang juga memberikan anaman banjir.
Menarik makanan asas bendi iaitu 'Bendi Celur Ala Kedai Nasi Ayam CRS dengan Sambal' sesuai dikongsikan kali ini. Apa pun penulis blog sesekali jalan-jalan di beberapa shopping mall dan bila bajet sesuai akan mencari makanan. Menu benii di Chicken Rice Shop tentunya menjadi pilihan kerana keenakannya dan boleh di buat sendiri di rumah pula untuk hidangan keluarga. Direstoren tersebut selain dari menu sayuran tauge menjadi pilihan dimana menu sayur pembuka selera iaitu bendi celur cili enak diujirasa. Apa pun dikongsikan akan Resepi bendi Celur ala Chicken Rice Shop yang mudah di buat sendiri di rumah dan enak di makan. Perlu di sediakan bahan-bahan terdiri dari Bendi, 10 ulas bawang putih, sedikit udang kering, sedikit cili paste (cili kisar yang sedia untuk dimasak) dan juga boleh ganti cili flakes, sedikit kicap cair garam (jika perlu) dan minyak untuk menumis. Cara-cara untuk buat sendiri dirumah dengan bendi celur sekejap dan kemudian ia diangkat terus masuk dalam rendaman air ais sejuk sekejap dan ditoskan. Kemudian 10 ulas bawang putih dan udang kering sikit cincang gunakan chopper. Tumis dua bahan tadi hingga garing dna seterusnya di masukkan cili paste yg sedia untuk masak atau boleh ia digantikan cili dengan chili flakes. Seterusnya dimasukkan sedikit kicap cair dan akhirnya selepas garing siram atas bendi. Siap di nasak dan sedia dihidangkan!. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai untuk ia dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KACANG BENDI...OKRA IA SAMA...
MUDAH DITANAM...MURAH HARGA...
BANYAK KHASIAT...ENAK MAKANNYA...
MEMBACA ARTIKEL...RASA BAHAGIA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Desaru Utama, Bandar Penawar,
Kota TInggi,
MUDAH DITANAM...MURAH HARGA...
BANYAK KHASIAT...ENAK MAKANNYA...
MEMBACA ARTIKEL...RASA BAHAGIA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Desaru Utama, Bandar Penawar,
Kota TInggi,
Johor,
Malaysia.
(16 Jamadilakhir 1446H).
Malaysia.
(16 Jamadilakhir 1446H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.