Penulis blog ada minum jus timun sesekali yang dibuat sendiri di rumah. Bernama laporkan bagaimana 'Jus timun penuh khasiat' sesuai dirujuk. Pada penulis blog percaya apabila disebut timun ramai beranggapan buah ini hanya dihidangkan sebagai pelengkap ulam-ulaman, acar atau dijadikan penambah dalam masakan. Apa pun rasanya yang segar dan mengandungi banyak air bukan saja sesuai diolah sebagai makanan tetapi juga minuman. Ini kerana jus timun memberikan pelbagai kebaikan kepada tubuh. Pertama jus timun mampu Mencegah Penuaan dan Melawan Radikal Bebas sebab timun kaya antioksidan yang mampu mencegah kerosakan sel dalam tubuh disebabkan oleh radikal bebas. Selain itu, kandungan beta karoten, vitamin C dan mineral dapat mencegah proses penuaan semula jadi. Kehebatan kedua dimana ia mampu 'Mencegah kenaikan tekanan darah' terutama kepada para penderita hipertensi, biasanya dalam tubuh mereka mempunyai kandungan sodium (garam) yang tinggi. Pengambilan garam berlebihan tidak elok untuk kesihatan kerana ia boleh meningkatkan tekanan darah meningkat. Timun mengandungi kalium yang membantu menyeimbangkan kadar sodium dalam badan dan menstabilkan tekanan darah. Kehebatan ke tiga adalah timun Membantu Menurunkan Berat Badan dimana kadang-kadang ramai keliru dengan rasa lapar - apakah badan memerlukan air atau makanan. Apa pun sesiapa yang mengalami kekeliruan ini digalakkan minumlah dulu sebaik berasa lapar kerana ramai orang tidak sedar badan mengalami kekurangan air. Timun adalah antara sayur-sayuran yang banyak air, kaya serat dan boleh dimakan begitu saja untuk menambah kandungan air dalam badan. Anda juga boleh menjadikannya minuman (jus timun). Boleh juga gandingkan timun dengan sayur atau buah lain untuk mendapatkan jus yang enak dan rendah kalori. Kaedah ini sesuai untuk mereka yang berusaha menurunkan berat badan. Kandungan seratnya akan membuatkan anda rasa cepat kenyang dan lambat lapar. Keempat dimana timun akan Membantu Mencegah Kanser dimana hasil kajian menunjukkan timun mengandungi polifenol dipanggil lignan, yang membantu merendahkan risiko kanser. Penelitian yang dijalankan penyelidik di Pusat Kanser Amerika Syarikat, Robert H. Lurie menyatakan timun boleh membunuh berbagai jenis sel kanser, mengecilkan tumor dan merangsang sistem kekebalan tubuh. Melihat kepada banyaknya khasiat timun yang di jelaskan mungkin pembaca blog iniyang bertanya cara bagaimana cara memilih timun yang baik sama ada di makan begitu sahaja, dimsak atau di buat jus. Ramai yang selalu membeli timun yang sudah agak tua dan keras bijinya. Cara untuk memilih timun yang baik iaitu tidak pahit dan lembik sememangnya agak sukar. Untuk itu pastikan warna kulit timun hijau terang, tidak berkedut atau kusam. Tekstur timun juga seharusnya padat apabila ditekan. Semakin besar ukuran timun, rasanya akan semakin pahit. Pemilihan timun yang manis dan tidak pahit sangat penting untuk menghasilkan jus yang enak. Jus timun menjadi antara minuman kesukaan pelanggan di sini. Rasanya yang segar, sesuai diminum ketika cuaca panas dan cara membuat jus timun juga mudah hanya memerlukan bahan utama timun, limau kasturi dan daun pudina saja.
Menanam timun sama seperti menanam sayuran lain akan menghadapi risiko serangan penyakit, serangga, bencana banjir dan juga ketidaktentuan harga di pasaran. Pendapatan dari tanaman timun juga banyak faktur menentukannya dimana ada yang amalkan 'Petani petik timun awal elak rugi' seperti laporan hmetro.com untuk dikongsikan dan ditulis semula. Apa pun kisah dari Pasr mAs, Kelantan dimana ada seorang petani menanam timun di Kampung Kok Pauh iaitu Che Husain Ismail terpaksa mengutip hasil tanamannya lebih awal bagi mengelak kerugian susulan hujan lebat yang berlarutan. Dakwanya ada 3,000 tanaman timun dalam beg polibeg yang diusahakan sejak 2 bulan lepas perlu diselamatkan kerana kawasan itu sering dilanda banjir. Tanaman timun ini telah memasuki musim keempat dan dijangka habis dikutip akan tetapi memandangkan ketika ini musim tengkujuh dan hujan lebat setiap petang maka dia mula mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengutip timun yang telah matang sebab dia khuatir tanamannya akan ditenggelami banjir sekiranya hujan masih berterusan dalam tempoh beberapa hari lagi. kalau tidak dipetik awal maka dia mungkin akan mengalami kerugian besar yang mencecah puluhan ribu ringgit. Lazimnya hujan yang berterusan akan menjejaskan kualiti buah timun kerana berlaku lebihan air sehingga boleh merosakkan pokok dan tidak menjalar dengan sempurna. Apa pun jika bukan musim tengkujuh biasanya dia akan mampu mengutip hasil timun ini antara 18 - 20 tan bagi satu musim namun kini (musim tengkujuh) dianggar tuaiannya cuma 5 - 6 mt sahaja. Dia yang dibantu enam pekerja untuk mengutip hasil dalam tempoh 10 hari lagi di kebun seluas 0.4 hektar. Apa pun laporan media sama bertajuk ada petani 'Mampu hasil 19 tan sebulan' wajar dikongsikan. Keputusan seorang petani untuk berbudi pada tanah dengan menanam pelbagai jenis tanaman termasuk timun batang memberikan hasil lumayan kepada lelaki ini. Dakwanya tanaman timun batang bukan sahaja mudah dijaga, malah menghasilkan buah dalam masa yang singkat iaitu dalam tempoh sebulan sahaja. Sayur itu juga mendapat permintaan yang tinggi kerana ia banyak digunakan untuk pelbagai masakan termasuk dalca, dimakan bersama nasi lemak, dibuat ulam-ulaman dan sebagainya. Maka faktor itu mendorong Kamarulzaman (55) menanam sebanyak 2,700 pokok timun batang secara fertigasi gantung di atas tanah seluas 0.8 hektar di di Kampung Gong Tinggi, Pasir Puteh, Kelantan. Mengamalkan teknik fertigasi gantung itu tidak memerlukan ruang tanah yang luas kerana ia berada dalam keadaan tergantung dan ia sangat menjimatkan ruang. Dakwnya dimana kaedah penanaman itu menggunakan tanah semaksimum mungkin apabila dapat menanam pokok sayur lain di bawahnya. Bagi tanaman timun batang yang sudah diusahakan bersama empat pekerja yang membantu kerja menggemburkan tanah, menanam pokok, menjaga tanaman dan mengutip hasil yang sedia untuk dipasarkan. Cara tanam bergilir dengan tanaman lain termasuk lada solok, cili merah, terung dan beberapa tanaman lain. Teknik ini digunakan untuk memastikan tanah di kawasan itu sentiasa subur seterusnya dapat menghasilkan sayur-sayuran yang berkualiti dalam masa yang ditetapkan (Sila lihat foto paling bawah). Kebun berkenaan diusahakan di atas tanah yang disewa daripada penduduk kampung di tiga lokasi. Tanaman timun batang mengeluarkan hasil yang banyak iaitu kira-kira 19 tan sebulan dimana ini sekali gus memberi pendapatan yang memuaskan. Kini hasil tanaman itu dijual kepada pemborong di sekitar Pasir Puteh dan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong serta penduduk sekitar. Tanaman timun batang adalah tanaman yang mudah untuk dijaga dan dapat mengeluarkan hasil dalam tempoh singkat iaitu sebulan sahaja serta memberi pulangan modal dan keuntungan yang cepat. Dia akan menyemai anak benih sendiri dan dalam tempoh seminggu ia sudah tumbuh sebelum dipindahkan ke dalam polibeg di kebun. Selepas dipindahkan ia akan dijaga pokok ini apabila perlu menyiramnya dengan cukup bagi mengelakkan pokok kering dan justeru selalu disiram pokok sebanyak 10 kali sehari dan tempoh siraman pula antara empat hingga lima minit. Penyiraman ditetapkan masa dan menggunakan kaedah sistem automatik dimana air baja akan memastikan pokok sentiasa subur. Pada minggu keempat pokok sudah mengeluarkan hasil yang boleh dituai dan siraman pula perlu antara dua hingga tiga kali sehari serta bergantung kepada keadaan cuaca. Bagi mengelakkan penyakit terutama daun menjadi kuning, dia juga akan meracun anak pokok dengan menggunakan racun kimia serta semburan racun kulat. Racun kulat ini penting dibuat sejak dari anak pokok lagi untuk mencegah penyakit ke atas tanaman.
Menarik kisah bagaimana 'Menanam timun tanpa tanah' seperti dalam portal mediaprima untuk dikongsikan. Apa pun dilaporkan penanaman teknik fertigasi tidak memerlukan kawasan yang luas sebab cara fertigasi adalah teknik penanaman moden terbukti memberi kesan baik kepada tanaman sayuran dan buah-buahan dengan menggunakan sistem pembajaan serta pengairan dilakukan secara serentak. Dilaporkan teknik penanaman tanpa tanah (soilless culture production system) ini sangat popular dan relevan pada ketika dunia dilanda masalah kekurangan makanan, dan usaha ini menyokong aktiviti SDG2 Sifar Kelaparan dan Keterjaminan Makanan. Antara tanamansesuai menggunakan teknik penanaman ini timun. Bagi Ketua Taman Botani Bangi iaitu Profesor Madya Dr Noraini dakwa diantara kelebihan penanaman timun menggunakan kaedah fertigasi adalah ia tidak memerlukan kawasan luas dan mudah diselenggara. Kin dengan keluasan yang diperlukan hanya suku ekar bagi 1,000 polibeg dimana projek penanaman timun boleh dilakukan secara berterusan dengan polibeg yang sama sekali gus menjimatkan kos. Cara ini menggunakan kaedah ini kawalan penyakit dan perosak lebih mudah dikawal. Penggunaan air dan baja lebih jimat dan lebih cekap kerana menggunakan kaedah titisan (drip) dan unsur baja juga diberi mengikut pertumbuhan pokok dan ia lebih mudah serta menjimatkan. Kemudian dari segi hasil dilaporkan peningkatan pengeluaran adalah lebih banyak dan berkualiti. Dari segi kebersihan pula dilaporkan yang sistem fertigasi tiada bau yang kurang menyenangkan kerana menggunakan baja cecair AB dan mesra alam berbanding menggunakan baja najis haiwan. Ada beberapa perkara yang perlu dititik beratkan dalam melaksanakan penanaman timun menggunakan teknik fertigasi supaya produktiviti tanaman dapat ditingkatkan. Diantaranya memastikan sistem fertigasi lengkap termasuk dilengkapi pam, paip, dan penitis (drip) untuk bekalan air serta nutrien berfungsi dengan baik. Kualiti peralatan ini penting bagi memastikan ketahanan dan penggunaan yang lebih lama. Kawalan pH dan kepekatan baja penting untuk memastikan pH tanah dan air sesuai bagi penanaman timun. Penanam timun perlu menyediakan jadual penyiraman dan pembajaan berdasarkan keperluan tumbuhan. Timun selalu ia memerlukan penyiraman dan penyediaan pembajaan yang kerap, tetapi dalam jumlah yang rendah. Pada masa sama perlu periksa kawalan kelembapan tanah perlu dipantau secara berkala dimana dengan teknik fertigasi boleh memberikan hasil yang memberangsangkan. Apa pun fertigasi juga cenderung terdedah kepada risiko serangan penyakit dan perosak. Kaedah amalkan pengurusan perosak dan penyakit yang berkesan termasuk penggunaan racun sasaran yang sesuai jika perlu. Penanaman timun dengan teknik fertigasi boleh memberi hasil yang memberangsangkan jika dilakukan dengan betul. Fertigasi membolehkan mengawal nutrien, air dan persekitaran dengan lebih cekap dan tepat, sekali gus meningkatkan produktiviti hasil tanaman timun. Timun yang dihasilkan melalui sistem fertigasi berada dalam persekitaran yang lebih terkawal, maka biasanya ia (timun) boleh membesar pada saiz yang lebih optimum, lebih segar dan bebas penyakit. Sistem fertigasi adalah kaedah pertanian yang memerlukan pemahaman mendalam berkenaan tanaman dan sistem pertanian. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
DALAM 3 BULAN... SELESAI DIA...
BANYAK KHASIAT...NUTRISINYA...
BACA ARTIKEL...TERBUKA MINDA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Jamadilakhir 1446H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.