Dilaporkan dimana 'Langkah berani tauke kambing' di Bangi, Selangor wajar di jadikan contoh. Bagi Asmah dimana aktiviti menternak kambing adalah kerjaya yang sangat menyeronokkan. Apa pun hmetro.com laporkan dimana pada awal pembabitannya dalam bidang penternakan, wanita ini pernah diuji apabila 25 kambing peliharaannya diracun. Masa itu luluh hati Asmah Alias apabila melihat ibu kambing yang sedang bunting bersama anak-anaknya mati bergelimpang apabila pelaku yang tidak berperikemanusian meletakkan racun rumput dalam bekas minuman ternakan. Bagaimanapun sejak kejadian itu sama sekali tidak mematahkan semangat ibu dua cahaya mata ini untuk terus terbabit dalam bidangusaha penternakan, malah menjadi pembakar semangat untuk berjaya. Pembabitannya dalam bidang penternakan dan pertanian bermula apabila dia yang baru menamatkan pengajian sarjana dan suaminya belum mempunyai pekerjaan tetap. Kemudian suami mengajak mengusahakan tanaman nanas dengan menyewa tanah seluas dua hektar (lima ekar). Namun selepas menyemai benih mereka perlu membersihkan rumput yang sentiasa tumbuh supaya tidak mengganggu tumbesaran pokok nanas. Ada begitu banyak rumput segar yang dibuang begitu sahaja dan dia terfikir alangkah baik sekiranya rumput itu boleh dimanfaatkan untuk dijadikan makanan kambing. Akhirnya dia membeli lima ekor kambing kampung untuk diternak di ladang nanasnya dan juga dapat memanfaatkan najis kambing sebagai baja tanaman, menjadikan tanaman lebih segar dan cepat membesar. Apa pun ternyata percaturan pasangan itu membuahkan hasil dan bersyukur kerana kambing membiak dengan cepat serta semakin banyak. Kemudian dia turut menternak kambing baka tenusu dengan membeli 10 kambing Jamnapari, Anglo nubian dan Shami untuk mendapatkan hasil susu segar. Kini kambing tenusu juga membiak dengan cepat dan permintaan terhadap susu segar juga tidak putus-putus. Biarpun ramai yang masih beranggapan penternakan bidang sektor 3D (kotor, bahaya dan sukar) namun baginya usaha menternak kambing adalah kerjaya yang sangat menyeronokkan. Dia sentiasa menjaga kebersihan kandang supaya ternakan sihat dan produktiviti semakin baik. Kambing yang membiak dalam persekitaran yang kotor menyebabkan susu dan daging kambing menjadi hamis. Mereka akan mula memerah susu kambing dan ia memanaskannya dan memasukkan dalam botol. Kadangkala, pekerja kami membantu menyembelih kambing segar untuk dijual. Kemudian kami menghantar susu dan daging kambing segar ke kedai kami (Tropika Freshmart) di Bandar Baru Bangi, Selangor. Kambing diberi makan rumput pada jam 2 petang, berselang-seli dengan pelet pada jam 4.30 petang dan 5.30 petang. Perkara lebih mencabar adalah bagaimana menguruskan persekolahan anak-anak yang terlalu padat dan pada masa sama saya perlu menguruskan kambing, tanaman serta jualan di kedai. Isu kematian haiwan kambing yang kadangkala disebabkan penyakit berjangkit dan anasir luar mesti ditangani. Dia juga ingin menghasilkan keju jenama sendiri daripada susu kambing segar dan berhasrat membuat produk kosmetik berasaskan susu kambing asli, kerana saya mempunyai kepakaran dalam bidang itu.
Sembang bagaimana cara 'Pilih haiwan sembelihan terbaik' ada di paparkan dalam portal sama. Selalunya ibadah korban adalah ibadah sembelihan haiwan ternakan dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Aktiviti sembelihan haiwan ternakan seperti unta, lembu dan kambing yang dilakukan dengan tujuan semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT bermaksud: "Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa daripada kamu." (Surah Al-Hajj: 37). Saban tahun umat islam khususnya di Malaysia menyambut perayaan Aidiladha dengan melaksanakan ibadah korban di kariah masing-masing. Setiap masjid dan surau akan berusaha sedaya mungkin untuk mendapatkan haiwan lembu dan kambing yang sesuai untuk dikorbankan. Manakala pengusaha ternakan juga berusaha untuk menyediakan bekalan secukupnya bagi memastikan setiap permintaan itu dapat dipenuhi dan dijual dengan harga yang berpatutan. Secara purata, sebuah masjid atau surau memperuntukkan lima hingga 10 ekor lembu korban dengan harga RM5,000 hingga RM6,000 untuk seekor lembu, manakala untuk satu bahagian RM700 hingga 800. Ini kerana kebanyakan masyarakat ingin menyertai ibadah korban secara berkelompok iaitu berkongsi haiwan korban lembu yang dibahagikan kepada tujuh bahagian. Dengan ini, mereka tidaklah terasa berat untuk mengeluarkan kos yang tinggi bagi mendapatkan seekor lembu korban. Hal ini berlaku oleh kerana disebabkan masalah kenaikan harga ternakan lembu dan kambing yang semakin meningkat dan bekalan yang agak terhad. Bagi golongan yang berkemampuan untuk melaksanakan ibadah korban dengan seekor haiwan yang sempurna, maka digalakkan untuk memilih haiwan korbannya itu sendiri. Antaranya ialah haiwan korban yang paling banyak dagingnya. Sepertimana yang telah disebutkan oleh ulama mengenai turutan ibadah korban yang terbaik. Keutamaan haiwan korban adalah Unta, Kerbau, Lembu, Biri-biri dann akhir sekali adalah Kambing. Bagi peserta lelaki disunatkan untuk menyembelih sendiri haiwan korbannya dimana jika berkemampuan (iaitu berkemahiran untuk menyembelih). Hal ini berdasarkan sebuah hadis. Jika sekiranya dia tidak berkemampuan untuk sembelih sendiri maka boleh juga dia mewakilkan orang lain untuk menyembelih haiwan korban bagi pihak dirinya, namun disunatkan baginya untuk melihat sendiri sembelihan itu walaupun bukan dirinya yang melakukan sembelihan tersebut. Disunatkan bagi mereka untuk menyaksikan acara sembelihan korban, setelah dia mewakilkan sembelihan tersebut kepada tukang sembelih. Apa pun kemeriahan suasana acara sembelihan korban yang disusuli pula dengan pengagihan daging korban kepada penduduk setempat, malah peserta korban itu juga digalakkan untuk mengagihkan sendiri daging-daging korbannya kepada ahli di kawasan kariah. Ibadah korban juga memupuk kasih sayang dan mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain, dengan hanya memberi daging korban. Namun tidak dinafikan bagi mereka memilih melaksanakan ibadah korban di luar negara. Kerana ibadah korban di luar negara adalah alternatif yang ada pada masa kini iaitu bagi mereka yang ingin mendapatkan harga penyertaan korban yang lebih rendah, dalam masa yang sama mereka hanya mahu mewakilkan pelaksanaan korban sahaja, tanpa menyaksikan sembelihan tersebut. Apa yang penting, mereka tidak akan melepaskan peluang untuk melaksanakan ibadah korban walaupun dengan hanya satu bahagian lembu korban sahaja. Wallahu a'lam.
Dalam kisah lain dilaporkan dimana kini 'Jualan kambing golek kini sudah pun berkembang jadi tiga kandang' terutama bagi penduduk kawasan Ipoh, Perak. Dilaporkan menyedari peluang keemasan bidang penternakan, graduan ijazah sarjana muda pengurusan ini nekad terjun 'bergelumang' dengan kambing sejurus tamat pengajian sejak lapan tahun lalu. Berkongsi kisah anak jati Ipoh, Madzarul Yusuf (32) dakwa peluang itu mula dihidu ketika menyiapkan kertas kerja khusus tahun akhir di universiti, dia kerap berurusan dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV). Apa pun sebaik bergraduasi dia berdepan cabaran untuk memulakan perniagaannya ekoran tiada tanah sendiri, modal yang terhad serta individu pertama dalam keluarga yang mencuba kerjaya pertanian. Bermodalkan RM20,000 wang simpanan hasil perniagaan burger di universiti dan PTPTN kemudian dia menyewa tanah di Chemor untuk membina kandang yang boleh memuatkan 25 kambing kampung. Dua tahun pertama memang sukar kerana saya masih kurang ilmu, saya mengalami kerugian kerana perniagaan kurang menjadi. Kini dia sebagai pemilik perusahaan U Kambing Enterprise itu mula aktif mengikuti setiap kursus berkaitan ternakan oleh JPV bagi memantapkan pengetahuan dan pengurusan perniagaan. Tumbesaran kambing kampung hanya sekitar 20 kilogram (kg) setahun dimana dia ambil keputusan menukar strategi perniagaan dengan menukar dan menggantikan ia dengan kambing baka Saanen dari Australia yang boleh mencecah 40kg setahun. Dia bermula dengan menjalankan jualan kambing golek di majlis keraian, kemudian menceburi peluang menjadi pembekal kepada pengusaha katering membuatkan prestasi perniagaan bertambah baik. Pihak JPV yang tampil menyalurkan geran RM15,000 menerusi program Agropreneur Muda pada 2018 yang membantu dirinya mengembangkan perniagaan. Daripada satu kandang yang hanya mampu memuatkan 25 kambing, Madzarul Yusuf kini memiliki tiga kandang yang berkapasiti sehingga 150 kambing ternakan dimana ini sekaligus telah menambah mendapatan syarikatnya dengan lebih berkesan. Apa pun cabaran paling besar dihadapinya adalah ketika pandemik Covid-19 dimana dia hampir-hampir mengambil keputusan menutup perniagaan akibat operasi perniagaan yang terganggu berikutan perintah kawalan pergerakan. LPP juga pernah menyalurkan geran bernilai RM85,500 menerusi program Change Upgrade Product dan RM60,000 lagi menerusi program Rise-Up yang dimanfaatkan untuk membeli peralatan serta mesin pemprosesan. Peluang itu digunakan sebaiknya untuk melakukan inovasi dan menghasilkan produk sejuk beku iaitu kambing perap dan produk sedia dimakan iaitu daging minang atas jenama U Kambing. Kini dia berjaya menembusi pasaran tempatan dengan produk kambing perap yang kini dijual di beberapa pasar raya seluruh negara. Kejayaan demi kejayaan diraih usahawan muda ini telah pun membolehkan beliau memenangi Tempat Ketiga Calon Usahawan Penternak Terbaik Negeri Perak 2022 dan terpilih sebagai Lima Usahawan Maybank-Halal 2024 yang menerima Sijil Halal. Artikel ini ditulis dalam dua segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro Technology semua. Wasallam!!...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.