Support My Blog

Wednesday, January 29, 2025

MEMERANG - APA DIA? (Part 2)

HAIWAN MEMERANG (Beaver) merupakan sejenis haiwan Separa Akuatik jenis Karnivora (carnivore) atau pemangsa daripada keluarga Mustelidae. Haiwan ini ada di Malaysia dimana ia boleh di jumpai dan menjadi musuh utama kepada pemilik kolam ikan dimana sahaja. Tahukah anda bahawa memerang adalah sejenis mamalia karnivor atau maksud karnivor adalah 'haiwan pemakan daging'. Dilaporkan diseluruh dunia ada tujuh (7) genus memerang terdiri daripada Genus Amblonyx, Aonyx, Enhydra, Lontra, Lutra, Lutrogale dan juga Pteronura. Penulis blog sering menerima aduan dri kalangan penternak ikan air tawar semasa membuat tinjauan lawatan teknologi di beberapa kolam ternakan ikan semasa bertuga di Melaka dan Johor serta Pahang dahulu. Apa pun selalunya diantara makanan kegemaran memerang adalah ikan akan tetapi memerang juga boleh makan kerang, ketam, katak, mamalia kecil dan serangga. Selalunya habitat haiwan ini sering didapati di kawasan sekitaran yang ada sumber air tasek, kolam, paya, sungai dan ada juga dikawasan laut di setiap benua kecuali tiada di Australasia dan Antartika dengan selalunya akan memburu ikan sebagai makanan utama. Apa pun haiwan memerang atau dipanggil sebagai 'memberang' ianya adalah hasil penggandaan separa kata asal daripada 'berang-berang khususnya dari spesies seperti 'memerang Misai (Lutra sumatrana) atau jenis Memerang Eropah (Lutra vulgaris). Dari segi rujukkan dimana asal usul bagi nama memerang ianya lebih cenderung digunakan di Negeri Kedah (ada banyak sawah padi dan air). Pernah dilaporkan juga iaitu di Singapura ia yang terkenal taburan haiwan ini di taman-taman sekeliling kawasan bandar dan dalam zoo. Haiwan akuatik ini mempunyai badan berbentuk lonjong dan kurus serta berkaki pendek dan berkulit cantum membolehkan berenang dalam air dengan laju. Kelebihan haiwan ini adalah dimana ia mempunyai kebolehan menahan nafas dalam suatu tempoh lama semasa menyelam dalam air. Ciri khas haiwan memerang ini juga ia mempunyai kuku cakar tajam dan hampir semua spesies mempunyai ekor yang panjang dan kuat dan mampu menghidu mangsanya semasa memburu makanan. Ia bersarang di kawasan ada banyak sumber makanan dengan membina sarang daripada ranting kayu, dedaunan dan rumput. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang beberapa fakta mengenai haiwan memerang untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Ciri unik memerang adalah dimana Najis Memerang Memberi Informasi dan ini amat berharga terutana jenis memerang sungai yang akan melakukan scat dance atau tarian najis di mana ia akan lakukan iaitu menghentakkan kaki belakang dan ekornya. Ia kemudiannya meninggalkan sesuatu yang dipanggil spraints yang merupakan sejenis najis yang dikatakan mempunyai bau seperti violet oleh para penyelidik. Penulis blog tonton video tiktok dimana ramai penyelidik mengutip najis memerang yang boleh di tonton. Memerang mempunyai tempat yang diibaratkan seperti tandas kegunaan ramai. Apa pun selalunya ditempat ini memerang akan bertukar informasi menerusi isyarat kimia daripada najisnya. Mengenali haiwan dimana Bulu Memerang Laut Yang Lebat sebab ia bukan saja mempunyai bulu yang sangat lebat antara semua spesies memerang yang lain, ia juga mempunyai bulu yang paling lebat antara semua haiwan. Memerang mempunyai bulu sebanyak 2.6 juta bulu setiap inci persegi dimana ia adalah lebih lebat seribu kali lebih lebat daripada rambut manusia. Apa pun jenis bulu yang lebat itu diperlukan kerana haiwan memerang merupakan satu-satunya haiwan yang tidak mempunyai lapisan lemak yang boleh digunakan untuk dijadikan penebat. Memernag hanya bergantung kepada semua bulu yang dipunyai untuk memerangkap udara terhadap permukaan kulitnya dan bulunya yang lebat amat membantu untuk melakukannya. Barbs pada setiap helaian bulu akan menahan gelembung udara yang ditiup memerang ke dalam kulitnya semasa dandanan. Udara ini mempunyai kesan sampingan yang kadangkala tidak diingini, iaitu ia akan membuat memerang mudah terapung. Kadangkala seekor memerang mesti berpegang pada batu atau beberapa rumpai laut untuk kekal tenggelam semasa berenang. Perlu di ketahui jika haiwan Memerang Kuat Makan dimana ia mempunyai selera makan yang sangat tinggi, dan ia bukan ekslusif untuk memerang gergasi saja. Semua spesies memerang akan makan makanan 20 - 33% dari beratnya sendiri untuk setiap hari. Ia mengambil masa selama lima jam untuk mencari makanan setiap hari. Ia akan menyimpan mangsa dalam poket kulit yang longgar di bawah lengannya dan selalu akan menggunakan batu sebagai alatan untuk membuka kerang. Apa pun selera memerang yang besar ini telah membantu rumpai hutan dengan memakan landak laut. Tanpa memerang, populasi landak laut ini akan meningkat dan ia akan menghilangkan habitat rumpai.


Dalam beberapa rujukkan dinyatakan kalau haiwan memerang adalah ia 
Merupakan Haiwan Keystone Species

Maksud keystone species adalah merujuk kepada organisma yang membantu bagi mengekalkan sistem bersama-sama dalam sesebuah ekosistem tersebut. Dilaporkan dimana sekiranya haiwan memerang tidak dapat dilihat di sesebuah kawasan maka ia bermaksud kawasan itu sudah tercemar atau sudah ada berlakunya pemecahan atau gangguan pada habitat atau kehilangan mangsanya (atau makanannya) yang berlaku akibat kemusnahan sistem pada habitat. Akibat daripada isu kekurangan mangsa atau makanan memang ianya akan  menjejaskan populasi memerang kerana ia memerlukan kalori yang tinggi untuk terus hidup aktif. Memerang mungkin akan berhijrah kelunik ikan baru atau berpindah kelokasi lain bertujuan untuk mencari makanan sekiranya berlakukan kekurangan mangsa untuk diburu. Habitat tersebut perlu sentiasa berada di tahap rantaian makanan tertinggi akan menyebabkan bahan pencemar tertumpu di dalam badannya dan ia akan membawa kepada penyakit dan kematian jika memerang memakannya. Unik bagi masyarakat memerang kerana menjadi Tugas Berat Ibu Memerang sebab selalunya apabila anak memerang baru berumur sebulan apabila selalunya ia masih tidak boleh berenang walaupun ia dilahirkan di lautan. Bulunya yang bersih dan dilihat gebu akan menghangatkan anaknya dan akan memerangkap udara untuk membantu anaknya agar terapung. Saintis dapati jika ibu memerang akan mendandan anak memerang dan menghembuskan udara kepada bulunya yang bersih untuk membantunya terapung. Ibu memerang itu kemudiannya akan membalut anaknya dengan rumpai untuk dijadikan pemberat sementara ia pergi memburu. Apa pun ciri khas dimana kebanyakan ibu memerang akan menghabiskan masa selama 14 jam sehari untuk mencari makanan demi anak memerang yang mempunyai keperluan pemakanan yang sangat tinggi. Perksrs ini pada penulis blog semasa membuat tinjauan di Tasik Chini, Pahang melihat dimana  kebanyakan ibu memerang akan mati akibat penyakit ringan sebab ianya melakukan segalanya tanpa bantuan daripada bapa memerang. Ibu memerang menurut orang asli tempatan yang berada disekeliling tasek tersebut nyatakan dimana ibu memerang akan menjaga anaknya itu dari enam hingga lapan bulan sehinggalah anak memerang itu boleh hidup sendiri dan mempu mencari makannya sendiri dihabutatnya.


Salah satu keunikan dan fakta bagi haiwan memerang apabila ia akan Mengambil Alih Sarang Haiwan Lain jika perlu. Perkara ini kadang-kadang berlaku insiden dimana memerang akan duduk di sarang tikus muskrat yang ditinggalkan. Ada juga haiwan memerang yang akan terus tinggal di sarang tikus yang masih ada tikusnya. Ia juga akan mengambil alih sarang musang dan arnab di tebing sungai. Memerang mempunyai holt yang merupakan sarang bawah tanah untuknya sembunyi daripada bahaya, berteduh dan juga membesarkan anak memerang. Ia boleh dibuktikan dalam bentuk jejak, bau dan najis. Holt ini boleh ditemui di sepanjang tebing sungai atau ia terdapat di antara akar pokok, di bawah dahan, kayu atau batu. Ikut rajah sebelah akan dilihat dimana pintu masuk kesarang memerang melalui air sebagai perlindungan dan tempat tinggalnya adalah tanah kering yang bersih dengan perlindungan dari kayu sisekelilingnya (Sila lihat foto disebelah). Satu ciri yang pasti adalah memerang merupakan haiwan Perenang Yang Pantas dengan kadar kelajuan tujuh batu per jam (7km/jam). Kelajuan ini adalah tiga kali ganda lebih laju ia bergerak berbanding cara renangan oleh manusia. Memerang juga boleh menahan nafasnya selama 3-4 minit didalam air dengan menutup hidung dan telinganya untuk menghalang daripada berlaku kemasukan air. Organ ekornya yang kuat akan dapat membantunya untuk berenang dengan laju. Memerang sungai juga mempunyai selaput yang turut membantunya untuk berenang dengan lebih cepat. Paling orang suka dengan haiwan ini adalah dimana Memerang adalah Haiwan yang memang Suka Bermain dimana dilihat pada setiap kali melalui kawasan berbatu atau berkayu maka ia bukanlah bertujuan untuk meningkatkan kelincahan bergerak dan menunjukkan kemahiran memburunya ataupun untuk ia cuba mengeluarkan isi daripada kerang yang di kutip. Sebenarnya haiwan memerang ini sedang bermain. Para saintis juga ada mendapati bahawa memerang suka bermain apabila ia bosan ataupun sedang lapar. Sama seperti manusia dimana apabila sudah kenyang perut maka ia akan kurang bermain atau juga sekiranya ia kekurangan makanan atau kurang sumber makanan di habitatnya. Hebat haiwan memerang ini jika semua membacanya sehingga benar-benar dapat memehaminya. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
HAIWAN MEMERANG...MEMAKAN IKAN...
KAWASAN BERAIR.. ITU HABITATNYA...
PANDAI MEMBURU...LICIK GERAKNYA...
HAIWAN LIAR... KARNIVOR CIRINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(8 Rejab 1446H).
Happy Chinese New Year 2025!!!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...