POKOK BUNGA RAYA (Hibiscus rosa sinensis) merupakan Bunga Kebangsaan Malaysia yang banyak ditanam sebagai tanaman hiasan dihalaman rumah, ditepi jalan, di kompleks pejabat, di taman bunga dan banyak premis lain. Pada penulis blog yang telah pernah menanam beberapa spesis bunga raya mendapati diantara bunga raya yang popular adalah yang berwarna merah, merah jambu, putih atau jingga ia memang cantik apabila mekar terutama jika ada banyak kombinasi warna. Pokok bunga raya merupakan bunga yang mudah ditanam dengan keratan batang sama ada ditanam diatas tanah atau pun didalam pasu yang bersaiz agak besar. Pokok bunga raya yang dijaga baik dan subur akan boleh tumbuh agak tinggi (2-3m) dan amat tahan lasak dalam banyak keadaan dan kurang diserang perosak dan penyakit. Daunnya yang berwarna hijau dengan banyak dahan membolehkan pokok bunga raya amat digemari ramai untuk sessi berfoto ditaman-taman. Bunga raya dimana bagi pokok spesies ini selalu ia muncul tunggal di ketiak daun dari tangkai yang pendek atau sederhana panjang pada musim panas dan musim luruh. Bentuk kuntumnya setangkup, setiap kuntum ini beranggi lima yang selalunya berwarna merah dengan garis pusat 10 - 20 cm dan ia ada cepu debunga merah berhujung jingga. Banyak kultivar dan kacukan pokok berbunga pelbagai warna seperti merah, putih, merah jambu, jingga, kuning, kuning merah, biru dan ungu. Beberapa pokok pula berbunga ganda (atau 'bunga susun'. Pada dasarnya dimana disetiap kuntum bunga ada salut bunga yang berwarna hijau. Hujung tajam salutnya dipanggil kelopak. Apabila bunga raya mula kembang, ranggi bunganya akan mula tumbuh. Apa pun penuli blog tahu dimana disetiap bunga raya mempunyai dua-dua bahagian jantan dan bahagian betina. Ovari dan bahagian betina lain bunga ini terletak pada struktur teras bunga: putiknya yang panjang dan bak salur. Lima titik 'berbulu' pada puncak putik membentuk stigma, tempat di mana debunga dikumpul. Di tengah putiknya ada benang sari, iaitu salur di mana debunga bergerak turun ke ovari. Ovarinya terletak di dasar bunga, dan setiap bunga raya ada hanya satu ovari yang besar. Bahagian jantan bunga iaitu sulur bunga terdiri daripada filamen dan cepu bak batang. Setiap filamen berhujung dengan cepu debunga yang mengeluarkan debunga. Apa pun terkini dengan teknologi biakbaka yang baru terdapat banyak kombinasi warna bunga raya yang dilihat dalam sekuntum bunga menjadikan nilai pokok bunga raya meningat tinggi dipasaran. Peminat tanaman bunga raya boleh mendapatkan sumber benih daripada rumah teman atau beli sahaja di nurseri yang mempunyai banyak pilihan. Amat cantik juga dicampurkan bersama beberapa jenis bunga lain dimana ia akan menceriakan halaman rumah. Artikel pada pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang tentang beberapa fakta menarik bunga raya untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.
Penting semua tahu bila sebut sahaja Bunga Raya pasti dapat mengaitkannya sebagai Bunga Kebangsaan negara kita Malaysia.
Bunga ini turut dikenali dengan nama bunga sepatu, kembang sepatu, kembang uribang dan kembang warawiri. Bunga ini ialah spesies tumbuhan akan berbunga tropika genus Hibiscus dalam suku Hibisceae keluarga Malvaceae. Tahukan pembaca blog anim agro technilogy bagaimanakah bunga ini bole terpilih sebagai Bunga Kebangsaan bagi Malaysia?. Sebenarnya ia telah di istiharkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj pada 28 JUlai 1960. Bunga ini ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika dimana dilihat saiz bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau. Ada banyak jenis kultivar, varieti dan kacukan telah dihasilkan dengan warna bunga yang pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata, dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda. Bunga ini digunakan bagi mengilat kasut di sebahagian India. Sejarah bermula apabila pada akhir tahun 1958 dimana Kementerian Pertanian telah diminta agar mengemukakan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan iaitu terdiri dari Bunga raya, Bunga Kenanga, Bunga Melur, Bunga Cempaka, Bunga Teratai, Bunga Mawar dan juga Bunga Tanjung. Proses untuk memilih bunga mana yang diangkat sebagai Bunga Kebangsaan, satu kajian telah dijalankan oleh Jabatan Penerangan untuk mendapatkan reaksi orang ramai dimana akhirnya hasil kajian tersebut mendapati bahawa penduduk Pantai Timur memilih bunga mawar manakala penduduk Pantai Barat memilih bunga melur. Sebagai kriteria pemilihan akhirnya kerajaan membuat keputusan untuk memilih bunga raya berdasarkan kriteria bunga raya yang sudah terkenal di seluruh negara, warna dan bentuk yang menarik, nama panggilan yang sama di seluruh negara, mudah didapati di seluruh negara, dan yang paling penting ia bukan menjadi Bunga Kebangsaan mana-mana negara lain di dunia ketika itu. Berdasarkan kriteria-kriteria tersebut, pada 28 Julai 1960, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengisytiharkan bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan. Sekarang ini pemilihan bunga ini sebagai Bunga Kebangsaan kelihatan begitu tepat kerana lima kelopak yang ada padanya melambangkan lima pecahan prinsip Rukun Negara dan bunga ini juga dilambangkan sebagai bunga perpaduan
.Bunga ini turut dikenali dengan nama bunga sepatu, kembang sepatu, kembang uribang dan kembang warawiri. Bunga ini ialah spesies tumbuhan akan berbunga tropika genus Hibiscus dalam suku Hibisceae keluarga Malvaceae. Tahukan pembaca blog anim agro technilogy bagaimanakah bunga ini bole terpilih sebagai Bunga Kebangsaan bagi Malaysia?. Sebenarnya ia telah di istiharkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj pada 28 JUlai 1960. Bunga ini ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika dimana dilihat saiz bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau. Ada banyak jenis kultivar, varieti dan kacukan telah dihasilkan dengan warna bunga yang pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata, dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda. Bunga ini digunakan bagi mengilat kasut di sebahagian India. Sejarah bermula apabila pada akhir tahun 1958 dimana Kementerian Pertanian telah diminta agar mengemukakan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan iaitu terdiri dari Bunga raya, Bunga Kenanga, Bunga Melur, Bunga Cempaka, Bunga Teratai, Bunga Mawar dan juga Bunga Tanjung. Proses untuk memilih bunga mana yang diangkat sebagai Bunga Kebangsaan, satu kajian telah dijalankan oleh Jabatan Penerangan untuk mendapatkan reaksi orang ramai dimana akhirnya hasil kajian tersebut mendapati bahawa penduduk Pantai Timur memilih bunga mawar manakala penduduk Pantai Barat memilih bunga melur. Sebagai kriteria pemilihan akhirnya kerajaan membuat keputusan untuk memilih bunga raya berdasarkan kriteria bunga raya yang sudah terkenal di seluruh negara, warna dan bentuk yang menarik, nama panggilan yang sama di seluruh negara, mudah didapati di seluruh negara, dan yang paling penting ia bukan menjadi Bunga Kebangsaan mana-mana negara lain di dunia ketika itu. Berdasarkan kriteria-kriteria tersebut, pada 28 Julai 1960, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengisytiharkan bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan. Sekarang ini pemilihan bunga ini sebagai Bunga Kebangsaan kelihatan begitu tepat kerana lima kelopak yang ada padanya melambangkan lima pecahan prinsip Rukun Negara dan bunga ini juga dilambangkan sebagai bunga perpaduan
Ada banya tulisan menyatakan jika 'Teh Bunga Raya Dapat Membantu Ubati Selesema, Sembuhkan Sakit Tekak & Batuk, Badan Menjadi Bertenaga' untuk fakta ini disembangkan. Apa pun dilaporkan dimana bunga raya yang pada kebiasaannya menjadi tanaman hiasan yang biasa dilihat di halaman rumah. Bunga yang berasal dari Afrika Utara dan Asia Tenggara ini bukan sahaja cantik dipandang malah boleh dijadikan teh. Khasiat bunga raya yang dijadikan teh sememangnya menjadi salah satu bentuk olahan yang popular. Teh yang diperbuat daripada kelopak kering bunga raya ini berwarna merah tua. Teh ini mempunyai ciri rasa masam manis yang juga boleh diminum panas atau sejuk. Sebenarnya bunga raya telah digunakan sebagai tumbuhan herba yang telah wujud sejak ratusan tahun dahulu. Di negara-negara Afrika, ramuan bunga raya ini sering digunakan untuk menurunkan suhu badan semasa demam, merawat penyakit jantung, dan melegakan sakit tekak. Cara membuat teh bunga raya sebenarnya sangat mudah. Bahan yang perlu anda sediakanterdiri dari 4 cawan air, 3 sudu bunga raya kembang (kering) atau 5 bunga raya kembang yang segar, 7 cm kayu manis dan juga 2 sudu madu makan 1 biji oren (ambil airnya). Cara membuatnya dimana setelah semua bahan siap perlu kemudian rebus air hingga mendidih. Masukkan bunga raya kembang dan kayu manis dan rebus hingga bunga raya kembang layu hingga air berubah warna. Kemudian dikeluarkan dan tapis ke dalam gelas. Masukkan madu dan jus lemon. Nikmati semasa panas. Selain dapat menurunkan tekanan darah, manfaat lain dari teh bunga raya adalah sebagai ubat selesema semula jadi, meningkatkan tenaga dalam badan, menyembuhkan sakit tekak dan batuk, mengatasi keguguran rambut dan mengatasi kelebihan kolesterol dalam badan. Ia didakwa bermanfaat dan jangan lupa membuat teh bunga raya di rumah. Apa pun menjaga kesihatan tubuh dengan menggunakan bahan semula jadi yang ada di sekitar dimana sekiranya dengan cara yang mudah dan murah anda dapat mendapatkan tubuh yang sihat, mengapa anda harus mencari cara yang sukar dan mahal untuk menjadi sihat. Kalau diamalkan harian ia dapat menjaga kesihatan kerana ia adalah anugerah yang tidak ternilai.
Fakta dalam sharian.com laporkan 'Khasiat daun bunga raya untuk rambut' sesuai dikongsikan. Tahukan pembaca blog ini semua jika daun bunga raya yang menjadi bunga kebangsaan negara kita dikatakan mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Selain untuk kesihatan, ia juga mampu memberi kecantikan buat rambut anda termasuk menghilangkan kelemumur, membuatkan rambut berkilat dan menyejukkan kulit kepala. Caranya memang mudah sahaja iaitu dengan mengambil beberapa helai daun bunga raya dan kemudian dimasukkannya ke dalam bekas bersama air. Ramas sehingga daun mengeluarkan lendir. Kemudian sapu lendir tersebut pada bahagian kepala dan seluruh rambut. Apa pun sebaiknya lakukan sebelum anda tidur malam dan pada esok paginya hanya perlu dicuci dan bilas rambut sehingga bersih. Apa pun perlu di rasakan sendiri kesegarannya dimana amalan ini sebaiknya ia dilakukan secara konsisten untuk mendapatkan kesan yang maksimum. Sebenarnya ia adalah amalan tradisional sejak zaman duu di kawasan kampong sebelum adanya banyak produk Shampoo Moden di pasaran yang mana pengaruh ikan di media sangat mempengaruhi ramai pengguna. Apa pun amalan ini perlukan sedikit pengorbanan sebab ia perlu kesabaran, bahan yang segar dan aga kurang selesa semasa malam hari berbanding dengan shamppo moden. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
WARNA MERAH....MUDAH DIDAPATKAN...
BANYAK DI TANAM...DI TAMAN-TAMAN...
ADA KHASIAT... PERLU DI FAHAMKAN...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(4 Rejab 1446H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.