Sembang bagaimana potensi 'Bunga Raya jadi tema setem ASEAN' dimana dilaporkan Ketua Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia Berhad iaitu Diyana Lean tunjukkan siri setem menampilkan Bunga Raya bagi ulangtahun ke 50 ASEAN. Bagi kalangan pengumpul setem boleh mendapatkan siri koleksi setem khas "Ulang Tahun ke-50 ASEAN pada Ogos 2024. Ia adalah siri setem Bunga Raya hanya didatangkan dalam satu setem sahaja bernilai 60 sen. Ada sebanyak 125,000 keping sahaja dijual, sehubungan itu pengumpul setem dan orang ramai digalakkan untuk mendapatkan setem 60 sen ini kerana kuantitinya sangat terhad. Setem ini menampilkan spesies rama-rama tempatan serta lebah yang hinggap dan memakan madu pada bunga raya itu dimana ia turut juga ada menampilkan logo ASEAN Post yang dipilih oleh majoriti negara ASEAN hasil daripada peraduan merekabentuk logo yang dimenangi Vietnam Post. Keluaran setem kali ini akan menjadi permulaan bagi setem ASEAN Post dan pada setiap dua tahun, negara ahli akan mengeluarkan setem dengan tema berbeza, selain menampilkan nilai pengeposan standard. Set lengkap produk filateli seperti sampul surat hari pertama, helaian mini, folder dan risalah percuma boleh didapati pada harga RM29.25 setiap satu. Pos Malaysia pernah dilaporkan ia menghasilkan beberapa siri setem yang bertemakan ASEAN seperti Keluaran Setem Bersama Komuniti ASEAN (2015), Pengerusi ASEAN 2015 Malaysia (2015) dan Ulang Tahun ke-15 Dialog Perhubungan ASEAN-China (2006). Apa pun sementara itu dengan bayaran deposit RM50, pengumpul setem boleh membuka Akaun Deposit Pesanan Tetap (SODA) untuk memudahkan urusan pembelian siri setem terkini.
Di Malaysia dilaporkan sudah ada produk 'Bunga raya atasi masalah rambut' diman produk syampu daun bunga raya sudah di keluarkan oleh syarikat Janji Jitu. Apa pun dilaporkan pokok bunga raya bukan sekadar tumbuhan mekar sebagai penghias di halaman rumah atau taman, sebaliknya boleh dijadikan ramuan mengatasi pelbagai masalah berkaitan rambut. Dalam perubatan Ayurvedic menggunakan kelopak bunga raya untuk merangsang pertumbuhan rambut dan mencegah masalah uban pramatang. Selain itu, ia membantu menangani masalah keguguran rambut dan lendir dalam bunga itu membantu mengatasi masalah kegatalan kulit kepala dan melembapkan rambut. Bagi wanita Cina dan India, mereka merebus bunga, daun dan pokok bunga raya, kemudian mencampurkannya dengan minyak herba sebelum melumurkan pada rambut untuk melebatkan rambut. Wanita di bandar besar termasuk New York juga menyedari khasiat tumbuhan itu sebagai sebahagian daripada rejim kecantikan mereka, secara dalaman dan luaran. Ini kerana selain disapu pada kulit untuk tujuan kecantikan, bunga raya juga boleh dicampur dengan teh bagi menyalurkan kebaikannya untuk mendapatkan tubuh yang sihat. Bagi pengarah Syarikat Janji Jitu Sdn Bhd yang pengeluar syampu jenama Inora dari ekstrak bunga raya, Norasmah Abd Ghani, berkata penggunaan daun bunga raya mampu memberi banyak faedah untuk penjagaan kulit kepala dan rambut. Dilaporkan pada zaman dulu esktrak daun bunga raya juga pernah digunakan sebagai bahan pencelup hitam untuk rambut, selain untuk menghasilkan minyak wangi dan salap menyegarkan kulit kepala. Ekstrak daun bunga raya pula boleh membantu mengurangkan masalah kekeringan kulit kepala, keguguran rambut, kelemumur dan rambut beruban. Ia juga mampu meningkatkan fleksibiliti dan keanjalan kulit kepala dengan cara membekalkan kelembapan diperlukan sepanjang masa. Daun bunga raya, umpamanya mempunyai sifat astringen semula jadi, antiradang dan mampu memerangkap radikal bebas dan sifat perencatan enzim. Kandungan lendir yang tinggi pada daun ini dilihat ia meningkatkan pengekalan kandungan kelembapan kulit sekali gus menjadikan daun ini berguna untuk melawan masalah kekeringan kulit kepala. Sifat astringen semula jadi itu juga membantu melembap dan merawat keadaan radang kulit dengan menyelesaikan masalah rambut kering. Masalah kegatalan rambut dan keguguran biasanya berlaku pada wanita terutama bertudung kerana rambut tidak mendapat pengudaraan yang baik dalam tempoh lama. Keadaan cuaca panas membuatkan ramai wanita tidak tahan berhadapan dengan situasi itu sehingga memberi kesan pada masalah kulit kepala. Ramai menganggap mencuci rambut sudah mencukupi mengatasi masalah kegatalan, tetapi sebenarnya ia hanya mencuci di permukaan kulit saja. Maka tidak hairan lama-kelamaan kulit kepala menjadi bermasalah. Justeru, pokok bunga raya mempunyai 1,000 macam khasiat yang dapat membantu masalah terbabit.
Sembang bagaimana 'Pernah Dengar Teh Bunga Raya dan beberapa Manfaat Yang Perlu Tahu' menarik dikongsikan dengan pembaca blog semua. Kalau pembaca bukanlah seorang rakyat Malaysia yang sejati atau tulen jika tidak mengenali bunga yang satu ini iaitu bunga raya. Ini kerana bunga raya adalah bunga kebangsaan negara Malaysia dan ia adalah perlambangan atau simbolik kepada 5 Rukun Negara. Pokok bunga raya biasa ditanam di halaman hadapan rumah sebagai tanaman penyeri dan mungkin sedikit yang mengetahui khasiat bunga raya ini. Ramai yang tidak percaya bahawa pokok bunga raya ini juga mempunyai khasiat sepertimana pokok-pokok herba terkenal yang lain. Ingin tahu dengan lebih lanjut berkenaan teh bunga raya dan jangan malu dan segan untuk teruskan pembacaan artikel ini. Dilaporkan dimana bahagian pokok bunga raya yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan di seluruh dunia. Antaranya ialah Bahagian DAUN dimana daun muda pokok bunga ini kadangkala digunakan sebagai bahan pengganti kepada sayur bayam dan ia bertindak sebagai sumber kecemasan bagi menggantikan sayur-sayuran hijau. Bahagian BUNGA pula dimana bunganya boleh dijadikan sebagai jeruk atau digunakan sebagai pewarna makanan yang selamat. Ia juga boleh dikeringkan dan dijadikan sebagai teh. Akhir sekali adalah Bahagian AKAR dimana akar pokok ini boleh dimakan. Walau bagaimanapun akar ini adalah ia juga sangat berserabut dan tidak mempunyai banyak rasa. Merujuk kepada artikel lain di nyatakan dimana 'Potensi kurangkan tekanan darah' dari bunga raya dimana jasil laporan kajian yang diterbitkan pada tahun 2011 dalam Natural Medicine Journal menyatakan bahawa yang minuman teh bunga raya dan ekstrak pokok bunga ini berpotensi mengurangkan tekanan darah dan tahap kolesterol. Walaupun lebih banyak kajian diperlukan bagi menyokong teori ini, ini merupakan satu berita kecil yang amat menjanjikan. Dilaporkan orang-orang Mesir purba telah menggunakan teh bunga raya ini bagi menurunkan suhu badan dan meningkatkan pengeluaran air kencing. Di Afrika pula, ia digunakan untuk merawat sembelit, penyakit hati dan simptom selesema. Pulpa daunnya pula digunakan untuk merawat luka. Ia juga berpptensi dalam cara mengurangkan berat badan iaitu di kombinasikan dengan corak pemakanan anda sepanjang hari seperti masa sarapan, tengah hari dan makan malam. Amalkan makan snek di antara waktu makan, makan bila lapar dan elakkan sering terlupa makan. APa pun bunga raya mempunyai potensi yang menjanjikan dalam membantu mengurangkan berat badan selain mempunyai ciri anti kanser. Kajian terbaharu didakwa iaitu ekstrak pokok bunga raya ini mungkin mempunyai kesan terhadap metabolisme yang boleh mengelakkan obesiti dan pengumpulan lemak dalam hati. Walau pun masih tiada lagi kajian yang menyeluruh mengenai teori ini, ada sesetengah kajian seperti yang diterbitkan dalam jurnal Toxicology and Appied Pharmacology menyatakan, anthocyanin yang terdapat dalam bunga ini merupakan kunci kepada ciri anti kanser yang dimilikinya. Bunga raya dikaitkan dengan cara penggunaannya dalam perubatan tradisional dan telah lama digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional orang-orang Cina dan Ayurveda. Akarnya digunakan untuk membuat campuran herba sebagai remedi keguguran rambut, batuk yang berpanjangan dan untuk menghilangkan kutu rambut. Apa pun pokok bunga dengan bunga yang kemerahan ini bukan hanya popular di Malaysia, malah ia turut popular dalam budaya masyarakat di bahagian lain dunia. Ia amat dihargai dalam perubatan tradisional Cina, sebab itulah bunga ini kadangkala disebut sebagai ‘Chinese hibiscus’ atau ‘China rose’. Pembaca blog anim agro technology ini boleh mencuba dengan mengeringkan kelopak bunga ini dan menjadikannya sebagai bahan utama teh bunga raya. Teh bunga raya adalah produk yang didengar macam sedap untuk di minum. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
WARNA MERAH....MUDAH DIDAPATKAN...
BANYAK DI TANAM...DI TAMAN-TAMAN...
ADA KHASIAT... PERLU DI FAHAMKAN...
By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(4 Rejab 1446H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.