RUMPUT MUTIARA (Hedyotis corymbosa Lamk) merupakan sejenis rumput liar daripada keluarga Rubiaceae yang mudah kita jumpa dimana-mana. Rumput mutiara ini juga mempunyai persamaan dengan nama Oldenlandia corymbosa. Saya cuba mengaitkan ciri-ciri rumput ini dengan perkataan 'mutiara' atau dalam bahasa Inggeris dipanggil sebagai 'Pearl Grass' dimana ia mungkin dari segi bentuk daunnya yang mempunyai bentuk seperti mutiara? Adakah bunganya yang mempunyai bentuk mutiara? atau mungkin bijinya yang ada bentuk mutiara?. Apabila membaca beberapa laman web mengenai rumput ini terdapat banyak percanggahan pemahaman mengenai rumput mutiara ini. Saya lihat ada yang kata ia adalah rumput laman seperti jenis rumput kerbau (Axonopus compresus) sahaja. Bagaimana pun secara saintifik saya percaya yang rumput mutiara ini adalah jenis rumput yang dipanggil sebagai rumput siku-siku, rumput daun mutiara, rumput katepan, rumput urek-urek polo, rumput pengka, rumput lidah ular dan rumput bunga telor belungkas. Apa yang kita hendak kenal subuh ini adalah mengenai pencirian dan kegunaan rumput mutiara yang memang terdapat dinegara kita beriklim tropika dengan cuaca panas lembab. Aertikel subuh ini kita kenal melalui "Anim Agro Technology" sedikit maklumat mengenai rumput mutiara.
Rumput ini mempunyai ciri tumbuh menegak atau condong dengan ketinggian sekitar 15 - 50 cm. Ia amat suka tumbuh dikawasan yang agak lembab dengan sinaran matahari yang mencukupi. Kita mudah menjumpai rumput ini ditepi jalan, ditepi pagar sekolah/pejabat, dikawasan padang dan banyak lokasi lagi. Tumbuhan ini memang mempunyai banyak cabang dengan tumbuh merimbun dikawasan tanah subur (Lihat foto sebelah). Ia lazimnya tumbuh bersendirian dengan batang sedikit dikawasan tanah kurang subur atau agak kering sedikit. Bentuk batangnya adalah bersegi dengan ruas agak pendek dan berwarna hijau kecoklatan sehingga kelabu. Daunnya bersaiz kecil sekitar 2-5 cm panjang berwarna hijau pucat dan mempunyai susunan bersilang. Jika diteliti, daun meruncing dihujung dengan adanya sehelai rambut yang pendek dihujungnya. Dibahagian sepanjang tepi daun juga terdapat seakan sisik-sisik kecil dan tangkai daun adalah pendek.
Khasiat rumput mutiara memang telah banyak dibuat pemerhatian terutama jika kita sempat membaca artikel versi Indonesia. Bahan yang terkandung didalam rumput ini adalah seperti asid ursolate, asid uleanolate, flavanoate dan indoade. Bahan kimia ini didapati membantu didalam menghalang perkembangan sel-sel kanser. Bahan ini juga menjadi bahan antihepatoksik yang membantu hati daripada rosak. Laporan juga mengaitkan bahawa ekstrak daripada rumput mutiara merupakan bahan antioksidan yang berkesan. Antioksidan semulajadi ini adalah lebih baik daripada bahan antioksidan sintetik yang ada dipasaran. Ia membantu didalam sistem pembiakan manusia. Beberapa produk daripada rumput mutiara ada dijual dipasaran dalam bentuk serbuk dan kapsul dengan pakej pembungkusan yang menarik (Lihat foto sebelah). Walau pun di Malaysia masih kurang produk berasaskan rumput mutiara, mungkan akan ramai usahawan muda menceburi bidang ini pada masa akan datang.
Saya juga sempat merujuk kepada beberapa blog lain yang menyatakan khasiat rumput mutiara dari segi kesihatan manusia. Katanya produk rumput mutiara mendakwa ia dapat membantu didalam mengatasi masaalah bronchitis, pneumonia, radang tekak, hepatitis, membaiki fungsi hati dan banyak lagi. Ia juga membantu membaiki pengaliran darah dalam badan dan menbuang toksin dengan berkesan. Kebanyakan dijual dalam kapsul yang dimakan setiap hari mengikut dos yang dibenarkan. Kini rumptu mutiara mula digunakan sebagai bahan asas untuk kosmetik dan industri kecantikkan. Beberapa produk yang berasaskan rumput mutiara seperti sabun mandi, krim muka dan shampoo rambut telah dijual dipasaran (Lihat foto disebelah). Kemungkinan akan banyak lagi produk berasaskan rumput ini dihasilkan oleh pengusaha tempatan. Isunya adalah nanti usahawan atau petani yang khusus menanam rumput mutiara secara komersil untuk tujuak ini. Masa akan menentukan. Wasallam!.
RUMPUT MUTIARA... UNIK DAUNNYA...
TUMBUH LIAR... ADA DIMANA-MANA...
BANYAK KHASIAT... KENA MENCUBANYA...
KAJIAN LANJUTAN...SIAPA LAKSANA?...
By,
M Anem
Senior Agronomist,
Taman Cendana
Jalan Istana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia
(1 RabiulAkhir 1434H)

Kemaskini artikel pada:
11 Rabiulakhir 1447H.