Pucuk daun labu selain membelinya di pasar malam, pasar biasa, kedai runcit atau di pasaraya atau secara on-line sebenarnya ia mudah di tanam sendiri. Cara untuk menanam labu diman ia perlu meyediakan tanah gembur bercampur kompos, semai biji benih (boleh pra-tumbuh) atau menanam di tapak semaian atau polibeg dan ia juga perlukan air siraman yang kerap, beri baja NPK dan bantu pendebungaan secara manual selepas bunganya mekar di petang hari untuk menghasilkan buah dan pucuk daun yang lebat. Pokok labu bergantung kepada varieti akan menjalar atau menaiki sokongan ke atas atau tepi untuk penjimatan ruang. Sediakan lokasi penanaman pokok labu sama ada didalam pasu atau pilibeg atau di atas batas tanaman. Kalau menanam dalam bekas pastikan media tanaman terbaik di gunakan seperti tanah campuran dan sebagainya. Benih labu manis di beli dan direndah dulu dan kemudian ia disemai ndam biji labu selama 2 hari di tempat gelap hingga bercambah. Alih anakbeni kedalam polibeg atau terus di tanam di lokasi terpilih secara hati-hati dan pastikan tunas mengarah ke bawah. Cara tana terus ke batas tanaman juga sesuai di lakukan dengan meletakkan 2 - 3 bijibenih labu dalam satu lubang penanaman (hanya di pilih satu pokok sahaja kemudian). Perlu juga disediakan sturuktur sokongan untuk pokok labu menjalar dan di siran seja awal menanam. Perlu d bubuh baja organi, baja asas dan juga baja untuk tumbesaran iaitu NPK16:16:16 setiap 1-3 hari atau seminggu sekali selepas menanam dan bila mula berbunga perlu di bantu proses pendebungaan. Caranya dengan mengambil bunga jantan dan disapukan kepada bunga yang sedang mekar dimana buah akan di tuai selepas 3 bulan di tanam. Kutipan pucuk muda daun labu boleh di lakukan sepanjang proses pertumbuhan sebagai salah satu kaedah cantasan terpilih pokok labu. Memetik pucuk labu secara komersil akan tinggi hasilnya jika di bubuh banyak baja organik, baja tinggi N serta membuang bunga agar pokok tidak berbuah. Ada juga petani yang khusus menanam labu mani bagi tujua hanya untuk pengeuara pucuknya sahaja tetapi ia memerlukan varieti yang teat, cara amalan agronomi vegetatif dan juga pasaran yang stabil.
Kalangan pemakan sayuran seperti ucuk labu dan seupamanya tentu tahu jika pucuk labu ini banyak sangat khasiatnya terutama kepada pasangan suami isteri yang inginkan cahaya mata. Beberapa testiomi mendakwa jika kehebata pucuk labu ini ia dapat menambah kesuburan bagi pasangan yang susah untuk mendapatkan anak sebab ada kes dimana memakan daun labu mempunyai khasiat untuk kesuburan bagi mereka yang berusaha untuk hamil. Ia dikaitkan dengan kemampuannya untuk meningkatkan sel hemoglobin dalam darah serta dapat menjaga tulang dan meningkatkan sistem kekuatan tubuh dalam usaha untuk melawan penyakit. Dalam beberapa rujukan berdasarkan petua dari orang dulu-dulu digalakkan untuk makanselalu sayur pucuk labu dimana ia memang elok dimakan dan diamalkan kalau hendak dapat anak iaitu tidak kira lelaki mahupun perempuan apa salahnya mencuba sebagai salah satu usaha salah satu kaedah rawatan kesuburan. Dalam pada itu khasiat pucuk labu dengan kandungan zat besi yang tinggi adalah ia sangat bagus untuk merawat masalah kemandulan. Puduk labu juga didakwa ia mengandungi vitamin C untuk khasiat awet muda dan juga sangat bagus untuk merawat kencing manis dan penyakit kronik yang lain. Ada petua dimana cara sesuai untuk membersihkan pucuk labu untuk dimasak adalah dengan menggosokkan batang labu dengan kedua tapak tangan sehingga hilang bulu bulu halus yang terdapat melekat pada batangnya. Seterusnya sayur pucuk labu memang ia kaya dengan pelbagai nutrisi penting termasuk Vitamin A, Vitamin C yang mana ia baik untuk kesihatan kulit dan meningkatkan sistem imuniti badan. Zat Besi (Fe) didalamnya juga hasil beberapa kajian menunjukkan pengambilan rebusan daun pucuk labu boleh membantu meningkatkan tahap hemoglobin bagi ibu hamil yang mengalami anemia. Ia juga secara tradisional di sahkan memang dipercayai bermanfaat untuk kesuburan pemakannya. Daun labu juga ada finggi sebagai Anti-radang serta fungsi Antibakteria dimana ciri ini akan dapat membantu meredakan radang dan melawan bakteria jahat. Kandungan zat vitamin A, C, K, B kompleks (folate, niasin) serta zat mineral yang banyak seperti Zat Besi, Kalium, Kalsium, Magnesium memang sangat bagus dimakan. Ada juga bahan antioksidan seperti Beta-karoten, flavonoid dan lutein dalam pucuk labu.
Tinjauan mengenai harga sayur pucuk labu ni berbeza yang, bergantung pada lokasi dan kualiti akan tetapi secara purata di Malaysia harga biasa adalah sekitar RM4.50 - RM9.00 seikat atau beratnya sekitar 250g satu ikat. Ia boleh dibeli di pasar raya atau pasar tani dan kadang-kadang agak mahal jika pucuk lagu tersebut datangnya segar dari kawasan seperti Cameron Highlands sebab kos pengangkutan. Beberapa faktor yang mempengaruhi harga pucuk labu antaranya adalah kesegaran, kuantiti, kualiti. lokasi jualan dan juga cara pembungkusan. Bagi penulis blog paling suka makan sayur pucuk labu masak lemak dimana Resepi Masakan Pucuk Labu MAsak lemak memang ia mudah disediakan dan enak dimakan tenghari. Bagi menyediakan kuliner ini perlu disediakan bahan seperti 3 ikat pucuk labu dimana boleh ambil daun dan batang yang lembut sahaja, 1 biji kelapa untuk diambil santan, 1 tangkai cili merah yang di hiris, garam, 2 ekor ikan kembung yang perlu di rebus dan 4 biji bawang merah. Cara memasaknya adalah dengan mengasing bahagian daun dan batang pucuk labu. Perlu juga membuang kulit luar pada batangnya. Daun labu kemudian digentel dengan kedua tapak tangan supaya bulu-bulu halusnya akan gugur dan daunnya akan menjadi lembut. Ada juga yang akan meramas ramas daun labu tersebut dengan tangan sahaja untuk membuang bulu halus dan ia akan juga melembutkannya. Kemudian ditumbuk bawang merah sehingga lumat. Seterusnya dimasukkan isi ikan rebus dan ditumbuk lagi sehingga bergaul rata. Masukkan santan kelapa dan bahan tumbuk dalam periuk dan dikacau rata. Seterusnya di nyalakan api dan kacau adunan santan ini sehingga mendidih barulah beolh di masukkan batang labu dan kacau. Kemudian baru dimasukkan daun pucuk labu kedalam periok dan dimasak sehingga batang dan pucuk labu lembut. Akhir sekali baru di masukkan cili merah dan garam secukupnya yang disesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api dan sedia untuk dihidangkan. Penulis blog pernah juga ujirasa Resepi Sayur Pucuk Labu Goreng Belacan yang mana ia sesuai untuk hidangan yang lebih ringkas dan pedas. Bahan-bahan disediakan adalah beberapa ikat pucuk labu, bawang merah, bawang putih, belacan dan cili padi. Mudah cara masaknya iaitu di tumis bahan tumbuk (bawang, cili, belacan) sehingga wangi. Kemudian dimasukkan batang labu terlebih dahulu kerana ia lebih kera dan kemudian masukkan daunnya. Perasakan sayur ini dengan garam atau gula serta dikacau rata sehingga masak dan matikan api serta diangkat untuk di hidangkan serta enak di makan dengan nasi putih. Dikampong dulu Resepi Pucuk Labu Tumis Air adalah kaedah masakan paling sering dibuat. Ia adalah pilihan yang lebih sihat tanpa menggunakan santan atau minyak yang banyak. Bahan yang perlu cuma pucuk labu, bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan cili merah. Masaknya senang iaitu ditumis bawang dan ikan bilis sehingga naik bau. Masukkan air secukupnya untuk kuah dan biarkan mendidih. Kemudian dimasukkan pucuk labu dan perasakan mengikut selera. Boleh juga ditambah bahan lain seperti suhun atau tauhu. Apa pun petua lain dimana sentiasa pilih pucuk yang muda kerana bahagian yang tua akan terasa keras dan berserat walaupun sudah dimasak lama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pebaca blog ani agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BOLEH DI PETIK... PUCUK DAUN MUDA...
OA BERKHASIAT... ADA DITULIS JUGA...
MASAK LEMAK PUTIH... ENAK RASANYA...
By,
M Anem
Senior Agronomist Expert,
Taman Cendana,
Bandaraya Melaka Bersejarah,
Melaka,
Malaysia.
(25 Rejab 1447H).





No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.