Support My Blog

Friday, January 9, 2026

KULIT HAIWAN DAN FAKTA PENTING (Pt 1)

KULIT HAIWAN
(Animal Skin) adalah ia merujuk kepada kulit atau epidermis haiwan yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, termasuk pengeluaran barangan kulit, pakaian dan barangan hiasan serta ada yang dijadikan makanan. Bahan ini telah digunakan oleh manusia selama beribu-ribu tahun dimana ia juga mencerminkan amalan memburu dan membuat kerajinan yang sebati dalam pelbagai budaya. Kualiti dan ciri-ciri kulit haiwan boleh berbeza-beza bergantung pada spesies haiwan tersebut, umur haiwan dan proses rawatan apa yang  terlibat sehingga mendapat kulit. Apa pun kulit haiwan (animal skin) yang diperoleh daripada kulit haiwan yang perlu disamak juga ia dinilai kerana ciri ketahanan dan kepelbagaiannya dan kuit ini akhirnya akan digunakan dalam segala jenis kegunaan bergantung kepada tujuan iaitu produk daripada kasut dan beg kepada upholsteri dan aplikasi industri. Walau bagaimanapun dilaporkan dimana selalunya penggunaan kulit haiwan ada kala ia akan menimbulkan pertimbangan etika dalam masyarakat terutamanya mengenai hak dan kemampanan haiwan sebagai hidupann dimana ada isu yang mendorong orang ramai untuk mempersoalkan kesan amalan tersebut terhadap terutama jenis hidupan liar dan kelestarian dalam alam sekitar. Akibatnya ada isu walau pun memang terdapat minat yang semakin meningkat dalam alternatif kepada kulit haiwan maka saintis dan industri kulit telah mencipta apa yang produknya menyamai kuit asli iaitu Kulit Tiruan (artificial leather) iaitu kulit sintetik atau bahan berasaskan tumbuhan. Produk kulit sintetik ini adalah ia bertujuan untuk industri ini dapat mengurangkan jejak ekologi yang dikaitkan dengan pengeluaran kulit tradisional diseuruh dunia. Apa pun kulit haiwan merangkumi persilangan kompleks budaya, industri, dan perdebatan etika diman seua ini juga ia menggambarkan hubungan manusia yang berkembang dengan alam semula jadi. Selalunya kegunaan kulit haiwan adalah sangat pelbagai, termasuk untuk membuat pakaian (kasut, jaket), aksesori (terutamanya produk beg tangan dan dompet), perabot (sofa), bahan untuk kecantikan dalaman kenderaan (kerusi dan dashboard), alat muzik (kompang, drum, tabla) dan juga selalu ia dijadikan barang keperluan asas seperti rumah pelindung, penyimpan lemak serta sebagai lapisan pengawal suhu badan haiwan itu sendiri. Dilaporkan jenis kulit haiwan utama yang selalu di gunakan adalah jenis kulit lembu, kambing, rusa dan buaya yang mana kulit haiwan ini paling popular digunakan dalam industri fesyen dan barangan kulit. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai kuit haiwan dan fakta menarik untuk bahan rujukkan semua.
 

Jenis kulit haiwan merujuk kepada kulit haiwan yang diproses menjadi bahan tahan lasak seperti kulit lembu, kambing, biri-biri, rusa, babi, buaya, ular, kanggaru, unta dan sebagainya dimana setiap satu jenisnya mempunyai ciri unik seperti kelembutan, ketahanan dan unik serta kepelbagaian corak liang yang berbeza yang di proses dan digunakan sesuai untuk produk seperti pakaian, perabot dan aksesori. Dalam industri kuit haiwan dimana adabeberapa jenis kulit haiwan yang di pilih untuk di komersilkan bergantung kepada beberapa faktur seperti mudah mendapatannya, ada bekalan yang mencukupi dan konsisten, kualiti, keberadaan kilang memproses dan ciri-cirinya yang khusus untuk produk khusus atau produk pelbagai. Jenis kulit haiwan yang paling banyak di komersikan adalah Jenis Kulit Lembu (Cowhide)  iaitu ia paling meluas dan paling biasa digunakan sebab kulit lembu adalah  jenis kulit yang tahan lasak, fleksibel dan serba guna untuk pelbagai produk serta bekalannya juga tidak ada masaalah. Jenis kulit kedua adalah Jenis Kulit Kambing (Goat Skin) atau Kulit Bebiri (Sheepskin) dimana dilaporkan kedua kulit kambing dan bebiri adalah ia lebih lembut dan berkualiti tinggi dan ia sering digunakan untuk pakaian seperti jaket dan sarung tangan atau alat musik seperti kompang, drum dan seumpaanya. Agak unik adalah Jenis Kulit Rusa (Deerskin) dimana ia adalah jenis kulit yang sangat lembut, fleksibel dan tahan lasak dimana ia biasanya digunakan untuk produk sarung tangan dan pakaian mewah. Agak popular dalam industri kulit adalah Jenis Kulit Babi (Pigskin) dimana kulitnya ia mempunyai liang bulat dan besar, kuat dan tahan lama dimana ia sering digunakan untuk lapisan dalam atau bahagian luar pakaian dan kasut. Seterusnya adalah Jenis  Kulit Buaya (Crocodile Skin) dan juga Jenis Kulit Ular (Snakeskin) iaitu sejenis haiwan merbahaya dimana kulitnya ia mempunyai corak sisik yang unik seterusnya akan dapat memberikan penampilan mewah dimana ia sering untuk beg tangan, kasut dan aksesori untuk kecantikan wanita. Agak kurang diketahui adalah Jenis Kulit Kanggaru (Kangaroo Leather) yang sifatnya ia sangat kuat, fleksibel, ringan dan kalis lelasan (abrasion-resistant) dimana ia sesuai untuk jaket motosikal, kasut bola sepak,dan sarung tangan tinju. Dalam senarai di laporkan ada Jenis Kulit Unta (Camel Skin)  dimana ia mempunyai corak liangnya unik, tahan lasak dan sering digunakan untuk produk  tali pinggang atau aksesori.  Proses utama yang terlibat untuk memproses kulit haiwan adalah penyamakan (tanning) di mana kulit haiwan diproses untuk menjadi bahan yang tahan lama dan tidak reput juga ia bertujuan untuk menghilangkan daging dan bulu.


Proses penting bagi kulit haiwan adalah Proses Samak (tanning) dimana ia dilakukan untuk menukar kulit mentah menjadi 'kulit berguna' atau istilahnya sudah menadi 'leather' yang tahan lama dan tidak mereput. Apa pun di Malaysia dimana penggunaan kulit haiwan yang haram dimakan (seperti kulit babi atau kulit anjing) adalah tidak dibenarkan bagi umat Islam walaupun telah disamak. Kulit haiwan halal seperti lembu perlu melalui proses samak untuk menjadi suci bagi kegunaan ibadah. Apa pun cara memproses kulit haiwan disebut 'samak' iaitu proses membersihkan dan menukar kulit mentah menjadi bahan tahan lama (kulit) dengan membuang sisa daging, lemak dan tisunya dengan menggunakan bahan seperti tawas, kulit pokok atau bahan kimia untuk mengelakkan reput, menjadikan kulit mentah dan melembutkannya dan menjadikannya sesuai untuk kegunaan manusia. Beberapa peringkat proses samak di mulakan dengan Proses Pembersihan Awal (Liming atau Soaking) dimana kulir segar ini akan direndam dan dicuci untuk menghilangkan bulu, daging dan kotoran yang melekat. Peringkt kedua adalah Proses Penghilangan Lemak (Fleshing) dimana sisa daging tertinggal dan sisa bahan lemak disingkirkan daripada bahagian belakang kulit. Seterusnya adalah Proses Penyamakan (Tanning) dimana boleh di buat secara tradisional iaitu dengan menggunakan bahan semula jadi kaya tanin seperti kulit pokok (contohnya pokok Delima, atau pokok Macaranga tanarius), tawas atau bahan yang berasaskan tumbuhan lain untuk mengikat protein kulit dan menjadikannya stabil. Berlainan dengan memproses kulit Secara Moden iaitu dengan menggunakan bahan kimia khusus (seperti garam kromium) untuk proses yang lebih cepat dan konsisten.
Seterusnya adalah Proses Pencelupan dan Proses Pengeringan dimana kulit kemudian dicelup pewarna (jika perlu) dan dikeringkan. Terakhir adalah Proses Penyempurnaan (Finishing) dimana kulit digosokdan ia kemudian ia dilembutkan dan disempurnakan mengikut jenis produk akhir yang diingini (contohnya jadi kulit licin atau kulit jenis suede) dimana tujuannya juga agar ia menyucikan kulit daripada kuman. Proses ini akan mengelakkan kulit daripada reput dan rosak serta akan melembutkan kulit dan kemudian akan menjadikannya lebih tahan lasak. Proses dilakukan juga akan menukar sifat kulit agar sesuai untuk pelbagai kegunaan seperti untuk produkkasut, beg, pakaian dan sebagainya.


Dilaporkan harga kulit haiwan mentah sangat berbeza mengikut jenis haiwan dimana kulit seladang, rusa, buaya, harimau lebih mahal sebab jarang ada, kualiti kulit dan juga saiz kulit. Harga kulit juga berlainan sama ada ia di sasarkan untuk kegunaan komersial seperti produk tali pinggang, beg tangan atau dijual untuk pasaran haram seperti ia untuk kegunaan tradisional atau kulit pusaka dari kulit yang berharga murah untuk lembu atau kambing sehingga sangat mahal seperti kulit harimau yang boleh cecah jutaan ringgit di pasaran gelap kerana permintaan tinggi dan status haiwan tersebut. Dilaporkan dimana masa ini sudah ada juga perniagaan kuit yang dikenakan Cukai Jualan dan cukai Perkhidmatan (SST) yang meniingkatkan harga barang kulit. Beberapa faktor lain yang boleh mempengaruhi harga kulit termasuk jenis haiwan tersebut dimana jenis kulit haiwan yang eksotik atau dilindungi (seperti harimau, buaya) selalunya ia akan jauh lebih mahal berbanding haiwan ternakan seperti haiwan lembu atau kambing. Harga juga berainan bergantung kepada kualiti dan saiz kulit iaitu bagi kulit yang tidak ada kecacatan, ukuran besar dan tebal mempunyai nilai lebih tinggi dan mahal dipasaran. Bergantung uga harga kulit haiwan berdasarkan kegunaan sepeti kehunaan komersial seperti jenis kulit lembu, kambing, rusa untuk industri fesyen (kasut, beg atau jaket) yang mempunyai harga pasaran lebih tetap. Ada isu dalam industri kulit dimana ada Pasaran Gelap dan Pasaran Secara Tradisional terutama melibatkan jenis kulit harimau, kura-kura, atau organ haiwan lain untuk perubatan tradisional atau untuk aksesori dan ia seringkali sangat mahal dan membawa risiko undang-undang dan hukuman jika sabit kesalahan.
Di Malaysia dilaorkan beberapa produk kulit haiwan kini dikenakan cukai SST 5% (contohnya kulit itik,kulit burung dan kulit kura-kura) dimana ini akan menjadikannya lebih mahal.  Dilaporkan dimana bagi jenis kulit harimau ia boleh mencecah harga setinggi RM600,000 hingga RM1 Juta di pasaran gelap kerana ia menjadi sasaran pemburu haram (Sila ihat foto disebelah). Bagi jenis kulit lain seperti kulit lembu, kambing, atau rusa untuk kegunaan harian dijual bergantung kepada jenis dan kualiti, sama ada sebagai bahan mentah atau produk siap. Sebenarnya isu harga kulit haiwan mentah itu adalah ia  subjektif dan bergantung kepada jenis haiwan apa dan untuk tujuan apa ia akan digunakan. 
Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai untuk di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KULIT HAIWAN... PELBAGAI GUNA...

ADA YANG MURAH...MAHAL JUGA...
PERLU DI PROSES... AGAK LAMA...
JADI PAKAIAN... MAKANAN ENAKNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Badar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(18 Rejab 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...