Support My Blog

Monday, January 19, 2026

DURIAN - VARIETI UDANG MERAH (D175)


DURIAN VARIETI UDANG MERAH (Durio zibethinus Linn) merupakan satu daripada varieti durian yang kini agak popular di Malaysia terutama di sekitar Balik Pulau, Pulau Pinang. Varieti ini telah didaftarkan pada 4 Jun 1990 oleh Jabatan Pertanian Pulau Pinang dan memang telah banyak ditanam dikawasan tersebut. Kebanyakan pokok durian itu ditanam dikawasan lereng bukit sekitar pulau tersebut sesuai dengan tiupan angin laut dengan tanah subur yang akan seterusnya menghasilkan bunga durian pada bulan April - Mei setiap tahun. Penelitian penulis blog mendapati vatieti durian ini akan menghasilkan buah sekitar Jun - Ogos setiap tahun. Bagi penulis blog yang pernah beberapa kali membuat tinjauan kebun tanaman durian udang merah dan pernah beberapa kali menjadi Panel Hakim Pertanian Buah Durian Pulau Pinang faham akan verieti durian ini. Durian Udang Merah (kod D175) adalah sejenis durian popular dari Pulau Pinang, Malaysia dimana ia didaftarkan dan dinamakan kerana isinya yang berwarna jingga kemerahan dan lembut, mirip warna udang masak. Varieti ini dikenali dengan rasa manis, krimnya yang berkrim, dan teksturnya yang pekat tetapi lembut dimana ini menjadikannya kegemaran ramai penggemar durian. Ciri-ciri utama durian ini dimana ISINYA berwarna kuning jingga kemerahan, tebal, lembut, dan berkrim. Mempunyai RASA yang manis dan lemak dengan sedikit rasa pahit atau tanpa kepahitan, memberikan pengalaman rasa yang unik. Ciri BAU atau AROMANYA pula ia kurang menyengat berbanding durian lain dimana ini menjadikannya pilihan yang baik bagi peminat yang sensitif terhadap bau. Tekstur bijinya yang lebih kecil berbanding jenis durian lain telah memberikan ruang yang lebih banyak untuk isinya yang tebal. Apa pun sejarah mengenai durian ini yang ditemui di Pulau Pinang, Malaysia, dan kini ditanam juga di negeri lain seperti Pahang dan Johor. Bagi penulis blog mendapati ciri keistimewaannya adalah aspek keunikan Rasa dan Warna bila warna isinya yang menarik dan rasa yang manis lemak menjadikannya sangat istimewa. Ia mempunyai tekstur yang lembut dan berkrim sangat memuaskan apabila dimakan. Ia semakin popular dan ia semakin mendapat perhatian peminat durian tempatan dan antarabangsa kerana keunikan rasanya. Cara menikmatinya sama ada ia sesuai dimakan segar atau sesuai digunakan dalam pelbagai resipi seperti dijadikan lempuk, kek, tempoyak dan hidangan pencuci mulut. Kini kebanyakan petani yang menanam durian varieti ini adalah petani-petani kecil dan komersil berbangsa Cina yang menjaga pokoknya dengan baik. Benih durian ini dipercayai berasal daripada evolusi dalam pembiakbakaan dengan cara pemilihan (selection) dalam masa yang lama sebelum ianya dikenalpasti ciri-ciri keunikannya. Kebanyakan pokok yang saya kunjungi dikawasn Balik Pulau, Pulau Pinang termasuk kebun Encik James yang telah beberapa kali memenangi pertandingan hasil durian dalam pesta sambutan MAHA dan HPPNK. Hasil buah yang menang tersebut adalah dari pokok yang berumur lebih 15 tahun. Pokoknya agak tinggi tetapi ia dijaga dengan baik bercampur dengan beberapa varieti durian yang lain seperti Durian Kampong, Varieti D24, Varieti D16, D2 dan sebagainya. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai Durian Vairieti Udang Merah (D175) daripada pemantauan penulis keladang durian varieti ini dan sumber rujukkan dari laporan akhbar tempatan untuk bacaan anda semua.


Buah durian varieti ini mempunyai saiz buah sederhana besar (berat sekitar 1.5 -  3 kg sebiji) yang berbentuk bujur. Kulitnya berwama hijau perang apabila ia masak dengan durinya yang tirus dan pendek. Dalam pemerhatian yang penulis lakukan, didapati bahagian isi adalah berwarna kuning kemerahan dengan isi yang agak tebal. Jika diteliti lagi ia mempunyai ira isinya halus dimana isinya juga lembik (Sila lihat foto sebelah). Apa yang istimewa mengenai varieti ini adalah rasanya lemak manis dan enak dimakan selepas gugur. Bagaimana pun kebanyakan buah yang dibuka amat sukar untuk dapat warna seperti yang didalam foto sebelah kerana isinya adalah hanya kekuningan sahaja. Buah ini mendapat harga yang baik dipasaran dimana lazimnya ia dijual runcit diantara RM30.00 - RM50.00 sekilogram. Ini kerana buah durian Udang Merah merupakan satu varieti yang hanya didakwa sesuai ditanam dikawasan Balik Pulau, Pulau Pinang sahaja. Varieti ini kini sering dipromosikan kepada pelancong terutama pelancong daripada Singapura dan Hing Kong. Pelancong Singapura yang datang ke Pulau Pinang akan dibawa kekawasan dusun tersebut dan menikmati buah durian ini bersama buah-buahan tempatan lain seperti manggis, duku, rambutan, betik , pisang, jambu batu dan sebagainya. Penulis yang beberapa kali berkunjung ke Balik Pulau, Pulau Pinang ini dapat membeli dan makan durian varieti ini dan dua kali kekebun Encik James yang menang dalam pertandingan HPPNK yang aktif bersama setiap dua tahun sekali.


Dalam media tempatan di laporkan '
Durian pun ada level, Musang King, Black Thorn dan Udang Merah ungguli carta' memang perkara yang orang ramai tidak tahu dengan pasti lagi semasa ingin membeli buah durian. Apa pun penulis blog agak pasti ramai setuju jika dikatanan jenis Durian Kampung berada dalam kedudukan atau level paling bawah. Apabila tiba musim durian setiap tahun akan membuatkan ramai tidak akan melepaskan ia dan peluang untuk mendapatkan raja buah sama ada untuk makan sendiri atau jamu tetamu yang datang rumah. Selalunya tidak di kisahkan akan apa juga jenis durian yang terjual di pasaran atau di dalam kebun dimana orang ramai yang memilih untuk membeli buah kegemaran yang kena dengan bajet. Mungkin ada fikiran menjadi akan lebih jimat kalau beli pukal atau beli dengan kuantiti yang banyak sekali gus sama ada bajet persendirian atau bajet beramai-ramai. Baru-baru ini tular carta yang menyenaraikan ranking durian yang mana paling sedap dan dicari ramai setiap kali musimnya tiba. Dalam kes tular ini dilaporkan beberapa varieti durian seperti Musang King, Udang Merah dan Black Thorn antara carian paling tinggi di Malaysia dan selalu di jual dengan level harga di paras tinggi sahaja. Bagi penulis blog durian premium ini meman berpatutan dengan harganya yang mahal kalau gred premium sebab petani akan membelanjakan kos yang juga tinggi untuk setiap pokok durian premium ini. Durian premium seperti Musang King, Black Thorn dan Udang Merah mencapai harga RM 30 - RM70 sekilogram bergantung kepada mualiti, musim dan juga kemampuan pembeli juga. Penulis blog faham dalam level kedua pengkelasan buah durian di Malaysia mengikut 'tular' adalah disenaraikan durian jenis XO, D24 dan Tekka yang juga harganya di tahap sederhana. Seterunys kategori ketiga pula adalah level durian seperti varieti Bekok, Golden Bun, Golden Pheonix dan Khun Poh menduduki tempat ketiga dari segi pilihan peminat durian. Seterunys level ke empat dilaporkan dari jenis kategori biasa seperti durian kampung, Durian Lipan, Durian Hor Lor, D11, Capri dan D88 turut disenaraikan untuk di beli dan dinikmati.


Kisah bagaimana aktiviti 'Menginap di dusun durian' yang ada di Balik Pulau, Pulau Pinang juga menjdi kegemaran peminat durian. Dalam tiktok di laporkan ada orang sanggup lalui jalan kaki dan perjalanan 
selama 45 minit melalui jalan raya berbukit dari pusat bandar George Town, Pulau Pinang ke Balik Pulau dari Paya Terubong memberi pengalaman luar biasa kepada mereka yang pertama kali menjejak kaki ke negeri itu. Pemandangan hijau menjamu mata sebaik kereta yang dipandu memasuki Jalan Tun Sardon yang bengkang-bengkok. Benar, ia anugerah yang cukup mempesonakan apabila melihat satu demi satu kawasan dusun buah-buahan terutamanya dusun duriannya. Lebih menarik, setiap kali tiba musim durian iaitu pada awal bulan Jun hingga Julai setiap tahun, daerah itu menjadi tumpuan masyarakat setempat termasuklah pelancong asing. Apa pun dilaporkan yang kehadiran mereka bukan semata-mata untuk menikmati raja buah yang harganya ada yang mencecah sehingga RM40 sebiji, bahkan mereka mahu menimba pengalaman dalam meredah dusun buah-buahan. Kepada  kaki durian, makan di dusun pasti menyeronokkan. Sesiapa yang ada memasang impian untuk bermalam dalam dusun sambil menunggu buah durian gugur danl menikmati panorama malam dan mendengar nyanyian unggas hutan. Disana ada bangunan reka bentuk rumah Melayu ada terletak berhampiran sungai Titi Kerawang, Vila Durian milik Chang Teik Seng, 48, kini merupakan antara destinasi percutian menarik khususnya buat para pencinta buah durian jika benar-benar ingin merasai nikmat sebenar raja buah itu di persekitaran yang sebenar. Mengetengahkan konsep kampung, vila yang telah didirikan sejak dua bulan lalu itu mempunyai ciri-ciri khusus kemelayuan. Ia sesuai dengan idea asal pemiliknya yang merupakan seorang pekebun durian dan biasa dengan cara budaya hidup masyarakat Melayu. Para pengunjung selalunya memang boleh menikmati durian segar dengan mengutip buah yang baru gugur. Idea untuk membina dua buah vila itu adalah ilham isteri dan empat cahaya matanya. Dusun durian itu dikenali dengan nama khas iaitu Bao Sheng Durian Farm. Memandangkan wartawan akhbar juga telah pun dibesarkan di kawasan dusun, dia telah lama mengimpikan untuk dapat membina sebuah penginapan di tanah milik mendiang bapa untuk dikongsi dengan penggemar durian. Reka bentuk rumah Melayu menjadi pilihan kerana ia dekat dengan jiwa saya yang dibesarkan di kawasan kampung Melayu. Idea ini bertepatan dengan konsep penginapan dalam dusun durian yang menghabiskan sekitar RM70,000 untuk kos pembinaan termasuk pengubahsuaian vila. Dua buah Vila Durian yang dibina seluas 90 meter persegi itu cukup selesa kerana ia dilengkapi dengan sebuah katil, sebuah televisyen skrin rata dan bilik mandi. Teik Seing turut membina sebuah kolam mandi di tengah-tengah vila tersebut yang airnya disalurkan dari air bukit berdekatan.


Melihat Vila Durian yang dihias cantik umpama resort mewah, bayarannya cuma RM180 semalam sahaja lengkap dengan sarapan pagi untuk dua orang. Kata anak jati Balik Pulau itu, bagi set hidangan makan tengah hari pula bayaran yang dikenakan cuma RM88 seorang. Makanan yang disediakan pula adalah berdasarkan menu masakan Cina seperti masakan ayam kampung, sayur-sayuran dan ikan segar. Kepada penggemar durian pula, mereka boleh makan sepuas hati di dusun ini mengikut bajet masing-masing. Dusun tersebut menawarkan tiga kategori harga yang berbeza iaitu RM25 untuk sarapan pagi, RM35 untuk makan tengah hari dan RM45 untuk makan malam.  Ketiga-tiga harga ini tiada beza cuma masanya sahaja. Bayar dan pelanggan boleh makan sepuas-puasnya. Tapi lebih menarik jika pilih harga sekitar senja untuk melihat sendiri akan pemandangan matahari terbenam sambil menikmati keenakan buah durian yang rata-rata pokoknya berusia 30 tahun ke atas. Kalau betul-betul ingin rasa buah durian segar, pengunjung boleh mengutip sendiri buah durian yang baru gugur. Jelasnya, 200 batang pokok durian miliknya yang terdiri daripada pelbagai gred itu itu mengeluarkan hasil pada awal bulan Jun. Antaranya ialah durian jenis udang merah, labu air dan isi merah. Dusun itu juga mempunyai buah-buahan tempatan lain seperti rambutan, manggis, langsat dan pisang.  Selain bermalam dan makan durian, pengunjung berpeluang menjelajah di seluruh kawasan dusun seluas 2.6 hektar itu. Pengunjung dapati yang kedatangan mereka ke sini pasti memberi 1,001 pengalaman manis kerana saya akan berkongsi tip mengenali buah durian daripada cara-cara mengopek sehingga mengenalpasti kualiti buah itu. "Ia merupakan antara khidmat yang ditawarkan di vila ini selain mempelajari kehidupan seorang pekebun. Bagi mengawasi dusunnya dari diceroboh pencuri durian pengusaha bela empat ekor anjing miliknya dilepaskan pada waktu malam bagi menjaga seluruh kawasan kebun dan penghuni vila tersebut. Bagi pengunjung dari Belanda, Sabana dakwa ketika ditemui berkata, kedatangannya setiap tahun ke Pulau Pinang adalah untuk menikmati buah-buahan tempatan dengan sepuas-puasnya. Memandangkan buah durian tidak ada di negaranya, dia telah pun mengambil keputusan untuk bercuti selama seminggu di negara ini semata-mata menyambut kedatangan musim durian.   Merupakan percutian keempatnya kali yang ke 5 datang Malaysia dimana ia adalah pengalaman pertama Sabana menetap di vila itu. Itupun setelah dia puas bertanya pemandu kereta sewa mengenai penginapan yang mana ada menawarkan pakej buah durian. Baginya peluang bercuti ke sini adalah satu keputusan yang membanggakan kerana anda bukan sahaja diberi tahap keselesaan tempat tidur tetapi menikmati buah durian sampai kenyang. Penulis Blog Anim Agro Technology kini berharap tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini.  Wasallam!....
Durian Udang Merah dipasaraya Jusco.

DURIAN ENAK... IA UDANG MERAH...
KOD DAFTAR D175 ....ADA SUDAH..,
DI BALIK PULAU...IA BAIK BERBUAH...
PADA PELANCONG... IA AGAK MURAH...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kampong Titi Kerawang,
Balik Pulau, Pulau Pinang,
Malaysia.
(3 Muharram 1435H)
Ditulis semula pada Oktober 2016.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...