Dilaporkan herba Kacip Fatimah atau dikenali dengan nama saintifiknya sebagai Labisia pumila adalah sejenis tumbuhan herba yang terkenal dalam perubatan tradisional di negara-negara Asia Tenggara, terutamanya di Malaysia. Kacip Fatimah telah digunakan oleh masyarakat Melayu selama berabad-abad sebagai ubat untuk masalah kesihatan wanita iaitu ia termasuklah dalam proses bersalin, masalah haid dan sebagai tonik kesihatan. Kacip Fatimah kini diintegrasikan dalam pelbagai produk, termasuk suplemen, minuman, dan kosmetik. Industri ini dijangka berkembang pesat, dengan nilai pasaran yang dijangka mencapai USD $300 juta pada tahun 2025. Apa pun mengenali akan herba ini dimana herba Kacip Fatimah adalah sejenis tumbuhan perdu yang kecil, mempunyai tinggi antara 15-30 cm. Tumbuhan ini adalah sebahagian daripada famili Myrsinaceae. Mempelajar mengenai marfologi Daun (Leaf) dimana daun-daunnya berselang-seli yang berbentuk lanceolate dan panjangnya antara 7-20 cm. Warna daun hijau tua dengan tepi yang rata. Bunga (flower) bagi Kacip Fatimah adalah kecil, berwarna ungu muda, dan biasanya berbunga pada hujung tahun. Pendebungaan atau polinasi berlaku melalui angin dan serangga. Bagi bahagian buah (fruit) pula dimana buahnya berbentuk bulat, berwarna merah apabila masak, dan mengandungi satu atau dua biji. Mengetahui akan tempat habitat asal dimana herba Kacip Fatimah berasal dari hutan hujan tropika Asia Tenggara, terutamanya di Malaysia, Thailand, dan Indonesia. Apa pun keperluan tanah bagi herba tumbuhan ini memerlukan tanah yang subur, berhumus, dan berkayu. Ia boleh tumbuh di kawasan yang teduh tetapi lebih subur di bawah matahari penuh. Paling menarik mengenai herba ini adalah penjelasan bagaimana khasiat dan kegunaan mengikut beberapa testimoni dan kajian klinikal. Kacip Fatiman memberikan Kesan Estrogenik merujuk kepada hasil kajian yang diterbitkan dalam laporan oleh Journal of Ethnopharmacology pada tahun 2012 menunjukkan bahawa Kacip Fatimah mempunyai kesan estrogenik. Ini membantu dalam keseimbangan hormon wanita, yang boleh meredakan simptom menopaus dan PMS. Ia juga merupakan herba yang bercirikan bahan Antioxidant dan Anti-Inflamasi dimana laporan kajian oleh BMC Complementary Medicine and Therapies (2016) dimana Kacip Fatimah didapati mempunyai sifat antioksidan yang tinggi. Ini mungkin berfungsi sebagai agen anti-inflamasi, membantu dalam rawatan penyakit kronik seperti artritis. Paling menarik dakwaan dimana herba ini memberikan Kesan Antitumor hasil kajian yang diterbitkan dalam Asian Pacific Journal of Tropical Biomedicine pada tahun 2017 menunjukkan potensi Kacip Fatimah dalam menghalang pertumbuhan sel tumor. Terakhir akan khasiat dan kegunaan herba kacip fatimah adalah dimana dalam melalukan Rawatan Luka dan Scurvy secara amalan perubatan tradisional adalah ia digunakan untuk rawatan luka dan scurvy. Walau bagaimanapun, lebih banyak kajian perlu dijalankan untuk menyokongnya.
Sembang mengenai herba kacip fatimah ada didalam portal hmetro.com bertajuk 'Bantu pertumbuhan kacip fatimah' memang menarik di kongsikan. Foto sebelah menunjukkan Dr Farah Fazwa (kiri) dan Syafiqah Nabilah menunjukkan produk kompos CompAcc dan pokok kacip fatimah. Dilaporkan dimana herba tanaman kacip fatimah berdepan masalah pertumbuhan pucuk dan daun yang perlahan ketika proses pengikliman anak daripada keratan serta anak daripada tisu kultur. Pihak Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) menghasilkan kompos CompAcc yang dapat membantu pertumbuhan pokok dari segi penghasilan daun dan ketahanan pada pokok terutama kacip fatimah di peringkat pengikliman tapak semaian. Pihak FRIM mengorak langkah menghasilkan kompos yang diadun menggunakan komponen paling penting iaitu bahan organik seperti daun kering, sisa kisaran ranting, daun dan pokok. Selain itu, kompos ini juga adalah hasil daripada campuran daun kering kacip fatimah itu sendiri. Apa pun dilaporkan Pegawai Penyelidik FRIM Dr Farah Fazwa Md Ariff nyatakan dimana kompos CompAcc memberi kandungan makronutrien yang tinggi seperti nitrogen dan kalium khusus untuk membantu meningkatkan jumlah bilangan daun bagi spesies kacip fatimah. Dakwanya adunan kedua-dua bahan organik di atas juga mampu meningkatkan daya tumbesaran serta kualiti kandungan kimia yang ada dalam kacip fatimah. Pada masa ini mereka menggunakan kompos berkenaan untuk keperluan tanaman kacip fatimah di tapak semaian Cawangan Membaikbiak Herba dan Pokok, FRIM khusus untuk pokok yang dihasilkan melalui teknik kultur tisu dan kaedah keratan. Dilaorkan dimana penggunaan CompAcc dapat meningkatkan kadar pertumbuhan daun sebanyak 35% berbanding penggunaan kompos biasa di pasaran. FRIM kini sudah merancang memasarkan produk berkenaan bermula awal tahun hadapan dengan menyasarkan pengusaha tanaman kacip fatimah di seluruh negara. FRIM mendapati kompos berkenaan mempunyai banyak kelebihan kerana ia mampu meningkatkan kuantiti dan kualiti khusus untuk tanaman kacip fatimah. Kalau sebelum ini, peratus kehidupan pokok kacip fatimah di peringkat pengikliman hanya mencapai sebanyak 50 hingga 60 peratus. Namun selepas kajian dibuat menggunakan CompAcc berkenaan dimana peratus kehidupan bertambah kepada 90% sekali gus dapat membantu mengurangkan kos operasi penyelenggaraan pokok di tapak semaian. Hasil inovasi CompAcc berjaya merangkul Pingat Emas sempena Pertandingan Hari Rekacipta dan Inovasi FRIM 2017. Ia juga hasil inovasi daripada dua penyelidik lagi iaitu Datuk Dr Marzalina Mansor dan Syafiqah Nabilah Samsul Bahari.
Selanjutnya disembang bagaimana 'Tongkat ali, kacip fatimah sumber rezeki di Cameron Highlands' yang berkaitan dengan tulisan ini. Ada beberapa orang pengusaha termasuk Arman, Baharudin dan juga Roswan yang telah menjadikan pencarian tongkat ali ataupun turut dikenali dengan nama pasak bumi sebagai sumber pencarian mereka. Biarpun sudah dilanda arus pemodenan akan tetapi kalangan masyarakat Orang Asli masih setia dengan aktiviti tradisi mereka turun-temurun menjadikan sumber hutan sebagai pencarian rezeki utama mereka. Apa pu dengan lokasi penempatan mereka berhampiran hutan juga menyebabkan mereka masih tidak boleh lari dengan tarikan alam semula jadi untuk menampung kehidupan. Apa pun diantaranya empat sahabat baik dari perkampungan Pos Betau di sini menjadikan pencarian tongkat ali sebagai sumber pendapatan mereka berikutan permintaan tinggi terhadap hasil hutan tersebut. Bagi Arman Selek dan Roswan Samir dimana kedua-duanya berusia 32 tahun bekerjasama mencari tongkat ali yang turut dikenali dengan sebagai pasak bumi setiap waktu terluang. Dikenali dengan nama saintifiknya Eurycoma longifolio dan ia adalah sumber hutan itu mendapat permintaan tinggi untuk digunakan bagi tujuan perubatan malah dikomersialkan di pasaran. Arman memberitahu dia mencari tanaman itu di hutan berhampiran pos tersebut bersama rakan-rakannya. Ini punca pendapatan mereka sejak remaja lagi dimana selain cari tongkat ali dicari kacip fatimah kalau berkesempatan untuk menambahkan pendapatan serta akan mencari buluh dan madu kelulut turut menjadi sumber rezekinya. Mereka akan memulakan rutin mereka bermula jam 9 pagi dan mendakwa dalam tempoh dua jam berikutnya dimana merekasudah mampu meraih hasil. Menurutnya pengalaman yang dimiliki mereka selama ini dimanfaatkan sebaik mungkin dan ia memudahkan lagi kerja mereka. Apa pun selalunya apabila jumpa pokoknya kemudian ia akan ditebang dan akarnya digali dan kemudian dicuci sebelum ditolak kepada peraih dengan harga RM2 sekilogram. Dalam pada itu bagi Baharudin juga turut tidak ketinggalan mencari sumber hutan itu dan menyifatkan walaupun pekerjaan itu dilihat sukar,bagi mereka .ia seperti "alah bisa tegal biasa". Ia memang 'sudah biasa' apabila aktif mula cari sejak zaman sekolah lagi. Pada kebiasaan saya boleh dapat hingga 50 kilogram(kg) setiap kali masuk mencari. Perkara ini adalah diantara situasi biasa buat penduduk di pos tersebut yang majoritinya suku kaum Semai yang memiliki 18 buah kampung dengan lebih 3,000 penduduk. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua pembac ablog anim agro technology yang ke 8,198 kali ini. Wasallam!!...
Room 606, Hotel Mega View,
Kuantan, Pahang.





No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.