Merujuk laporan mendapati buah belimbing adalah selalunya masam tetapi kini suah ada yang agak manis bila masak akan tetapi mengandungi zat makanan berguna untuk kesihatan manusia. Setiap 100 gram bahagian buah yang boleh di makan mengandungi 94 g air, Protin (0.62 g), Serat (0.6 g), Ash (0.4 g), Kalsium (0.34 mg), Ferum, (1.01 mg), Niacin (0.302 mg), Thiamine (0.010 mg), Riboflavin (0.021 mg), Cartene (0.025 mg) dan Asid Askorbik sebanyak 15.6 mg yang menyebabkan rasa buah belimbing buloh masam. Kultivar yang ada di Malaysia adalah Belimbing Buloh Tempatan yang masam dan belum ada laporan yang saya dengan kultivar Belimbing Buluh di Malaysia yang manis. Terdapat laporan dari rakan saya di Filipina (Ms Cyntia - peserta kursus ASEAN Tropical Fruit 2011 di Serdang - saya beri lecture) kata ada jenis Belimbing Buloh di Filipinan jenis manis di panggil 'BALIMBING' dan jenis biasa yang masam di panggil sebagai Kultivar ' KAMIAS'. Pokok Belimbing Buloh lazim di tanam menggunakan bahan tanaman dari mengetut dan jarang menggunakan biji benih. Bagaimana pun ada petani menggunakan kaedah keratan atau dari anak benih yang tumbuh di pangkal pokok dewasa. Penanaman secara komersial monocrop jarang di buat kerana tenaman ini tidak ada permintaan komersil secara besar-besaran atau pun ekspot tidak seperti belimbing besi (Carambola). Setiap rumah di kampong menanam pokok untuk kegunaan sendiri atau pun jika banyak akan dihantar kepasar atau dijual di pasar malam dengan harga satu longgok RM 1.00 (Lingkungan 6-10 biji). Pokok ini boleh di tanam walau pun ada sedikit naungan di keliling rumah. Pokok mula berbuah selepas 1.5-3 tahun di tanam jika dijaga dengan baik. Berikan baja organik dan baja NPK 15:15:15 untuk tumbesaran dan jenis baja Buah NPK 12:12:17:2 untuk menggalaknan pengeluaran bunga dan buah belimbing buloh. Antara musuh tanaman pokok buloh adalah seperti serangan aphid dan koya serta jelaga pada musim lembab. Ancaman oleh Lalat Buah (Bactocera carambolae) juga kadang-kadang menyerang pada peringkat awal buah (walau pun buah masam) menyebabkan bentuk buah bengkok atau berkedut sedikit. Buat cantasan agar ketinggian pokok sesuai untuk memudahkan menuai atau mengutip hasil. Cantasan pembentukan di dari peringkat awal penanaman untu mendapatkan banyak cabang seimbang dan buat 'topping'. Buah belimbing buluh yang matang berwarna hijau gelap atau yang terlalu matang akan menjadi hijau kekuningan. Jika tidak di petik buah akan gugur diatas tanah dengan sendiri dan busuk. Petik buah menggunakan tangan dan basuh sebelum di makan atau di proses. Satu pokok belimbing buloh dewasa mempu menghasilkan antara 5-15 kg buah belimbing buluh setahun atau lebih lagi jika di jaga dengan sempurna. Buah ini tahan di simpan selama 5-10 hari tanpa apa-apa rawatan dan tahan lebih lama lagi jika disimpan dalam suhu sejuk. Kepada mereka yang suka makan buah masam atau mereka yang mengidam (Ibu mengandung) tiada masaalah dengan rasa buah belimbing buloh yang masam.Membuat tinjauan akan harga belimbing buluh di Malaysia biasanya dijual dalam lingkungan RM7 - RM26 sekilogram iaitu ia bergantung kepada kesegaran, lokasi dan sama ada ia dijual segar atau telah diproses. Harga untuk buah belimbing buluh segar berbeza-beza dimana ada disesetengah tempat ia boleh didapati pada harga serendah RM7 sekilogram dan di lokasi lain berharga mencapai sehingga RM26 sekilogram atau lebih tinggi terutamanya jika dijual dalam talian atau di bandar utama. Ada jenis belimbing buluh yang di rebus di Pahang untuk dijadikan sambal hitam dimana ia biasanya dijual pada harga yang lebih tinggi seperti bagi pek 1kg belimbing rebus boleh dijual sekitar RM35/kg atau lebih. Benih bagi anak pokok belimbing buluh hidup juga tersedia untuk dijual, dengan harga antara RM15 hingga RM27 untuk sepokok bergantung pada saiz dan penjualnya. Bagi penulis blog memang buah belimbing buluh sangat serba boleh dalam masakan Malaysia terutamanya untuk memberikan rasa masam semula jadi yang menyegarkan. Penulis blog paling suka Resepi Sambal Hitam Pahang sebab pernah menjadi Pengarah Pertanian Pahang yang mempromosikan produk tersebut melalui beberapa pertandingan peringkat negeri. Ia adalah kuliner dan kegunaan utama belimbing buluh. Ia dimasak lama sehingga warna belimbing berubah menjadi hitam apabila bahan utama di gunakan adalah belimbing buluh (direbus berjam-jam sehingga kering dan hitam), ikan bilis, cili padi, dan bawang merah. Belimbing yang telah direbus dan dihancurkan ditumis bersama bahan tumbuk sehingga kering. Ia sangat sedap dimakan dengan nasi panas atau roti. Kedua adalah Resepi Masak Lemak Cili Api (Ikan atau Telur Itik) dengan Belimbing Buluh yang sering dimasukkan ke dalam gulai lemak untuk mengimbangi rasa lemak santan dengan kemasaman. Cara masak dengan memasukkan beberapa biji belimbing buluh yang telah dibelah dua ke dalam gulai ikan (seperti kembung atau talapia) atau telur itik dimana rasa masamnya akan meresap ke dalam kuah. Ketiga adalah Resepi Sambal Bilis Belimbing Buluh (Versi Segar) dimana sesiapa yang ingin ujirasa sambal yang cepat tanpa perlu merebus lama maka versi sambal tumis atau sambal gesek adalah pilihan terbaik. Caranya adalah dengan menumis bawang dan cili padi dan ia kemudian dimasukkan ikan bilis goreng dan hirisan belimbing buluh segar. Masak sehingga belimbing layu dan mengeluarkan airnya dan sedia di hidangkan dimakan dengan nasi putih. Keempat adalah Resepi Manisan atau Halwa Belimbing Buluh yang enak dimakan dan mudah di sediakan sebagai pencuci mulut. Cara membuatnya dengan ambil buah belimbing direbus bersama gula yang banyak sehingga ia menjadi jernih dan sedikit mengecut. Rasanya manis-manis masam seperti buah prun. Makanan kelima adalah Resepi Jus Belimbing Buluh Asam Boi iaitu sejenis minuman penyegar yang sangat berkesan untuk menghilangkan dahaga. Cara membuatnya dengan mengisar belimbing buluh bersama air dan tapis. Masukkan gula atau madu serta sebiji asam boi untuk rasa yang lebih padu (Sila liht foto dibawah sekali). Semuga tulisan artikel ini memberi maklumat tepat dan berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...




No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.