Mengenali akan beberapa ciri-ciri cili kering bergantung pada jenisnya juga akan tetapi secara amnya ia boleh dibezakan mengikut rupa, warna, dan tahap kepedasan. Kalangan pengguna di Malaysia pada penulis blog sudah tahu akan jenis cili kering yang di sukainya dan menitik beratkan juga akan kualiti dan harganya. Cili kering di Malaysia boleh di beli secara on-line sahaja dimana harga bergantung kepada jensi seperti di Lazada dengan harga RM18/kg (Sila lihat foto disebelah). Apa pun di kongsikan fakta akan beberapa ciri-ciri umum tentang cili kering termasuklah ciri sama ada ia lurus atau kerinting, berkilat atau tidak, dan berbeza tahap kepedasan (pedas, sederhana, atau tidak pedas). Boleh di kategorikan fakta bagaimana ciri-ciri mengikut jenis Cili Kering Berkilat dimana ia selalunya lurus, licin, berkilat, merah menyala dan biasanya tiada tangkai. Cili jenis ini adalah mempunyai tahak kepedasan yang Sangat Pedas. Bagi jenis Cili Kering Kerinting dimana cirinya adalah ia berkedut, kecut, berwarna merah gelap, dan seringkali bertangkai dengan tahap kepedasan dalam kategori kurang pedas berbanding jenis berkilat. Ketiha adalah jenis
Cili Kering Gemuk yang cirinya ia saiznya lebih besar, gemuk, dan berwarna merah gelap hingga kehitaman, biasanya mempunyai tangkai yang agak panjang dimana mempunyai tahap kpedasan yang tidak pedas atau sangat kurang pedas. Cili ini selalunya ia paling sesuai untuk kanak-kanak. Keempat adalah Jenis Cili Kering Berempah (atau ia seringkali jenis India atau Cina) dimana ciri cili ini dilihat ia berukuran pendek-pendek, lurus, licin, banyak biji, dan lebih kecil dengan tahap kepedasan yang sangat pedas dimana selalunya pengguna memang perlu digunakan dengan berhati-hati terutamanya bagi mereka yang mempunyai perut sensitif dengan kepedasan.
Cili Kering Gemuk yang cirinya ia saiznya lebih besar, gemuk, dan berwarna merah gelap hingga kehitaman, biasanya mempunyai tangkai yang agak panjang dimana mempunyai tahap kpedasan yang tidak pedas atau sangat kurang pedas. Cili ini selalunya ia paling sesuai untuk kanak-kanak. Keempat adalah Jenis Cili Kering Berempah (atau ia seringkali jenis India atau Cina) dimana ciri cili ini dilihat ia berukuran pendek-pendek, lurus, licin, banyak biji, dan lebih kecil dengan tahap kepedasan yang sangat pedas dimana selalunya pengguna memang perlu digunakan dengan berhati-hati terutamanya bagi mereka yang mempunyai perut sensitif dengan kepedasan.
Kepentingan utama menggunakan cili kering memang ia bertujuan untuk menambah kepedasan, warna, dan rasa makanan dan masakan seperti kari, sambal, rendang, dan tumisan. Ia juga boleh dikisar menjadi serbuk atau pes untuk pelbagai kegunaan masakan, sama ada dicampur terus atau dibancuh dengan air. Pemilihan jenis cili kering (sama ada jenis pedas atau tidak pedas) bergantung kepada jenis masakan dan tahap akan nilai kepedasan yang diingini. Bagi penulis blog Nasi Lemak tidak akan menjadi hidangan ikonik Malaysia tanpa sambalnya yang memang menggunakan bahan Cili Kering untuk ciri khasnya (Sila lihat foto disebelah). Kepandaian penjual nasi lemak akan membuat sambal yang enak, tidak terlalu pedas, agak manis dan lemak di kombinasikan dengan pelbagai lauk akan menjadikan nasi lemak kini menajdi makanan tersohor di Malaysia. Kalau tidak ada cili kering mungkin industri nasi lemak akan terancam. Apa pun sambal tumis nasi lemak adalah sambal pedas manis yang menjadi pelengkap wajib hidangan nasi lemak dimana ia dibuat daripada bahan utama seperti cili kering, bawang dan ikan bilis yang ditumis hingga 'pecah minyak' dan ditambah dengan perisa asam jawa, gula, dan daun pandan. Ia dihasilkan dengan menumis bahan-bahan kisar seperti bawang, halia, belacan, dan ikan bilis terlebih dahulu, sebelum dimasukkan cili kering kisar yang telah direbus. Fakta bagaimana cili kering ialah cili merah segar yang telah melalui proses penyejukan dan pengeringan, menjadikannya produk tahan lama dengan kandungan air yang rendah. Ia merupakan bahan penting dalam masakan seperti sambal, mi goreng, dan nasi goreng. Terdapat pelbagai jenis cili kering yang memberikan tahap kepedasan yang berbeza, seperti Cili Kering India yang lebih pedas dan bertekstur licin, berbanding Cili Kering Cina yang kurang pedas dan berkerinting. Proses membuat cili kering yang mana ia dihasilkan daripada cili merah segar yang dijemur dan dikeringkan adalah secara komersil. Tahap kering yang sesuai dimana kandungan airnya sangat rendah (sekitar 18 - 20%) dimana ini menjadikannya mudah disimpan untuk jangka masa yang lebih lama. Cili kering selalu ia digunakan secara meluas dalam pelbagai masakan seperti sambal, kuah dan tumisan untuk menambah rasa pedas dan warna. Bagi pengguna di Malaysia sebaiknya dalam proses persediaan masak sebaiknya sebelum digunakan, cili kering perlu dibasuh terlebih dahulu untuk memastikan kebersihannya.
Makanan tanpa cili kering bagi penulis bloh sudah hilang kelazatannya dimana diantara jenis kuliner yang selalu gunakan cili kering termasuk sambal belacan, sambal ikan bilis, nasi goreng, mi goreng, kuetiaw goreng dan banyak lagi. Penulis blog paling suka makan mee goreng dimana ia adalah hidangan mi kuning goreng yang terkenal di Malaysia. Ia dibuat dengan pelbagai bahan seperti mi kuning, udang, ayam, telur, sayuran, dan sos dan sering didapati di gerai mamak dan restoran dan boleh disediakan dalam pelbagai gaya termasuk yang lebih pedas seperti mee goreng mamak. Setiap hari mi goreng ada di jual dari sarapan pagi sehingga 24 jam di rangkaian restoren mamak dengan nama menu popularnya iaitu Mi Goreng Mamak (Sila lihat foto disebelah). Selalunya mi goreng akan berwarna kemerahan menunjukkan ia menggunakan bahan asas cili kering (atau di proses menjadi cili boh) yang mempercepatkan proses memasak mee goreng. Pelanggan boleh pesan sama ada kurang pedas atau lebih pedas kalau mahu. Asasnya dimana kegunaan utama cili kering adalah untuk menambah rasa dan kepedasan tetapi dalam menyeimbangkan rasa selalunya di sediakan potongan limau pada hidangan untuk mengurangkan kepedasan makanan. Fungsi cili kering adalah ia memberikan rasa kepedasan yang menyengat sehinggakan ada di Melaka beberapa restoren yang mengiklankan makanan asam pedas mereka di Bukit China dengan tahap 'Super Pedas', 'Pedas' dan 'Kurang Pedas' kepada pelanggannya yang menikmati resepi asasm pedas disini. Peranan cili kering juga akan ber warna dan ia mampu menghasilkan warna yang menarik iaitu warna merah yang menyerlah pada masakan seperti kari atau tumisan. Dalam aspek penggunaan dimana tukang masak selalunya akan ambil keseluruhan cili kering yang di kisar menjadi serbuk atau pes untuk menambah atau mengimbangi rasa dalam pelbagai hidangan. Beberapa petua dari fakta tukang masak dakwa dimana ada jenis-jenis dan cara pilih dalam menggunakan cili kering bagi menentukan tahap kepedasan makanan. Di laporkan jika masak gunakan untuk hidangan yang memerlukan rasa pedas yang kuat seperti jenis cili kering Siam atau jenis cili kering Teja. Apa pun lazimnya boleh guna jenis Cili Kering Tidak Pedas yang mana ia sangat sesuai untuk masakan yang memerlukan warna tanpa terlalu pedas seperti cili kering kelantan yang kurang peda yang sesuai untuk masakan keluarga atau kanak-kanak. Jenis cili kering sederhana pedas seperti cili kering 668 sesuai untuk masakan yang tidak terlalu pedas seperti untuk makanan popia sira dan sambal ikan bilis. Cili kering di proses sehingga menjadi pes cili kering atau mudahnya dipanggil cili boh. Apa pun cara membuat cili kering bagi menghasilkan pes dengan merendam cili kering dalam air panas selama 20-30 minit. Bila lembut ia dikisar dengan blender dan air untuk mendapatkan pes yang halus dan pekat. Kini sudah banyak produk cili boh di pasaran dengan pelbagai jenama termasuk juga jenis 'Cili Giling' yang sesuai untuk banyak jenis masakan pedas. Ada petua untuk mengurangkan rasa pahit atau rasa pedas dari cili kering iaitu dengan membuang biji cili sebelum dikisar untuk mengurangkan rasa pahit atau terlalu pedas. Semuga artikel ini memberikan ilmu berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!!..
BANYAK DIIMPORT..DARI CHINA DAN INDIA...
MELAZATKAN MAKANAN... PEDAS RASANYA...
MEMBACA ARTIKEL.... MENARIK FAKTANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(10 Jamadilawal 1447H).





No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.