Support My Blog

Thursday, January 15, 2026

BAJA 'AB' DAN FAKTANYA

BAJA 'AB'
ialah nama di berikan bagi sejenis baja kimia iaitu berbentuk cecair dari dua komponen nutrien (A dan B) yang dibungkus berasingan untuk membekalkan nutrien lengkap kepada tanaman. Baja AB sangat popular di gunakan petani  terutamanya untuk sistem tanaman secara hidroponik dan cata tanam sistem fertigasi. Sebenarnya ada kepentingan teknikal dimana komponen A dan B tidak boleh dicampur terus kerana akan mendatangkan mendakan (kekurangan elemen) dimana kemudian ia dibancuh dengan air secara berasingan sebelum dicampur untuk kegunaan tanaman didalam cara menyediakan nutrien makro dan nutrien mikro penting untuk pertumbuhan tanaman dengan lebih sihat dan cekap. Secara umumnya dimana komponen Baja AB terdiri dari Jenis Baja A iaitu ia mengandungi nutrien utama seperti Kalsium (Ca) dan nutrien mikro seperti Ferum (Fe). Seterusnya Jenis 
Baja B pula ia mengandungi nutrien penting lain seperti Fosforus (P), Magnesium (Mg), Kalium (K) serta unsur surih lain seperti Manganese (Mn), Zink (Zn) dan beberapa lagi. Dipasaran dimana selalunya Baja AB adalah baja dua komponen (Set A dan juga Set B) yang digunakan untuk tanaman tertentu dan disesuaikan dengan umur pokok, varieti, jenis tanaman dan sebagainya. Baja AB amaat relevan dengan sistem Tanaman Secara Hidroponik dan Sistem Fertigasi dimana bahan ini juga ia perlu dibancuh berasingan dengan air bersih dalam dua tong berbeza untuk elak mendakan dan mesti dikacau sebati dan kemudian ia dibiarkan stabil sebelum digunakan untuk bekalkan nutrisi lengkap kepada pokok iaitu komponen nutrien seperti unsur NPK, Kalsium, Magnesium dan lain-lain. Apa [un perlu di jelaskan jika Baja AB ia adalah baja larutan pekat yang dibahagi kepada dua bahagian iaitu Set A (contohnya Kalsium Nitrat) dan Set B (contohnya sebatian fosfat dan sulfat + unsur surih lain) dimana kedua-dua set mengandungi nutrien penting (zat makro dan zat mikro) yang diperlukan pokok tetapi tidak boleh dicampur terus kerana akan berlaku isu mendakan (akan menjadi pepejal) dan tidak dapat diserap pokok. Baja AB boleh di beli bahan asas dan di buat sendiri untuk lebih menjimatkan dan dapat liputan lebih luas dan diubahsuai komponen nutriennya akan tetapi bagi pengguna kecil-kecilan sebaiknya membeli sahaja baja AB yang ada di jual di pasaran. Artikel petang Rabu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai baja AB untuk di jadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.


Ada banyak kursus bagaimana cara membuat Baja AB sama ada berbentuk kursus formal atau kursus secara atas talian dengan menonton Youtube, tiktok dan membaca artikel dalam blog. 
Cara dalam membuat baja AB ada beberapa peringkat dan proses selain memerlukan bahan asas, peralatan khusus dan juga kemahiran serta ketepatan lokasi. Pertama adalah bagaimana cara membuat Larutan Stok Baja AB mudah yang mana sesiapa belajar teori dan latihan amali atau hands-on pasti boleh membuatnya sendiri. Paling mudah dimana perlu disediakan dua tong berasingan seperti saiz tong 10L atau 20L) untuk diisikan dengan set baja Set A dan baja Set B. Kemudian disikan dengan air 
bersih separuh penuh ke dalam setiap tong. Bagi membancuj baja Set A caranya adalah dengan memasukkan semua bahan baja A (serbuk baja A) terus ke dalam tong A dan kemudian mesti dikacau sehingga sebati dan tiada butiran di dasar tong lagi. Sama juga dengan cara membancuh Baja Set B iaitu dengan memasukkan iaitu semua bahan baja Set B ke dalam tong B dan mesti juga ia di kacau menggunakan kayu yang berlainan sehingga sebati. Kemudian perlu di tambah air bersih lagi sehingga mencapai isipadu penuh dimana sebagai contoh untuk tong 10L atau 20L isipadunya dan dikacau sekali lagi. Perlu lakukan proses penstabilan iaitu dengan menutup bekas tong tersebut dengan kemas dan membiarkan larutan stok sehingga ia akan jadi stabil selama 24 jam sebelum digunakan untuk tanaman. Apa pun disyorkan dimana cara menggunakan Baja AB sebagai baja yang penting agar jangan pernah campur larutan stok A dan B terus kedalam tong dan terus digunakan tanpa ada proses penstabilan dan mesti di campurkan dengan dua tong berasingan. Baja Baja AB dilaporkan adalah baja cecair lengkap untuk tanaman, kelebihannya ia membekalkan nutrien seimbang, mudah diserap, cepat bertindak dimana ia sering digunakan untuk tanaman secara hidroponik atau untuk sistem fertigasi) dimana ia boleh digunakan semburan daun (foliar), namun kekurangannya ia memerlukan sukatan tepat, mudah tercemar jika tercampur salah, memerlukan ilmu dan juga pengetahuan dan mungkin kos sebenar adalah dijangka ia akan lebih mahal daripada cara menggunakan baja kimia biasa. Apa pun kelebihan Baja AB dilaporkan ia mampu memberikan nutrien lengkap dimana ia mengandungi unsur makro dan mikro yang seimbang untuk keperluan pokok. Baja ini boleh bertindak cepat iaitu ia dalam bentuk cecair dimana ini memudahkan penyerapan nutrien oleh akar atau daun. Baja ini adalah fleksibel dimana ia boleh digunakan untuk sistem hidroponik, fertigasi atau semburan pada daun (foliar). Ia boleh juga mengurangkan risiko berlebihan sebab sukatan boleh disesuaikan mengikut peringkat umur tanaman, masa, mengurangkan risiko rosak akar berbanding baja kimia granul.
Kekurangan Baja AB:Perlu Sukatan Tepat: Kesalahan sukatan atau campuran A & B boleh merosakkan tanaman (terlalu pekat atau tidak seimbang), Akan ada isu kesan pencemaran sebab bila ia dicampur salah (A & B tercampur sebelum dilarutkan) kesannya ia akan 'tergumpal' dan tidak dapat digunakan. Pengguna perlu ada ilmu pengethuan dan kemahiran serta peralatan yang lengkap dimana ilmu tentang dos dan jenis nutrien mengikut tanaman berbanding baja kimia asas sudah di ketahui. Apa pun memag kos awal ia mungkin lebih mahal pada mulanya berbanding baja kimia biasa akan tetapi kos jangka panjang bergantung kepada penggunaan.
Bagi penulis blog baja AB sangat berkesan untuk dapatkan pertumbuhan optimum kerana ia membekalkan nutrien secara seimbang dan pantas, tetapi memerlukan penjagaan dan pemahaman yang lebih teliti semasa penggunaan.


Beberapa sebab mengapa perlu gunakan baja AB adalah aspek kelebihannya mampu berikan jumlah nutrien lengkap kepada tanaman serta memberikan semua nutrisi yang diperlukan pokok dalam kadar seimbang. Cara penggunaan adalah mudah dimana ia sangat sesuai untuk sistem tanpa tanah (hidroponik, fertigasi) dan juga boleh disembur (semburan baja foliar) atau terus disiram kepokok. Jika ia di gunakan dengan betul maka ia akan membantu pertumbuhan lebih subur, menghasilkan buah, bunga dan sayuran lebih lebat kepada petani.

Cara PenggunaanBancuh Pati: Bancuh Pati A (dengan air) dan Pati B (dengan air) secara berasingan mengikut nisbah yang disarankan (contohnya 100L Pati A + 100L Pati B).
Campur: Ambil kuantiti Pati A dan Pati B yang telah dibancuh, kemudian campurkan ke dalam tangki air baja mengikut nisbah yang diperlukan (contoh 100L Pati A + 100L Pati B = 200L baja siap).
Guna: Siram atau semburkan pada tanaman.
Baja AB juga dikenali sebagai Baja XY seringkali digunakan dalam teknologi tanaman tanpa tanah seperti sistem fertigasi dan hidroponik kerana media tanamannya iaitu cocopeat atau rockwool yang seringkali digunakan dalam teknologi tersebut tidak terkandung kandungan nutrien berbanding yang ada di tanah campuran. Oleh itu, baja AB wajib digunakan kerana kandungan nutriennya yang lengkap. Namun, ia juga boleh digunakan untuk tanaman di batas.
Baja AB adalah sejenis baja kimia, tetapi ia adalah selamat untuk digunakan pada pokok berbanding racun serangga kimia.
Baja AB adalah hasil campuran pelbagai baja tunggal yang dicampurkan dengan jumlah tertentu sehingga membentuk baja AB yang lengkap.
Setiap baja A & baja B mempunyai unsur-unsur yang berbeza. Contohnya, baja A terdiri daripada campuran Kalsium nitrat & Ferum EDTA. Manakala, baja B terdiri daripada campuran Kalium nitrat, Mono-kalium hidrogen fosfat, Magnesium sulfat, Mangan sulfat, Asid borik, Zink sulfat, Kuprum sulfat dan Natrium molibdat.
Baja A dan Baja B apabila ia dalam bentuk pati yang pekat atau butiran, tidak boleh sama sekali dicampurkan dan perlulah disimpan di tong yang berasingan kerana akan menyebabkan kehilangan unsur fosforus akibat daripada kesan tindak balas kimia.
Baja AB lengkap dengan 12 unsur makro dan mikro nutrien yang diperlukan oleh tanaman dan ia membekalkan zat yang mencukupi untuk tumbesaran pokok yang sihat dan kuat. Oleh itu, tidak perlu lagi menggunakan baja buah bagi sayuran jenis berbuah.
Baja AB dijual dalam bentuk serbuk/butiran atau pati cecair. Bagi bentuk serbuk, ia perlu dilarutkan terlebih dahulu untuk dijadikan sebagai pati, kemudian dicampurkan dengan air mengikut nisbah tertentu untuk digunakan bagi tanaman mengikut keperluan dan usia pokok. Contohnya, apabila usia tanaman meningkat, kepekatan baja AB juga turut meningkat.
Baja AB yang tersedia dalam bentuk cecair adalah dalam bentuk yang mudah diserap oleh pokok iaitu dalam bentuk ion yang bercas positif dan negatif. Oleh itu, kesan penggunaan baja AB adalah sangat cepat dan menyuburkan pokok.
Baja AB terdiri daripada pelbagai jenis warna bergantung kepada sebatian dan campuran yang digunakan. Kebiasaannya, baja A berwarna kuning kerana terkandung unsur Ferum, manakala baja B berwarna biru kerana terkandung unsur kuprum. Ada juga yang berwarna putih bergantung kepada syarikat pengeluar masing-masing.
Baja AB diberikan kepada pokok sama ada dalam bentuk pengairan akar atau secara semburan foliar, bergantung kepada formulasi baja yang digunakan oleh setiap pengeluar.
Setiap pengeluar baja AB mempunyai formulasi campuran baja yang berbeza-beza. Oleh itu, kaedah dan cara penggunaannya juga berbeza bergantung kepada pengeluar.
Kepekatan nutrien bagi baja AB boleh diukur dengan menggunakan EC meter (unit: microsiemen) atau TDS meter (unit: ppm). Kebanyakan di Malaysia menggunakan bacaan EC, tapi boleh juga menggunakan bacaan TDS, cuma perlu ditukar ukuran unitnya untuk mendapatkan bacaan EC.
Stok baja A dan B perlulah disimpan di tempat teduh dan berbumbung untuk menjaga kualitinya.
Baja AB yang disimpan di tong yang berasingan hendaklah dikacau terlebih dahulu sebelum penggunaannya supaya tidak terjadi mendakan putih dan untuk penyerapan ion yang lebih berkesan.
Nak tahu lagi jenis-jenis baja yang terdapat di pasaran selain baja AB??
Jangan lupa untuk follow, like dan share page Faiz AB Goncang untuk perkongsian saya yang seterusnya tentang JENIS-JENIS BAJA YANG WAJIB ANDA TAHU UNTUK TANAMAN dan supaya anda tidak terlepas untuk mendapatkan pelbagai info berguna dan tips terbaik berkaitan tanaman anda.




Membuat tinjauan akan harga set baja AB di Malaysia ia adalah berbeza-beza bergantung kepada kuantiti dan jenama, lazimnya bermula dari RM5.80 untuk set pati kecil hingga lebih RM150.00 untuk set pukal 25kg. mengambil contoh Harga Baja AB dimana ia ada dijual di premis kedai pertanian atau kini sudah boleh di beli secara atas talian dengan ada banyak jenama. Beberapa contoh harga untuk set baja AB (pati atau cecair sedia guna) yang terdapat di pasaran Malaysia terutamanya melalui peruncit dalam talian seperti Lazada dan Shopee seperti iklan dimana bagi Set Pati Baja AB (500ml A + 500ml B) ada dijual semurah sekitar RM5.80 hingga RM9.80 bagi satu set (dua botol) dimana didakwa set ini menghasilkan jumlah larutan baja yang banyak apabila dicairkan. Ada juga Set Cecair Baja AB dengan ka[asiti 2 Liter (1L A + 1L B) yang guna jenama lain di jual dengan harga sekitar RM9.80 hingga RM21.00 seperti jenama
AB Leafy Hydroponics Fertilizer menawarkan pilihan dalam julat ini. Dalam tinjauan lain di laporkan bagi Set Cecair Baja AB 4 Liter (2L A + 2L B) dengan jenama RapidGrow pula ia ada menawarkan set ini pada harga sekitar RM26.90 satu set. Ada juga iklan Set Pati Baja AB Pukal (25kg) iaitu set besar baja AB dijual untuk fertigasi berskala besar berharga sekitar RM149.95 dimana set ini mengandungi komponen A dan B dalam bentuk serbuk atau pekat untuk dibancuh sendiri.
Harga ini adalah anggaran dan mungkin berbeza antara  







Apa Kandungan Baja AB Hingga Menyebabkan Tanaman Lebih Mudah Dan Cepat Membesar?
 
  

Baja AB mamang semua tahu akan kegunaanya. Ia adalah sejenis baja cecair yang digunakan kebiasaannya untuk tujuan tanaman secara fertigasi atau hidroponik oleh industri.


Namun akibat keberkesanan dan mudahnya menggunakan baja AB ni, kita yang berkebun secara hobi pun turut tidak lari menggunakannya. Yang paling menarik, ia bukan sekadar untuk kegunaan tanaman sayuran, malah nampaknya ada juga yang menggunakannya pada tanaman berbunga.

Tapi kenapa nama dia baja AB?

Wujudnya nama baja AB ini disebabkan oleh setiap satu baja mempunyai unsur yang berbeza. Dan setiap unsur tak boleh bercampur. Kalau dicampurkan ketika ia masih dalam bentuk butiran atau cecair pati, baja tadi akan kekurangan salah satu elemen penting yang diperlukan oleh tanaman. Kiranya baja tadi akan gagal fungsinya.

Adakah Baja AB ini adalah baja organik?

Jawapannya adalah tidak. Baja AB adalah terdiri daripada baja kimia namun ia tidak beracun seperti racun serangga perosak ya.

Apa kandungan baja AB?


 

Disebabkan kandungan baja yang berbeza, maka terhasillah warna nya ada yang biru, kuning, putih dan lain-lain.

Bagaimana cara bancuhan baja AB?

Baja AB ada yang dijual dalam bentuk butiran atau cecair. Kebiasaanya, dalam bentuk butiran ia perlu di larutkan untuk menjadi pati. Dari pati tadi baru lah dicampur bersama air mengikut nisbah tertentu untuk digunakan pada tanaman. Nak tahu cara dan teknik campuran tersebut, anda perlu bertanya kepada penjual terus. Sebab lain manufactured lain kaedahnya.
Ads






Tip pemberian baja fertigasi
1. Untuk mengelakkan pembaziran melalui larut lesap, beri lebih kerap dengan kadar yang kurang
2. Bagi banyak pada waktu pagi kerana pokok lebih aktif pada waktu pagi
3. Kepekatan baja adalah lebih rendah pada musim kering & sebaliknya tinggi pada musim lembab

Bagaimana menggunakan baja AB?
Ads


Selain penggunaan bagi tujuan fertigasi dan hidroponik, tanaman lain di perkarangan rumah pun boleh menggunakannya. Tak bermakna anda perlu membina sebuah sistem fertigasi atau hidroponik di rumah. tapi ada kaedah lain iaitu melalui siraman. Pati baja AB tadi perlu dilarutkan di dalam air. Gunalah besen atau baldi untuk membancuh.

Cara bancuh (cecair) :
# Anak pokok – 1ml A + 1ml B untuk 1 liter air.
# Pokok matang – 2ml A + 2ml B untuk 1 liter air.

Untuk siraman pada tanaman anda boleh melakukannya sekurang-kurangnya 2 minggu sekali. Tapi kalau ada kawasan atau batas yang baru dituai, sebelum tanaman lain disemai, sebaiknya anda siram dulu dengan air baja AB dan biarkan dalam tempoh 2 hari sebelum tanaman lain di semai. Baja tadi berupaya menyuburkan semula tanah dan membekalkan nutrient secukupnya untuk pertumbuhan tanaman

Kenapa perlu pilih baja AB?

1. Sebab baja diberi dalam bentuk mudah diambil oleh pokok
2. Baja boleh diberi tanpa pembaziran
3. Kecederaan pokok disebabkan baja boleh dielakkan
4. Menjimatkan
Baja AB adalah baja larutan pekat (Pati A dan Pati B) untuk sistem fertigasi/hidroponik, harganya bervariasi dari RM20 (set kecil/goncang) hingga RM140 (100L/Yara) atau lebih, bergantung kepada jenama, kuantiti, dan pembekal; ia mengandungi nutrien penting untuk tanaman, perlu dibancuh dengan nisbah tertentu (contoh 1 tutup pati A + 1 tutup pati B = 1 liter air), dan dijual merentas platform seperti Facebook dan Shopee Malaysia, bergantung kepada jenama dan kuantiti.
Apa itu Baja AB?Ia adalah baja cecair pekat yang terdiri daripada dua bahagian (A dan B) yang tidak boleh dicampur terus kerana akan mendakan nutrien, jadi ia perlu dibancuh dalam air mengikut nisbah yang betul sebelum diberi kepada pokok.
Digunakan secara meluas dalam kaedah fertigasi dan hidroponik (tanpa tanah) untuk membekalkan semua nutrien makro dan mikro yang diperlukan pokok.
Harga dan Pembelian:Harga: Berubah mengikut jenama, kuantiti, dan penjual. Contoh:Set Baja AB Goncang (kecil): ~RM20 (dengan promosi).
Baja AB 10L (Jenama Yara): ~RM35 (harga lama/boleh runding).
Baja AB 100L: ~RM140.
Ada juga yang lebih murah seperti 20L sekitar RM1.
Tempat Beli: Facebook, Shopee, dan platform atas talian lain.
Cara Bancuh (Contoh Umum):Campurkan 1 penutup pati A + 1 penutup pati B ke dalam 1 liter air.
Pastikan disimpan di tempat teduh dan bekas tertutup.
Ringkasnya: Baja AB ini penting untuk tanaman tanpa tanah dan harganya fleksibel bergantung kepada saiz yang dibeli.
Harga set baja AB di Malaysia berbeza-beza bergantung kepada kuantiti dan jenama, lazimnya bermula dari RM5.80 untuk set pati kecil hingga lebih RM149.95 untuk set pukal 25kg.

Contoh Harga Baja AB
Berikut adalah beberapa contoh harga untuk set baja AB (pati atau cecair sedia guna) yang terdapat di pasaran Malaysia, terutamanya melalui peruncit dalam talian seperti Lazada dan Shopee:
Pati Baja AB (500ml A + 500ml B): Kira-kira RM5.80 hingga RM9.80. Set ini menghasilkan jumlah larutan baja yang banyak apabila dicairkan.

Set Cecair Baja AB 2 Liter (1L A + 1L B): Kira-kira RM9.80 hingga RM21.00. Jenama seperti
AB Leafy Hydroponics Fertilizer menawarkan pilihan dalam julat ini.

Set Cecair Baja AB 4 Liter (2L A + 2L B): Jenama RapidGrow menawarkan set ini pada harga sekitar RM26.90.

Set Pati Baja AB Pukal (25kg): Set besar untuk fertigasi berskala besar berharga sekitar RM149.95. Set ini mengandungi komponen A dan B dalam bentuk serbuk atau pekat untuk dibancuh sendiri.
Harga ini adalah anggaran dan mungkin berbeza antara penjual dan lokasi.
Untuk membantu anda mencari pilihan terbaik, saya boleh menyenaraikan kedai atau jenama baja AB terbaik khusus untuk jenis tanaman yang anda usahakan (contohnya, sayuran berdaun atau berbuah). Apakah jenis tanaman yang anda tanam?


Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna untuk rujukkan pembaca blog anim agro technology semua. Wasallam!!!...
BAJA 'AB'...APAKAH BENDANYA...
JENIS A... UNSUR Ca DAN Fe ADA...
JENIS B... DICAMPURKAN SAHAJA...
POKOK SIHAT... BAJA TERSEDIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(24 Rejab 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...