Kalangan pemancing dimana Ikan Kenerak atau juga di panggil sebagai 'Goonch catfish' yang juga dikenali sebagai 'Giant catfish' adalah spesies catfish (ikan bermisai) berukuran monster yang ditemukan di beberapa daerah pegunungan di India, Nepal, dan lokasi berdekatan lainnya, termasuklah di Malaysia. Dilaporkan dimana walaupun keduanya dari spesies yang sama namun ikan yang dinamakan ikan kenerak, baung kenerak atau baung askar ini tidak sempat membesar tahap monster di Malaysia. Apa pun di peringkat antarabangsa di laporkan ikan kenerak juga dikenali dengan banyak nama seperti 'Giant devil catfish', 'Giant painted catfish', 'Killer catfish' dan juga dipanggil sebagai 'Sand shark'. Memang ikan berskala besar dan bergigi taajam ini mendapat nama jolokan ‘monster sungai’ kerana diukur yang ukurannya yang besar dan kecenderungan bersifat agresif. Namun kalangan pemancing masih sukar untuk mencari populasi tepat ikan ini di alam liar sebab jumlahnya semakin kurang. Memang agak kurang kajian dan penulisan mengenai ikan keenerak di laukan para saintis diman ini menyebabkan sangat sedikit yang diketahui tentang perilaku ikan monster ini di habitat liar yang dapat di analisa. Dilaporkan hasil pemerhatian nelayan sungai mendakwa jika ikan kenerak ini ia tidak hanya jenis ikan yang pemakan rakus akan tetapi ia juga sejenis ikan perenang yang sangat gagah dan lincah meskipun ukurannya besar didalam air. Bagaimana pun dilaporka taburan ini ia berada di beberapa negara termasik negara India dan Nepal dan juga terdapat di beberapa bahagian negara lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara termasuk di Malaysia dan Indonesia. Dilaporkan ikan kenerak ini suka mendiami sungai terutama di lokasi iaitu kawasan pegunungan yang besar dan jga menounyai jenis arus yang deras. Paling banyak ikan ini di jumpai direkodkan Great Kali River, Karnataka, India. Ada didakwa jika ramai pemancing yang telah cuba memancingnya melaporkan ikan ini selalu ‘mengunci’ diri mereka dalam posisi mereka sedemikian rupa sehingga sebenarnya amat sukar untuk menarik keluar dari dasar sungai sebaik saja tercangkok mata kail dimana ia menjadikannya sukar di buru. Satu kisan mitos dilaporkan dimana mereka dakwa ikan ini telah terlihat bertempur dengan buaya air tawar besar bahkan menyerang dan memakan manusia zaman dulu.
Memang penulis blog sendiri belum pernah membeli ikan kenerak ini walau pun lama tinggal di Pahang. Beberapa sumber laporkan jika harga ikan kenerak (atau disamakan dengan spesis ikan tengas atau ikan baca-baca) sangat bergantung kepada saiz dan musim tertentu dalam setahun. Apa pun jika ada kena dengan musimnya dilaporkan ia biasanya dijual antara harga runcit RM25 - RM35 sekilogram akan tetapi boleh lebih mahal berganda-ganda harganya apabila di luar musim atau jika saiznya lebih besar (berat seekor ikan mencapai lebih 2kg ke atas satu ekor) malahan dilaporkan ada yang harganya akan mencecah RM400 seekor untuk tangkapan besar. Ada kalangan peminat ikan air tawar yang sanggup membelinya untuk di makan dengan resepi popular termasuk Masakan Asam Pedas Ikan Kenerak atau di masak Kari Ikan Kenerak sahaja. Apa pun sebaik ikan ini di tangkap nelayan berebut para peminatnya 'booking' kepada nelayan sungai atau kaki pancing untuk membelinya menyebabkan ikan kenerak sukar memasukki saluran pasaran biasa. Apa pun banyak faktur yang menentukan nilai harga antaranya Faktur MUSIM dimana selalunya harga akan tinggi pada luar musim dan murah sedikit pada musim ikan banyak. Kedua adalah faktur SAIZ IKAN itu sendiri dimana untuk ikan kenerak bersaiz sederhana (kurang 1 - 2 kg seekor) maka saiz ini sangat popular dan mahal, manakala tangkapan besar (lebih dari 10 kg keatas seekor) maka ia boleh dijual dengan harga tinggi kepada peminatnya. Faktur RASA ENAK juga dimana ada kata ikan kenerak adalah lebih sedap daripada ikan baung jika pandai memasaknya menyebabkan harga ikan kenerak agak tinggi juga. Keempat adalah faktur DIMANA IKAN DI TANGKAP apabila selalunya Ikan Kenerak liar ditangkap dari sungai adalah harganya lebih tinggi iaitu jatuh dalam kategori Ikan Air Tawar Yang Istimewa dan Eksotik!.
Pernah penulis blog berpeluang dapat ujirasa makanan ikan kenerak di sebuah restoran di Jerantut, Pahang pada tahun 2017 semasa bertugas sebagai Pengarah Pertanian Negeri Pahang. Dalam membuat temubual dengan pemilik restoren (tempah khas) dan membuat temubual dengan penduduk tempatan masa itu dinyatakan resepi masakan Ikan Kenerak yang popular ialah Ikan Kenerak Gulai Asam Rong iaitu salah satu jenis hidangan tradisional Pahang terutamanya dari Jerantut, Pahang. Makanan ini ia menggabungkan iaitu ikan kenerak sungai dengan kuah gulai berasaskan asam gelugur (asam rom), kunyit, cili, dan daun kesum, dicampur dengan sayuran lain seperti terung (terung manggoi, terung pipit, terung bulat) dan pucuk paku untuk rasa masam, pedas, lemak, dan umami yang kaya, sungguh sedap dimakan dengan nasi panas untuk makan tengahari bersama rakan dan staff di Jerantut. Ikan kenerak segar yang didapatkan oleh kakitangan pejabat merupakan sejenis ikan air tawar yang popular di Jerantut masa itu pada musimnya. Ikan ini terkenal dengan isinya yang sedap dan sering menjadi pilihan utama untuk gulai asam rom. Di nyatakan dimana Asam rom (atau asam rong) merujuk kepada asam gelugur iaitu sejenis buah asam yang memberikan rasa masam unik pada kuah, berbeza dengan asam jawa. Ia sering digunakan bersama biji getah untuk menambah tekstur. Asam rong sangat masam dan di gabungkan dengan rasa pedas (dari cili padi), pedas (dari kunyit hidup), lemak dan umami. Resepi ini uniknya banyak di bubuh sayuran tambahan seperti sayur pucuk paku, daun kesing, daun keledek, kacang botol atau keladi juga sering ditambah. Cara memasak dimana bahan tumbuk (cili, kunyit, asam rom) dicampur dengan ikan, kemudian air dan daun kesum dimasukkan. Ini diikuti dimasukkan dengan sayuran apabila ikan hampir masak dan akan di tutup api sehingga semua bahan masakan sudah mesra. Pada pengalaman penulis blog dimana resepi ini adalah gulai ikan sungai Pahang yang masam-masam pedas dengan pelbagai sayuran kampung enak di makan waktu tengahari selepas membuat tinjauan projek pertanian di daerah Temerloh.
ALAT timbangan sentiasa dibawa untuk mengesahkan berat timbangan ikan yang berjaya didaratkannya. Bagi kaki pancing menjumpai lokasi-lokasi itu maka mereka jumpa lubuk untuk memancing ikan kenerak. Bukan mudah untuk dapat ikan dan memperdayakan ikan itu, sekali pun menggunakan umpan hidup. Misainya adalah deria utama ikan kenerak mencari mangsa untuk dimakan dalam keadaan air sungai yang keruh. Dia yang bekerja sebagai kontraktor berkata, teknik casting dasar menggunakan umpan tiruan dengan batu ladung bersaiz tujuh atau lapan sudah beberapa kali berjaya mendaratkan spesies ikan berkenaan. Dia berjaya menangkap kenerak lebih 10 kilogram (kg) baru-baru ini yang dijual pada harga RM400 dan rezeki ini menggembirakannya. Apa pun joran yang di gunakan iaiti Shimano Zodias dengan rel Shimano Melanium DC dan gewang dasar Zero 70F sudah banyak berjasa membolehkan seisi keluarga menjamah lauk ikan yang sukar ditemui pada masa ini. Kalau kebiasaannya dia dapat menangkap kenerak seberat 3kg dan dipancing hanya dalam tempoh beberapa minit dengan teknik casting di sungai berkenaan. Ikan kenerak tidak dijual di pasaran terbuka. Hanya kaki pancing sahaja berpeluang menikmati keenakan isinya apabila di masak kuning atau gulai asam pedas tempoyak (Sila lihat foto disebelah). Dia juga kemudian pergi memancing ke Sungai Pahang di Jerantut dan Temerloh untuk memburu Ikan Kenerak ini dan ‘jatuh cinta’ dengan penangan kenerak selepas memancing ikan itu di Sungai Pahang berhampiran rumah mentuanya di Kampung Teluk Sentang, Temerloh. Ikan kenerak gemarkan umpan cengkerik, anak ikan keli atau ulat lundi, namun dia lebih selesa menggunakan umpan dasar rapala dan dengan kaedah casting tanpa perlu menguruskan mata kail. Dia hanya mampu mendaratkan ikan kenerak seberat 1 hingga 2kg di sungai berkenaan. Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
IKAN AIR TAWAR... DI SUNGAI ADA...
HARGA MAHAL...BELI SUKARNYA...
BANYAK RESEPI... KENA UJIRASA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandaraya Melaka Bersejarah,
Melaka,
Malaysia.
(30 Jamadilakhir 1447H).






No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.