Beberapa langkan industri koko di Malaysia pada tahun 2026 sedang melalui fasa pemulihan dan proses pengembangan yang agresif untuk meletakkan semula negara sebagai hab utama koko di Asia. Terkini dijangka nilai eksport produk koko disasarkan mencecah RM10 bilion pada tahun 2026 selepas mencapai sasaran RM9 bilion pada tahun 2025 akan di jadikan sasaran terutama penanaman di Sarawak. Kerajaan telah memperuntukkan dana khusus untuk menyokong pekebun kecil seperti Program Agihan Anak Benih apabila ada sebanyak 1.1 juta anak benih koko berkualiti akan dibekalkan kepada pekebun kecil. Ada juga Program Pemulihan Kebun kooko dimana peruntukan sebanyak RM19 juta disediakan bagi tempoh 2024 hingga 2026 untuk penanam kokoiaitu di seluruh negara serta ada Program Meningkatkan Teknologi dan Baka Klon berkualiti tinggi seperti klon KKM 22 dan klon KKM 25 digalakkan untuk meningkatkan hasil. Dilaporkan terbaru harga biji koko global yang melonjak dan stabil menjadikan tanaman ini semakin kompetitif berbanding komoditi lain di sunia. Selain biji kering dilaporkan dikana ada produk hiliran seperti coklat tempatan melalui program usahawan Lembaga Koko Malaysia (LKM) membuka peluang besar dalam sektor PKS dan agropelancongan. Bagaimana pun industri tanaman koko di Malaysia masih menghadapi beberapa cabaran yang perlu di atasi seperti isu serangan penyakit seperti Penyakit Hawar Daun pernah melumpuhkan industri di kawasan seperti Raub, Pahang. Bagaimana pun kini disebabkan isu kenaikan harga global mendorong galakan baharu penanaman kooko dan program pemulihan kebun. Kerajaan melalui LKM terusn memberikan bantuan dalam industri ini terutama kepada sektor pekebun kecil dengan menyediakan benih berkualiti tinggi (klon), latihan dan juga sokongan teknikal dalam usaha meningkatkan keluasan tanaman koko di seluruh negara. Dilaporkan dimana tanaman dan industri koko di Malaysia mempunyai potensi masa depan cerah dan berikan pendapatan mapan apabila koko berpotensi menjadi tanaman strategik dengan pulangan lumayan dan jangka panjang di intergrasikan untuk nilai tambah terutama dalam hasilkan produk hiliran seperti coklat premium, kosmetik dan agrotourism.
Industri koko di Malaysia sama seperti industri komoditi lain seperti kelapa sawit, gratah dan kelapa terus memerlukan baka baru yang lebih baik untuk di tanam. Dilaporkan penggunaan klon berkualiti tinggi seperti Klon KKM 22 dan juga klon KKM 25 yang dibuat melalui cantuman baji sisi untuk memulihkan pokok lama terus giat dilakukan di seluruh negara. Dengan jumlah luas tanaman koko adalah sekitar melebihi 6,000 hektar dan dengan sasaran perluasan tanaman koko kepada seluas 10,000 hektar menjelang 2030 memang perlu menyediakan bahan tanaman (anak benih) dari klon premium untuk dapat memenuhi permintaan tinggi. Klon koko di Malaysia merujuk kepada varieti pokok koko yang dihasilkan melalui kaedah pembiakan vegetatif (seperti cantuman) untuk memastikan ciri-ciri berkualiti daripada pokok induk dikekalkan secara amalan seragam. Sehingga kini dilaporkan ada terdapat lebih daripada 50 jenis klon komersial yang telah didaftarkan dan ditanam di seluruh negara. Antara klon koko yang utama dan sering digunakan di Malaysia pada tahun 2026 di bahagikan kepada Jenis Klon Komersial Utama yang dipilih kerana mempunyai hasil yang tinggi, biji yang besar dan kualiti lemak yang baik iaitu pastinya Klon KKM 22 dan klon KKM 25. Ia adalah diantara varieti klon berkualiti tinggi yang aktiviti menanam klon ini semakin berkembang pesat terutamanya di Sarawak dan Sabah. Seterusnya ada klon PBC 123 dimana ia dikenali dengan buah berwarna merah dan merupakan salah satu klon yang sangat popular di kalangan pekebun. Bagi Klon QH 1003 pula ia di laporkan mempunyai ciri buah berwarna hijau dan sering ditanam secara komersial. Ada juga Siri Klon MCBC 1 hingga MCBC 11 iaitu dilaporkan ia siri klon yang sudah lama dibangunkan oleh Lembaga Koko Malaysia (LKM) dan ada beberapa yang di syorrkan seperti klon MCBC 11 yang mana ia merupakan kacukan Trinitario x Trinitario. Ada kelebihan dalam menanam benih klon koko berbanding dengan pokok hibrid koko (yang ditanam daripada biji benih) sebab pokok klon menawarkan beberapa kelebihan antaranya adalah isu keseragaman dimana semua pokok ini mempunyai kualiti hasil dan bentuk pertumbuhan yang serupa (biasanya tumbuh membentuk kipas). Kelebihan lain adalah isu ketahanan kes penyakit dimana ada banyak klon moden direka khusus untuk tahan terhadap penyakit utama seperti Vascular Streak Dieback (VSD). Ciri ketiga tentunya baka ini mampu berikan hasil yang tinggi serta mempunyai potensi pengeluaran biji yang lebih lumayan bagi setiap hektar.

Walau pun sudah di laporkan Sabah menyumbang kira-kira 73% daripada pengeluaran koko negara masa kini akan tetapi fokus utama memulihkan kebun sedia ada dan menambah kawasan penanaman melalui satuu program perladangan. Status Malaysia adalah pengisar koko ke-5 terbesar dunia tidak boleh terus bergantung kepada biji koko import dan Malaysia merupakan pengimport bersih biji koko dengan sebanyak 533,000 tan yang diimport berbanding pengeluaran tempatan hanya mencapai sebanyak 270 tan sahaja pada 2023. Apa pun dilaporkan hasil koko (kakao) di Malaysia terutamanya dari Sabah yang menyumbang hampir 40% pengeluaran negara, mengalami lonjakan harga drastik pada 2024 (RM20,000–RM27,000 per tan). Industri ini didorong oleh pengeluaran biji koko berkualiti, produk separuh siap dan coklat dimana cuma ada tiga negeri iaitu Sabah, Sarawak dan Pahang yang masih kekal sebagai pengeluar utama sedangkan negeri-negeri lain memang kurang peranannya. Secara ringkas dimana hasil koko Malaysia kini fokus pada kualiti premium (single-origin) dan pemprosesan hiliran bernilai tinggi. Potensi koko di Malaysia sangat cerah yang mana ia didorong oleh lonjakan harga dunia dan sumbangan pendapatan negara mencecah RM8.2 bilion terutamanya melalui eksport produk separuh siap. Industri ini juga dijangka akan meningkatkan pendapatan pekebun kecil dan komuniti yang menghidupkan semula tanaman ini. Industri koko kekal sebagai komoditi penting dengan sumbangan pendapatan negara meningkat sebanyak 5% kepada RM8.2 bilion yang disumbangkan oleh produk seperti lemak dan serbuk koko. Dalam program peningkatan kawasan tanaman koko dilaporkan LKM akan aktif melaksanakan Program Tanaman Baru Koko meningkatkan keluasan tanaman. Ada program menjadikan 'Sabah Hab Koko' sebab ia mencatatkan keluasan tanaman terbesar di Malaysia (3,572 hektar) iaitu merangkumi 58% daripada keseluruhan keluasan tanaman koko negara. Peranan Pekebun Kecil di Malaysia adalah penting sebab ada sebanyak 89% daripada keluasan tanaman koko negara diusahakan oleh pekebun kecil, menunjukkan potensi besar dalam meningkatkan taraf hidup luar bandar. Fokus semasa adalah memacu kelestarian rantaian bekalan melalui teknologi tinggi bagi memastikan industri kekal kompetitif dan menguntungkan.
Membuat analisis mengenai harga koko kering di Malaysia menunjukkan lonjakan ketara pada 2024 dan 2025 mencapai antara RM20,000 hingga melebihi RM37,000 setan metrik bergantung kepada gred dan lokasi. Pada awal 2025 dilaporkan dimana harga purata adalah sekitar RM36,000 - RM37,000 setan metrik dimana kes lonjakan ini didorong oleh peningkatan harga dunia yang tinggi. Maklumat Harga Koko Terkini (2024-2025) dimana purata harga biji koko kering telah meningkat kepada RM24,274 setan metrik pada 2024 berbanding RM10,073 pada tahun 2023 dan ia mungkin akan meningkat pada 2025 dan 2026. Menurut Portal Rasmi Lembaga Koko Malaysia pda 2025 harga purata biji koko kering gred SMC1 berada disekitar RM36,500 - RM37,100 setan metrik dimana harga koko dilaporkan mencecah RM23 hingga RM38 sekilogram (kg) di lapangan. Apa pun beberapa faktor kenaikan harga koko dunia dilaporkan telah naik sekitar 141%s pada 2024 dimana ia telah menjadikan koko sebagai komoditi berpotensi tinggi. LKM akan terus memantau harga harian di pusat-pusat jualan utama di Sabah dan Semenanjung khususnya yang akan di terima kalangan pekebun kecil. Dalam kes lain di laporkan dimana Malaysia merupakan sebagai salah satu daripada lima pengisar koko terbesar di dunia dan menawarkan pelbagai produk koko tempatan daripada jenama terkenal dan pengeluar khusus. Produk-produk ini merangkumi coklat, serbuk koko, dan mentega koko. Bagi produk coklat dan konfeksi buatan Malaysia sangat popular sebagai oleh-oleh dan untuk kegunaan peribadi iaitu dengan pelbagai perisa dan pembungkusan. Dilaporkan jenama Beryl's Chocolate juga ia adalah merupakan jenama coklat tempatan yang sangat terkenal dan meluas di Malaysia. Ia popular untuk pelbagai jenis coklatnya terutamanya produk perisa Tiramisu Almond. Jenama Alfredo Coklat adalah produk coklat tempatan yang premium buatan Malaysia yang dibuat menggunakan proses 'bean to bar' untuk mengekalkan rasa asli koko. Ia disahkan halal dan dipuji kerana rasanya yang sedap. Dalam kes lain di laporkan Produk Crispy Chocolate adalah satu lagi jenama coklat tempatan terkenal di Malaysia yang telah bertapak selama beberapa dekad untuk pasaran domestik dan eksport. Dalam pada itu produk serbuk koko dan minuman kooko
ada produk ini gunakan jenama tempatan yang menghasilkan serbuk koko untuk minuman dan kegunaan masakan. Ada juga produk 'Sedap Koko' dimana produk minuman koko ini adalah keluaran Bumiputera Muslim yang dikatakan lebih sedap daripada beberapa jenama popular lain dan mempunyai banyak khasiat. Bagi jenis produk koko asas lain dimana dalam industri koko tempatan juga menghasilkan produk asas seperti serbuk koko yang digunakan untuk membuat minuman, kek dan biskut. Malaysia juga mempunyai syarikat pengisar koko bertaraf global yang menghasilkan bahan mentah koko untuk pasaran domestik dan eksport. Syarikat Guan Chong Cocoa Manufacturer Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat pengisar koko terbesar di Malaysia dan keempat terbesar di dunia yang membekalkan produk koko asas kepada pengeluar utama.

Dalam portal bharian.com di laporkan kisah dimana 'Hasil kajian gandakan pengeluaran koko dijangka diperolehi dalam 2 tahun' berkaitan dengan artikel ini. Media laporkan dalam tempoh kira-kira dua tahun diperlukan Lembaga Koko Malaysia (LKM) untuk memuktamadkan hasil kajian bagi menggandakan pengeluaran tanaman koko, khususnya dari segi bilangan pokok yang boleh ditanam bagi setiap keluasan hektar. Ketua Pengarah LKM, Datuk Dr Ramle Kasin berkata usaha itu dilaksanakan bersama badan penyelidik antarabangsa yang berkongsi potensi teknologi dan teknik penanaman, dilapor mampu meningkatkan jumlah tanaman sehingga 6,000 pokok koko bagi keluasan satu hektar berbanding hanya 1,000 ketika ini. Menerusi hasil kajian itu kemungkinan bilangan tanaman per hektar dapat digandakan sehingga 2,000 pokok/ha di Malaysia sekiranya kaedah berkenaan sesuai dilaksanakan. Dalam kajian itu pihak LKM sedang membuat tentang petani boleh menanam dengan kepadatan sasaran sebanyak 6,000 pokok berbanding dengan kepadatan tanaman hanya sekitar 1,000 pokok sehektar di Malaysia. Apa pun setakat ini di percayai mungkin dalam 2,000 pokok sehektar boleh dicapai dengan sistem dan kajian yang siap dikaji. LKM dakwa nilai eksport industri koko negara setakat pertengahan tahun ini mencecah RM9.7 bilion, susulan peningkatan kepada RM4.9 bilion bagi eksport pada suku kedua berbanding RM4.8 bilion pada suku pertama tahun ini. Kini jumlah pengeluaran koko sepanjang tahun 2024 adalah 445 tan dan optimis eksport komoditi koko dapat mencapai sasaran RM15.06 bilion nilai eksport yang mungkin direkodkan pada 2024 terutamanya susulan harga pasaran koko yang semakin baik ketika ini. Ada isu kesan perubahan cuaca ekstrem dimana ia bukan hanya boleh menjejaskan penghasilan koko di Malaysia malah turut dialami negara pengeluar lain walau pun hakikatnya ia tidak menghalang usaha meningkatkan lagi keluasan penanaman koko. Ada usaha kerajaan mencadangkan penanaman koko di kalangan orang asli di Malaysia dan akan diletakkan pegawaiLKM serta kemudahan di situ untuk menggalakkan lebih ramai kalangan masyarakat Orang Asli dalam penanaman koko. Kes tantang harga koko dunia kini melonjak sehingga 141% dengan purata harga biji koko kering pada 2024 meningkat kepada RM24,274 satu tan berbanding hanya RM10,073 pada 2023 menjadi asas kempen penanaman koko di Malaysia oleh LKM. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NEGERI SABAH... PALING LUAS TANAMAN...
PIHAK LKM... BANYAK LAKASANA KEMPEN...
PELBAGAI PRODUK.. TERUS DI MAJUKAN...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(6 Syaaban 1447H).

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.