Makanan satar paling enak dimanan semasa panas lagi sebab aroma dan rasanya berbeza sedikit kalau ia dimakan sudah sejuk. Sebaaiknya ia di makan dari satar yang baru sahaja dibuat dan terus dibakar sebab penulis blog pernah makan di warung dimana rasa satar sudah kurang enak sebab ia mungkin sudah lama disimpan didalam peti sejuk atau sata sebelumnya yang di bakar semula sebab tidak laku. Mudah sahaja untuk dapat rasa satar baru dengan satar lama. Ada juga ujirasa dimana saiz satar yang di jual 'tidak berbaloi' membelinya sebab saiznya terlalu kecil atau isi ikannya macam kurang hanya rasa kelapa sahaja atau dibakar terlalu hangus yang menyebabkan rasa keaslian satar sudah hilang. Ini kerana satar yang enak dilaporka ia hanya menggunakan isi ikan laut seperti ikan selayang atau ikan kembung yang dihancurkan. Isi ikan ini dicampur dengan kelapa parut, bawang merah, bawang putih, halia, cili padi, garam dan sedikit gula untuk rasa manis-pedas yang seimbang. Adunan ini kemudian di kaut dengan sudu kedalam bungkusan bentuknya unik iaitu dalam daun pisang (ada jenis daun pisang khusus untuk membungkus satar iaitu daun piang Benggala) dan dibentuk menjadi kon kecil atau piramid. Penjual satar yang di sukai ramai disebabkan dia menjaga adunan dan paling penting bagaimana dia membakarnya. Beberapa ketul satar (selalunya 3-4 ketul) akan dicucuk pada sebatang lidi atau buluh panjang dilihat ia seperti 'sate gergasi' dan dipanggang di atas bara api. Proses membakar ini sangat kritikal bagi menentukan is didalam satar yang di balut daun pisang iti 'tidak menta' atau 'terlalu hangus' sebab semasa membakar ini ia memberikan aroma wangi daripada daun pisang yang layu dan rasa berasap (smoky) pada isi ikan. Apa pun tekstur dan rasa satar ia sedikit pejal tetapi lembut di dalam, manakala rasanya adalah gabungan rasa manis ikan, lemak kelapa dan penulis blog memang suka ada kepedasan cili padi dan rempah. Apa pun sebenarnya selain versi bakar tradisional, kini terdapat juga variasi moden seperti satar goreng (tanpa daun pisang) dan popia satar. Kawasan yang paling terkenal dengan penghasilan satar yang sedap adalah di daerah Kemaman dan Kuala Terengganu.
Sudah banyak inovasi mengenai makanan satar ini di lakukan dimana sudah ada beberapa jenis makanan satar ikan yang di tambahbaik kualitinya dan kepelbagaiannya serta teknologinya. Antara inovasi adlah mengenai jenis ikan di gunakan, cara mengadun dengan mesin, cara dan alat pembakaran digunakan dan juga cara penyimpanan satar agak tahan lama. Jenis ikan yang digunakan penting dimana jenis ikan selar, ikan kembung dan ikan selayang di laporkan antara ikan yang enak dan kos efektif. Cara pembungkusan satar tradisional memang ia menggunakan daun pisang tetapi kini sudah ada satar yang di bungkus denga kulit popia yang murah, mudah dan kelihatan lebih komersil di peringkat antarabangsa. Dalam aspek variasi jenis perisa sudah ada cara menambah kelapa parut, sambal atau sos yang di pelbagaikan walau pun satar yang paling asas adalah satar tradisional dari Terengganu iaitu campuran ikan, kelapa parut, rempah, dibungkus daun pisang dan dibakar akan tetapi ia kini ada juga versi moden seperti satar popia dan satar roll yang mudah di beli dalam paket sejuk beku. Jenis satar tradisional yang berdasarkan bahan dan cara penyediaan lazimnya akan di bungkus dengan bahan daun pisang tetapi kini satar popia sudah popular dikalangan masyarakat Malaysia. Makanan berkhasiat ini dibuat dari bahan iaitu campuran daging ikan, kelapa parut, lada, bawang, dan halia, dibalut daun pisang dan dicucuk seperti sate imana ia kemudian dibakar atau di panggang. Satar Roll adalah jeis makanan satar dibalut dalam daun pisang dan dibakar diman aia akan menghasilkan tekstur lembut dan aroma unik. Apa pun ada beberapa variasi rempah yang akan dugunakan sepeti menggunakan beberapa jenis sambal atau rempah lain untuk kelainan rasa. Selain rasa asli dari ikan ada juga beberpapa perbezaan utama terletak pada kreativiti oleh para pembuatnya untuk menghasilkan tekstur dan gabungan rasa yang berbeza-beza. Bagi penulis blog dimana produk Satar Popia kini adalah produk satar yang paling praktikal sebab sudah banyak satar popia sejuk beku yang dijual di pasaraya, pasar tani, pasar makam dan kedai-kedai runcit juga. Satar popia ini adalah satar versi moden yang menggunakan kulit popia dan bahan segar dan ia sesuai disajikan dengan sos lazat dimana di makan untuk sarapan pagi, hidangan mesyuarat atau untuk minum petang juga. Satar Popia adalah kudapan unik dari Terengganu dimana ia menggabungkan inti satar ikan (ikan rebus, kelapa parut, serai, bawang, cili, asam jawa) ke dalam kulit popia dan digoreng rangup, menghasilkan gabungan rasa manis, masam, pedas, dan lemak yang sedap, sering dinikmati untuk minum petang atau sarapan bersama sos pencicah pedas. Resepi umum membuat satar popia adalah bahan-bahan seperti inti isi ikan selayang atau ikan kembung yang direbus dan dibuang tulang, kelapa parut putih dan di masak dengan bawang merah, bawang putih, halia, serai, cili api, air asam jawa, garam, gula dan sedikit tepung jagung untuk mengikat. Cara membuatnya dengan menyediakan inti satar dengan menumbuk atau kisar semua bahan inti hingga sebati dan kemudian masak sebentar di kuali sehingga kering sedikit. Proses membungkus Satar Popia dengan sudukan inti satar ke atas kulit popia dan kemudian ia di lipat tepi dan gulung. Lekatkan hujung dengan bancuhan tepung gandum dan boleh terus digoreng atau di susun untuk disimpan dalam freezer. Bagi memakannya makan ia di goreng dalam minyak panas sederhana hingga keemasan dan rangup dan di toskan untuk di hidangkan. Bagi penulis blog paling sedap adah memakannya semasa popia satar ini masih panas-panas bersama sos pencicah klasik yang dibuat dari bahan cili kering, gula, cuka dan air asam. Memang enak makan satar popia iaitu gabungan rasa ikan, kelapa dan rempah ratus dengan sedikit rasa asam. Apa pun kena goreng dengan tepat agar kulit popia rangup di luar dan inti popia lembut di dalam.
Harga satar ikan tradisional adalah dijual ia berbeza mengikut jenama dan penjual serta faktur kuantiti akan tetapi lazimnya ia dijual dengan harga sekitar RM10 untuk 1paket ada 10 cucuk (RM1.00 satu biji). Dalam tinjauan lain ada yang dijual dengan harga RM16 sepeket (mengandungi sebanyak 24 biji satar) bagi jenis satar yang segar dibalut dengan daun pisang. Bagaimana pun kajian menunjukkan jika satar balut daun pisang yang sudah dibakar berharga RM4.00 satu cucuk di Warung Fadly Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang. Beberapa warung lain yang ada menjual satar popia sejuk beku juga dijual dengan harga runcit sekeping mungkin sekitar RM4 yang bergantung pada lokasi seperti Terengganu (asli) atau Johor Bahru. Ada pul ayang menjual satar dengan harga RM10 untuk 10 cucuk (10pcs) atau RM1 satu biji jika membeli dengan jumlah yang banyak. Ada paket menjual satar dengan harga RM16 untuk 24pcs khususnya jenis satar popia untuk di goreng dengan minyak panas berlainan dengan satar ikan tradisional yang perlu di bakar atau di panggang. Dalam pada itu di laporkan harga purata satar adalah RM4.00 untuk sekeping iaitu daripada beberapa jenis satar lain. Apa pun harga ini akan dan boleh berubah dan mungkin lebih murah atau mahal bergantung kepada promosi atau tempat jualan (gerai tepi jalan, pasar, atau pesanan dalam talian). Penulis blog memang sering membeli satar popia beberapa paket sejukbeku untuk di simpan dalam freezer dirumah dengan meminati beberapa jenama seperti foto disebelah. Kalau ada tetamu makanan ini mudah disediakan dan ada beberapa produk sejukbeku lain yang sentiasa disimpan dalam freezer termasuk karipap sejuk beku, roti canai sejukbeku, kuah mee bandung Makpon Muar sejukbeku, kueh pau Mira dan beberapa jenis lagi.
Dalam akhbat bharian.com dilaporkan kisah bagaimana 'Sata ikan laku keras dengann 1,000 cucuk terjual sehari' di Putrajaya wajar dikongsikan. Raman tidak menyangka jika sata ikan yang dahulu ia merupakan makanan ringan tradisional asal Terengganu mendapat permintaan tinggi di Bazar Ramadan Precint 3. zini berikutan tidak ramai yang menjual makanan ringan tradisional itu di bazar Ramadan tersebut menyebabkan perniagaan yang diusahakan Muhammad Nazry Zainal (30) yang kini menjadi sasaran pengunjung berikutan jualan sata ikan yang sejak mula diusahakannya mampu terjual sebanyak 1,000 cucuk hanya dalam tempoh empat jam. Apa yang penting dalam pembuatan sata ikan adalah inti ikan yang banyak selain ramuan kelapa dan cili serta cara membakar untuk membuatkannya lebih sedap. Dia yang telah menjalankan perniagaan di bazar Ramadan berkenaan sejak lapan tahun lalu memaklumkan, sata ikan itu dijual pada harga berpatutan iaitu RM3.50 bagi setiap cucuk. Apa yang dia jual adalah untuk bagi kepuasan kepada pelanggan agar untung tidak banyak tetapi ramai yang membeli. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMA SATAR... MAKANAN TRADISIONAL IA...
ISI IKAN SEGAR... DICAMPUR JUGA KELAPA...
BALUT DAUN PISANG...TIGA SEGI BENTUKNYA...
ENAK DIMAKAN... AMAT BERKHASIAT PULA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Room 606, Hotel Megaview,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(17 Rejab 1447H).
Dalam akhbat bharian.com dilaporkan kisah bagaimana 'Sata ikan laku keras dengann 1,000 cucuk terjual sehari' di Putrajaya wajar dikongsikan. Raman tidak menyangka jika sata ikan yang dahulu ia merupakan makanan ringan tradisional asal Terengganu mendapat permintaan tinggi di Bazar Ramadan Precint 3. zini berikutan tidak ramai yang menjual makanan ringan tradisional itu di bazar Ramadan tersebut menyebabkan perniagaan yang diusahakan Muhammad Nazry Zainal (30) yang kini menjadi sasaran pengunjung berikutan jualan sata ikan yang sejak mula diusahakannya mampu terjual sebanyak 1,000 cucuk hanya dalam tempoh empat jam. Apa yang penting dalam pembuatan sata ikan adalah inti ikan yang banyak selain ramuan kelapa dan cili serta cara membakar untuk membuatkannya lebih sedap. Dia yang telah menjalankan perniagaan di bazar Ramadan berkenaan sejak lapan tahun lalu memaklumkan, sata ikan itu dijual pada harga berpatutan iaitu RM3.50 bagi setiap cucuk. Apa yang dia jual adalah untuk bagi kepuasan kepada pelanggan agar untung tidak banyak tetapi ramai yang membeli. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMA SATAR... MAKANAN TRADISIONAL IA...
ISI IKAN SEGAR... DICAMPUR JUGA KELAPA...
BALUT DAUN PISANG...TIGA SEGI BENTUKNYA...
ENAK DIMAKAN... AMAT BERKHASIAT PULA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Room 606, Hotel Megaview,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(17 Rejab 1447H).
Posted from:
Room 301, Double Boutique Hotel,
Gong Badak, Terengganu.
Sempena Melancong Tahun Baru 2026!.






No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.