Support My Blog

Thursday, January 22, 2026

KELADI DI MAKAN VS KELADI HIASAN

DI MALAYSIA memang terdapat pelbagai jenis keladi yang boleh dimakan dan ada juga keladi yang berbahaya jika dimakan (beracun) atau jika ia disentuh atau dimakan tanpa kaedah memakan yang betul. Bagi penulis blog memang ujud kes dimana ada beberapa perbezaan antara keladi yang boleh dimakan dan yang tidak boleh dimakan. Pertama dimana bagi Jenis Keladi yang Boleh Dimakan dimana jenis keladi ini jenis ini biasanya ditanam untuk diambil bahagian iaitu hasil ubi (umbisi), batang atau bahagian daunnya sebagai bahan masakan. Sebagai contoh di mana Jenis Keladi Cina atau Jenis Keladi Pinang (Colocasia esculenta) adalah jenis yang boleh di makan dan di tanam secara komersil di Malaysia dan memang ia popular dijual di pasaran dari kedai runcit, pasar malam sehingga ada di jual di pasaraya. Selalunya jenis keladi ini mempunyai saiz umbisinya yang lebih besar serta ia bertekstur empuk (mempulur) dan sering digunakan dalam beberaa jenis masakan antaranya di goreng, buat pengat, ubi rebus atau dibuat kerepek keladi (paling saya minat memakannya). Jenis Keladi Mawar pula bagi peulis blog memang sangat enak di makan dan berkhasiat dimana ia memang mempunyai aroma yang wangi apabila dimasak dan ubinya berwarna sedikit kemerahan atau merah jambu. Ada juga Jenis Keladi Telur dimana saiz ubinya lebih kecil dan bulat yang penulis blog suka beli dan memakannya dimana ia sering direbus dan dimakan bersama kelapa parut. Seterusnya ada Jenis Keladi Kemahang yang popular di Pahang dan Perak dimana hanya bahagian daun dan batangnya sering dijadikan masakan tradisional seperti masak gulai masam dan masak lemak cili padi seperti di Jeratut, Kuala Lipis dan di Lenggong, Perak. Kelima keladi yang boleh di makan adalah Jenis Keladi Keladi Udang diana ia mempunyai batang berwarna kemerahan dimana bahagian ubi dan batangnya boleh dimakan tetapi perlu dimasak dengan betul untuk mengelakkan gatal. Saya ada menulis beratus artikel mengenai keladi  dalam blog ini yang boleh di rujuk dan di baca untuk mendapatkan ilmunya. Artikel kali ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya bincang mengenai jenis-jenis keladi yang boleh di makan dengan jenis-jenis keladi hiasan yang mahal tetapi ia tidak boleh di makan untuk bahan rujukkan semua.


Terdapat jenis-jenis keladi yang Tidak Boleh Dimakan sama ada ianya sah ia  Beracun atau merbahaya jika di makan atau kegunaannya hanya sebagai  Tanaman Hiasan (ornamental plants) sahaja ealau pun nilainya selalu lebih mahal daripada jenis keladi boleh di makan. Kajian mendapati jika kebanyakan keladi hiasan mengandungi bahan yang di kenali sebagai Kalsium oksalat yang tinggi dalam bentuk kristal tajam (raphides) yang boleh menyebabkan kegatalan melampau, membengkak lidah dan boleh menyebabkan kesan serius seperti berlaku kesukaran bernafas jika tertelan. Mungkin ada ramau yag pernah degar akan Jenis Keladi Birah (Alocasia macrorrhizos) yanng mana ia sering tumbuh liar dan saiznya boleh menjadi sangat besar. Getahnya sangat gatal dan boleh menyebabkan keradangan kulit yang serius jika disentuh dan menjadikan kes tidak selesa sehingga ada orang yang memerlukan perawatan doktor. Paling popular jenis keladi yang tidak boleh di makan ada Jenis Keladi Hiasan (Caladium) dimana cirinya ia selelu akan mempunyai warna daun yang cantik seperti berwarna merah, putih, hijau neon atau kombinasi banyak warna yang cantik di lihat mata. Apa pun dilaporkan kebanyakan jenis keladi hiasan ini memang ia sangat beracun terutama  kepada kanak-kanak. orang dewasa yang ada alahan dan haiwan peliharaan jika digigit, disentuk, diramas atau dimakan. Bagaimana pun ia ada banyak di jual di nurseri sebagai tanaman hiasan daripada jenis yang murah sehingga jenis yang mahak sehingga harga mencecah ribuan malah puluhan ribu ringgit sepokok (Sila lihat foto disebelah sepokok berharga RM1,800 di Shoopee). Ada juga Jenis Keladi Rimba atau di namakan juga sebagai Jenis Keladi Ular dimana jenis kelai ini selalunya ia tumbuh liar di kawasan hutan atau paya. Jenis keladi ini selali ia mempunyai warnanya gelap atau bercorak unik tetapi tidak sesuai untuk dimakan yang menyebabkan acaman kesihatan walau pun cuba di proses.


Dalam portal bharian.com dilaporkan kisah 'Harga keladi RM38,000 sepokok' iaitu pokok keladi hiasan dari spesies kacukan dari Thailand dinamakan Colocasia midnight antara yang mahal di jual. Pokok keladi lazimnya tumbuh di hutan akan tetapi ia kini diletakkan di ruang istimewa untuk hiasan dalaman dimana bertujuak iaitu selain kewujudan ribuan spesies termasuk jenis hibrid atau kacukan menyebabkan nilainya begitu tinggi. Pokok keladi ini jug amencapai satu kegemilannya apabila ia pernah diletakkan harga direkodkan RM38,000 sepokok iaitu dari spesies kacukan jenis Colocasia midnight (Typhonium trilobatum). Ia didakwa juga mempunyai sumber ubatan yang dikenali sebagai Keladi Tikus sebagai mengubati penyakit kanser. Jenis keladi berharga kayangan itu dimiliki pasangan suami isteri bernama Zaini dam Mohd Saad yang tinggal di Kampung Seberang Marang, Terengganu dilaporkan yang awalnya dibeli dengan harga RM18,000 dan kemudian dijual RM38,000 sepokok. Keladi itu berharga mahal disebabkan ia spesies jarang dijumpai dan hasil kacukan dibeli dari Thailand. Dilaporkan tanaman eksotik daripada keluarga tumbuhan monokotiledon ini ia juga dijadikan makanan ruji dimana selain itu ia bermanfaat untuk tujuan perubatan yang belum diteroka sepenuhnya. Menurut kajian setakat ini dilaporkan sudah ada sebanyak 5,430 spesies keladi daripada 118 genus tanaman itu dengan pelbagai corak dan warna dikenal pasti di seluruh dunia. Daripada angka itu dikenapasti sebanyak 1,500 spesies tumbuh di Asia dan di Semenanjung Malaysia sudah ditemui 146 spesies keladi terdiri daripada 28 genus. Apa pun daripada keseluruhan 146 spesies itu dilaporkan hanya 29 spesies adalah jenis endemik yang tiada di tempat lain. Menurut pakar Ekologi dan Taksonomi Tumbuhan, Fakulti Sains Bumi Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Dr Zulhazman hasil penyelidikannya sudah mengenal pasti sebanyak 57 spesies keladi melalui puluhan tapak di Malaysia termasuk di Kelantan, Pulau Pangkor, Perak dan di Sekayu, Terengganu. Apa pun dia dakwa ada banyak manfaat, keunikan dan juga ciri keistimewaan daripada pelbagai spesies keladi. Ini kerana dakwanya selain sebagai pokok hiasan, ada beberapa spesies keladi mempunyai khasiat untuk perubatan. Ia sudah pun  dibuktikan melalui penyelidikan makmal yang diterbitkan dalam jurnal berimpak tinggi untuk kajian dan tindakan selanjutnya dalam beberapa tahun akan datang.


Dalam pada itu di laporkan Jenis Keladi Tikus (Typhonium trilobatum) yang dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh pedagang China beberapa abad lalu sebagai ramuan ginseng juga menjadi sebahagian sumber mengubati kanser secara semula jadi. Dia laporkan yang spesies Typhonium trilobatum ini ada potensi sebagai sumber ubatan yang dikenali sebagai Keladi Tikus sebagai mengubati penyakit kanser.  Pokok keladi boleh menyembuhkan luka, dipercayai membantu mengubati gout dan kanser paru-paru, payudara, prostat, hati, rektum, pangkal rahim dan buah pinggang. DIlaporkan sejak zaman dahulu orang lokal sudah menggunakan kulit batang keladi Alocasia longiloba atau 'jenis keladi candik untuk membalut luka. Hasil beberapa penyelidikan di makmal mendapati sebatian kimia dalam keladi itu boleh menghentikan pendarahan. Apabila memakan dua biji keladi candik berwarna merah pada waktu pagi, tengah hari dan malam dipercayai ianya juga boleh membantu mengubati gout. Daripada laporaj kajian pelajar Ijazah Sarjana UMK mendapati keladi spesies Alocasia puber tumbuh di dalam air yang mana ia berperanan sebagai penapis air semula jadi dan menyerap logam berat seperti zink dan di UMK kajian lanjut mengenainya masih dijalankan. Ada juga dilaporkan UMK di peringkat akhir menghasilkan produk perubatan daripada ekstrak keladi bagi memanfaatkan sumber alam semula jadi ini dengan penekanan kepada inovasi hijau. Dalam pada itu di nyatakan ada Jenis Keladi Memanjat (Scindapsus pictus) yang dilaporkan ia sesuai untuk dijadikan tumbuhan hiasan dalaman di ruang rumah, pejabat dan hotel. Kajian pihak UMK juga dapati ada menemui tiga spesies baharu keladi beberapa tahun lalu di Kelantan iaitu di kenali sebagai Jenis Homalomena kualakohensis, Homalomena stongensis serta Alocasia farisii. Kemudian dinamakannya bersempena nama Sultan Kelantan iaitu Sultan Muhammad V atau Tengku Muhammad Faris Petra. Dilaporkan jenis keladi bersifat versatil dan terserlah apabila turut dijadikan UMK iaitu sebahagian sumber makanan ruji masyarakat di seluruh dunia. Apa pun dinyatakan keladi sesuai dijadikan sebagai makanan termasuk spesies Keladi Cina (Colocasia esculenta) atau turut dikenali dengan pelbagai nama seperti keladi pinang, keladi batang putih dan keladi tapak badak disebabkan variasi daun dan batang sebahagian daripada ciri-cirinya. Dilaporkan di Bangladesh keladi dijadikan ulam-ulaman. Hidangan sayur lemak keladi misalnya sesuatu yang biasa dalam kalangan masyarakat Melayu sebab bukan semua keladi sesuai dimakan iaitu ada kumpulan jenis keladi yang merbahaya iaitu seperti jenis Diffenbachia dari Afrika boleh menyebabkan alahan sangat teruk. Kini ada pelbagai spesies keladi itu banyak ditanam di halaman rumah sebagai tanaman hiasan dan selain tujuan untuk membiaknya dalam kebun getah. Apa pun bagi spesies di kebun tidak digalakkan ditanam kerana ada getah berwarna putih menyebabkan alahan teruk kepada individu mempunyai kulit sensitif.  Mengulas 'kegilaan' ramai terhadap keladi sebagai perhiasan katanya, sebagai pengkaji beliau gembira melihat perkembangan ini sekali gus dimana kini sudah ada lebih ramai cakna mengenai pelbagai spesies keladi. Pokok keladi membekalkan oksigen, menyerap karbon dioksida, selain keunikan dan kecantikannya menyuntik nilai estetika serta dapat mengurangkan tekanan. Bagi spesies keladi yang memanjat seperti scindapsus pictus sering dijadikan tumbuhan hiasan pilihan termasuk di hotel dan kediaman.  


Beberapa laporan menyatakan jika ada beberapa jenis keladi yang tular yang mana ia kebanyakannya dihasilkan di China menggunakan kaedah kacukan (plant breeding) iaitu dikembangkan melaui teknologi  tisu kultur (Tissur Culture - TC) bagi mencantikkan warna daun dan batangnya (Sila lihat foto disebelah). Bagi penulis blog teknologi membuat kacukan silang melalui TC merupakan sangat relevan untuk mendapatkan pokok keladi hiasan yang sangat menarik. Dilaporkan dimana diantara spesis yang di biakbaakan adalah dari jenis Alocasia, Aglaonema, Colocasia dan Schismatoglottis dimana baka ini juga memerlukan penjagaan teliti kerana dibiakkan melalui kaedah itu. Kini spesies kacukan keladi ini sangat sensitif dan tidak tahan kepada penyakit malah jangan banyak terdedah pada matahari dan perlu dikendalikan dengan cermat ketika dipindahkan untuk elak akar rosak dan layu. Berlainan dengan jenis keladi asli menarik dari segi urat daun dan bentuknya tetapi warnanya, tidak begitu 'meriah' seperti keladi kacukan dimana kbanyakannya hanya mengandungi campuran warna hijau, kuning dan putih. Disyorkan saintis agar diharap spesies keladi liar di negara ini dapat dijaga supaya tidak mengalami kepupusan. Memang ada spesies keladi lokal iaitu Alocasia reginula yang endemik dari Borneo dan kali pertama jenis ini ditemukan di Tabin, Lahad Datu, Sabah dimana di laporkan ia  kini sudah pupus di tempat asalnya akantetapi banyak dijual di tapak semaian pula. Dilaporkan ia hampir pupus kerana sudah diambil orang kampung sebagai pokok hiasan dan ada nurseri biakbaka dengan cara menggunakan kaedah tisu kultur serta dikomersilkan. Ada beberapa nurseri yang meunyai lebih 100 spesies pokok keladi antaranya Jenis Mojito, Topeng firaun, Black coral, Frydex, Sila gold, Monsawang, Jazz, Cat tumpah, Albino, Karipap, Keris dan Ramlah pink untuk di pasarkan. Pihak nurseri dakwa pada awalnya hanya beli 10 anak keladi berharga RM18 hingga RM20 sepokok dan dibiakkan. Jenis mojito boleh mencecah RM2,500 sepokok yang mana ia dilapor mampu menjana pendapatan RM300 hingga RM800 sehari. Semakin ramai menggilai pokok keladi hiasan di seuruh negara dan ada peminatnya sanggup membeli mengikut kemahuan dan keluarkan wang. Apa pun di laporkan dimana penjagaan ia pokok keladi hiasan paling mudah ditanam, dibiakan dan dijaga. Semug artikel ini memberi maklumat berguna kepada seua para pebaca blog technology kali ini. Wasallam!!!...
POKOK KELADI..MEMANG PELBAGAI ADA...
BOLAH DI MAKAN... ADA YANG MERBAHAYA....
POKOK HIASAN... TISU KUKTUR BIAKBAKA...
HARGA MAHAL... MEMBELI SEBAB SUKA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(24 Rejab 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...