Support My Blog

Saturday, January 31, 2026

KULIT LEMBU DAN FAKTANYA

KULIT LEMBU (Cowhide)
 adalah lapisan luar tubuh lembu yang telah disembelih dan kemudian ia diproses untuk pelbagai kegunaan daripada dijadikan sebagai sejenis sumber makanan tradisi sehinggalah kepada bahan dijadikan pelbagai produk dalam industri kulit dan pembuatan barangan mewah.  Ada dua kegunaan utama kulit lembu di seluruh dunia iaitu yang pertama Kulit Lembu Sebagai Sumber Makanan dimana ia di jadikan belulang atau Lulang (kulit lembu kering) terutama di Malaysia dan Indonesia. Ini kerana kulit lembu dikenali dengan nama tradisi seperti Jangek, Belulang atau Lulang. Selalunya kulit lembu segar akan diproses dahulu melalui beberapa peringkat bermula dengan membakarnya bagi membuang bulu dan diikuti dengan merebus lama iaitu sehingga lembut dan paling utama adalah kerja mengikis lapisan lemaknya sebelum di jemur sehingga kering atau ia boleh terus dimasak. Bagi penulis blog di kampong duu memang menunggu-nungu akan kulit lembu (selalunya hanya akan ada semasa Hari Raya Qurban) apabila kulit lembu tersebut di agihkan untuk di makan. Penulis blog paling suka makanan dari kulit lembu adalah resepi Masak Lemak Cili APi, Sambak Kulit Lembu atau Sambal Taun dan paling popular di Indonesia di buat Keropok Kulit Lembu. Makanan jenis ini dilaporkan sangat
 kaya dengan protein dan kolagen. Kedua mengenai kegunaan kulit lembu adalah ia dijadikan Sebagai Bahan Industri (Leather) dimana kulit lembu dianggap antara bahan yang paling tahan lama dan berkualiti tinggi dalam industri pembuatan berasaskan kulit. Ada banyak jenis produk barangan di buat dan ia digunakan untuk menghasilkan kasut, beg tangan, tali pinggang, baju jaket dan kemasan perabot. Dalam industri kulit dimana produk dari terutama bagi jenis Kulit Lembu signifikan dalam dunia fesyen dan aksesori iaitu dijadikan kasut, beg, dompet, tali pinggang, jaket, sarung tangan. Dalam industri perabot pula kulit di proses menjadi pelapis sofa, kerusi, kusyen dan perabot kulit lain. Dalam industri automotif pula ia menjadi hiasan dalaman kereta seperti kusyen kereta, stering dan dashboard. Alatan musik juga banyak gunakan kulit seperti drum, kompang, gendang dan sebagai sarung alat muzik. Proses seperti penyamakan mengubah kulit mentah menjadi bahan yang stabil dan tahan lama, menjadikannya bahan yang sangat berharga dalam pelbagai industri. Artikel petang ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai fakta penting kukit asli haiwan sebagai bahan rujukkan semua.


Penting mengetahui fakta mengenai Gred Kulit dimana ia te
rbahagi kepada empat jenis kualiti seperti Full Grain (kualiti tertinggi), Top Grain, Split Leather. dan Bonded LeatherSelain barangan fizikal, kolagen daripada kulit lembu juga diproses menjadi gelatin bovine untuk kegunaan kapsul ubat dan bahan makanan. Sebenarnya gred kulit 'Full Grain' adalah jenis kulit paling berkualiti tinggi kerana ia menggunakan lapisan kulit terluar (top layer) sepenuhnya. Cirinya adalah ia termasuk semua tanda semulajadi seperti parut dan kedutan, menjadikannya sangat tahan lasak, tahan lama dan mempunyai corak unik yang mempamerkan ciri akan keasliannya tanpa proses sanding atau buffing untuk tujuan menyembunyikan kelemahan. Kulit jenis ini akan membentuk patina yang cantik seiring masa, menjadikan produknya lebih berharga dan menarik dari tahun ke tahun. Gred ini dianggap sebagai gred kulit paling baik dan paling mahal dimana ia akan menggunakan seluruh ketebalan kulit teratas iaitu ia termasuk epidermis (lapisan di mana bulu melekat). Gred ini juga ia tahan lasak, sangat kuat, tahan haus dan tahan lama kerana struktur semulajadinya tidak diubah. Mempunyai corak uni seperti ada tanda semulajadi seakan parut atau kedutan dimana ciri ini membuktikan keasliannya dan menjadikannya unik. Kegunaan kulit gred ii adalah untuk barangan mewah seperti beg tangan, tali pinggang, kasut, perabot, dan bagasi kelas atas. Jenis kedua iaitu Gred Top Grain ialah kulit berkualiti tinggi yang diambil dari lapisan teratas kulit haiwan, namun permukaannya telah digosok (sanded) atau sudah siap dibersihkan untuk membuang kecacatan semula jadi seperti parut dan akan menjadikannya lebih licin dan sekata akan tetapi kurang lasak berbanding full grain dan kualitinya ia juga kurang berkembang patina semula jadi. Ia masih tahan lasak dan mudah diwarnakan serta ia sering digunakan untuk barangan mewah, perabot dan beg tangan. Gred ini ciri permukaanya licin dan seragam kerana kecacatan telah digosok atau dibersihkan dan kadang kala dicop corak buatan. Ketahanan gred ini masih tahan lasak tetapi kurang tahan lama berbanding full grain kerana lapisan atas yang mana ia mengandungi gentian paling kuat telah dibuang sedikit. Ia juga di jadikan dibuat beg tangan, perabot, kasut, dan barangan fesyen kerana penampilan yang kemas. Bagi Gred Kulit Jenis  Split Leather adalah gred yang berasal dari lapisan dalaman sembunyikan apabila lapisan atas telah dikeluarkan untuk kulit penuh atau kulit atas. Ia kurang tahan lama berbanding dengan dua sebelumnya dan biasanya mempunyai bijirin tiruan yang timbul di atasnya untuk menjadikannya kelihatan lebih baik. Ia biasanya dijumpai dalam barang-barang kulit yang lebih rendah kualitinya di pasaran dan kurang tahan lama serta tudak berapa unik coraknya. Satu lagi gred kulit lembu adalah Jenis Bonded Leather iaitu sejenis bahan tiruan yang dibuat daripada sisa-sisa potongan kulit asli (serpihan dan gentian) yang dicampur dengan agen pengikat seperti poliuretana atau lateks, kemudian direkatkan bersama pada lapisan sokongan (seperti kertas atau fabrik) dan dicap untuk menyerupai kulit asli. Ia lebih murah daripada kulit asli kerana menggunakan sisa-sisa kulit, tetapi biasanya mengandungi hanya 10-20% kulit asli.


Semua jenis kulit haiwan terutama lembu dan kambing ia perlu di proses dengan tahap tertentu sehingga sesuai di makan atau dijadi produk berasaskan kulit. Bagi jenis k
ulit lembu ia ialah sejenis bahan makanan tradisi yang popular iaitu dalam masakan Melayu dan Jawa. Apa pun memang makanan dari kulit ini ia kaya dengan kolagen dan lazimnya diolah menjadi hidangan pedas seperti gulai, masak lemak cili api, atau sambal taun (Sila lihat foto disebelah) akan tetapi memerlukan proses pembersihan, mereneh dan direbus yang teliti sebelum dimakan untuk melembutkannya dan menghilangkan bau hamis. Kenal akan ciri-ciri kulit ini dimana pada asalnya ia keras tetapi menjadi sangat lembut dan kenyal selepas direbus lama dan di hiris sebelum di masak. Kehebatan nutrisi kulit ini memang ia didakwa tinggi kolagen yang memberikan manfaat awet muda. Semua kulit segar akan di proses dari pembersihan iaitu membuang bulu, bersihkan kotoran dengan berus dawai. Ia kemudian mesti di rebus selama beberapa jam untuk dapat melembutkan dan menghilangkan bau hanyir. Kemudian kulit yang direbus akan di potong dan dihiris kecil-kecil dan boleh dimasak dengan pelbagai bahan seperti cili padi, petai, kicap, atau dalam gulai. Kulit yang siap di proses ada dijual terutama di beberapa lokasi dimana penulis blog pernah membelinya di PAsar Tani Segamat semasa bertugas sebagai Pegawai Pertanian Daerah Segamat dahulu. Perlu tahu di Malaysia bahawa kulit lembu ini bukan sekadar kulit sahaja akan tetapi ia adalah salah satu bahan masakan warisan yang lazat jika diolah dengan betul dan dijadikan sumber protin serta kolage yang signifikan. Proses membersihkan kulit lembu untuk masakan melibatkan beberapa langkah utama pertama di garam dan dijemur iaitu disapu garam dan kemudian ia  dijemur seminggu. Seterusnya perlu di bakar (bahagian dalam terdedah pada api hingga kembang dan kemudian perlu di rendam serta dikikis (rendam semula, kikis lemak dan bulu hingga bersih). Seterusnya ia mesti direbus (direbus selama  6 - 8 jam atau lebih dan dikikis lagi jika perlu) untuk tujuan ia akan menghilangkan bau hanyir dan lemaknya dan akhirnya baru ia boleh dipotong dadu untuk dimasak lauk seperti masak lemak.


Mencari fakta akan khasiat kulit lembu terutama terletak pada kandungan kolagen dan protein yang tinggi dimana ini akan membantu kesihatan kulit menjadi lebih anjal dan awet muda. Ia juga akan mempercepatkan proses penyembuhan luka dan akan mengurangkan sakit sendi, melancarkan pencernaan, serta menguatkan tulang dan otot, walaupun sering dimakan dalam hidangan pedas atau gulai. Kulit lembu juga digunakan sebagai bahan utama dalam produk penjagaan kulit seperti lemak lembu (beef tallow) yang melembapkan kulit. Dalam kulit lembu juga ada zat Gelatin dan Kalogen dimana ia bagus untuk kesihatan kulit apabila zat kolagen membantu kulit kekal tegang, muda dan membantu mengurangkan kedutan. Zat protein dalam kulit ia penting untuk membina dan memelihara sel serta tisu tubuh seperti tulang, otot, jantung dan rambut. Apa puk bahan kolagen dilaporkan ia dapat mengurangkan sakit sendi atau sakit keradangan dan membantu penyerapan kalsium untuk tulang kuat. Makan kulit di laporkan akan memberi kean kenyang lama dan bagus untuk kurangkan berat badan serta ia membantu melancarkan sistem pencernaan. Zat vitamin dan nutrien di dalamnya boleh membantu melancarkan peredaran darah. Kulit lembu kaya dengan protein dan juga zat kolagen yang menjadikannya bermanfaat untuk kesihatan luaran iaitu bahagian kulit) dan masaalah dalaman seperti isu sakit sendi dan bantu proses pencernaan sama ada dimakan atau digunakan sebagai bahan kosmetik.


Harga kulit lembu termasuk harga bagi belulang di Malaysia bervariasi mengikut gred dan sama ada sudah dibakar atau belum akan tetapi selalunya dijual pada harga sekitar RM16.00 - RM25.00 setiap kilogram. Apa pun penulis blog dapati dimana ada kulit lembu yang dijual iaitu dengan yang premium dimana jika ia sudah siap dibakar maka hargaya adalah lebih mahal dan bagi jenis kulit gred C lebih harganya adalah murah. Harganya dipengaruhi oleh ciri kelembutan, kebersihan. tidak berbau hanyir dan kemudahan kulit lembu tersebut siap untuk dimasak atau tidak perlu direbus lagi di rumah dan sesuai utuk terus di maska. Pernah ada dijual kualiti kulit lembu gred premium (gred A) di pasar tani dengan harga RM25.00/kg dan boleh berubah ikut musim dan bulan. Dalam pada itu kulit lembu gred C yag masih mentah da siap di rebus adalah sekitar RM16.00/kg. Setelah membeli makan ia akan di masak dimana resepi kulit lembu adalah hidangan tradisional yang lazat, biasanya dimasak pedas seperti tumis atau masak lemak cili api. IA menggunakan kulit lembu yang telah direbus lembut dan dipotong dan ia kemudian ditumis dengan rempah ratus seperti bawang merah, bawang putih, cili, daun salam, dan perasa seperti kicap, sos tiram, gula, garam, atau santan (untuk masak lemak), menghasilkan hidangan berkuah atau kering yang menyelerakan. Resepi kegemaran penulis blog oaling di sukai adalah Resepi Kulit Lembu Masak Lemak Cili Api (Resepi cara Negeri Sembilan atau cara Muar) iaitu ia merupakan cara paling popular untuk menghidangkan kulit lembu. Bahan disediakan adalah kulit lembu yang sudah siap rebus dan di hiris, santan, cili padi, kunyit hidup, serai dan asam keping. Lebih enak jika di campur dengan belimbing buluh atau rebung buluh segar untuk menambah rasa masam dan tekstur. Cara asak dengan mengisar cili padi dan kunyit dan kemudian masak bersama santan dan serai sehingga mendidih sebelum masukkan kulit lembu dan di kacau. Apabila masak di tutup apu dan di hidagkan untuk di makan dengan nasi putih (Sila lihat foto paling bawah sekali). Resepi Kulit Lembu Sambal Tahun (ia popular di kampong di Muar, Johor) dimana ia adalah seenis hidangan ikonik masyarakat Jawa terutamanya di Johor. Ia akan  menggunakan kulit lembu sebagai bahan utama dimana bahan lain termasuk cili hijau yang banyak (dihiris), santan, lengkuas dan bawang merah serta bawang putih. Semua bahan di tumis dalam kuali bersama rauannya dimana bagi penulis blog apa yang unik adalah ia ada rasa pedas daripada cili hijau dan keharuman lengkuas yang kuat serta rasa kulit lembu yang lemak dan kenyak. Sesuai di makan dengan nasi putih. 
Semuga tulisan artikel ini memberi info menarik kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
KULIT LEMBU... BANYAK KEGUNAANNYA...
DALAM MASAKAN..EMAK PEDAS ENAKNYA...
ADA KHASIAT...KOLAGEN JADI AWET MUDA...
MEMBACA ARTIKEL... RINDU MEMAKANNYA...

By,
M Ane,
Senior Agronomist Expert,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(21 Rejab 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...