FAKTA PERLU TAHU - PETAI
ULAM PETAI (Parkia speciosa) merupakan sejenis ulaman yang di hasilkan dari pokok petai yang berada dibawah keluarga Fabaceae sesekali ada ditulis didalam akhbat tempatan diatas kepelbagaian kisahnya. Pokok petai yang selalunya tumbuh dalam hutan dan kini boleh ditanam sebagai tanaman yang boeh mendapatkan hasil. Petai juga di panggil dengan nama pete' (Indonesia), sator (Thailand), sataw, stink bean, yongchaa, yongchaak atau zawngtah dipercayai berasal dari Asia Tenggara. Di Malaysia dahulu hanya orang Melayu sahaja yang memakan petai tetapi kini pelbagai bangsa lain seperti Cina, India atau Orang Putih pun mulai memakannya kerana khasiat yang ada pada petai. Buah Petai yang berwarna hijau memberikan bau yang kuat dan menyelerakan ramai peminat buah petai. Kaian dan pemerhatian saya mendapati terdapat beberapa spesis petai yang sesuai untuk di ketahui iaitu Parkia speciosa, Parkia timoriana, Parkia sumatrana, Parkia intermedia, Parkia harbesonii, Parkia serffeseei dan Parkia leiophylla. Selain daripada Parkia speciosa dilaporkan dimana spesis Parkia timoriana adalah spesis yang banyak di tanam di Malaysia, Indonesia dan Filipina kerana pokoknya yang sesuai di tanam dan mudah untuk diuruskan, buah yang banyak dan kualiti buah yang baik. Spesis Parkia sumatrana pula banyak di tanam di Thailand dan Myanmar dimana subur tumbuh dikawasan lereng bukit. Parkia intermedia hanya terdapat di kepulauan Jawa dan merupakan jenis petai lokal khususnya di Pulau Jawa. Pokok petai boleh ditanam dengan cara menggunakan sistem segi empat sama dengan jarak antara pokok ialah 12 meter x 12 meter. Jumlah pokok petai yang boleh ditanam bagi keluasan sehektar ialah 69 pokok. Teknik pembiakan pokok petai boleh dilakukan secara cantuman mata tunas dan biji benih. Tanaman petai kini sudah ada beberapa usahawan yang menanam petai berskala komersil dan petai liar juga terus di jaga didalam hutan. Lazimnya untuk pembiakan secara biji benih adalah digalakkan memilih biji petai yang telah tua dan besar. Artikel pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas fakta perlu tahu mengenai petai untuk bahan rujukkan anda semua.

Menamnam pokok petai iaitu tumbuhan yang ketinggiannya pokoknya adalah di antara 5 - 25 meter. Buah petai bersifat leper panjang dan analisa dapati ia mengandungi 10 - 18 biji biji buah yang ada di dalamnya. Ketika matang dimana selalunya biji buah petai ia masih berwarna hijau muda dan merupakan makanan ulam-ulaman yang digemari oleh pelbagai kaum khususnya kaum Melayu dan kini kaum Cina dan rakyat di negara China. Apa pun di lihat ada potensi penanaman petai secara komersil dilihat ia mempu menggatikan penuaian petai hutan yang popular sejak dahulu di Malaysia. Pokok petai moden sesuai ditanam di kawasan beriklim panas dan lembap sama ada di tanah rendah ataupun di kawasan setinggi hingga 1,500m dari aras laut. Tanah yang mempunyai saliran baik, tanah peroi dan beralun sedikit ia menjadi lokasi atau medium terbaik untuk seluruh proses pertumbuhannya. Di samping itu jenis tanah gembur serta jenis liat bepasir atau liat peroi juga sesuai ditanam petai komersil. Sebaiknya dalam proses mmenyediakan anakbenih sendiri dimana perlu memilih biji benih petai tua untuk di semai dan digunakan sebagai bahan tanaman untuk penanaman. Sebaiknya sebanyak 3 - 4 biji benih petai matang ia sesuai disemai didalam polibeg berukuran 15 x 25cm dan kemudian mengekalkan pilih satu anak benih terbaik dan anakbenih petai selebihnya disingkirkan (Sila lihat foto disebelah). Anak benih terpilih ini disusun di bawah naungan daripada cahaya matahari terik dimana tahap naungan ini ia kemudian mesti dikurangkan secara berperingkat sehingga ia dipindah tanam di ladang. Umur anak benih yang sesuai untuk dipindah tanam adalah semasa ketinggian anak benih pokok mencapai 15 - 20cm. Bagaimana pun bagi keperluan anakbenih petai untuk perladangan komersil yang banyak maka ia boleh didapatkan atau di beli dari nurseri yang ada menjuak benih petai dan ada persijilan SPBT (Skim Pengesahan Bahan Tanaman) oleh Jabatan Pertanian. Amalan agronomi penanaman anakbenih petai perlu ia ditanam di ladang pada jarak 10 x 15 meter ataupun 15 x 15 meter empat segi sama. Lubang tanaman sebesar 30cm x 30cm x 30cm sudah memadai untuk tujuan penanaman dinana bagi lokasi atau kawasan yang kurang subur sebaiknya jarak tanaman boleh dirapatkan. Sebaiknya jarak tanaman sesuai untuk dipilih mengikut keadaan tanah serta faktor setempat masing-masing. Lubang tanaman dimasukkan dengan bahan organik seperti tahi lembu dan rock phosphate bagi baja asas untuk sistem pengakaran dan kesuburan anak pokok. Sebaiknya sistem pembajaan untuk fasa tumbesaran pokok perlu membaja dengan jenis baja sebatian NPK seperti 15:15:6:4 adalah disyorkan. Ia bermula dengan kadar 0.5 - 3.0 kg/ pokok/ tahun dipecahkan kepada 4 kali atau pusingan setahun (antara tahun 1-5). Bagi tujuan baja buah dimana jenis baja NPK jenis baja 12:12:17:2 adalah disyorkan dan digunakan mula tahun keenam (6) atau lebih awal pada kadar 6 - 9 kg/pokok/tahun dipecahkan kepada 4 pusingan setahun juga. Apa pun selain daripada sering ada menggunakan baja sebatian dimana keperluan jenis baja organik seperti tahi lembu, tahi kambing atau tahi ayam juga sesuai digunakan. Baja organik akan menambahkan kualiti buah petai dari segi rasanya dan aromanya. Baja organik ini digunakan secara melonggokkannya kira-kira 0.6 - 0.9 meter dari pangkal pokok (ikut kanopi daun) dengan kadar 4 pungkis sepokok pada setiap 6 bulan sekali bagi pokk petai dewasa. Baja-baja ini lebih sesuai diletakkan secara melonggokkanya daripada tabur serak supaya dapat mengelakkannya menjadi kering dan kurang kesan nanti. Dari segi kawalan perosak dilaporkan yang ada ancaman oleh ulat pengorek buah yang biasanya ia boleh menyerang pokok di peringkat tumbesaran lagi dan boleh dikawal dengan semburan racun seperti Trichlorphon atau Gamma BHC 0.1% bahan aktif sekiranya serangan adalah teruk. Aktiviti menuai buah matang petai menggunakan alat gunting atau kacip dengan ada karong agar buah tidak rosak yang dikutip dengan bergalah dan sebaiknya cara memotongnya di bahagian tangkai kemudian diikat pada tangkainya. Buah petai segar perlu digredkan sebelum ia dipasarkan mengikut piawaian dan kualiti. Musim pembuahan petai biasanya di Malaysia adalahdi antara bulan Ogos hingga Januari pada setiap tahun akan tetapi penulis blog pernah terima laporan jika pokok petai juga boleh mengeluarkan buah sepanjang tahun. Kaedah ini di lakukan dengan menggunakan bahan pembajaan sesuai, amalan cantasan sempurna dan juga kawalan perosak dan penyakit.
Memang ramai kini sudah percaya jika memakan petai adalah baik untuk kesihatan walau pun ia berbau di mulut. Petai popular dengan bau dan rasa yang khas yang selalu ia di nikmati sebagai ulam atau di masak sambal atau di jadikan pelbagai kuliner lain. Petai yang dikenal dengan nama ilmiah Parkia speciosa mengandung banyak nutrisi seperti serat, kalium, kalsium, fosfor, zat besi, tembaga, zink, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B3, vitamin C dan magnesium merupakan ulaman yang ramai meminatinya walau pun kini harganya semakin mahal. Penulis blog kongsikan khasiat petai berdasarkan kajian. Pertama makan petai membantu Kesihatan Jantung bila bahan Kalium (K) pada petai dapat membantu mengatur rentak denyutan jantung dan membantu fungsi otot jantung. Petai didakwa juga mampu Menjaga Kepadatan Tulang sebab ia mengandung Magnesium (Mg) dan vitamin B6 yang mana ia berperanan dalam kesihatan tulang dimana ia membantu menjaga kepadatan tulang dan mencegah risiko osteoporosis. Apa pun tulang terdiri dari sel-sel tulang yang padat dan bila meningkat umur maka tahap kepadatan tulang menurun yang mana emudian ia menyebabkan osteoporosis. Selalunya selain dari meminum susu lembu mengambil petai didakwa akan memberikan manfaat perlindungan untuk tulang. Ia juga akan Menjaga Keseimbangan Gula Dalam Darah yang mana ia elalu boleh melonjak naik dan turun dan sebaiknya memakan petai mereka yang ada diabetis untuk menjaga kadar gula tetap stabil. Petai memiliki indeks glikemik rendah dimana ini dapat membantu menjaga kadar gula darah tetap stabil. Petai adalah Sumber Tenaga yang baik dan rendah lemak dan jika makan dengan jumlah sesuai dan tepat dapat membantu menjaga rasa kenyang lebih lama sebab ia akan memenuhi keperlua tenaga harian dan ini membantu dalam manajemen berat badan. Bahan serat yang membuat perut kenyang lebih lama akan menekan keinginan nuntuk makan lagi. Petani berkait dengan khasiat dalam Melindungi Sistem Pencernaan dan mampu mencegah sembelit karena menjaga tekstur feses tetap lembut sehingga lebih mudah melewati usus besar dan dikeluarkan oleh tubuh. Serat yang terkandung dalam petai dapat membantu menjaga pencernaan yang sehat dan mencegah sembelit dan ia membantu untuk pertumbuhan bakteria usus yang baik. Ia mampu Meningkatkan Sistem Imuniti seserorang sebab vitamin C yang tinggi merangsang sel darah putih menjadi responsif terhadap patogen yang menjadi punca penyakit. Memakan petai Membantu Fungsi Saraf sebab bahan Vitamin B yang ada dalam petai. Sistem saraf di tubuh bertugas untuk mengirimkan impuls berupa rangsangan atau respon dimana contohnya ketika menyentuh benda panas maka cepat menjauhkan tangan dari benda panas tersebut sebagai tindakbalas cepat. Makan petai membantu Menstabilkan Tekanan Darah sebab bahan Kalium (K) akan dapat membantu menjaga tekanan darah normal dan mengurangi risiko penyakit kardiovaskular. Ia juga mampu untuk Mencegah Peradangan dan Mencegah Kes Anemia sebab zat yang ada dialamnya. Makan petai di dakwa akan dapat Mengoptimakan Fungsi Otak dan juga dapat Meningkatkan Kesuburan apabila di makan dengan betu dan tidak berlebihan.
Bagaimana pun harga petai di Malaysia berubah mengikut musim dan gred dimana terkini hasil tinjauan secara purata sekitar RM10 hingga RM20 untuk seikat (yang mana ia ada sekitar 7-10 papan). Harga borong petai pula ia boleh didapati serendah RM70 - RM85 untuk 100 papan dan ada juga jenis petai yang siap di kupas di jual di pasaran dan dibungkus dan pastu harganya jauh lebih mahal iaitu mencecah RM100 setiap 1 kilogram. Bagi penulis blog yang kadang-kadang ada membeli petai selalunya di makan begitu sahaja dengan nasi dan sambal. Bagaimana pun petai boleh dimasak dengan pelbagai cara, daripada sambal yang pedas hinggalah masakan tumis yang ringkas. Penulis blog paling suka makan Resepi Sambal Udang Petai dimana ia merupakan kuliner klasik di kampong dan di bandar. Rasa manis udang segar sangat serasi dengan aroma petai yang unik dimakan dengan nasi panas dan lauk lain. Bahan untuk emmasaknya mudah di cari iaitu udang, petai, cili boh atau cili kering kisar, bawang merah, bawang putih, belacan, dan air asam jawa. Cara memasak dengan menumis bahan kisar (kisar bawang, cili, belacan) sehingga pecah minyak. Masukkan garam, gula dan air asam jawa dan akhir sekali barulah di masukkan udang dan petai dimana ia perlu dimasak sehingga udang bertukar warna dan matikan api serta siap di hidangkan. Sesekali penulis blog masak Resepi Petai Ikan Bilis Berlado dimana ia amat sesuai untuk peminat masakan yang lebih kering dan rangup. Makanan ini sangat menyelerakan dimakan dengan nasi panas. Bahan untuk masak disediakan iaitu ikan bilis (digoreng garing), petai, cili api (merah & hijau) dan bawang merah. Cara memasaknya dengan mengiisar kasar cili api dan bawang dan ia kemudian tumis sehingga garing. Masukkan petai dan perasakan dengan garam serta sedikit gula. Tutup api dan gaulkan dengan ikan bilis yang telah digoreng tadi dan di matikan api sudah sedia untuk di nikmati. Selain sambal dimana petai juga enak dalam variasi masakan seperti Resepi Mee Goreng Sambal Petai iaitu dengan menambah tekstur dan rasa unik pada mee goreng kegemaran anda. Ia popular di Kuantan, Pahang untuk Masakan Resepi Ikan Bakar Sambal Petai yang menjadi ikon di Tanjung Lumpur Seafood Restaurant. Sesuai juga dimasak Resepi Daging Masak Hitam Petai dimana kuliner ini akan memberikan aroma segar kepada kuah daging yang pekat dan manis-manis pedas. Selalu juga di rumah memasak Resepi Masak Tumis Sayur Campur dengan Petai dimana ia boleh dicampur dengan kacang botol, bendi, atau tempe untuk hidangan yang lebih sihat. Petua bagi mengurangkan bau petai yang kuat adalah dengan merendam dahulu biji petai di dalam air garam atau mencelurnya (blanch) seketika sebelum dimasak. Semuga tulisan artikel ini memberi maklumat yang berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!... NAMANYA PETAI... RAMAI YANG SUKA...
BERWARNA HIJAU...SAMA WARNA ISINYA...
BANYAK KHASIAT...DIJELASKAN FAKTA....
MUUT BERBAU... SELEPAS MEMAKANNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(9 Syaaban 1447H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.