Di kampong dimana selalunya pokok daun maman ini ada jenis tumbuhan liar yang tumbuh di belukar dan kawasan kebun. Bergantung kepada jenisnya ia akan tumbuh di kawasan atau habitat seperti maman pasir banyak tumbuh di tanah berpasir sahaja dan maman kampong akan tumbuh di kawasan tanag subur atau pun tanah baru dibuka. Dilaporkan untuk menanam daun maman memang boleh dijalankan dengan mudah teknolgonya. Bagi penulis blog yang berpengalaman dan pernah menanam pok daun maman ini caranya mula-mula semai biji benih yang sudan matang dan kering dan kumpulkan dalam bekas bungkusan plastik kedap udara. Kemudian benih ini perlu di semai diatas dulang cocopeat (dulang semaian) dan siram dengan halua atau siram kabus sehingga anak benih bercambah. Apabila cukup saiznya setingga 2-3 inci makan ia boleh di alihkan anak benih maman ke dalam pasu atau polibeg atau terus diatas batas tanaman. Setelah ditanam dengan rajak 25 - 30 cm makan ia dijaga dengan di siram setiap hari di peringkat awal penanaman kecuali hari hujan. Sebaiknya pokok di berikan baja organik dan baja NPK 15:15:15 untuk terus menghijau daun pucuknya. Dalam pada itu jika ada rumput dan tumbuhan yang tidak di kehendakki ia perlu di buang secara manual (jika menanam dalam pasu atau jumlahnya sedikit) dan boleh gunakan jenis racun selektif jik akawasan penanaman perkebunan luas. Lazimnya selepas ditanam dalam masa 4-6 minggu pucuk maman akan keluar dan perlu dituai untuk ia mengeluarkan pucuk baru dengan cabang lebih banyak. kalau tidak di petik pucuknya kesannya pokok maman akan mula berbunga dan akan cepat mati oleh itu sentiasa memastikan di tuai agar ia terus bertunas dan tidak cepat tua. Perlu tahu jika pokok maman sebenarnya ia memang tidak suka cuaca panas terik dan kemarau. Sebagai peringatan sekali lagi di syorkan kalau hendak menanam maman mesti pastikan siraman awal dilakukan iaitu pada setiap pagi dan petang kerana anak benih halus dan kerja mengalih anak semaian dibuat selepas seminggu apabila saiz anak benih terus membesar dan bercambah. Apabila ia sudah tegap boleh dijarakkan anak benih dengan mencabut yang berlebihan dan kemudian ia boleh ditanam semula. Apa pun pemberian baja NPK di lakukan setiap 2 minggu sekali dengan baja sayuran dan perlu mengelakkan baja buah atau baja bunga sebab pokok maman akan cepat berbunga dan berbiji dan cepat mati juga. Cabut rumput dan hapuskan serangga perosak yang mana selalunya jenis ulat daun akan memakan daun maman. Cara menuai daun maman atau memetik daun yang masih berwarna hijau terang dan bahagian pucuknya dimana diambil juga bahagian bunga muda apabila ia mula berbunga untuk di makan. Aktiviti mengambil pucuk daun mamakn ini ia akani menggalakkan pertumbuhan tunas baru dan melambatkan pokok menjadi tua. Sebenarnya hasil kajian pakar mendapati jika pokok maman akan ia cepat matang untuk keluarkan bunga dan berbuah jika kurang penjagaan atau jika menuai pucuknya dan di simpan baik maka tahap kesegaran menjadi lebih lama.
Dalam beberapa laporan dinyatakan dimana harga daun maman berbeza-beza bergantung kuantiti dan lokasi akan tetapi hasil tinjauan mendapati iaitu ia boleh menjangkakan dijual dengan harga sekitar RM10-RM13 sekilogram untuk pembelian runcit (kurang 50kg). Ada peminat maman akan membeli dengan harga lebih rendah untuk pembelian borong iaitu sekitar RM7/kg untuk kuantiti 100kg ke atas seperti tinjauan di beberapa Pasar Tani dan Pasar Malam disekitar Lembah Klang akan tetapi ia boleh berbeza mengikut musim dan pembekal. Faktor penentu harga maman juga bergantung kepada Kuantiti Daun Maman yang dijual dimana semakin banyak dibeli maka akan semakin murah harganyasebagai harga borong sahaja di lokasi yang tepat. Kawasan kampong selalunya daun maman di ambil percuma sahaja kalau rajin mencarinya akan tetapi kalau tinggal di kawasan bandar sudah tentu harga daun maman lebih tinggi. Pokok Maman atau nama sainsnya Cleome gynandra adalah sejenis sayur dimana terdapat beberapa jenis pokok maman yang di jual di Malaysia diantaranya maman berbunga ungu dan maman berbunga kuning. Khasiat perubatan dari daun dan biji maman, digosok pada kulit secara terus, boleh menyebabkan berlakunya kulit melecur dan radang. Biji maman yang di guna sedikit saja dan kemudian ia ditumbuk lumat dan kemudiannya ditelan didakwa akan dapat mengeluarkan angin. Apa pun debfab penggunaan berlebihan kesannya ia boleh beri kesan naegatif iaitu akan mengakibatkan kembung angin dalam perut. Sekiranya ia direbus dimana air rebusan biji ini boleh dijadikan ubatan luaran bagi merawat buasir dan masaalah reumatisme. Air rebusan ini juga ia boleh diminum bagi merawat gonorea dan cirit-birit (berlendir atau berdarah). Ekstrak biji pokok maman boleh dijadikan racun serangga. Dalam pada itu bahagian daun maman yang dihancur dan disapu atau digosok atau ia diletakkan pada bahagian belakang pinggang boleh menghilangkan kes rasa sakit pinggang. Selain itu daunnya boleh digosok pada kulit yang gatal-gatal atau di lokasi reumatisme dan pada kepala dan akan ia menghilang sakit kepala. Sekiranya daun ini direbus dan airnya diminum bagi melawaskan penghadaman dan ia boleh melicinkan kahak dan juga penawar bagi penyakit hati dan hempedu. memang banyak kegunaan pokok maman bila akrnya yang di ambil akan dapat membangkitkan dan juga ia memelihara kulit yang kekurangan vitamin C. Bagi cara untuk mendapatkan penawarnya ini boleh mengambil akar pokok maman perlu direbus dan dijadikan minuman. Daun maman biasanya di makan dengan dibuat sayur tumis, sayur masak lemak (lihat foto) atau dibuat kerabu. Jika digoreng dengan bawang, bilis dan udang kita akan rasa pahit pada sayur tersebut. Kalangan kanak-kanak dan remaja pasti mereka tidak suka dengan daun maman kerana rasa pahit tersebut. Kepada mereka yang ada darah tinggi dilaporkan amat baik makan daun maman kerana ia sayur ubat bak kata peribahasa dulu iaitu 'Yang Pahit itu Ubat' dan lawannya adalah peribahasa 'Yang Manis itu Bahaya' perlu dijadikan amalan. Kajian menunjukkan jika diambil daun dan biji maman kemudian ia digosok pada kulit secara terus kesannya ia boleh menyebabkan berlakunya kulit melecur dan radang. Petua dimana biji maman (guna sedikit saja) jika ia ditumbuk lumat dan kemudiannya ditelan maka kesannya akan mendapat mengeluarkan angin dalam perut.
Menarik apakah dan bagaimanakah cara terbaik daun maman agar khasiatnya dapat dinikmati dan tidak pahit. Penulis blog di zaman remaja dulu memang ada makan sayur tumis daun maman di kampong di Muar, Johor tetapi kini sudah lama tidak ujirasa lagi. Antara makanan berasaskan daun maman yang populae adalah Resepi Rendang Maman (Gaya Negeri Sembilan) dimana pada penulis blog saban tahun dapat ujirasa rendang maman sebeb berbesan dengan oreng Kuala Pi;an. Rendang ini unik kerana menggunakan kuah lemak cili api yang banyak dan dimasak sehingga pekat. Bahan-bahan perlu disediakan adalah ayam atau daging (kalau ia disalai lebih sedap), santan pekat, cili api (ditumbuk), kunyit hidup (ditumbuk), asam keping dan daun maman yang banyak. Cara memasak dengan memasak dulu santan bersama cili api dan kunyit sehingga mendidih dan mula pecah minyak. kemudian boleh di masukkan daging atau ayam serta asam keping. Perlu tahu jika semasa memasukkan daun maman hanya apabila kuah sudah betul-betul pekat sahaja. Ada beberapa pantang larang semasa memask rendang maman iaitu jangan kacau daun maman yang baru dimasukkan sehingga ia layu sepenuhnya untuk mengelakkan rasa pahit yang melampau. Rendang maman enak di makan dengan nasi putuh yang panas-panas bersama lauk lain. Kedua adalah makanan berasaskan maman iaitu Resepi Jeruk Maman yang enak di makan sebagai 'pembuka selera' sebab jeruk maman biasanya dimakan bersama nasi panas dan ikan bakar. Bahan-bahan disediakan untuk buat jeruk maman adalah se[erti 2kg daun maman, 50g garam kasar, 1/2 cawan nasi sejuk dan air masak secukupnya. Cara membuatnya dengan sang daun maman iaitu mengambil bahagian pucuk dan batang lembut sahaja dan mesti dibasuh bersih dan toskan sehingga kering. Ada yang menjemur seketika dulu daun sehingga agak layu. Kemudian di gaulkan daun maman dengan garam dan nasi sejuk. Masukkan ke dalam balang bersih dan di tambahkan air masak sehingga tenggelam dan tutup rapat seterusnya diperam di tempat redup selama 3 hingga 4 hari sebelum sedia dimakan. Antara petua bagi tujunan mengurangkan Rasa Pahit ddun maman adalah petik pada kematangan daun tepat (tidak terlalu tua) dan juga boleh gunakan daun maman yang segar dan bukan yang sudah terlalu tua. Dalam memasak rendang, pastikan daun tidak dikacau beria-ia sebaik sahaja dimasukkan ke dalam periuk. Semasa membasuh daun maman boleh diramas daun dengan sedikit garam dan membilasnya sebelum dimasak untuk mengurangkan getah pahitnya. Semuga artikel in memberi infoo berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
SAYURAN LIAR...KINI DITANAM JUGA...
RASA PAHIT... BANYAK KHASIATNYA...
DI BUAT JERUK... RESEPI BAGAIMANA....
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(21 Rejab 1447H).





No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.