Penulis blog percaya masih ramai raktay Malaysia yang merasa semua cili kering sama sahaja akan tetapi sebenarnya ada banyak jenis dan nama yang tersendiri. Disenaraikan beberapa jenis cili kering untuk di kongsikan dan menjadi bahan rujukkan semua. Jenis yang pertama adalah Jenis CILI KERING MERAH KERINTING dimana cili kering ini berkedut dan kecut, bertangkai, banyak biji dan warnanya merah gelap. Cili kering ini sering kita guna. Ia senang untuk didapati kerana murah. Cili ini kurang pedas berbanding dengan cili kering berkilat memang sesuai untuk semua jenis masakan. Jenis kedua adalah Jenis CILI KERING BERKILAT diman cirinya adalah ia selalunya lurus, berkilat, banyak biji dan selalu berwarna merah pekat atau merah menyala dan selalu ia tidak dilihat bertangkai. Cili kering jenis ini sangat pedas dan senang untuk dapat di mana-mana sebab harganya agak murahdimana jenis ini tidak sesuai untuk masakan panas. Ada juga Jenis CILI KERING GEMUK diana sifatnya gemuk, kurang biji dan juga ia berwarna merah-merah kehitaman. Cili jenis ini sedikit mahal dan sesuai untuk masak sambal nasi lemak dimana kajian melaporkan yang jenis cili ini biasanya kita akan jumpa di bahagian Pantai Timur. Jenis Ke empat adalah jenis CILI KERING PAPRIKA yang bentuknya lurus, banyak berbiji, bertangkai, berkilat dan berwarna merah menyala. Jenis cili ini kebiasaannya dijumpai dalam bentuk serbuk dan amat sesuai digunakan untuk masak kari dan tomyam. Seterusnya ada jenis CILI KERING INDIA dimana ia berukuran kecil dan berkedut sedikit. Memang pedas berdesing cili ni. Agak agak bila nak pakai tu. Geng gastric boleh lupakan saja terus. Yang ni dari India biasanya. Seterusnya yang banyak di mintai adalah Jenis CILI KERING BIASA dimana ia ada nama lain iaitu 'Cili Byadagi' yang juga diimport dari negara India. Ia adalah jenis yang berkedut dan panjang dengan warna merah pekat sedikit dan rasanya pedas. Apa pun di laporkan jenis cili ini paling di sulai untuk membuat sos cili a tahan. Kalau yang jenis yang sos cili nasi ayam pun tak makan. Cili kering ni dah kira pedas. Ada juga jenis CILI KERING SALEM dimana jenis ini dipanggil sebagai Cili Kering Salem Guntur juga diimport dari negara India. Ia banyak digunakan dalam masakan India secara lazimnya yang rasanya agak kurang pedas tetapi istimewanya ia berbau harum dan dan mempunyai rasa yang sedap. Penulis blog agak jarang jumpa Jenis CILI KERING YIDU tetapi ada menjumpainya di pasar dan diimport daripada negaraChinadan rasanya langsung ia tidak pedas (Sila lihat foto disebelah). Cili ini di laporkan berwarna cantik dan menarik dab saiznya juga besar. Apa pun cili jenis ini pernah dilaporkan tiada berkedut dan kulir luarnya seperti lapisan plastik dan harganya memang agak mahal dari kebanyaknan cili lain. Ramai kaum tertentu yang tidak suka akan rasa pedas memilih cili ini sesuai di buat sambal atau warna merah kuat dalam makanan. Seterusnya ada juga jenis CILI KERING KASHIMIRI dimana ia mempunyai warna yang merah pekat dan cantik sekali bentuknya. Walau pun ia agak jarang ada di jual di Malaysia akan tetapi pada waktu tertentu memang ada di jua di Malaysia jumpa terutama yang sudah di proses menjadi cili serbuk pula. Selalunya jenis ini aan di gunakan danam masakah Ayam Tandoori memang cantik warnanya dan kurang pedas.
Sebenarnya cili kering adalah bahan asas dalam masakan Malaysia yang dihasilkan daripada cili merah segar yang telah siap dikeringkan melalui proses penjemuran atau pemanasan. Di pasaran lokal ia dikategorikan mengikut bentuk dan tahap kepedasannya dengan harga berbeza-beza. Kalangan pembaca blog dan pengguna cili kering mungkin kurang faham akan perbezaan diantara cili kering di pasaran sebab mereka tahu semuanya akan memberikan rasa pedas dan makanan menjadi warna kemerahan. Ada yang dakwa dimana petua dala memilih Cili Kering bagi masakan kurang pedas maka di pilih jenis cili yang bersaiz besar, kulit licin atau kulitnya tebal (seperti Yidu) serta dilihat ia berwarna merah terang. Sebaliknya jika ingin memlilih cili kering yang berikan rasa Pedas pada makanan sebaiknya umumnya boleh di pilih jenis cili kering yang berukuran saiz yang kecil, berkulit nipis dan banyak biji (Penulis blog pernah jumpa hasil kajian yang nyatakan kepedasan capsaisin banyak berada padia biji cili kering). Dalam menentukan ciri KUALITI CILI sebaiknya dipastikan sebelum membelinya yang cili kerig tersebut ia tidak berhabuk, tidak berkulat dan ia disimpan dalam bekas kedap udara supaya tahan lama. Beberala ciri lain emilih jenis cili untuk di gunakan begantung kepada TAHAP KEPEDASAN dengan bertanya kepada penjual dan jiran atau rakan yang selalu menggukanan cili merah untuk masakkan. Ada jenis cili yang rasanya 'PEDAS BAGAI NAK MATI' walau pun ia di guna sedikit sahaja dan parahnya apabila dimakan menyebabkan sakit pertut dan jadi berak cair dan pedas di dubur pula. Sebaliknya jika cili kering tidak pedas langsung pun makanan jadi kurang enak walau un warnya cukup merah. Boleh lihat ciri cili dimana cili kering yang mempunyai saiz yang besar, lebar dan kulit yang licin denga rasa tidak pedas langsung dan sering digunakan untuk memberi warna merah yang cantik pada masakan. Selalunya jenis cili kering yang berkerinting serta berbentuk pendek dan sangat berkedut ia mempunyai tahap kepedasannya yang sederhana iaitu jenis paling popular di pasaran seperti untuk membuat sambal nasi lemak. Bila kekedai melihat jenis cili kering yang Agak Panjang, lurus dan permukaannya berkilat biasanya ia jenis cili kering yang mana ia sangat pedas. Seterusnya adalah jenis cili kering yang rasanya Ekstrim Pedas apabila dilihat saiznya adalah Kecil (seakan saiz Cili Siam) serta ia tidak bertangkai dan kulitnya nipis dan dimasak sangat pedas.

Membuat tinjauan berkaitan harga cili kering di Malaysia dimana ia sangat bervariasi bergantung pada gred, kuantiti (beli cara borong atau beli cara runcit) dan lokasi. HArga cili kering berbeza mengikut jenisnya dan kuaitinya dimana secara harga runcit purata ia boleh didapati sekitar RM16.00 sekilogram untuk gred jenis sederhana di kedai runcit atau lebih tinggi lagi. Ada laporan dimana anggaran harga borong untuk 4.5kg boleh serendah RM48 untuk jenis tertentu seperti Cili Kering 668 India dan selalunya apabila di jual runcit biasa harganya lebih tinggi.
Faktor yang boleh mempengaruhi harga Cili Kering termasuk Jenis Cili dimana jenis cili kering gred tinggi atau lebih berkualiti serta saiz ukurannya lebih besar atau pun ia dari jenis spesifik seperti jenis cili kering gred premium memang harganya akan jadi lebih mahal. Sebab jumlah belian sama ada membeli borong dengan kuantiti banyak akan dapat harga kurang berbanding dengan membeli sedikit sahaja untuk masak sendiri. Seterusnya ia bergantung kepada Gred Cili Kering dimaa sealunya jenis cili yang kurang pedas atau jenis cili yang amat pedas berlainan harganya dan ia sujektif. Para pembekal cili kering juga boleh menentukan harga cili kering di pasaran dimana harga berbeza antara pasar raya, pasar borong, pasar malam, kedai runcit dan peniaga dalam talian seperti membeli dalam portal Shopee, Lazada, TikTok Shop). Apa pun jika hendak memebli cili kering pastikan membeli untuk kegunaan sahaja dan kalau hendak menyimpan cili kering sabaiknya di masukkan dalam bekas kedap udara. BAgi penulis blog terbaik cara untuk simpan cili kering dengan mengeringkan sepenuhnya, buang tangkai, asingkan biji dan simpan dalam bekas kedap udara yang bersih bersama bawang putih kupas untuk elak kulat, letak di tempat sejuk kering atau peti sejuk (chiller/freezer) agar tahan lama. Pastikan bekas benar-benar kering dan tidak lembap sebelum simpan. Bagi cara menyimpan Cili Kering yang belum dikisar maka dibersihkan, cuci cili kering, buang tangkai dan bijinya, kemudian keringkan sepenuhnya (jemur atau oven suhu rendah). Simpan dalam balang kaca atau bekas plastik kedap udara dan pastikan bersih dan kering. Boleh letak tisu dapur di dasar bekas dan selitkan 1-2 ulas bawang putih kupas sebagai agen anti-kulat semulajadi. Simpan di tempat sejuk dan gelap (almari rempah) atau lebih baik lagi dalam peti sejuk bahagian chiller/freezer untuk tahan lebih lama.
Sebenarnya cili kering adalah bahan asas yang sangat penting dalam masakan Malaysia yang digunakan terutamanya untuk memberikan rasa pedas, aroma yang kuat, serta warna merah yang menarik pada hidangan. Pertama adalah Kegunaan Dalam Masakan apabila cili kering biasanya dikisar menjadi cili boh atau pes cili selepas direbus untuk melembutkannya. Sambal Tumis dalam Nasi Lemak boleh guna cili kering jenis sesuai yang sederhana pedas dan memberikan warna merah yang cantik serta pekat. Dalam masakan Gulai dan Kari ia akan berikan rasa pedas yang akan menambah keenakan kari tersebut semasa di makan. BAgi penulis bli makanan seperti Mee Goreng dan Kue Tiow Goreng tidak enak tana cili kering serta makanan pada kuah berempah untuk rasa pedas yang meresap. Paling hebat adalah menggunakan Cili Kering dalam masakan Asam Pedas Ikan atau pun asam peda daging atau tetel dimana keenakan asam pedas dan cili kering adalah faktor koonsistent. Apa pun hampir pasti penggunaan cili kering digunakan untuk tujuan menambah kepedasan, warna merah dan rasa sedap dalam masakan Malaysia seperti sambal, kari, gulai dan ayam masak merah dimana cara mengguna sama ada dikisar menjadi pes atau serbuk untuk tumisan, perapan, kuah, sos, atau salutan tepung, dengan jenis yang berbeza menawarkan tahap pedas dan warna yang berlainan. Beberapa petua penting dimana dalam membuat sambal sebaiknya cili kering amat sesuai untuk sambal tumis, sambal garing atau sambal ikan bilis bagi memberikan kepedasan dan warna yang cantik. Cili kering juga di gunakan dalam membuat perapan makanan atau di gunakan untuk membuat sos cili. Ia menjadi bahan asas dalam perapan daging ayam dan daging lembu agar berikan rasa pedas kepada perapan sama ada di masak, dipanggang (sate) atau di jadikan steak. Kebanyakan surirumah dan kilang makanan akan mengisar cili kering untuk bahan masakan da produk makanan. Caranya adalah cili kering direndam air panas seketika (20-30 minit) sebelum dikisar menjadi pes halus atau kasar bersama bahan lain (bawang, ikan bilis).
Serbuk Cili pula ia adalah hasil cili kering yang di kisar menjadi serbuk dan terus dicampur dalam masakan atau dibancuh dengan air. Ada tips dalan menentukan kombinasi cili iaitu dengan mencampurkan dua jenis cili (contohnya, cili pedas dan cili tak pedas) untuk mendapatkan warna yang cantik dan rasa pedas seimbang. Petua penting dalam mengambil dan menggunakan cili kering adalah membuang biji jika tidak mahu terlalu pedas atau pahit. Semuga artikel ini memberi maklumat yag berguna kepada semua para pembaca blog anim agro tehnology kali ini. Wasllam!!!..
MUDAH DI BELI... ADABANYAK JENISNYA...
BANYAK KHASIAT...SELALU IA DI GUNA...
BACA ARTIKEL...DIBERITAHU JENISNYA..
By,
M Anem,
Senior Agronomisst,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(29 Rejab 1447H).






No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.