Support My Blog

Wednesday, January 14, 2026

REMPAH RATUS DAN FAKTA PENTINGNYA (Part 3)

REMPAH RATUS (Herbs or Spices) adalah campuran bahan tumbuhan sama ada segar atau telah dikeringkan dimana ia selalunya beraroma kuat untuk pelbagai kegunaan daripada bahan penting untuk masakan sehingga kepada dunia perubatan dan komestik. Pengeluaran bahan herga dan rempah ratus ini bermula sejak awal tamadun manusia sehing keera zaman millena ini dimana kepentingan pengeluaran, perdagagan dan penanamannya masih terus relavan. Sejak dulu dilaporkan ada lebih 20 jenis herba dan rempahratus yang di funakan dan di komersilkan datangnya daripada kawasan beriklim tropika seperti di Asia Tenggara. Antaranya yang popular termasuk seperti kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang, ketumbar, jintan, halia, kunyit, serai, bawang, cekur, buah pelaga, halia, kunyit dan banyak lagi dimana ia sering digunakan untuk menambah rasa, aroma dan warna kepada pelbagai jenis masakan apa lagi dalam kuliner trdidional Melayu. Rempah ratus dan herba juga ia mempunyai khasiat perubatan seperti membuang angin dan melegakan sakit serta banyak produk di keluarkan berdasarkan kepada perubatan tradisional dan moden. Penggunaan rempah ini juga adalah kunci kepada keaslian rasa masakan seperti kari dan rendang dimana ia berfungsi sebagai bahan tumis dan pemekat kuah bagi makanan tertentu. Mengambil contoh jenis Rempah Ratus Kulit Kayu Manis dimana penggunaanya akan memberi aroma manis yang digunakan dalam masakan seperti nasi minyak, kari dan kuih-muih. Bunga cengkih pula ia beraroma tajam yang amat sesuai untuk hidangan daging dan nasi. BAgi rempah Bunga Lawang dimana ia berbentuk sepeti bintang mampu memberikan aroma unik didalam kari, sup, dan rendang. Sementara itu Buah Pelaga (Kardamom) akan berikan bau harum dan segar yang sering digunakan dalam minuman, pencuci mulut dan lauk pauk. Bagi Ketumbar dan juga Jintan akan memberikan rasa pedas dan aroma tanah, asas kepada banyak masakan. Jenis Halia dan Kunyit pula akan memberi rasa pedas hangat dan warna kuning serta sifat anti-radang. Bagi penulis blog Serai akan mememberi aroma sitrus segar, penting dalam masakan berkuah. Apa pun sebenarnya kepentingan rempahratus dan herba ia berfungsi signifikan didalam semua jenis masakan dengan cara ia menambah perisa dan aroma yang kaya dimana cara untuk menggunakannya sebagai bahan penumis (tumisan asas) untuk kari, rendang dan sup. Ia akan bertindak sebagai pemekat kuah dan mempunyai fungsi perubatan terutama dala jenis Perubatan  Tradisional seperti mampu mengubati masalah angin (kolik) dan sendi (reumatik), melegakan sakit kepala, senggugut dan masalah tekak. Bagi penulis blok gabungan antara rempah ratus dan herba sangat relevan setpanjang masa. Artikel kali ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai fakta penting bagi rempah ratus dan herba sebagai bahan rujukkan semua.


9. Buah Pelaga
BUAH PELAGA (Elettaria cardamomum) merupakan sejenis tumbuhan dari kategori rempah ratus atau herba dari keluarga Zingiberaceae yang banyak digunakan dalam masakan masyarakat kita di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Rempah ini dihasilkan oleh tumbuhan yangdipercayai berasal daripada kawasan hutan ropika di Malaysia, Indonesia, Sri Lanka dan Selatan India sebelum tanaman ini ada yang di komersialkan. Buah pelaga merupakan komponen penting dalam menyediakan serbuk kari yang sangat di minati oleh masyarakat kita di Malaysia dan yang sangat penting. Terdapat dua jenis buah pelaga yang dikenalpasti iaitu Jenis Pokok Pelaga Sri Lanka dan Jenis Pokok Pelaga Malabar. Varieti Sri Lanka adalah jenis liar yang mempunyai buah yang berbentuk bujur (oblong), daun lebar dan ada jalur dibahagian batang dengan biji berwarna coklat kehitaman. Varieti Malabar atau var. codamomom pula merupakan jenis yang banyak dikomersilkan dengan buah sedikit kecil tetapi mempunyai aroma kuat dari jenis Sri Lanka. Kedua-dua jenis pokok pelaga ditaam diakawasan yang mempunyai tanah yang subur, saliran yang sempurna dan keasidan tanah antara pH5.5 - pH6.5. Penanaman lazimnya menggunakan rizom walau pun ada usaha menanam menggunakan biji benih. Penanaman menggunakan biji benih lambat dan libatkan pertumbuhan juga tidak seragam. Buah pelaga merupakan rempah yang ideal dengan banyak manfaat kesihatan. Banyak jurnal menyatakan dimana ia laporkan kehebatan khasiat buah pelaga dilakukan. Buah pelada mempunyai ciri-ciri Anti-karsinogenik yang baik mengawal masaalah Kanser terutamanya jenis kanser bersangkut paut dengan kolon dan rektum (colorectal) dimana kanser ini adalah salah satu punca utama kematian di seluruh dunia. Kenaikan kos rawatan terapi kanser konvensional dan kesan sampingan yang berlaku berikutnya telah memaksa penyelidik untuk mencari alternatif yang mampan. Kajian yang dijalankan oleh saintis Sengupta et al, di Chittaranjan, Institut Kanser Kebangsaan, Kolkata telah menunjukkan bahawa pemakanan buah pelaga mempunyai hasil positif dalam berhadapan dengan kanser kolorektal sehingga ketahap 48%. Buah pelaga juga baik untuk kesihatan kardiovaskular dimana ada kajian yang telah dijalankan di Jabatan Farmakologi dan Pharmaceutics, Kolej Farmasi, King Saud University, Arab Saudi menunjukkan bahawa pengambilan buah pelaga menambahbaik keadaan kardiovaskular dengan menunjukkan degupan jantung yang lebih rendah atau irama terkawal dan hipertensi terkawal. Pakar juga menyatakan dimana buah pelaga mampmpu mengawal kolesterol. Ini kerana ada kandungan iaitu bahan mikronutrien yang ditemui dalam buah pelaga dilapor dapat mengatasi lonjakan lipid dalam badan. Dalam uji-kaji yang dijalankan di Bahagian Pharmacology and Toxicology Division at Hindustan Antibiotics Limited, Pune, India oleh Dhuley, Enzim antioksida dari buah pelaga telah ditadbirkan untuk hepatik dan jantung tikus dengan diberi makan diet lemak yang tinggi. Enzim antioksida mempunyai pengaruh ke atas paras kolesterol dan membantu dalam mengawalnya dengan ketara. Pelaga juga adalah penyegar nafas. Buah pelaga boleh dikunyah sebagai penyegar nafas dimana perisa dan aroma yang terhasil dari buah pelaga adalah disebabkan dari kehadiran minyak pati. Maka tidak hairanlah, kalau minyak pati pelaga digunakan sebagai salah satu bahan dalam gula getah (chewing gums). Kehebatan buah pelaga seterusnya dimana ia memberikan perlindungan terhadap penyakit gastro-usus. Buah pelaga telah digunakan secara tradisional dalam Sistem Perubatan Unani, Ayurveda dan perubatan Cina sebagai ubat gangguan gastrousus. Ekstrak metanol dari buah pelaga adalah komponen yang membantu dalam mengawal gangguan gastrousus seperti ke asidan, kembung, kekejangan perut, dan lain-lain Kajian yang dijalankan oleh Jamal et al, di Jabatan Kimia, Jamia Hamdard, New Delhi, India telah membuat kesimpulan bahawa minyak meruap ekstrak dari buah pelaga menunjukkan kesan positif terhadap gangguan gastrousus. Buah pelaga didakwa mampu untuk merawat gangguan kencing dimana dalam rawatan sisitem Unani dan Ayurveda, buah pelaga telah digunakan sebagai ubat bagi penyakit jangkitan salur kencing seperti cystitis, nefritis, dan gonorrhoea. Terbaik mengenai kehebatan buah pelaga dimana ia mempunyai ciri-ciri Antimikrobial. Selama beribu tahun buah pelaga dianggap memiliki sifat-sifat melawan jangkitan. Bagi sains moden ia bermakna bahawa, buah pelaga mengandungi antimikrob. Teori ini telah diuji di Van Yüzüncü Yil Universiti oleh Ağ Aoğlu et al. Penyelidikan ini telah dijalankan pada ekstrak minyak mudah meruap buah pelaga. Telah diperhatikan bahawa minyak dari buah pelaga dapat menghalang pertumbuhan dan penyebaran beberapa mikrob yang amat berbahaya yang menyebabkan keracunan makanan. Buah pelaga juga sebagai bahan Anti-murungan (depression). Kajian menunjukkan dimana buah pelaga juga dipercayai mempunyai sifat-sifat anti-kemurungan. Pati dari minyak (essential oil) buah pelaga adalah salah satu minyak utama yang diguna dalam terapi aroma. Ia bukan sahaja digunakan untuk kemurungan, tetapi juga untuk menyembuh pelbagai penyakit lain terdiri daripada gangguan perut hingga ke penyakit paru-paru. Apa pun ia juga ada ciri-ciri Anti-kekejangan (spasmodic) apabila kekejangan otot banyak berlaku dikalangan orang-orang tua. Pengecutan otot secara tiba-tiba boleh menyebabkan kekejangan ini. Apabila berlaku pengecutan otot, ini akan menyebabkan penderita bangkit secara tiba-tiba kerana kesakitan. Penyelidik, Al-Zuhair et al, dari University King Saud, Arab Saudi berjaya melakukan penyelidikan berasaskan haiwan dan membuat kesimpulan bahawa buah pelaga dapat digunakan sebagai ukuran untuk kekejangan otot. Dalam rawatan pergigian sebenarnya buah pelaga telah digunakan dalam sistem rawatan tradisional berkenaan masalah pergigian untuk beberapa abad. Selepas terciptanya ubatan antibiotik, hasilnya telah terdapat kesan sampingan. Diantaranya termasuk perencatan bakteria mesra probiotik berkembang maju dalam usus. Tetapi, dengan menggunakan rempah pada sisi lain, adalah ideal kerana ia hanya menghalang mikrob berjangkit dan bukan bakteria probiotik. Kajian yang telah dijalankan oleh Isao Kubo, Masaki Himejima, dan Hisae Muroi dari Bahagian Entomologi dan Parasitologi, Universiti California telah mengesahkan kehadiran bahan antimikrob (antimicrobial properties) dalam buah pelaga.


10. Daun Salam

DAUN SALAM (Syzygium polyanthum) dari famili Lauraceae atau mudahnya di kenali sebagai 'Bay Leaf' merupakan sejenis tumbuhan herba yang di gunakan sebagai ramuan yang menyedapkan makanan. Selalunya daun salam yang digunakan dalam masakan Melayu, masakan India dan juga dalam masakan Barat merupakan daun daripada 3 kumpulan tumbuhan berbeza. Namun daripada perbezaan ini dilaporkan dimana ada di antaranya yang boleh menggantikan antara satu-sama lain. Dalam pada itu difahammkan dimana spesis dari jenis ‘Indian bay leaf’ memang ia mempunyai ciri-ciri yang sedikit berbeza terutama dari segi aromanya. Kajian makmal menyatakan dimana kandungan nutrisi yang terdapat di dalam satu sudu kecil daun salam yang telah dihancurkan (0.6 gram) terdiri dari sebanyak 2kcal kalooti, 0.4g karbohiderat, 0g protin, 0g lemak dan juga ada komponen berkhasiat lain. Antara komponen adalah Flavanoid, Tannin, Eugenol, Asid sitrik, Alkaloid, Triterpenoid dan Minyak pati. Selain itu dilaporkan dimana ia turut mengandungi polifenol yang bersifat antioksidan. Apa pun sebenarnya kewujudan komponen minyak pati yang ada di dalamnya memberikan aroma dan bau bagi daun salam. Dalam beberapa laporn di dakwa ada 10 khasiat Daun Salam kepada kesihatan. Pertama adalah ia memperbaiki paras kolesterol darah. Kolesterol di dalam darah kita oleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu kolesterol baik iaitu HDL dan kolesterol yang tidak baik iaitu LDL dan TG. Satu kajian telah dijalankan keatas sukarelawan yang sihat untuk mengkaji kesan pengambilan teh daun salam selama 10 hari ke atas paras kolesterol di dalam darah. Kajian ini mendapati bahawa pengambilan teh daun salam dapat meningkatkan paras HDL secara signifikan. Terdapat juga penurunan di dalam paras LDL dan TG namun penurunan ini adalah tidak signifikan. Namun begitu, lebih banyak kajian yang diperlukan untuk menyokong kajian ini. Kedua dimana daun salam mampu memperbaiki paras gula di dalam darah dimana masaalah diabetes atau dikenali sebagai kencing manis merupakan sejenis penyakit di mana paras gula di dalam darah menjadi tinggi dan melebihi paras normal. Satu kajian terhadap pesakit diabetes telah dijalankan untuk mengkaji kesan pemberian daun salam ke atas kesihatan pesakit diabetes. Kajian ini mendapati bahawa pemberian daun salam sebanyak 1, 2 dan 3g dapat menurunkan paras gula di dalam darah mereka. Kehebatan ketiga dimana daun salam mampu untuk memperbaiki luka dimana selalunya proses untuk penyembuhan luka merupakan salah satu proses yang akan dilakukan oleh tubuh badan kita ketika berlakunya luka untuk melindungi tubuh kita dari serangan mikroorganisma luar. Kajian telah dijalankan ke atas haiwan untuk mengkaji kesan pemberian ekstrak daun salam ke atas penyembuhan luka haiwan di dalam kajian. Kajian ini mendapati bahawa ekstrak daun salam mempunyai potensi untuk memperbaiki luka walaupun kesan yang ditunjukkan hanyalah sederhana.


11. Daun Bawang

BAWANG DAUN atau DAUN BAWANG (Allium fistulotum) adalah sejenis tanaman atau tumbuhan dari keluarga LILIACEAE yang di tanam di Malaysia dengan komersial. Tumbuhan ini dipercaayai berasal dari Negara China yang disebarkan keseluruh dunia sebagai salad penambah perisa kepada makanan seperti sop, mee goreng, sukiyaki, kueh mueh dan juga masakan ayam. Penggunaan daun bawang di Malaysia agak signifikan dalam makanan Cina dan Melayu sebagai penyedap bau dan rasa makanan. Mungkin ramai tidak pasti adakah daun bawang merah (Allium cepa L) yang kita beli dipasar dan ditanam dalam pasu itu daunnya sama dengan bawang daun (Allium fitulosum) sebab bu dan bentuk mungkin sama tetapi sebenarnya ia dari spesis berbeza. Daun bawang kaya khasiat, antaranya menguatkan imuniti, menjaga kesihatan jantung dan tulang (vitamin K), membantu pencernaan (serat), menurunkan kolesterol, mengawal gula darah, melindungi daripada kanser (antioksidan & flavonoids), dan baik untuk mata (vitamin A). Ia juga membantu mengurangkan berat badan, mencegah pendarahan, dan meningkatkan kesihatan kulit serta rambut. Khasiat Utama Daun Bawang adalah mampu menguatkan sistem Imuniti sebab ia kaya vitamin A, C, magnesium dan antioksidan (quercetin) yang boleh melawan jangkitan dan radikal bebas. Bagus untuk kesihatan Jantung dan Tulang: sebab zat vitamin K membantu pembekuan darah dan kepadatan tulang, manakala kalium (K) dan magnesium (Mg) menjaga jantung. Bantu sistem pencernaan sebab ada bahan serat larut membantu penghadaman dan mencegah sembelit. Ia bertindak sebagai bagan anti-Kanser serta anti-Radang sebab bahan flavonoid seperti kaempferol dan allicin berpotensi mencegah kanser dan mengurangkan keradangan. Ia baik bagi kesihatan Mata sebab vitamin A penting untuk retina dan penglihatan malam. MAkan daun bawang akan bantu dalam pengurusan Berat Badan sebab ia rendah kalori, tinggi serat, membantu rasa kenyang. Ia juga bagus dalam bantu kesihatan Kuli dan Rambut sebab bahan allicin mampu untuk meningkatkan kesihatan kulit dan ia boleh digunakan untuk mengatasi rambut rosak.


12. Bawang Putih

BAWANG PUTIH (Allium sativum) merupakan sejenis bahan makanan yang mudah ditanam dimana ia adalah satu aktiviti yang agak mudah dilakukan sama ada ditanam dikebun biasa atau pun didalam bekas disekeliling rumah. Bawang putih merupakan sejenis tumbuhan dari genus bawang yang sama seperti bawang besar, Dilaporkan memang ada dua (2) jenis bawang putih yang di import di pasaran dan pembaca blog sebaiknya mengenalinya iaitu Bawang Putih Softneck dan jenis Bawang Putih Hardneck. Kulit bawang softneck selalu ia berwarna putih cerah keseluruhan serta dilihat ia akan mempunyai daun yang lembut dimana jenis ini luas ditanam pada musim panas di China dan Korea. Dilaporkan dimana bawang putih menjadi antara bahan yang mesti ada dalam masakan tidak kira masakan Timur mahupun hidangan Barat. Kelebihan bawang putih banyak di bincangkan dan dikaji dimana dilaporkan ia mengandungi sebatian dengan sifat perubatan yang kuat. Sudah lama para saintis tahu bahawa kebanyakan manfaat kesihatannya disebabkan oleh sebatian sulfur yang terbentuk apabila ulas bawang ini dicincang, dihancurkan atau dikunyah. Mungkin yang paling terkenal daripada bawang ini dikenali sebagai allicin. Ia merupakan sejenis sebatian yang tidak stabil yang hanya hadir sebentar di dalam bawang putih segar setelah dipotong atau dihancurkan. Sebatian lain yang mungkin memainkan peranan dalam manfaat kesihatan bawang ini termasuklah diallyl disulfide dan s-allyl cysteine. Sebatian sulfur daripada bawang ini memasuki tubuh dari saluran penghadaman dan tersebar ke seluruh tubuh di mana ia memberikan kesan biologi yang kuat. Bawang putih adalah makanan yang bernutrisi dimana satu hidangan bawang ini sebanyak 28 gram mengandungi bahan Mangan 23%, Vitamin B6: 17%, Vitamin C, Selenium: 6%, Serat: 0.6 gram dan juga sejumlah zat lain mengandungi kalsium, tembaga, kalium, fosforus, besi dan vitamin B1. Khasiat bawang putih dilaporkan ia juga mampu Melawan kesakitan termasuklah selesema. Memakan bawang bawang putih bertujuan untuk seterusnya meningkatkan fungsi sistem imuniti tubuh. Walaupun kekurangan bukti yang kuat, mungkin anda perlu mencuba dengan menambah bawang jenis ini dalam hidangan anda jika anda sering mendapat selesema. Bawang putih juga mampu mengurangkan tekanan darah. Kes penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok adalah pembunuh terbesar di dunia dapat di kurangkan dengan bawang putih. Begitu juga dengan isu tekanan darah tinggi (hipertensi) dimana salah satu pemacu yang paling penting dalam penyakit ini di kurangkan. Dos suplemen mestilah cukup tinggi untuk mempunyai kesan yang diingini dimana jumlah yang diperlukan adalah bersamaan dengan kira-kira empat ulas bawang ini setiap hari. Apa pun diantara kelebihan bawang putih memperbaiki tahap kolesterol dimana ada kajian nyatakan bawang ini boleh mengurangkan jumlah dan kolesterol LDL. Bagi mereka yang mempunyai kolesterol tinggi maka mengambil suplemen bawang ini boleh mengurangkan jumlah bahan kolesterol LDL sekitar 10 hingga 15%. Bawang ini kelihatan merendahkan kolesterol LDL tetapi tidak mempunyai kesan pada kolesterol HDL. Tahap bahan trigliserida tinggi adalah satu lagi faktor risiko yang diketahui untuk penyakit jantung akan tetapi bawang ini kelihatan tidak mempunyai kesan yang signifikan terhadap tahap trigliserida. 
Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisa ini memberi maklumat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BANYAK JENIS REMPAH... APAKAH DIA...
ADA BUNGA LAWANG...SEHINGGA HALIA...
MENYEDAPKAN MAKANAN...SELALU GUNA..
BACA ARTIKEL... BERTAMBAH ILMUNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Aras 1, Perpustakaan Melaka,
Bukit Baru, Melaka Tengah,
Melaka,
Malaysia.
(21 Rejab 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...