Support My Blog

Monday, January 12, 2026

REMPAH RATUS DAN FAKTA PENTINGNYA (Part 1)

REMPAH RATUS
(Herbs or Spices) adalah campuran bahan tumbuhan sama ada segar atau telah dikeringkan dimana ia selalunya beraroma kuat untuk pelbagai kegunaan daripada bahan penting untuk masakan sehingga kepada dunia perubatan dan komestik. Pengeluaran bahan herga dan rempah ratus ini bermula sejak awal tamadun manusia sehing keera zaman millena ini dimana kepentingan pengeluaran, perdagagan dan penanamannya masih terus relavan. Sejak dulu dilaporkan ada lebih 20 jenis herba dan rempahratus yang di funakan dan di komersilkan datangnya daripada kawasan beriklim tropika seperti di Asia Tenggara. Antaranya yang popular termasuk 
seperti kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang, ketumbar, jintan, halia, kunyit, serai, bawang, cekur, buah pelaga, halia, kunyit dan banyak lagi dimana ia sering digunakan untuk menambah rasa, aroma dan warna kepada pelbagai jenis masakan apa lagi dalam kuliner trdidional Melayu. Rempah ratus dan herba juga ia mempunyai khasiat perubatan seperti membuang angin dan melegakan sakit serta banyak produk di keluarkan berdasarkan kepada perubatan tradisional dan moden. Penggunaan rempah ini juga adalah kunci kepada keaslian rasa masakan seperti kari dan rendang dimana ia berfungsi sebagai bahan tumis dan pemekat kuah bagi makanan tertentu. Mengambil contoh jenis Rempah Ratus Kulit Kayu Manis dimana penggunaanya akan memberi aroma manis yang digunakan dalam masakan seperti nasi minyak, kari dan kuih-muih. Bunga cengkih pula ia beraroma tajam yang amat sesuai untuk hidangan daging dan nasi. BAgi rempah Bunga Lawang dimana ia berbentuk sepeti bintang mampu memberikan aroma unik didalam kari, sup, dan rendang. Sementara itu Buah Pelaga (Kardamom) akan berikan bau harum dan segar yang sering digunakan dalam minuman, pencuci mulut dan lauk pauk. Bagi Ketumbar dan juga Jintan akan memberikan rasa pedas dan aroma tanah, asas kepada banyak masakan. Jenis Halia dan Kunyit pula akan memberi rasa pedas hangat dan warna kuning serta sifat anti-radang. Bagi penulis blog Serai akan mememberi aroma sitrus segar, penting dalam masakan berkuah. Apa pun sebenarnya kepentingan rempahratus dan herba ia berfungsi signifikan didalam semua jenis masakan dengan cara ia menambah perisa dan aroma yang kaya dimana cara untuk menggunakannya sebagai bahan penumis (tumisan asas) untuk kari, rendang dan sup. Ia akan bertindak sebagai pemekat kuah dan mempunyai fungsi perubatan terutama dala jenis Perubatan  Tradisional seperti mampu mengubati masalah angin (kolik) dan sendi (reumatik), melegakan sakit kepala, senggugut dan masalah tekak. Bagi penulis blok gabungan antara rempah ratus dan herba sangat relevan setpanjang masa. Artikel kali ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai fakta penting bagi rempah ratus dan herba sebagai bahan rujukkan semua.


1. Kulit Kayu Manis
Kukit Kayu manis (Cinnamomum zeylanicum) merupakan salah satu jenis rempah ratus dari keluarga Lauraceae yang paling lama digunakan oleh manusia. Pokok Kayu manis merupakan tumbuhan yang tumbuh menegak dengan banyak dahan dan daun yang sangat lebat. Ia merupakanrempah-ratus yang paling popular di negara-negara barat semenjak dulu, jadi ia digunakan dalam kebanyakan masakan mereka. Di seluruh dunia, kulit kayu manis sering digunakan dalam masakan dan minuman. Aromanya cukup istimewa selain dapat untuk ia menambahkan rasa sesuatu hidangan. Kita di Malaysia menggunakan kayu manis dalam membuat ramuan sup, masakan paceri, masakan nasi minyak dan banyak lagi. Kegunaan atau Khasiat Kayu manis memang tidak dapat disangsikan lagi. Kayu manis apabila dicampurkan dalam masakan akan menambahkan keenakan masakan. Dalam kes ini bagaimanapun cara penggunaannya sebaik-baiknya disesuaikan dengan jenis makanan. Pengalaman saya mendapati untuk masakan jenis buah, campurkan lebih kurang 5cm kayu manis jenis batang dalam satu liter bahan cair. Dalam kita membuat roti, kuih atau sebaganya disyorkan untuk menambahkan sekurang-kurangnya satu sudu teh kayu manis jenis serbuk kedalam adunan. Kesan dari rasa aroma kayu manis jenis serbuk adalah tajam berbanding dengan kayu manis jenis batang. Kajian menunjukkan aroma dan rasa serbuk kayu manis tidak tahan lama kerana ia mudah rosak dan aromanya agak hambar. Dilaporkan kayu manis akan dapat mempercepatkan tindakan insulin dalam melancarkan metabolisme glukosa darah sebanyak 9 kali ganda. Dilaporkan oleh Ketua Pusat Kajian tersebut iaitu Richard Andersoan, menyatakan bahawa peningkatan tindakan insulin amat baik terhadap masaalah jantung dan metabolisme. Kesan ini memberikan efek yang baik terhadap penderita diabetes yang mempunyai masalah insulin. Kaedah pengambilan perlu mengikut cara yang betul dan sistematik untuk memberikan kesan yang signifikan


2. Cengkih
BUNGA CENGKIH
(Eugenia aromaticum synonim Syzygium aromaticum) dari keluarga Myrtaceae adalah sejenis tumbuhan kumpulan herba atau rempahratus yang terkenal semanjak zaman dulu kala sehinggakan orang-orang Eropah datang menjejaki kawasan Asia Tenggara bagi tujuan untuk mereka mendapatkannya. Terdapat sebanyak 3,000 spesis pokok bunga cengkih dalam keluarganya dimana kebanyakkannya terdapat dikawasan tropika dan sub-tropika. Pokok cengkih sesuai untuk hidup rendang dengan banyak cabang dan mampu mencapai ketinggain sehingga 18-20 meter (pada pokok liar) tetapi untuk sistem penanaman perladangan cuma 7-12 meter tinggi sahaja dan perlu selalu dibuat pangkasan. Kulit batang pokokk cengkih berwarna kelabu (grey) bercabang yang agak rendah. Daun berbentuk 'lanceolate' yang selalu berwarna hijau gelap berkilat dan mempunyai bau yang wangi. Kuntum bunga cengkih lazimnya berwarna hijau ketika muda dan akan bertukar kepada warna kemerahan apabila mekar. Cengkih digunakan sebagai rempah untuk masakan terutama masakan popular di Malaysia dan di India iaitu Nasi Beriyani atau masakan 'masalla'. atau masakan lain. Dikalangan negara BArat seperti di Eropah, cengkih diproses untuk dibuat cheese, speculaas ; hachee (makanan Belanda), masakan daging dan pelbagai lagi kegunaan dalam permakanan mereka. Bunga Cengkih juga merupakan komponen penting dalam membuat ramuan serbuk kari. Cengkih juga merupakan satu komponen utama untuk membuat jeruk (pickles). Rokok Kretek (Sempoerna) menggunakan cengkih sebagai komponen utama dicampur dengan daun tembakau yang kini telah menjadi satu produk kebanggaan dari Negara Indoesia. Ketika saya melawat kilang rokok jenama 'SAMPOERNA' di Surabaya 2009, saya kagum kerana mendapati kilang tersebut mampu memproses berjuta-juta batang rokok kretek secara manual (manusia yang menmbuat rokok tanpa mesin). Daun tembakau yang telah diadun dengan ramuan pelbagai bahan termasuk bunga cengkin digulung dengan kertas putih oleh pekerja wanita dengan cekapnya. Cengkih kaya antioksidan dan mempunyai sifat antibakteria serta anti-radang, sangat berkhasiat untuk melegakan sakit gigi (sebagai bius semulajadi) dan masalah mulut, menyokong kesihatan tulang kerana kandungan mangan, membantu mengawal gula darah, meningkatkan imuniti, dan melancarkan pencernaan serta mengurangkan kembung perut. Ia juga baik untuk kesihatan hati dan boleh membantu melegakan batuk serta selesema, selain digunakan untuk menyegarkan nafas. Khasiat Utama Cengkih akan dapat melegakan sakit gigi dan mulut sebab komponen eugenol bertindak sebagai bius dan antibakteria untuk mengurangkan sakit serta melawan jangkitan. Ia kaya dengan Antioksidan yang akan melawan radikal bebas dan melindungi sel daripada kerosakan, serta berpotensi mencegah kanser. Ia baik bagi sistem pencernaan dengan membantu didalam cara mengurangkan kembung, angin dan melindungi dinding perut daripada ulser gastrik. Mampu meningkatkan sistem Imuniti tubih dimana ia mengandungi vitamin C dan sebatian aktif yang merangsang sel darah putih. bagus untuk kesihatan tulang sebab ada zat Manganese (Mn) yang penting untuk kekuatan tulang dan pembentukan tisu penyambung. Mampu untuk kawal gula dalam darah dengan membantu untuk ia meningkatkan rembesan insulin dan fungsi sel untuk ianya akan mengawal paras gula. Baik kepada kesihatan hati sebab ia akan melindungi hati daripada kerosakan oksidatif. Ia juga dilaporkan mampu melegakan sistem pernafasan dimana wap rebusan cengkih membantu melegakan batuk, selesema dan keradangan pernafasan serta akan menghalang pertumbuhan bakteria dalam mulut.

 
3. Bunga Lawang
HERBA BUNGA LAWANG (lllicium verum) adalah sejenis tanaman rempahratus dari keluarga Illaceae yang selalu digunakan dalam masakan tradisi melayu di Malaysia sebagai herba penyedap makanan seperti nasi minyak, daging terutup, sup daging dan sebagainya. salah satu rempah yang digunakan secara meluas dalam masakan dan perubatan tradisional di seluruh dunia. Di Malaysia apa yang penulis blog faham bunga lawang adalah sebahagian daripada masakan tradisional dan digunakan dalam hidangan seperti kari, rendang dan masak lemak. Menurut data jurnal pada tahun 2017 kadar penggunaan bunga lawang dalam perubatan telah meningkat sebanyak 40% dalam tempoh 20 tahun terakhir dengan kegunaan utamanya adalah sebagai bahan dalam pengeluaran minyak pati. Pada penulis blog mendapati dimana bunga lawang adalah pokok yang berasal dari wilayah Asia Tenggara dan khususnya Selatan China dan Vietnam. Pokok ini mencapai ketinggian 8 hingga 15 meter dengan daun yang lebar dan berkilat serta bunga yang berwarna kuning kehijauan. Dilaporkan minyak pati inii memang mempunyai sifat antioksidan dan antibakteria yang berkualiti (Sila lihat foto disebelah). Apa yang penulis blog google dimana produk minyak ini ada dijual secara online di Lazada dan Shopee juga. Minyak esensial bunga lawang dapat membantu menjaga kulit menjadi lebih bersih, melindungi kulit daripada keradangan serta mengelakkan tanda-tanda penuaan kulit. Ini menjadikan industri konmetik dengan menggunakan bahan pati minyak bunga lawang semakin tinggi permintaannya. Terkini dilaporkan dimana herba bunga lawang sudah memasukki dunia Industri Minuman. Bunga lawang sering digunakan dalam teh dan minuman lain sebagai perasa kerana ia memberikan rasa manis dan rempah yang unik dan akan menjadikan minuman lebih sedap dan beraroma. Penulsi blog memang suka sesekali meminum teh bunga lawang panas. Memang kehebatan bung lawang ini sudah maju kepada penggunaanya dalam dunia Kesihatan Mental. Kajian pada tahun 2015 telah mendapati bahawa minyak esensial dari bunga lawang dapat membantu meredakan stres dan kecemasan serta didakwa ia meningkatkan kualiti tidur. Penggunaan bunga lawang dalam masakan global dilaporkan media telah meningkat sebanyak 30% dalam dekad terakhir kerana ia menambahkan kelazatan makanan dan juga faktur kesihatan. Dilaporkan bunga lawang ada 2 jenis bunga lawang iaitu Bunga lawang Cina dan juga jenis Bunga lawang Jepun. Bunga lawang cina tidak beracun manakala bunga lawang jepun beracun. Bagaimana pun selama ini saya percaya bunga lawang dari Indonesia yang paling banyak dan berkualiti di pasaran dan tidak ia pula dinyatakan dalam berita ini. melihat foto disebelah dimana jenis bunga lawang Jepun agak mirip sekali pandang dengan jenis bunga lawang Cina akan tetapi saiz buahnya lebih kecil dan baunya kurang. Bunga lawang Jepun dilaporkan ia biasa digunakan sebagai racun ikan dan juga racun perosak. Ia juga digunakan untuk mengatasi masalah sakit gigi dan sakit kulit kerana ada bahan toksin dalam bunga lawang Jepun dikenali sebagai 'Anisatin' sebagai bahan aktifnya. Apa pun kisah ini menyatakan mungkin terdapat kemungkinan produk bunga lawang Cina dicemari dengan bunga lawang Jepun dipasaran yang akan menjejaskan keduanya. Ini kerana dari laporan memang agak sukar membezakan kedua-dua jenis bunga lawang ini menggunakan mata kasar sepintas lalu. Satu-satunya cara untuk membezakannya adalah melalui analisis kimia atau dengan melihatnya di bawah mikroskop di makmal oleh merek ayang pakar. Dilaporkan dimana terdapat laporan seorang bayi mengalami masalah serius dan hampir maut setelah diberi minum air bunga lawang. Insiden ini telah berlaku mungkin disebabkan oleh Bunga Lawang Cina dicemari dengan Bunga Lawang Jepun. Justeru itu dilaporkan pengguna perlu waspada dan mengelakkan memberikan ekstrak air bunga lawang kepada bayi dan kanak-kanak. Dalam pada itu di Eropah dilaporkan bunga lawang Cina sering dicampurkan dalam minuman teh untuk ianya dapat mengurangkan stres.


4. Ketumbar 
KETUMBAR (Coriandrum sativum) merupakan sejenis herba dan tanaman dari keluarga Apiaceae yang mana ia dikategorikan sebagai tanaman rempahratus dimana dikalangan rakyat Malaysia selalu ada membeli biji ketumbar atau pun daun ketumbar. Apa pun bagi penulis blog dimana tanaman ini dipercayai berasal dari kawasan Eropah Selatan, Benua Afrika Utara dan Kawasan Asia Barat. Rakyat Malaysia selalu ada menggunakan ketumbar dalam bentuk biji ketumbar dan juga daun ketumbar dalam makanan mereka. Selain bahagian Daun Ketumbar yang selau digunakan sebenarnya untuk tujuan perdagangan memang biji ketumbar yang di jual di paaran dalam bentuk Biji Ketumbar Kering (Dried) atau Serbuk Ketumbar (powder) dimana ia tahan lama dalam sipanany yang baik. Menanam ketumbar dirumah merupakan satu perkara yang sangat mudah di lakukan sendiri iaitu dengan menggunakan asu atau pun bekas dari bahan terbuang dan media tanaman sesuai (Sila lihat foto disebea\lah). Kelebihan menanam ketumbar di rumah kebanyakannya adalah untuk di ambil bahagian daunnya yang segar dan di sunaknan dalam masakan atau untuk hiasan hidangan. 
Ketumbar kaya khasiat seperti melancarkan pencernaan (kembung, cirit birit), mengawal gula darah, menjaga kesihatan jantung (tekanan darah), melawan jangkitan bakteria (Salmonella), antioksidan (melawan radikal bebas), dan baik untuk kulit (radang, bisul, kudis), serta boleh jadi pembuka selera dan melegakan batuk, namun ia bukan pengganti ubat dan perlu digunakan secara seimbang. Pertama ia bagus bantu siste pencernaan dengan mengatasi masalah perut kembung, mual, cirit birit, dan melancarkan penghadaman dengan merangsang enzim pencernaan. Ia juga kaan membantu mengawal paras gula darah dengan meningkatkan fungsi insulin, baik untuk risiko diabetes. Bagi jantung pula ia akan mengurangkan tekanan darah dan kolesterol, menurunkan risiko serangan jantung dan strok. Kaya dengan bahan antioksidan yang akan melawan radikal bebas (terpinene, quercetin, flavonoid) yang baik untuk kulit dan kesihatan umum. Ia juga bertindak sebagai antibakteria yang akan melawan jangkitan bakteria seperti Salmonella. Bagi kesihatan kulit di laporkan ia ada sifat anti-radang dengan membantu merawat masalah kulit seperti dermatitis, ekzema, dan bisul. Mejadi bahan pembuka selera apabila aroma dan rasa khasnya boleh meningkatkan selera makan, terutama bagi yang susah makan. Baik bantu siste pernafasan dan rawat batuk apabila air rebusan boleh melegakan batuk, selesema, dan membantu mencairkan kahak. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisa ini memberi maklumat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BANYAK JENIS REMPAH... APAKAH DIA?...
ADA BUNGA LAWANG...SEHINGGA HALIA...
MENYEDAPKAN MAKANAN...SELALU GUNA..
BACA  ARTIKEL... BERTAMBAH ILMUNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Aras 1, Perpustakaan Awam Melaka,
Bukit Baru, Melaka Tengah,
Melaka,
Malaysia.
(21 Rejab 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...