Support My Blog

Saturday, January 17, 2026

PISANG LEMAK 40 HARI - APA DIA

PISANG LEMAK 40 HARI
 
atau Pisang Boyan atau Pisang Lemak Manis  atau Pisang Mantan atau Pisang Bulin adalah sejenis pisang yang popular kerana rasanya yang lemak manis akan tetapi cepat masa matangnya iaitu sekitar 40 hari daripada jantung keluar akan tetapi ia mudah lerai bila terlalu ranum. Penulis blog ada menanam dan sering membeli pisang ini sebab memang suka memakannya setiap masa sebab rasanya manis, aroma enak dan paling bagus harganya selalu murah. Kajian menunjukkan bukan semua negeri ada menanam pisang ini dengan komersial sebab yang selalu menanam adalah sekitar Negeri Johor, Selangor dan Perak serta Pahang. Kajian penulis blog juga jenis pisang banyak ditanam dikalangan masyarakat Jawa dan sekitar Pekan di Pahang untuk di jadikan bahan penting masakan Puding Raja di Pahang. Selalunya pisang ini akan ditanam dikawasan keliling rumah dan dalam dusun bercampor dimana penulsi blog dapati ia agak jarang ditanam secara monokrop dengan saiz meluas komersil. Ramai yang suka makan pisang ini yang mempunyai rasa sangat manis apabila masak dengan aroma atau baunya yang enak. Melihat akan pokok pisang ini adalah rendah dan kecil jika ia hendak dibandingkan dengan jenis pokok pisang lain. Apa pun selalunya ia di tanam suka-suka di kawasn rumah dan belum ada maklumat khusus mengenai keluasan penanaman pisang lemak 40 hari ini di Malaysia kerana data yang dikumpul oleh Jabatan Pertanian tidak ada ianya menyatakan jenis pisang termasuk jenis pisang ini. Ciri dan fakta penting mengenai pisang ini dimana saiz buahnya adalah sederhana sehingga saiz kecil di mana apabil masak ranum maka kulitnya melekat dan isinya menjadi lebik sesuai pula digunakan untuk cekodok atau di buat lempeng pisang. Apa pun selelu penulis blog mengambil pisang lemak manis 40 hari ini yang masih mentah untuk dimasak lemak cili api yang enak dan menjadi hidangan semasa makan tengahari berlaukan ikan goreng dan ikan kering sahaja. Seperti namanya dimana ciri tempoh matang pisang ini adalah amat cepat iaitu perlukan sekitar 40 hari selepas jantung pisang mula keluar dimana ini menjadikannya mudah dituai. Ciri buanya pula ia agak tirus dan tidak sekata (bahagian hujung lebih kecil) serta buahnya mudah lerai dan kulitnya melekat pada isi bila terlalu masak. Selain dimakan terusapabila masak segar dimana buah muda boleh dimasak lemak cili api dan jantungnya kurang sesuai dimasak kerana memang kelat. Ad dua persepsi bagaimana pisnag ini 40 hari dimana yang pertama adalah disebebkan oleh tempoh matangnya yang ia benar-benar mengambil masa kira-kira 40 hari untuk masak selepas jantungnya keluar. Hipotesis kedua disebabkan pisang ini selalu disajikan dalam majlis tahlil 40 hari selepas kematian seseorang. Artikel tenhagari sebelum solat jumaat saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai fakta penting bagi Pisang Lemak 40 Hari untuk bahan rujukkan semua.
 

Penulis blog tidak keliru akan perbezaan utama diantara jenis Pisang 40 Hari dengan Jenis Pisang Boyan sebab sudah memakan kedua-duanya sejak kacil dahulu semasa di kampong di Muar, Johor. Apa pun pastinya jenis pisang lemak 40 hari memang ia akan matang dan ia boleh dituai kira-kira 40 hari selepas jantung pisang keluar sedangkan pisang boyan kurang manis dan aromanya kurang kuat. Buah pisang lemak 40 hari selalunya bersaoz lebih pendek dan kecil serta ada bentuk bersegi. 
Apa pun keduanya memang ia sesuai dimakan segar atau dijadikan pisang salai atau cokodok kerana ciri teksturnya yang cepat masak. Kelainan bagi jenis Pisang Lemak Manis berbanding dengan pisang lemak 40 hari adalah dimana buahnya lebih berisi (montok) dimana berbentuk bulat pada bahagian hujung dan kulitnya nipis. Ia mempunyai rasa yang lemak, sangat manis dan tekstur isi yang lebih halus. Pengalaman penulis blog mendapati jenis ini sangat popular di tanam di sekitar Pekan, Pahang sebab jenis ini sangat popular untuk dimakan segar atau digunakan dalam hidangan khas dan tradisional seperti Puding Raja di Pahang. Penulis blog sanggup ke Pekan setiap beberapa bulan sekali semata-mata untuk membeli makanan khasnya oaotu 'Puding Raja' sebab selalu memakanny di IStana Pahang semasa bertugas jadi Pengarah Pertanian Negeri Pahang dulu. Penulis blog kongsikan panduan menanam Pokok Pisang Lemak 40 hari yang ramau mampu menanamnya sendiri. Pokok kedua-dua jenis pisang ini biasanya rendah (sekitar 1.5 hingga 2 meter) sahaja diman ini menjadikannya mudah diuruskan di laman rumah. Penting di ketahui jika jangan biarkan buah terlalu masak di pokok kerana kulitnya cenderung melekat pada isi atau buah boleh merekah. Asasnya pokok pisang ini mudah untuk tumbuh dengan baik di tanah yang subur dimana ia hanya memerlukan pencahayaan matahari yang cukup untuk menghasilkan buah yang manis. Sebelum menanam pisang ini dapatkan anakbenih dimana boleh menggunakan atau beli anak sulur dati kebun sedia ada atau beli benih kultur tisu yang sihat. Pastikan bahagian akar dan daun yang berlebihan dipotong sebelum ditanam. Kawasan menanam di sediakan dan kemudian di gali lubang bersaiz kira-kira 2 kaki x 2 kaki. Masukkan baja asas kedalam lubang tanaman seperti baja organik atau baja TSP untuk menggalakkan pertumbuhan akar. Jarak tanaman disyorkan sebab saiz pokoknya yang kecil adalah pada jarak sekitar 2.5m x 2.5m atau lebih rapat berbanding jenis pisang besar. Pokok pisang memerlukan air yang mencukupi terutamanya pada musim panas. Kekurangan air akan menyebabkan buah menjadi kecil dan kurang manis. Pasang kayu sokongan sebab batang pokok pisang ini selalunya ia adalah agak lembut dan pokok boleh patah. Cara tanama hanya satu atau dua sulur sahaja pada satu-satu masa untuk memastikan nutrien tertumpu kepada pokok induk. Buah pisang 40 hari mempunyai kulit yang nipis dan tidak tahan lama dimana selalunya ia tahan sekitar 1 minggu selepas menuai. Ia sangat sesuai diproses menjadi kerepek untuk ketahanan lebih lama tetapi boleh dijadikan cokodok.


Penting di kongsikan akan fakta utama Pisang Lemak 40 hari untuk kesihatan pengguna. Dilaporkan yang pisang Lemak 40 Hari (atau Pisang 40 Hari) kaya dengan serat, potassium, dan Vitamin B6 
dimana semua ini akan dapat membantu kesihatan jantung dan penghadaman serta ia membekalkan tenaga segera dan menjadikannya snek baik untuk bersenam atau sebagai makanan tambahan dalam kuih-muih tradisional seperti pisang rebus atau di goreng. Khasiatnya termasuk mengawal tekanan darah, meningkatkan fungsi otak, dan menjadi sumber karbohidrat yang sihat. Penulis blog paling suka makan pisnag lemak 40 hari yang ada dalam Puding Raja yang sanat enak dan berkhasiat (Sila lihat foto disebelah) apa lagi kalau memakannya di Istara di Pekan, Pahang. Apa pun khasiat utama pisang 40 har adalah untuk kesihatan Jantung sebab zat potassium dan serat yang tinggi ia memang akan membantu menurunkan tekanan darah. Pisnag ini sama dengan jenis pisang laian merupakan sumber tenaga yang signifikan dan ia sesuai untuk snek sebelum atau selepas aktiviti fizikal. Baik menjaga kesihatan dalam proses iaitu pencernaan bila kandungan seratnya menggalakkan sistem penghadaman yang sihat. Ia kaya dengan Vitamin B6 yanhg kesannya sangat baik untuk fungsi otak. Buah pisnag ini juga agak serbaguna dimana selain ia sedap dimakan terus atau diolah menjadi hidangan tradisional seperti kuih dan sebagainya. Selalunya pisang lemak manis, yang juga dikenali sebagai pisang 40 hari kerana tempoh matangnya yang singkat, menawarkan pelbagai khasiat kesihatan. Disisi lain di laporkan khasiat pisang ini akan membantu Kualiti Tidur sebab pisang ini kaya dengan tryptophan, Vitamin B6 dan zat kalium yang membantu memudahkan proses tidur dan selepas sesiapa memakannya akan menjadikannya lebih lena tidur. Ia juga sebagai makanan sumber tenaga dengan segera sebab kandungan zat karbohidrat dan gula semula jadi menjadikannya pilihan popular untuk meningkatkan tenaga dengan cepat terutamanya bagi golongan atlet. Apa pun ia memang baik bagi kesihatan jantung apanila kandungan zat kalium (potasium) yang tinggi membantu mengawal tekanan darah dan menyokong fungsi jantung yang sihat. Memakan pisang ini akan mengurangkan Tekanan (Stres) sebab ia di laporkan memang mengandungi asid amino yang membantu penghasilan serotonin iaitu hormon yang boleh membuatkan seseorang merasa lebih bahagia dan tenang. Dilaporkan yang kulit pisang ini juga boleh digunakan untuk rawatan kulit muka secara tradisional dengan cara mengoleskannya pada bahagian yang diperlukan.


Menarik juga membincangkan akan harga pisang lemak 40 hari (juga dikenali sebagai pisang boyen atau pisang lemak manis) berbeza mengikut lokasi dan musim, tetapi secara umum sekitar RM2.50 - RM7.00 sekilogram bagi buah masak segar (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun agak sukar untuk membeli pisang lemak manis 40 hari masih muda untuk di jadikan sayur sebab ia kurang permintaan. Bagaimana pun selalunya harga pisang ini mempunyai variasi harga yang jauh bergantung kepada banyak sebab. Antara faktor menentukan harga adalah kualiti, jumlah di beli (sesikat, setandan atau membeli banyak secara borong:, premis membeli (sama ada di kebun, gerai tepi jalan, di pasar malam, pasar basah atau di pasaraya). Faktur musim juga mempengaruhi harga dimana semasa buah durian banyak makan harga pisang akan turun sebab orag tumpu membeli durian dan waktu musim hujan juga kurang orang membeli buah pisang lemak 40 hari sebaliknya selepas banjir besar harganya naik sebab banyak pokok pisang yang mati tenggelam air. Bagi penulis blog makan r
esepi pisang lemak 40 Hari biasanya adalah membuat Cekodok. Kueh cokodok memang popular bukan sahaja untuk hidangan keluarga malahan ia kini sudah di komersilkan di pasar malam dan hotel terkemuka. Membuat kueh Resepi Cokodok Pisang 40 hari adalah versi goreng tepung yang mudah. Bahan disedikan adalah beberapa sisir pisang lemak manis 40 hari, tepung gandum, garam dan juga serbuk penaik (optional sahaja). Cara membuat dengan melenyek pisang lemak 40 hari dalam bekas bersama sedikit garam dan serbuk penaik (penulis blog jarang guna). Jangan terlalu banyak tepung agar tidak liat dn terus digaul sebati dan goreng dalam minyak panas sehingga keemasan. Apabila masak di toskan minyak dan sedia di hidangkan. Makanan berasaskan pisnag ini yang kedua yang penulis blog suka adalah Resepi Sayur Masak Lemak Pisang 40 hari dimana ia memang akan menggabungkan rasa lemak manis santan dengan pisang kecil. Bahan memasaknya adlah terdiri dari pisang lemak 40 hari yang masih muda, bawang besar, bawang putih, ikan bilis, santan, daun salam, serbuk kunyit, garam, cili hijau, daun selasih dan air. Cara memasaknya dengan mengupas kulit pisang muda ini sedikit dan kemudian di potong dadu dan di ketepikan. Seterusnya dalam kuali masukkan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar (bawang, ikan bilis) dan kemudian di masukkan santan, daun salam, kunyit, garam, dan air. Masak hingga mendidih dan kemudian baru di masukkan dadu buah pisang yang telah digoreng separuh masak. Tambahkan daun selasih dan cili hijau di akhir masakan dan matikan api sedia untuk di hidangkan dengan nasi putih. Semuga tulisan ini memeberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PISANG LEMAK 40 HARI...BOYAN SAMA...
BUAH KECIL.. MEMANG MANIS RASA...
MUDAH DI BELI... DI MANA SAHAJA...
BANYAK KHASIAT...MAKAN ENAKNYA...

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(26 Rejab 2447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...