Pokok Gombak atau Pokok Gapis ini agak unik kerana apabila berbunga ia lazimnya akan mengeluarkan buah atau kekacang yang bewarna ungu ini. Penulis blog sebelum ini belum pernah melihat kekacang seperti ini kini pergi ke Daerah Gombak untuk melihat dan seterusnya untuk mendapatkan maklumatuntuk penulisan blog. Dilihat daripada rupabentuk pokok yang ada di sekitar Gombak memang tidak menghairankan. Ditulis pada batang pokok sebagai 'Pokok Gapis' dengan dinyatakan akan nama saintifiknya Saraca thaipingensis dan diberitahu dimana pokok ini juga diberikan nama Yellow Saraca kerana dilihat pada bunganya yang berwarna kuning keorenan apabila ia sedang mekar berkembang. Sekali pandang bunga memang pokok ini cantik untuk dijadikan sebagai pokok taman hiasan atau tanaman ornamental. Apabila penulis blog membuat tinjauan di Putrajaya pula memang menemui seakan pokok gombak ini ditanam dibeberapa lokasi strategik. Kalau anda sudah biasa ke Taman KLCC di Kuala Lumpur memang ada berkemungkinan akan menjumpai beberapa pokok ini yang ditanam dengan hidup subur juga. Tanaman hiasan ini memang dilaporkan akan berbunga cantik dan mengeluarkan bau yang amat wangi. Selain daripada dijadikan sebagai tnaman hiasan ada juga dilaporkan dimana kalangan orang kampung dan orang asli dibeberapa lokasi ada mengambil buahnya untuk ditumbuk untuk kemudian dijadikan umpan ikan disebabkan baunya yang kuat terutamanya memancing ikan air tawar di sungai yang ada arus.
Penanaman pokok Gombak atau pokok gapis ini bertujuan untuk menyumbang kepada pengekalan keseimbangan alam sekitar, ekosistem, ekologi dan biodiversiti sungai. Tumbuhan ini adalah dikategorikan sebagai spesies riparian (kelompok dan jenis tumbuhan yang tumbuh di sekitar atau disepanjang tebingan sungai) yang membentuk ekosistem sungai. Ekosistem sungai meliputi pelbagai jenis ekosistem termasuk tebing sungai, dataran banjir dan tanah basah. Ekosistem riparian mewakili habitat yang lebih basah, lebih sejuk dan lebih rapat daripada kawasan dataran tinggi yang bersebelahan dan akibatnya cenderung menyokong komuniti yang mempunyai biologi, produktif dan pelbagai. Ekosistem sungai juga menyediakan banyak fungsi dan perkhidmatan ekosistem penting iaitu khususnya dalam mengatur iklim mikro dan kualiti air dan juga dapat mencegah hakisan tebing sungai dan meningkatkan lagi kestabilan bentuk muka bumi. Tanaman pokok ini juga akan mewujudkan jaringan makanan akuatik dan daratan serta menyediakan habitat untuk pelbagai organisma akuatik, amfibia dan daratan. Walaupun terdapat nilai-nilai tersebut dilaporkan dimana ekosistem riparian juga merupakan beberapa ekosistem yang paling terancam disebabkan oleh kedudukannya yang dekat dengan aktiviti manusia yang tidak terkawal. Pengurusan dan pemulihan ekosistem riparian yang berkesan semakin mendesak untuk pemeliharaan biodiversiti setempat dan untuk kesejahteraan serta penghidupan masyarakat di sekitarnya. Pendekatan pengurusan melibatkan perlindungan ekosistem riparian yang sistematik perlu dilakukan. Peranan spesies riparian seperti Gapis memainkan peranan sangat penting sebagai zon peralihan antara air dan persekitaran daratan. Selain menjadi perumah kepada habitat sekeliling, spesies riparian juga menyumbang sebagai penghubung kepada hidupan liar di sekitarnya, agen penapis dan halangan untuk pergerakan antara spesies flora dan fauna serta sebagai 'sink’ dan sumber hidupan liar, nutrien serta tenaga. Buahnya yang besar, leper, keras dan berwarna ungu menjadi makanan kepada tupai. Ia merupakan kitaran kehidupan flora dan fauna yang semula jadi dalam mengekal serta menghasilkan biodiversiti yang lengkap. Dari segi ekologi, dengan ketinggian sehingga 20 meter dan tumbuh dalam kelompok yang dekat antara satu sama lain, dapat menjadikan akarnya memegang struktur tanah dengan kuat. Fungsi akar-akar itu amat jelas sebagai agen yang bertindak untuk menyerap air yang banyak terutama air hujan.
Penanaman pokok Gombak atau Pokok Gapis ini akan dapat menjadikannya sebagai spesies yang sangat sesuai berada di zon peralihan antara air dan persekita-ran daratan. Fungsi akar-akar dapat menahan dan menampung kekuatan semula jadi kawasan tebingan sungai daripada terhakis akibat arus yang deras dan jika berlakunya tanah runtuh. Terdapat juga maklumat yang menyatakan akar pokok Gapis digunakan untuk membuat pemegang parang. Sebagai salah satu spesies yang sudah dikategorikan sebagai riparian maka pokok Gapis yang merupakan pokok asal perlu dibiarkan tumbuh di sepanjang sungai bersama tumbuhan lain untuk mewujudkan riparian habitat yang berterusan dan lestari. Pokok Gombak kini sudah dijadikan sebagai tanaman hiasan untuk kebaikan alam sekitar. Pokok Gapis merupakan sejenis pokok hutan hujan tempatan yang termasuk antara 4,100 pohon pokok yang ditambahkan ke tapak Taman Tugu, Kuala Lumpur. Pokok ini telah dipilih dengan kerjasama Penyelidikan Perhutanan Institut Malaysia (“FRIM”) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (“MNS”). Untuk mengenali ciri-ciri fizikal pokok Gapis dikenli sebagai sejenis pokok evergreen meluas, bersaiz sederhana, dan tumbuh setinggi 7-20m. Crown pokok ini kelihatan kasar dan mempunyai bentuk kubah-payung. Kulit batangnya licin dan sering betompok liken. Daunnya tersusun kompaun pinnate rata, dengan sebanyak 8 pasang dedaun besar yang bujur. Daun muda berwarna keungguan yang berubah krim dengan sisi daun yang berwarn unggu-merah dan rachis apabila matang, dan kemudiannya hijau. Pertumbuhan baru biasanya muncul selepas musim kering. Pucuk batang muda pendulous berwarna unggu-merah, lentur dan tergantung pada tassel, sebelum mengeras apabila matang. Bunga-bunga seakan cauliflorous, biseksual dan sedikit wangi (terutama pada waktu malam), tidak mempunyai kelopak, dan warna-warna bunga datang dari sepal bunga tersebut. Apabila bunga-bunga tersebut matang, mata merah gelap akan tumbuh. Pokok Gapis akan berbunga dengan banyak selepas cuaca kering yang ketara. Buah-buahnya berbentuk pod unggu yang besar dan leper yang selalunya akan membengkak apabila matang dan terbelah 2keratan melingkar apabila ia sudah sedia untuk menyebarkan biji benihnya. Biji benih dari buahnya adalah besar, keras dan hitam.
Terdapat beberapa kenyataan mengeai kegunaan tumbuhan ini. Penduduk tempatan mempercayai bahawa buah-buah pokok in mempunyai ciri-ciri perubatan. Dilaporkan dimana akarnya digunakan untuk membuat pemegang parang. Dari segi kebudayaan di India, spesies pokok ini adalah berkait rapat dengan spesies Saraca asoca, pokok Ashoka. Pokok Ashoka mempunyai peranan penting dalam tradisi budaya di benua kecil India ia adalah lambang kesuburan dan telah untuk melegakan sakit-sakit wanita semasa haid. Pokok ini amat dihormati dalam agama Hindu dan Buddha serta kerap ditemui di taman-taman istana diraja atau berdekatan kuil-kuil. Habitat tumbuhan pokok tropika dan juga pokok sub-tropika ini yang tumbuh di sepanjang tebing sungai-sungai berbatu atau pada jenis tanah yang kering juga. Pokok-pokok ini berasal dari Semenanjung Malaysia, Sarawak, Thailand, dan Myanmar. Nama spesies ‘thaipingensis’ merujuk kepada bandar Taiping, kemungkinan tempat di mana sepsis pokok ini dikelaskan buat pertama kalinya. Pokok dengan nama botani Saraca cauliflora atau gapis di tanam dan didapati dalam Stesyen FRIM selalunya berbunga lebat sejak bulan Januari 2012 sehingga kini. Bunga Gapis yang tumbuh di FRIM akan mekar berterusan dua hingga tiga minggu. Spesies pokok ini ini juga dikenali ditempat lain sebagai pokok ashoka, Saraca kuning, ghandhapushpa atau sorrowless iaitu sejenis pokok yang tidak pernah berduka. Taburannya meliputi Asia Tenggara dan mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Saraca cauliflora tergolong dalam famili Fabaceae. Di Malaysia seperti dilaporkan dibab atas dimana pokok ini tumbuh secara semula jadi di tepi-tepi sungai seperti di tebing sungai hutan-hutan rekreasi. Bunganya yang cantik apabila kembang selalunya menjadikannya sesuai sebagai tanaman hiasan. Di FRIM Kepong ini pokok-pokok gapis yang berwarna terang dan berbau harum dapat dilihat di sekitar kampus. Berhampiran Sekolah Kebangsaan FRIM terdapat dua batang pokok yang ditanam sebagai pokok hiasan. Pokok gapis yang tumbuh liar juga kelihatan berhampiran anak Sungai Kroh yang boleh dilihat dari Jalan Jelutong dan tiga batang pokok sedang berbunga di Taman Botani Kepong. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
TUMBUH LIAR... TEPI SUNGAI SANA...
BUNGA MEKAR... HARUM WANGINYA...
KE TAMAN TUGU... CARI POKOKNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(13 Syaaban 1442H).







No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.