Apa pun pokok halba ini ia boleh dikenali melalui batangnya yang menegak setinggi kira-kira 30 hingga 60 cm dan berbau kuat. Ðaun halba berbentuk seperti titisan air mata dan tumbuh dalam kumpulan bertiga dari batangnya yang halus. Bunga pokok halba berwarna kuning yang kemudian ia akan menjadi biji halba berwarna kuning kecoklatan dan mengeluarkan bau yang agak aromatik. Halba dikenali sebagai sayuran berdaun namun bijinya yang banyak digunakan dalam masakan mahupun dijadikan sebagai ubat. Ðaun halba mempunyai bau yang kuat terutamanya jika dimakan mentah walau pun rasaya agak pahit. Perlu di ketahui jika selalunya daun halba banyak ada ia digunakan dalam masakan India terutama sekali di bahagian India Utara di mana daun ini dianggap sebagai bahan yang istimewa dan dimasak dengan pelbagai cara. Ðaun ini juga dikatakan amat sesuai ia di gabungkan dengan bahan-bahan berkanji seperti gandum dan ubi kentang. Ðaun halba segar ia mempunyai perisa saderi, bayam dan mempunyai kepahitan tersendiri yang akan membangkitkan selera makan bagi kebanyakan orang yang makan kari dan sebagainya. Apa pun rasa kepahitan daun boleh dihilangkan sedikit dengan cara seperti mencelur daun halba di dalam air mendidih dan ia juga kemudian dimasukkan ke dalam air sejuk sebelum dimakan akan tetapi sedikit perisanya juga akan hilang. Kini kalangan orang Malaysia sudah suka menanam pokok halba dengan cara menanam dalam bekas khas di rumah yang mana ia mampu menghasilkan daun halba untuk tujuan seperti diatas. Ia memang mudah di tanam dengan menggunakan biji halba yang segar di jual di pasaran dimana di semai dan di tanam serta di jaga dengan baik sehingga beberapa minggu sebeum daunnya boleh di tuai.
Kadar Benih yang diperlukan adalah sekitar 20 - 25 kg/hektar untuk mendapatkan kepadatan tanaman yang optimum. Langkah proses penyediaan tanah disesuaikan dengan teknologi tanaman da keadaan tanah di mana ia perlu di bajak dan di rotor atau di India mereka amalkan isitem No-Tillage atau sistem tanpa bajak atau bajak minimum semakin popular untuk mengekalkan kandungan karbon organik tanah dan nitrogen. Setelah menanam erlu di baja seperti jenis baja NPK dengan kadar 30:25:40 kh/ha bersama baja kompos sebanyak 5 mt/ha. Berikan baja Nitrogen (kadar baja N minima sebanyak 23 kg/ekar) dan Baja Posforus (kadar baja P : 27 kg/ekar) adalah ia disyorkan untuk pertumbuhan yang sihat. Pengairan sangat penting dalam penanaman halba sejak awal penanaman dan di kurangkan sekitar 8 - 12 hari sekali sehingga pokok berbuah. Pokok halba mudah rosak jika terlebih pengairn dan tanah basah. Perlu juga di berikan jenis baja organik iaitu menambah sebanyak 10 - 15 metrik tan tahi baja organik (di India gunakan tahi lembu) yang telah reput sepenuhnya bagi setiap ekar semasa penyediaan tanah. Terkini sudah ada teknik menanam halba secara moden iaitu secara Sistem Fertigasi. Di laporkan dimana sistem fertigasi ini di selaraskan melalui sistem IoT untuk mengawal kelembapan tanah secara automatik, memandangkan halba sangat sensitif terhadap pengairan berlebihan. Jarak tanaman dalam barisan yang optimum adalah sekitar 20 cm hingga 40 cm untuk memastikan pengudaraan yang baik dan mengurangkan isu persaingan rumpai. Amalan agronomi seperti kawalan rumpai perlu dijalankan dengan menggunakan jenis racun rumpai pra-cambah seperti Fluchloralin atau amalan kawalan biologi untuk mengelakkan kehilangan hasil sehingga 70% jika rumpai tumbuh tidak di kawal. Penjarangan juga perlu di lakukan agar menjaga kepadatan tanaman dan penghasilan lebih baik. Kawalan penyakit dari ancaman Penyakit Bintik Daun Cercospora boleh di kawal dengan racun kimia atau menggunakan mikrob bermanfaat untuk tanaman dapat meningkatkan imuniti tanaman terhadap penyakit.
Perlu di ketahui jika pokok halba yang di jaga baik boleh di tuai untuk penghasilan daun dan juga penghasila bijinya. Apa pun penuaian daun selalunya boleh daam masa 15 - 30 hari selepas menanam. Penuaian daun boleh dituai setiap 15 hari sekali manakala biji dituai apabila lenggai yng keluar akan berubah warna menjadi kuning (Sila lihat foto disebelah). Dalam buah pod ini akan ada biji-biji halba yag perlu di keluarkan di di proses sehingga sesuai untuk dijual atau untuk simpanan. Adalah sesuai jika tanaman halba perlukan suhu optima pada suhu antara 8°C hingga 27°C untuk penghasilan metabolit sekunder yang berkualiti tinggi. Memetik daun halba dengan memotong sekitar 2 cm daripada paras tanah dengan memotong 2-3 keratan sepokok. Bagi penanaman halba untuk penghasilan bijinya ia mestu sudah berumur 90 - 100 hari lepas tanam (sekitar 3 bulan) dan ada varieti halba yang perlukan masa selama 250 hari sebelum ia boleh di tuai. Tanda buah atau pod atau lengai halba matang apabila kelihat warnanya sudah bertukar menjadi warna kuning atau coklat. Aktiviti lepas tuai dilakukan dimana selepas pod di tuai pokoknya perlu di jemur di bawah matahari selama 6 - 7 hari sebelum di leraikan antara pod dengan pokoknya (treshing process). Sebaikn biji halba yang di jemur mencapai kelembapan atau kekeringan sekitar 7 - 8% (MC) sebelum ia sesuai di simpa atau untuk dijual.
Perlu di ongsikan jua akan khasiat dari tanaman halba dimana sebenarnya Bahagian Ðaun Halba mampu merawat masalah penghadaman sebab ia ada memang mengandungi protein, beta karotena, besi dan zat-zat galian yang lain. Ðaun ini menyejukkan dan dikatakan mampu menaikkan selera makan seseorang jika diambil dengan cara yang betul. Ðaun halba jika ditumbuk halus dikatakan boleh disapu kepada muka kerana ia mampu menghilangkan jerawat, bintik-bintik hitam, muka kering dan kemunculan awal kedutan muka. Jika pes daun ini disapu pada kulit kepala sebelum mandi, dikatakan mampu memanjangkan rambut, mengekalkan warna semula jadi rambut dan menjadikan rambut halus dan lembut. Ada juga kajian dimana daun halba juga dikatakan mampu digunakan dalam merawat masalah penghadaman dan masalah kembung perut. Air rebusan daun halba pula dikatakan boleh digunakan sebagai ubat kumur bagi masalah ulser mulut. Ðaun halba juga dikatakan mampu membantu pembentukan darah. Ðaun yang telah dimasak dikatakan amat berguna untuk gadis remaja mengelak anemia dan keadaan yang berkaitan dengan masalah pembesaran dan cukup umur. Apa pun memang ada kesan yang menyejukkan dimana jika di gunakan daun yang telah ditumbuk boleh ditampalkan pada bahagian yang mengalami bengkak dan kesan terbakar. Kes lain adalah membuat teh halba merawat demam dimana biji halba merupakan sumber yang kaya dari 'galactomannan polisakarida' yang mana ia juga merupakan sumber saponin diosgenin, yamogenin, gitogenin, tigogenin dan neotigogens. Unsur bioaktif lain yang terdapat dalam halba termasuk lendir, minyak atsiri, dan alkaloid seperti Kolin dan trigonelina.
Paling ramai hendak tahu adalah khasiat bagaimana biji halba pula yang dikatakan bersifat melegakan, melawaskan kencing, mengeluarkan angin, menambahkan air susu ibu serta sesuai dijadikan sebagai tonik perangsang dan penaik selera makan. Biji halba (Sila lihat foto disebelah) dimana ia dikatakan mampu digunakan untuk merawat kolik, kembung perut, disentri, diarea dan dispepsia di mana semuanya berkaitan dengan masalah dalaman perut. Teh yang dibuat daripada biji halba juga dikatakan amat bernilai dalam mengurangkan demam. Teh halba juga berguna sebagai minuman pencuci dan pelega badan dan ia juga dikatakan mempunyai kelebihan untuk membuang bahan melekit dalam tubuh. Apa pun dilaporkan biji halba jika diambil dengan menelannya secara mentah (sekitar 2-3 gram) atau direndam dengan air hangat setiap pagi sebelum memberus gigi atau sebelum meminum teh/kopi dikatakan mampu memberikan kesan terapi dan penyembuhan untuk sakit-sakit sendi, tanpa memberikan efek sampingan. Biji halba mampu untuk merawat sakit tekak atau ubat kumur yang dihasilkan daripada biji halba dikatakan amat berguna dalam merawat sakit tekak. Apabila menyediakan ubat kumur ini dimana ia seharusnya lebih pekat daripada teh. Teh ini juga dikatakan boleh dijadikan sebagai ubat untuk menghilangkan bau mulut dan bau badan. Seterusnya ia membantu pesakit diabetes dimana biji halba juga dikatakan mempunyai kesan iaitu hipoglisemia yang ringan dan dipercayai mampu membantu pesakit diabetes dengan mengurangkan glukosa serum dan meningkatkan toleransi glukosa. Biji halba di war-warkan sebagai bahan Penggalak pengeluaran susu ibu apabila ia sudah dihancurkan dan dijadikan seperti kanji dikatakan boleh dimakan oleh ibu yang baru melahirkan anak terutamanya bagi membolehkan mereka meningkatkan pengaliran susu badan. Halba digunakan sebagai galactagogue (agen pengeluaran susu) oleh ibu yang menyusu untuk menambah susu yang kekurangan bekalan. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa halba adalah stimulator pengeluaran susu ibu dan penggunaannya dikaitkan dengan peningkatan pengeluaran susu sebanyak 900%. Walaupun terdapat banyak kegunaan biji dan daun halba, namun begitu sebelum sesiapa menggunakannya hedaklah mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari. Semuga tulisan yang panjang ini memberi maklumat berguna kepada semua pembaca blog anim agro techology kali ini. Wasallam!!!...
DAUN DA BIJINNYA..BANYAK KHASIATNYA...
TEKNOLOGI MENANAM...SUDAH DISEDIA...
BACA ARTIKEL... BARU TAHU RAHSIANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(24 Rejab 1447H).







No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.