Support My Blog

Saturday, January 24, 2026

IKAN KETUTU DAN FAKTA PENTING

IKAN KETUTU
 (
Oxyeleotris marmoratus) atau di panggil juga sebagai Marble Goby atau Ikan Betutu, Ikan UbiSoon HockIkan Hantu dan Haruan Bodoh bagi penulis blog adalah satu spesies ikan goby air tawar terbesar di dunia. Walaupun nama saintifik utamanya ialah Oxyeleotris marmorata tetapi terdapat 
banyak spesis dalam genus Oxyeleotris iaitu dengan kira-kira ada 18 spesis diketahui, dan ada yang berbeza sedikit dari segi saiz sisik. Secara ringkas ikan betutu adalah spesis gobi air tawar yang mahal dan popular untuk hidangan istimewa Ikan Betutu (Oxyeleotris marmorata) dimana ia juga dikenali sebagai Ikan Ketutu atau Marble Goby adalah spesies ikan air tawar yang besar, bernilai tinggi, terkenal dengan isi lembut dan manis, serta dijuluki ikan 'bodoh' atau 'pemalas' kerana sering berdiam diri tetapi sebenarnya karnivor agresif, hidup di sungai dan payau, dan mempunyai potensi eksport ke Asia. Terdapat pelbagai spesis dalam genus Oxyeleotris, tetapi O. marmorata adalah yang paling terkenal dan banyak dicari untuk makanan. Ciri-ciri utama ikan ini adalah ia sejsnia ikan karnivor agresif (pemangsa) dimana ia kelihatan pemalas, odoh dan selalu kelihatan seperti 'tidur'. Dipasaran Malaysia ikan ini mempunyai nilai harga mewah atau harga tinggi (RM80-RM100+/kg) dimana ia memang kaya albumin. Kajian mendapati jika ikan ketutu ini mempunyai permintaan tinggi di Asia terutama di negara China, Singapura, Hong Kong. Apa pun sebenarnya ikan ketutu inii berstatus spesis ikan yang sudah terancam (IUCN) akan tetapi juga ia tidak diternak secara komersial. Apa pun ikan ini dikenali dengan dagingnya yang lembut, manis dimana ia ada kandungan yang tinggi proteinnya yang sering dijual mahal sebagai makanan mewah dan popular di restoran Cina serta kalangan orang Melayu. Ikan ini didalam habitatnya apa yang penulis blog lihat ia bersifat pemangsa malas, pandai menyamar dengan corak marmar coklat kehitaman mengikut warna air diana ia tinggal. Apa pun ikan ini suka hidup di air payau, dalam sungai tenang, di tasik dan kawasan lombong yang ditinggalkan. Ikan ini ada berbagai jenis dimana selalunya corak yang mudah di jumpai adalah seperti corak marmar coklat kehitaman dengan mempunyai saiz badan besar bagaimana pun cara ia bergerak adalah perlahan. Khasiat paling popular dimana ikan ini dijual mahal keada mereka yang perlukannya seperti ia bagus untuk pemulihan selepas bersalin atau mereka yang baru menjalani pembedahan untuk cepat sebuh. Cara untuk memakannya dengan dikukus, dibuat sup atau masak kicap. Kalangan pemburu ikan ini mereka menangkapnya dengan menggunakan alatan seperti Bubu (perangkap) dengan umpan hidup seperti anak ikan atau udang atau cara dipancing. Artikel pada petang jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai fakta penting ikan ketutu atau betutu untuk bahan rujukkan semua.


Antara fakta penting bagi ikan ketutu atau ada y
ang memanggilnya haruan bodoh, ikan ubi, ikan hantu atau ketutu. Goby marmer (Oxyeleotris marmorata) adalah spesies ikan yang tersebar luas di keluarga Butidae yang berasal dari perairan tawar dan payau di cekungan Mekong dan Chao Praya, serta sungai dan badan air lainnya di Kemboja, Thailand), Malaysia, Singapura, Indocina, Filipina, dan Indonesia. Ikan ini adalah salah satu ikan gobioid terbesar, mencapai panjang 65cm, meskipun sebahagian besar tidak melebihi 30cm. Ikan ketutu atau dalam bahasa Kantonis, soon hock tergolong dalam ikan air tawar yang terdapat di negara-negara Asia Tenggara. Habitat utamanya adalah di kawasan yang cetek seperti di gigi-gigi air iaitu berhampiran dengan tebing sungai, tasik dan lombong-lombong tinggal. Ikan ini adalah dikategorikan sebagai ikan pemangsa, namun demikian ianya adalah ikan yang sangat malas untuk memburu mangsanya. Ia lebih suka menunggu mangsa yang berenang berhampiran lalu membahamnya apabila dikira sudah cukup hampir. Biasanya dengan warna dan coraknya yang berceloreng itu ianya akan membuatkan ikan ini sangat pandai menyamar dan ia suka bersembunyi di balik atau bawah batu-batu atau dedaunan mahupun kayu. Ia sangat aktif pada waktu malam, adakalanya ia keluar dari tempat persembunyian untuk mencari mangsa. Dilaporkan dimana diet semulajadi ikan ini ialah ikan-ikan kecil termasuk anak-anak ikan, udang, cacing mahupun ulat. Ikan ini mempunyai sikap tamak yang menyebabkan ia mudah ditangkap apabila lokasinya telah dikenal pasti oleh pemburunya. Dilapangan dimana selain dipancing, Ikan ini boleh dijerat dengan menggunakan bubu tradisional atau pun bubu yang direka khas dengan menggunakan batang paip yang diletakkan umpan ikan hidup seperti anak-anak ikan koi di dalamnya. Apa pun spesies ini adalah ikan yang penting secara ekonomi sebab ia sangat aktif berada dalam industri akuakultur dan akuarium. Ia juga sangat popular di kalangan masyarakat Cina kerana teksturnya yang halus dan daging putihnya yang lazat dimana ia diyakini memiliki khasiat untuk penyembuhan. Dikatakan ikan ketutu ini ia paling baik dimakan setelah pembedahan atau melahirkan anak. Apa pun di Malaysia proses komersialisasi jenis ikan ini belum banyak dilakukan walau pun di lapirkan yang kadar permintaan hanya dipenuhi iaitu sebahagian besar tergantung pada populasi liar yang semakin sukar didapatkan sehingga kekurangan bekalan ini telah melonjakkan harga ika ketutu yang tinggi di pasaran. Penulis blog ada dengar jika ikan ini ada nama lain seperti Ikan Belontok, ikan hantu, haruan bodoh, ikan ubi dan sebagainya. Ia merupakan jenis ikan air tawar dan payau dimana ia adalah spesies demersal yang hidup pada radius air dengan nilai pH 6.5 - pH7.5 dengan suhu tropika 22°C-28°C. Ia berada dalam habitat air tawar berkedalaman sehingga 10 meter.  


Dalam portal bharian.com dilaporkan fakta dan ksiah bertajuk '
Nama pelik tapi harga mahal' dari Segamat, Johor untuk di kongsikan. Media lporkan dimana di sebalik pelbagai gelaran sebagai ikan hantu atau ikan hodoh, namun harga ikan ketutu atau haruan ubi tidak seteruk seperti digambarkan. Itulah panggilan popular bagi ikan ketutu atau marble goby yang mencecah harga antara RM90 hingga RM120 seekor bagi berat melebihisatu kilogram (kg) seekor atau antara RM80 hingga RM100 sekilogram. Bagi golongan nelayan apabila ikan ketutu tersangkut pada jaring atau pukat, terperangkap dalam bubu atau terkena mata kail seolah menemui ketulan emas kecil. Dilaporkan bagi seorang nelayan sungai iaitu Talam Hamid (58) nyatakan dimana ikan ketutu yang tersangkut pada jaring bukan setakat menceriakannya, malah menjadi buruan pengusaha restoran Cina yang sanggup menawarkan harga lebih tinggi. Dakwanya rezeki untuk memperoleh ikan ketutu mampu membawa hasil lumayan kepada keluarganya. Dia dakw memang agak sukar untuk mendapat ikan ketutu sekarang berbanding 15 tahun lalu kerana ia semakin pupus akibat kurangnya pembenihan di sungai. Jika ia kemuidan ada tersangkut pada jaringnya bermakna dia sangat bersyukur dan tersenyum lebar. Jenis jaring memerangkap ikan ini hanya boleh dipasang ketika arus sungai menjadi tenang sedikit berdasarkan perkiraannya juga petua sebaiknya hadap arah kiblat. Jika arus kuat, jaring tidak boleh dipasang kerana ia akan bergulung akibat dibawa arus dan dikhuatiri penuh sampah sarap semasa di Pangkalan Nelayan Kampung Seberang Batu Badak di Segamat, Johor. Penulis blog sering juga ujirasa ikan ketutu semasa bertugas sebagai Pegawai Pertanian Daerah Segamat sekitar tahun 2000-2004 dimana pejabatnya bersebelahan dengan Pejabat Perikanan Daerah Segamat juga. Dia selalunya akan memasang jaring di beberapa lokasi yang disifatkan mereka sebagai lubuk ikan di Sungai Segamat dan Sungai Muar di Segamat serta muara Sungai Buloh Kasap. Lazimnya mereka membiarkan jaring berkenaan semalaman sebelum menariknya keesokan hari. Selain ketutu, ikan yang lazim tersangkut pada jaring adalah ikan lampam, baung, lais dan anak baung. Ikan ketutu atau nama saintifiknya 'Oxyeleotris marmorata' adalah antara ikan air tawar hidup di kawasan cetek berhampiran tebing sungai, tasik dan lombong yang semakin sukar diperoleh. Isi ikan berkenaan lebih padat dan lembut begitu digemari masyarakat Cina kerana dikatakan mampu menyembuhkan penyakit darah tinggi dan semput.


Bagi penulis blog diana setiap kali mendengar nama ikan ketutu atau Ikan Betutu atau Ikan Hantu atau 'Snake Head Fish' pasti ada di kalangan masyarakat Malaysia telah mencuba membayangkan bentuk fizikal dan keunikan yang terdapat pada ikan tersebut. Mungkin ada antara anak muda kini yang langsung tidak mengetahui kewujudan ikan itu yang nama saintifiknya ialah marbled goby (Sila lihat foto sebelah). Pada saya ikan ketutu lebih sinonim dengan panggilan haruan bodoh, ikan hantu dan belantuk atas sebab fizikalnya lain daripada ikan yang biasa dilihat. Namun begitu di sebalik bentuk fizikalnya yang 'menggerunkan', ketutu merupakan salah satu ikan ternakan yang mempunyai nilai tinggi dalam pasaran. Menyedari perkara ini dilaporkan ada sebuah syarikat iaitu Aquaculture Technology Sdn. Bhd. di Melaka mengambil inisiatif menternak ikan ketutu dan sejak beroperasi tiga tahun lalu, syarikat tersebut tersenarai sebagai salah satu syarikat yang mempunyai kolam ternakan ikan ketutu terbesar di negeri ini. Mereka kini memiliki sebanyak tujuh buah kolam utama yang terletak di Tiang Dua, Jasin di sini, Aquaculture Technology merupakan anak angkat kepada Jabatan Perikanan negeri telah menternak lebih daripada 1,000 ekor ikan tersebut. Pengusahanya, Encik Ng Swee Lui berkata sejak bergiat dalam ternakan ikan ketutu, perusahaan tersebut terbukti mendapat permintaan tinggi bukan sahaja untuk pasaran dalam negara malah luar negara. Setakat ini ikan ketutu ternakannya sudah berjaya menembusi pasaran Singapura, Hong Kong, China, Taiwan, Jepun dan beberapa negara Eropah. Dia memulakan bidang ternakan ini sejak tiga tahun lalu dan di kawasan ini sahaja mengandungi tujuh buah kolam yang dibina dengan perbelanjaan sendiri berjumlah RM1.2 juta. Syarikat  ini telah memiliki 30 buah kolam ternakan ikan ketutu dan beberapa jenis ikan hiasan di sekitar Alor Gajah. Baru-baru ini pihaknya menerima permintaan dari luar negara yang mengharapkan bekalan sebanyak empat tan ketutu sebulan, namun malangnya pihaknya hanya mampu membekalkan dua tan sebulan. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
IKAN KETUTU.... CANTIK CORAKNYA....
IA HAGAL...TETAP ORANG CARINYA...
BANYAK KHASIAT...CEPAT SEMBUHNYA...
JUMPA ARTIKEL... MINAT MEMBACA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Blai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(18 Jamadilakhir 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...