Support My Blog

Thursday, January 15, 2026

MINUMAN DARI BUAH NANGKA

MINUMAN DARI BUAH NANGKA?
Itu satu perkara yang jarang kita dengar apa lagi dapat merasakan akan uniknya keenakkan minuman tersebut. Penulis blog hanya beberapa kali sahaja menikmati jus buah nangka ketika bertugas sebagai Pengarah Pertanian Negeri Pahang slama 2 tahun. Buah Nangka (Artocarpus heterophyllus) merupakan sejanis buah tropika yang kini ditanam dengan skala komersil terutama di Negeri Pahang dibawah projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) kelolaan Jabatan Pertanian. Beberapa varieti yang popular ditanam adalah seperti Nangka Tekam Yellow (J33), Nangka Subang Chap Boy (J39), Nangka Mastura (J37) dan beberapa lagi. Penulis blog menulis lebih daripada 140 artikel mengenaia nangka dimana ia merupakan salah satu topik yang sering dikunungi pembaca blog ini. Pada masa ini t
erdapat seluas 4,100 hektar tanaman nangka pada tahun 2016 dengan jumlah pengeluaran sekitar 28,500 metrik tan (Sumber: Laporan statistik Jabatan Pertanian 2016). Pada tahun 2024 dilaporkan ada s
ebanyak 4,657 hektar hektar tanaman nangka yang di laporkan oelh Jabatan Pertanian Malaysia. Negeri Pahang merupakan Negeri yang paling luas dengan tanaman nangka iaitu seluas 670 hektar diikuti dengan Negeri Johor (515 hektar) dan Sarawak (481 hektar) pada tahun 2016. Daerah Temerloh di Pahang merupakan lokasi paling luas dengan tanaman nangka iaitu seluas 225 hektar (TKPM Lanchang salah satu daripadanya) diikuti Daerah Kota Tinggi di Johor (192 hektar) dan Daerah Bera di Pahang (181 hektar). Tanaman nangka kini telah pun diusahakan secara komersial sebagai tanaman tunggal (monocrop) atau tanaman campuran dengan buah-buahan lain. Artikel ini saya berkongsi maklumat dengan pembaca iaitu maklumat varieti tanaman nangka berasaskan kepada senarai(national listing variety) tanaman nangka. Nangka adalah tanaman saka yang mempunyai batang yang tumbuh menegak dengan ketinggian mencapai 15-20 meter. Daun nangka berwarna hijau gelap dan agak tebal serta mempunyai getah. Buah nangka terbentuk selepas proses pendebungaan yang keluar dari dahan dan batang pokok. Buah nangka adalah berbentuk bulat lonjong berwarna hijau ketika putik dan kuning kehijauan apabila masak. Bahagian ira nangka yang di makan lazimnya berwarna kuning agak kemerahan bergantung kepada varieti. Biji nangka berbentuk bulat dan mengandungi isi warna putih. Buah Nangka yang masak sering mengeluarkan getah (latex) yang melekit ketika di kupas untuk mengeluarkan isinya. Isi nangka biasanya manis dan sesuai dimakan segar atau boleh diproses sebagai 'minimum process' dan disejukkan dalam peti sejuk. Buah nangka juga di proses untuk dijadikan "Vaccum Fry of jackfruit chip" dan mendapat pasaran sangat baik. Saya sangat minat makan nangka segar walau ada yang kata makan nangka nanti 'banyak angin' apa lagi kalau makan kerepek nangka vacuum fry. Artikel malam ini sekali lagi saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai minuman dari buah nangka sekadar dijadikan bahan untuk rujukan oleh pembaca blos semua.



Terkini daripada beberapa pembacaan mendapati produk jus daripada buah-buahan seperti buah nangka dilaporkan amat baik untuk kesihatan. Telah banyak dilaporkan ada penyakit bawaan makanan yang menyebabkan keracunan makanan akibat tercemar oleh bakteria, virus dan patogen atau toksin semulajadi. Kesan dari keracunan ini menyebabkan kesakitan dan perlukan rawatan yang melibatkan kos. Sejak kebelakangan ini banyak usaha untuk mencari ubat antimikrob semulajadi yang boleh menghalang pertumbuhan bakteria dan kulat yang ada di dalam makanan. Pengaruh negatif daripada bahan pengawet sintetik kini menarik minat ramai saintis mencari pengawet semulajadi dalam makanan. Ekstrak dan jus terutama daripada bahagian buah, kulit buah, daun dan akar serta biji nangka dilaporkan telah dibuktikan mempunyai aktiviti antioksida. Penulis blos sempat memeriksa nangka J33 di TKPM Kota Perdana, Bandar Muazam, Rompin semasa bertugas di Pahang (Sila lihat foto disebelah). MARDI telah berusaha memuat kajian dari buah nangka melalui proses fermentasi terkawal dengan menggunakan campuran mikroorganisma terpilih yang mampu untuk meningkatkan kandungan bioaktif metabolit dalam buah dan daun nangka. Kajian melibatkan penggabungan fitonutrien nangka bersama simbiotik mikroorganismaterpilih yang mempunyai kemampuan untuk mentransformasikan kandungan nutrien substrat agar menjadi produk yang boleh diminum terus (ready to drink). Produk ini didakwa mempunyai kesan yang amat signifikan didalam katas beberapa patogen seperti E. Coli, Salmonella spp, Streptoccocus spp dan Literia spp.


Hasil kajian merekodkan dimana kesan perencatan sepenohnya terhadap patogen yang merbahaya ini masih kekal berkesan walau pun produk nangka difermentasikan ini dicairkan sehingga 50% (Wow!.. Ini satu penemuan yang amat menakjubkan oleh saintis kita). Ini adalah satu situasi dimana keadaan perut yang mana ia mengandungi makanan lain yang mungkin mencairkan metabolit aktif yang terkandung didalam nangka difermentasi. Sebaliknya produk buah atau daun nangka yang tidak difermentasi hanya memberikan kesan sedikit sahaja atau tiada langsung terhadap perencatan patogen bawaan makanan. Fenomena ini menunukkan bahawa pengambilan produk yang nangka difermentasi berpotensi besar dalam mengurangkan kes keracunan makanan. Produk ini masih terus berkesan walaupun ianya telah dicairkan dengan sisa makanan lain didalam perut manusia. Hasil kajian toksikologi terhadap tikus juga dalam dos yang tinggi didapati ianya tidak meninggalkan kesan toksiksiti yang merbahaya. Kini beberapa produk seperti ini telah pun mula dikomersilkan dan masih dalam peringkat awal dengan jenama ''SCOBY'' ditulis pada label (Sila lihat foto disebelah). Mungkin produk ini masih terlalu awal untuk didapati dimana-mana kedai farmasi tetapi boleh berhubung dengan pihak MARDI untuk keterangan lanjut dari Dr Koh Soo Peng) dari bahagian Bioteknologi dan Nanoteknlogi, MARDI, Serdang.


Ciri-ciri khusus produk minuman dari buah nangka ini adalah disebabkan oleh kesan simbiotik mikroorganisma terpilih yang terlibat didalam proses fermentasi terkawal yang mampu menghidrolisiskan makro molekul fitenutrien buah dan daun nangka kepada mikro molekul yang menyumbang kepada rasa dan aroma yang sedap kepada produk minuman nangka ini. Bahan didalam minuman ini didakwa amat senang untuk diserap didalam perut dan selamat dimakan. Hasil kajian ini membolehkan untuk syarikat yang mempunyai info mempu menghasilkan produk minuman nangka dimana ia dijangka akan memberi luang pasaran luas didalam negara serta pasaran eksport. Perlu ada pengeluaran komersil yang dikawal dimana ia sesuai diambil secara harian sebagai minuman produk nangka yang membantu mengurangkan risiko keracunan makanan. Penanaman pokok nangka secara komersil kini membolehkan bahan mentah untuk penghasilan produk ini tidak menjadi masaalah. Pada penulis blog percaya produk minuman nangka ini mudah diterima pihak pengguna keran aia mempunyai rasa dan aroma nangka yang enak dan sesuai diminum oleh semua lapisan masyarakat. Semuga anda mendapat info berguna dari anim agro technology kali ini . Wasallam!!!...
 
DIBUAT MINUMAN ... ITU BUAH NANGKA...
MEMANG ENAK... ADA AIS DIDALAMNYA...
NANGKA TEKAM YELLOW... KENA CUBA...
BOLEH DI JUAL... USAHAWAN BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Padi Ria 11, 
Bandar Baru UDA, Johor BAhru,
Johor, Malaysia.
(1 RabiulAwal 1440H). 
Kemaskini pada 12 Tamadilawal 1447H.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...