Support My Blog

Tuesday, September 30, 2025

KISAH REBUNG BULUH - POTENSINYA

B
ULOH REBONG merupakan satu hasil daripada tumbuhan dari Pokok Buloh (Bambosa spp) yang mana ia sangat mudah didapati dinegara kita dan dikawasan lembab. Terdapat sebanyak 1,450 spesis buloh tumbuhan buluh yang ujud diseluruh dunia daripada 70 genera kesemuanya didalam keluarga Poaceae. Pokok buloh adalah tumbuhan yang tahan lasak, cepat membiak dan dikategorikan sebagai 'rumpai' dalam sektor pertanian. Batang buloh yang mempunyai ruas-ruas dan merupakan jenis kayu sederhana keras yang boleh tumbuh tinggi dalam susunan rumpun yang besar. Paling ajaib adalah bagaimana cepatnya pertumbuhan pokok buloh iaitu mampu tumbuh sehingga 100 cm (40 inci) dalam masa 24 jam sahaja dalam keadaan cukup air, sumber nutrien dan cuaca yang baik. Bagi penulis blog dimana istilah 'Rebung Buluh' adalah pucuk buluh yang muda dan lembut, tumbuh daripada rizom buluh di dalam tanah. Rebung buluh ini boleh dimakan dan digunakan sebagai bahan masakan dalam pelbagai hidangan tradisional Asia seperti gulai masak lemak cili api dan sayur lodeh kerana rasanya yang enak dan berkhasiat. Menyatakan apa itu Rebung di maknakan sebagai tunas  pucuk buluh yang masih muda keluar dari tanah sebelum matang. Ia tumbuh daripada rizom (bahagian akar) buluh yang berada di dalam tanah dimana rebung biasanya lembut, tidak pahit (jika jenis yang boleh dimakan) dan mempunyai nutrisi kandungan serabut yang rendah. Kegunaan Rebung paling utama adalah sebagai bahan makanan yang popular dan berkhasiat di seluruh Asia. Penulis blog memang suka makan sayur rebung buluh segar (kurang suka rebung yang di jeruk) sebagai hidangan yang sedap di masak dalam pelbagai masakan seperti gulai, sayur lodeh, masakan rendang, acar, dan goreng tumis. Beberapa negara di dunia sudah lama mereka mengkomersilkan produk rebung buluh seperti di China, Taiwan, Jepun sebab ia mendapat jumlah permintaan yang tinggi sebagai bahan makanan terutama di jual didalam tin. Antara fakta menarik tentang rebung yang perlu di ketahui dimana tidak semua jenis rebung boleh dimakan dan hanya rebung dari spesies tertentu yang sesuai untuk dimakan. Di Malaysia ada terdapat beberapa spesies pokok buluh seperti Bambusa blumeana, Dendrocalamus asper dan Gigantochloa levis yang menghasilkan rebung yang boleh dimakan. Apa yang penulis blog tahu berdasarkan daripada pengalaman di kampong dimana untuk memastikan rebung lembut dan tidak pahit, ia perlulah diproses dengan cara yang betul iaitu ianya termasuk direbus dan ditambahkan sedikit gula untuk tujuan menghilangkan rasa pahitnya. Bagi jenis buloh untuk rebung atau dibuat perabut yang ditanam dimana ia agak perlahan sedikit pertumbuhannya iaitu sekitar 3-10 cm sehari. Terdapat bermacam jenis buloh yang popular di Malaysia seperti Buloh Betong, Buloh Padu, Buloh Minyak, Buloh Duri, Buluh Mini dan sebagainya. Anda boleh baca artikel mengenai buloh tulisan saya (Sila klik disini).  Artikel kali ini saya gembira berkongsi maklumat dalam "Anim Agro Technology" mengenai pokok buloh dan juga kisah dari laporan akhbar tempatan mengenai pengalaman beberapa petani yang mengusahakan tanaman buluh untuk hasilkan rebung sebagai bahan rujukkan semua.


Terdapat peribahasa popular Melayu iaitu  'Melentur buluh biarlah daripada rebung' yang membawa makna untuk mengajar atau melatih sebaiknya dari zaman kanak-kanak untuk mudah diajar berbanding dengan kaum dewasa yang sukar menerima. Peribahasa ini juga menunjukkan betapa dekat dan amat prihatinnya masyarakat Melayu dengan alam sekitar seperti buluh dan rebung. Penulis blog juga mendapati tumbuhan pokok buluh sememangnya mempunyai banyak kegunaan daripada landskap, bahan binaan buat rumah sehinggalah kepada perabot, sementara rebung pula enak dijadikan masakan gulai lemak cili padi. Melihat kepada banyaknya kegunaan buluh dan rebung terdapat seorang pengusaha bernama Adnan Osman mula membawa pokok-pokok buluh dari China bagi perniagaan landskapnya (Sila lihat foto disebelah) yang dilaporkan media tempatan. Antara buluh yang dibawa masuk adalah jenis 'Buluh Rebung Madu' dakwanya ia yang mudah ditanam serta sesuai untuk sebagai sejenis tanaman landskap serta rebungnya pula tidak miang seperti rebung biasa. Dia ada membawa masuk buluh rebung madu pada tahun 2004 dimana dia sudah mengusahakannya diatas tanah TKPM iaitu seluas 100 hektar di Pahang dan dia kemudian memindahkan daripada ke Kedah. Dakwanya dia suka  memang memilih jenis rebung madu kerana ia lebih mudah untuk diselenggarakan walaupun ditanam dikawasan tanah yang agak kering, berpasir mahupun lembap. Kebun pertamanya yang berada di Projek Taman Kekal Pertanian Moden Lanchang, Pahang (TKPM Lanchang) yang sudah mengeluarkan hasil dan berjaya berikan pendapatan lumayan dan sesuai dengan konsep agrotourism. Penulis blog pernah  ke ladang rebung madu pada 2016 semasa masih bertugas di Jabatan Pertanian Pahang mendapati usahanya ini dahulu merupakan sebahagian daripada program dalam usaha dalam menanam pokok buloh yang mampu memberikan pendapatan lumayan. Syarikatnya bernama Tunas Budi Sdn Bhd ini juga menyifatkan rebung madu yang ditanam amat istimewa kerana cepat membesar, tidak miang serta tidak pahit seperti rebung biasa. Batang buluhnya yang kecil, rumpunnya yang rapat serta tidak mempunyai miang menyebabkan ia sesuai ditanam di sekeliling rumah. Dalam beberapa tahun kemudian Adnan telah memindahkan kebun buluhnya di Kedah di kampungnya sendiri dengan membawa sama semua benih buluh daripada Pahang tersebut di tanah sewa dan tanah keluarganya.
 

Ditanya mengenai pengendalian rebung madu, Adnan memberitahu memang ia tidak sesukar mana kerana tanaman berkenaan tidaklah ia memerlukan air yang banyak. Dakwanya pokok buluh jenis ini memang ia boleh hidup baik walaupun di kawasan tanah yang ditambak dan kering mahu pun di tempat berpaya. Tetapi perlu faham jika pokok ditanam di kawasan yang agak basah maka pokok buluhnya akan tumbuh lebih besar dengan cepat. Dia yang ada memelihara itik sebagai produk sampingan ladangnya dengan membuat parit-parit dan kolam kecil berisi air untuk itek berenang sendiri. Tanaman buluh rebung madu hanya memerlukan kawasan yang tidak begitu besar kerana dengan keluasan satu ekar sahaja ia boleh ditanam dengan 300 rumpun buluh. Ini bermakna satu rumpun pokok buluh ia hanya memerlukan kawasan seluas 12 kaki x 12 kaki sahaja jaraknya. Apa yang lebih menarik adalah fakta dimana jangka hayat buluh bukan hanya boleh mencapai sehingga beratus-ratus tahun akan tetapi mudah hidup dan boleh dituai dalam masa yang singkat selepas di tanam dan di jaga dengan baik. Biasanya tunas rebung yang keluar akan membesar sebanyak enam inci sehari dan boleh dituai setiap dua hingga lima hari. Sebagai petua yang penulis blog ada berbincang dengan ramai orang asli yang mengutip rebung hutan ada mereka nyatakan kerja menuai rebung perlu sentiasa di lakukan agar rebung baru akan sentiasa keluar. Jika tebung yang dibiarkan begitu sahaja maka ia kemudian akan menjadi batang buluh yang keras dan akhirnya kurang rebung akan keluar.  Serumpun buluh yang subur biasanya boleh menghasilkan dua kilogram rebung sebulan (2 kg) dengan harga pasaran serendah RM5 sehingga RM10 sekilogram bergantung kepada pasaran. Bagaimana pun harga rebung peram dilihat harganya lebih stabil dan mendapat permintaan baik dari pelanggan di Malaysia.
 

Apa yang penulis blog buat sedikit kajian dimana sehingga kini fakta menarik adalah di Malaysia sebanyak lebih 90% produk rebung diimport terutamanya jenis rebung kaleng (rebug dalam tin). Data dan rekod menunjukkan jika b
uat masa ini iaitu tidak sampai 10% rebung tempatan yang berada atau ada dijual dalam pasaran tempatan dimana jumlah bekalan rebung buluh segar masih tidak dapat lagi menampung permintaan peminat. 
Rebung bulug yang ada di jual di pasaran yang diimpoprt dari luar negara (terutama dari China) boleh di dapatkan dalam pelbagai bentuk dan harga (Sila lihat foto disebelah). Bagi penulis blog memakan buluh rebung segar jauh lebih lazat dari memakan bulih yang sudah dikalengkan dalam tin. Itu pun hanya beberapa lokasi tertentu yang ada tumbuhan pokok buloh liar di kawasan hutan dan pinggir sungai dimana ada penduduk tempatan dan orang asli yang kerjanya memungut rebung liar tersebut untuk di jual. Sesiapa yang berkunjung ke Cameroon Highland akan dapat melihat ada dijual rebung buluh segar oleh penjual orang asli di tepi jalan. Bagi penanam yang ada menam buluh untuk penghasilan rebung perlu peka dengan aktiviti pemasaran dimana sekarang ini sudah mula mereka mempelbagaikan industri hiliran bagi produk dari rebung madu. Selain potensi untuk menjualnya secara segar untuk gulai dimana kini ada pengusaha rebug lebih suka memprosesnya dalam bentuk jeruk untuk dimakan sebagai sayuran atau produk kudapan. Produk 'Jeruk rebung madu' dilihat ia kini memang mendapat sambutan yang ianya amat menggalakkan kerana rasanya yang lemak manis apabila di masak. Penghasilan jeruk rebung ini perlu ia diproses tanpa menggunakan sebarang bahan pengawet dan sudah banyak yang mengkomersialkannya dan di jua di Pasar Tani, Pasar Malam, Pasar Biasa malahan ada juga di premis supermarket. Beberapa pengusaha lain yang minat sudah mula bertanya jika Adnan ada menyediakan pakej menanam rebung madu dan menjual benih. Petani baru yang ingin bermula dengan kaedah menanam perlu tahu aspek penjagaan, cara menuai sehingga memproses buat jeruk dimana kepada sesiapa yang berminat boleh bertanya.  Ada juga  petua yang diberikan pilihan sama ada penanam pokok buluh baru ini akan menjual rebung kepada pihak luar atau memasarkannya cara sendiri. Kalangan penanam tidak perlu terikat dengan beberapa buah syarikat bagi tujuan pemasaran dan mereka boleh membuat pilihan sendiri. Projek ini sebenarnya ia sesuai digabungkan dengan konsep agro pelancongan dimana lokasi kawasan tenaman rebung boleh dijadikan lokasi lawatan dengan ada chalet, produk berasaskan buluh, hasil kraftangan dari buluh dan sebagainya. 


Dalam portal media lain ada di laporkan 'Hebatnya Rebung Madu' yang agak   menarik di kongsikan faktanya. Media laporkan ada rombongan kakitangan Agrobank membuat liputan projek-projek pembiayaan organisasi kewangan itu di sekitar negeri Kedah di sambut dengan hidangan makan tengahari yang berbeza daripada biasa. Kesemua menu yang dihidang mengandungi rebung madu sebagai bahan asas. Makanan ini ia disediakan dalam pelbagaijenis masakan antaranya adalah seperti gulai daging bersama rebung madu, acar rebung madu dan masak lemak rebung madu kelihatan cukup menyelerakan. Dilaporkan dimana jenis rebung madu mempunyai rasa yang sangat berlemak dan manis berbeza daripada rebung biasa seperti didakwa oleh pemilik restoran Ahmad Tajudin ketika ditemui di Kuala Nerang, Kedah dengan melayani rombongan ini. Di Malaysia dimana industri rebung madu adalah bidangusaha yang Agrobank lihat ia kini semakin semakin berkembang pesat serta mendapat permintaan tinggi. Apa pun selain masakan dimana tumbuhan dalam kategori sayur itu juga boleh ianya dihasilkan dalam bentuk tepung, kerepek, jeruk dan juga rebung beku. Rombongan ini melawat penanaman rebung madu yang mana dia mula berjinak-jinak dengan perusahaan penanaman rebung madu ini sekitar tahun 2008.  Kalau dulu dia cuma main-main bila ada kawannya yang menyuruhnya cuba merasai keenakkan masakan rebung maka dia terus menanamnya. Kini masakan rebung buluh sudah ramai yang suka dan tertarik dengan rasanya yang sangat sedap. Tanam pokok rebung madu merukan aktiviti yang dilaporkan mudah dan cepat mengeluarkan. Awalnya dulu dia hanya mula dan  bermodalkan RM1,800 bagi tujuan membersihkan kawasan hutan dan membeli biji benih dikebun projek tanaman rebung madu di kawasan tanah seluar empat ekar yang disewanya. Dakwanya di peringkat awa hanya menanam 400 anak pokok rebung madu dengan jarak tiga meter setiap pokok untuk memudahkan pertumbuhan. 'Kemudian di perhatikan yang setiap unit benih buluh yang dibeli ini kemudiannya akan bercambah dan ia membentuk serumpun pokok yang mengandungi antara 8 - 10 batang rebung. 'Sebahagian dari pokok-pokok ini kemudiannya akan ditebang untuk dijadikan sebagai benih pula dimana semua prosesnya sangat mudah dan tidak membebankan. Amalan agronomi penting yang di lakukan adalah membaj yang perlu dijalankan setiap enam bulan sekali. Bagi aktiviti penyemburan racun serangga dimana ia dibuat setiap dua bulan untukdapat mengelakkan gangguan serangga seperti anai-anai dan kerising. Apa pun biasanya digunakan jenis baja daripada najis lembu yang telah diproses selain menerima bantuan baja daripada pihak Jabatan Pertanian Kedah. Apa fakta menarik dan unik dari tanaman rebung madu adalah jenis ini ia tidak mempunyai sifat miang seperti rebung biasa. Lebih memudahkan lagi dengan cara sistem pembiakannya juga tidak memerlukan jumlah air yang banyak serta senang dijaga. Rebung madu mempunyai tempoh matang selama lapan bulan dan selepas tempoh itu, hasilnya boleh dituai. Melihat proses pengendalian yang mudah dan permintaannya yang tinggi. Petanin inni dilaporkan ada membuat pinjaman modal daripada pihak Agrobank untuk memperluaskan perusahaannya. Dilaporkan dimana terkini  keluasan kebunnya telah mempunyai lebih daripada 800 pokok dan bercadang untuk mencari kawasan tanah yang lebih besar bagi membolehkannya menanam lebih banyak pokok. Penulis blog sebenarnya ada melawat kebun buluh madu ini pada suatu masa dulu semasa bertugas di Jabatan Pertanuan Putrajaya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!....
BULUH REBUNG MADU... LEMBUT ISINYA...
ISINYA PUTIH...IA DIHIRIS NIPIS SAJA...
DIREBUS DAHULU...MEMBUANG BISANYA...
DIMASAK LEMAK...MEMANG IA ENAKNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 240, Hotel Jelai,
Raub, Pahang,
Malaysia.
(23 RabiulAkhir 1435H)
Updated article on:
10 RabiulAkhir 1447H.  ( 2 years later).

Monday, September 29, 2025

SAMBAL BELACAN DAN KISAH MENARIK (PART 3)

SAMBAL BELACAN (Shrimp paste sambal) merupakan satu hidangan sampingan yang biasanya pedas, masin dan dimakan bersama nasi atau pun ulam-ulaman. Sambal Belacan memang sangat popular dikalangan masyarakat Melayu di Malaysia kini telah pun diminati oleh bangsa lain seperti Cina, India, Iban dan lain-lain kaum. Pada masa ini sambal belacan telah dihidangkan di hotel-hotel antarabangsa, restoran-restoran terkenal malahan ia dihidangkan sebagai menu wajib di restoran tomyam ala-Thai. Sambal belacan mempunyai pelbagai jenis dan nama bergantung kepada lokaliti, kegunaan dan bahan asas yang digunakan. Saya dapati ada dipanggil Sambal Belacan Kelantan, Sambal Belacan Tomato, Sambal Belacan Ikan, Sambal Belacan Penang dan macam-macam lagi gelaran. Saya amat suka makan tomyam campur yang dihidangkan dengan sambal belacan dan ulam seperti kacang panjang dan timun direstoran ala-Thai yang terdapat dimerata lokasi. Sambal belacan juga boleh dicampurkan dengan bahan seperti tempoyak (durian paste) bagi menambah perasa dan kesedapkannya. Bagi mereka yang meminati sambal belacan pedas, lazimnya kita tambahkan cili padi atau juga dikenali sebagai cili api atau cabai burung ketika menyediakan bersama dengan cili besar. Ramai juga yang menambah rasa masam dalam sambal belacan dengan memerah limau kasturi atau limau nipis semasa sambal belacan dihidangkan. Selalunya sambal belacan akan dihidangkan sengan ulam-ulaman seperti timun, kacang panjang, ulam raja, daun selom, pucuk gajus, pucuk tenggek burung, terung pipit, pegaga, jantung pisang rebus dan macam-macam lagi (Lihat foto sebelah). Sambal belacan memang enak dimakan dengan ulam bersama nasi panas bersama laun pauk yang lain. Umumnya bahan-bahan yang perlu ada untuk membuat sambal belacan adalah seperti Cili Besar, Cili Padi, Buah Tomato, Bawang Kecil, Belacan, Asam Jawa, Garam, Gula dan Limau Nipis. Bahan-bahan tersebut perlulah ia disediakan secukupnya. Penyediaan sambal belacan secara tradisional adalah menggunakan lesung batu sementara teknik moden adalah dengan menggunakan pengisar eletrik (Blender). Pada saya sambal belacan yang dibuat dengan lesung batu adalah paling sedap rasanya kerana memang berbeza dibandingkan dengan sambal belacan dikisar dengan blender. Ini kerana cara cara dalam penyediaan belacan dalam lesung batu dapat melumatkan bahan-bahan asas tersebut dan rasanya asli kerana tidak dicampur dengan air seperti cara menggunakan blender.  Artikel subuh Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" beberapa kisah menarik tentang sambal belacan untuk bahan bacaaan semua.


Artikel dalam hmetro.com agak panjang bertajuk '
Ligat promosi sambal belacan' yang wajar di kongsikan kisahnya. Apa pun di laporkan ketika ramai wanita seusianya sibuk menjual barangan kosmetik, minuman kurus, alat solek, busana indah mahupun tudung pelbagai rekaan, Ruzaimah Badron, 29, ligat mempromosikan sambal belacan. Agak janggal kerana wanita berasal daripada Kempas, Johor Bahru (JB) ini masih muda dan cantik orangnya. Jangan salah faham. Penulis bukan bermaksud orang yang menjual sambal belacan harus berumur dan berwajah ala kadar, tetapi realiti menunjukkan perniagaan sebegini lazimnya dimonopoli pengusaha berpengalaman dari kampung atau mereka yang sudah hampir ke pertengahan usia. Apabila persoalan ini ditujukan kepada Ruzaimah, dia hanya tersenyum manis. Baginya, usia tidak menjadi soal dalam memilih jenis perniagaan asalkan ada kebolehan, keyakinan dan kesungguhan untuk berjaya. Dia yang menyandang gelaran ibu tunggal sejak awal tahun ini mengakui memang minat berniaga sejak zaman persekolahan. Biarpun sekadar menjual gula-gula dan keropok, asalkan usahanya menguntungkan, dia sudah seronok. Sejak dulu kerja saya memang berniaga. Pernah juga saya cuba bekerja sambilan dengan orang selepas tamat sekolah, tetapi kebanyakan peluang yang datang tidak memberi kepuasan pada diri. Dia yang berkahwin pada umur 19 tahun dan membuat keputusan berniaga dengan lebih serius dan terus mencuba pelbagai jenis perniagaan dan mula sedar memang meminati bidang pemasaran. Dia beranikan diri menceburi beberapa perniagaan, termasuk menjadi stokis produk dan membuka kedai serbaneka untuk jenama pengeluar produk popular di Kuala Lumpur. Lima tahun berjauhan dengan suami dan keluarga, saya akhirnya mengambil keputusan menutup kedai dan kembali ke pangkuan keluarga dengan sediakan pelan perancangan perniagaan baru. Ruzaimah sebaliknya bersyukur kerana kepulangannya ke JB diiringi rezeki lebih besar dan bermakna. Sekian lama menanti zuriat, dia dikurniakan seorang anak angkat yang kini sudah pun berusia lima tahun. Pernah juga kena kejar dengan anggota majlis perbandaran, tetapi semangat berniaga tidak pernah hilang. Saya juga pernah tular kerana menjual roti pelangi. Ramai yang menempah dari seluruh negara, namun akhirnya saya terpaksa tutup kerana tempahan sukar dikendalikan, selain terdapat masalah tertentu. Bermulanya episod sambal belacan kata Ruzaimah, adalah dari hobinya yang suka memasak dan menjamu orang. Kebetulan dalam keluarga pula memang semua adik-beradiknya mempunyai perniagaan sendiri. Mereka sekeluarga bukanlah orang senang dimana dakwanya mungkin lebih tepat dikategorikan sebagai miskin bandar. Kakak menjual jamu buatannya sendiri, ada juga wangian dan banyak lagi. Semuanya berusaha gigih untuk membantu ekonomi keluarga. Jadi, saya mula mencari jalan untuk turut memiliki perniagaan sendiri. Pada satu hari dia dan rakan merancang majlis jamuan. Selain menu utama, saya juga bawa sambal belacan. Selepas kawan merasainya, mereka mula menempah. Mungkin kerana saya menggabungkan tiga gaya masakan dari Indonesia, Thailand dan Jawa, mereka kata rasa sambal belacan itu unik serta sedap. Dia menerima tempahan demi tempahan setiap minggu dinamakan resipi ini sebagai Sambal Belacan Tumbuk dan mula mengusahakan perniagaan dengan bantuan ibu. Sambal belacan dihasilkan memang unik kerana mempunyai tekstur dan rasa yang seimbang dimana selepas versi limau kasturi laris dijual, dia menghasilkan pula sambal belacan tempoyak dan pelam muda. Kini setelah hampir setahun dalam pasaran, saya begitu teruja kerana berjaya mendapat tempat di hati ramai pelanggan seluruh negara termasuk dari Singapura. Saya juga sudah mempunyai 200 ejen pesan hantar (drop ship) di seluruh negara. Dia anggap ini adalah rezeki selepas bangkit daripada masa lalu. Perceraian dengan bekas suami memberi tamparan buat diri, namun mustahil untuk terus mengalah dalam hidup. Apa yang berlaku sedikit sebanyak memberi kekuatan untuk saya melakukan yang terbaik dalam hidup. Saya punya anak yang masih kecil dan ibu untuk ditanggung. Jadi, ada eloknya jika saya terus fokus kepada perniagaan. 
 

Kisah bagaimana 'Sambal Belacan Goreng pelengkap hidangan' sehingga ramai tidak sedar sudah licin nasi sepinggan di makan. Apa pun sambal  belacan pelengkap hidangan kampung. Tidak hanya di Malaysia apabila hidangan sampingan itu popular di negara-negara jiran seperti Indonesia dan Singapura sudah di sukai ramai. Berbicara tentang sambal belacan sudah kecur air liur dibuatnya apabila teringatkan rasa pedas-pedas masin yang diseimbangkan dengan sedikit rasa manis. Paling cocok dihidangkan dengan ulam-ulaman atau sajian ikan. Sambal belacan amnya dibuat daripada empat bahan asas iaitu cili api, belacan, garam dan gula. Ada juga yang menambahkan limau kasturi sebagai penyedap. Di kongsikan akan Resipi Sambal Belacan Goreng dimana sudah ramai warga maya mencubanya dan memuji hasil resipinya. Dilaporkan yang sambal sedap ini sesuai dimakan dengan nasi panas, lauk ringkas ayam goreng atau ikan goreng sahaja. Boleh buatnya sendiri di rumah dengan baca resepi membuat Sambal Belacan Goreng. Bahan-bahan yang di perlukan adalah cili padi hijau dan merah (mengikut tahap kepedasan diinginkan), Cili besar hijau dan merah, buah tomato, Bawang Putih, Bawang Merah atau bawang Holland,  Belacan, Limau Kasturi, Garam, Gula, Serbuk perasa, Ikan Bilis, Minyak dan juga sedikit air. Cara penyediaan pertama dengan menggoreng ikan bilis hingga garing dan ia kemudian diketepikan. kemudian di goreng cili padi hijau dan merah, lada besar hijau dan merah, tomato, bawang besar, bawang putih dan belacan. Goreng sehingga bahan agak layu dan kemudian tutup api. Seterusnya di masukkan bahan yang digoreng tadi ke dalam pengisar dan dimasukkan sekali ikan bilis yang telah digoreng tadi. Boleh di kisar tetapi pastikan tidak terlalu hancur. Kemudian goreng masukkan semula bahan dikisar menggunakan minyak gorengan cili tadi. Tumis sehingga pecah minyak, kemudian masukkan air. Masak dengan api perlahan, biarkan ia mendidih dan kering airnya. Dan akhir sekali masukkan garam, gula, air limau kasturi dan serbuk perasa dan apabila sambal pekat boleh tutup api dan boleh dihidang makan.


Ada selebriti senior dakwa 'Hendak 
awet muda, makan sambal belacan' iaitu pelakon Mat Sentul.  Kalimat 'TORA datang lagi kali ini dengan permainan baru bola besi…' adalah antara bait-bait dari iklan makanan ringan yang terkenal era 80-an yang dilantun pelawak dan pelakon veteran filem Melayu, Abdul Rashid Yahya atau lebih dikenali sebagai Mat Sentul. Apa pun ramai masih keletah dengan lawak jenakanya yang bersahaja, Mat Sentul membuktikan dia masih sihat sekali gus menafikan dia terlantar sakit seperti yang tular di media sosial baru-baru ini. Anak kelahiran Muar yang pernah membintangi beberapa filem antaranya Mat Tiga Suku, Mat Bond, Mat Toyol, Mat Karong Guni dan Mat Magic itu berkata keadaan kesihatannya ketika ini baik dan masih mampu berjalan termasuk ke bazar Ramadan untuk melihat kuih-muih kegemarannya. Mat Sentul, 88, yang pernah aktif menghasilkan iklan televisyen dan radio antaranya Jojo, Tora, Ding Dang dan Apollo, kini tinggal berdua dengan anak lelakinya, Roslee Rashid, 59, di kediaman itu sejak kematian isteri, Jamilah Kasri, 71, pada Disember lepas, turut menghabiskan masa dengan menulis skrip. Dia masih ssihat dimana pada petang ini saya nak pergi bazar nak tengok-tengok apa yang ada.. saya suka makan kuih-muih yang lembut.. Saya pun ada tulis skrip yang saya akan hantar pada orang tengah.. skrip biasa makan masa setahun juga. Katanya kalau hendak petua awet muda maka amalkan makan sambal belacan dan selorohnya cuba tengok orang Melaka semua cantik-cantik sambil disambut ketawa pelawat yang hadir ke rumahnya. Media laporkan demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita Dan Masyarakat Johor Zaiton Ismail serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru yang menyampaikan bantuan bakul makanan dan wang tunai kepada Mat Sentol di rumahnya. Selain bantuan bakul makanan, Mat Sentul juga akan menerima bantuan RM500 dari JKM setiap bulan bermula Mei tahun ini. Dilaporkan sesiapa yang mahu menghulurkan bantuan kepada seniman ini kita amat alu-alukan domana bantuan itu juga bagi menghargai jasa dan sumbangan besar bintang legenda ini kepada dunia seni. Dilaporkan dimana Mat Sentul masih sihat dan didoakan legenda hebat ini akan terus diberikan kesihatan baik. Peminat ada beri sumbangan kotak kotak makanan kepada Mat Sentul selain bantuan bulanan sebanyak RM500 mulai Mei ini. Pemberian ini adalah bagi menghargai sumbangan dan jasa beliau dalam industri hiburan terutama perfileman. Sejak Januari lalu hingga sekarang, sebanyak RM4 juta diperuntukkan setiap bulan untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan,” katanya yang turut memaklumkan Mat Sentul adalah antara 11,373 penerima bantuan JKM Johor di Johor Bahru. Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di naca kesemuanya. Semuga artikel ini mampu dijadikan bahan bacan berguna kepada pemmbaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...

SAMBAL BELACAN... POPULA DAH LAMA...
MENAMBAH SELERA... JUGA ULAMNYA...
MUDAH DI BUAT... BELACAN MESTI ADA...
MEMBACA ARTIKEL... SUDAH INGIN UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(9 Safar 1447H).

Sunday, September 28, 2025

SAMBAL BELACAN DAN KISAH MENARIK (PART 2)

SAMBAL BELACAN (Shrimp paste sambal) merupakan satu hidangan sampingan yang biasanya pedas, masin dan dimakan bersama nasi atau pun ulam-ulaman. Sambal Belacan memang sangat popular dikalangan masyarakat Melayu di Malaysia kini telah pun diminati oleh bangsa lain seperti Cina, India, Iban dan lain-lain kaum. Pada masa ini sambal belacan telah dihidangkan di hotel-hotel antarabangsa, restoran-restoran terkenal malahan ia dihidangkan sebagai menu wajib di restoran tomyam ala-Thai. Sambal belacan mempunyai pelbagai jenis dan nama bergantung kepada lokaliti, kegunaan dan bahan asas yang digunakan. Saya dapati ada dipanggil Sambal Belacan Kelantan, Sambal Belacan Tomato, Sambal Belacan Ikan, Sambal Belacan Penang dan macam-macam lagi gelaran. Saya amat suka makan tomyam campur yang dihidangkan dengan sambal belacan dan ulam seperti kacang panjang dan timun direstoran ala-Thai yang terdapat dimerata lokasi. Sambal belacan juga boleh dicampurkan dengan bahan seperti tempoyak (durian paste) bagi menambah perasa dan kesedapkannya. Bagi mereka yang meminati sambal belacan pedas, lazimnya kita tambahkan cili padi atau juga dikenali sebagai cili api atau cabai burung ketika menyediakan bersama dengan cili besar. Ramai juga yang menambah rasa masam dalam sambal belacan dengan memerah limau kasturi atau limau nipis semasa sambal belacan dihidangkan. Selalunya sambal belacan akan dihidangkan sengan ulam-ulaman seperti timun, kacang panjang, ulam raja, daun selom, pucuk gajus, pucuk tenggek burung, terung pipit, pegaga, jantung pisang rebus dan macam-macam lagi (Lihat foto sebelah). Sambal belacan memang enak dimakan dengan ulam bersama nasi panas bersama laun pauk yang lain. Umumnya bahan-bahan yang perlu ada untuk membuat sambal belacan adalah seperti Cili Besar, Cili Padi, Buah Tomato, Bawang Kecil, Belacan, Asam Jawa, Garam, Gula dan Limau Nipis. Bahan-bahan tersebut perlulah ia disediakan secukupnya. Penyediaan sambal belacan secara tradisional adalah menggunakan lesung batu sementara teknik moden adalah dengan menggunakan pengisar eletrik (Blender). Pada saya sambal belacan yang dibuat dengan lesung batu atau cobek adalah paling sedap rasanya kerana memang berbeza dibandingkan dengan sambal belacan dikisar dengan blender. Ini kerana cara cara dalam penyediaan belacan dalam lesung batu dapat melumatkan bahan-bahan asas tersebut dan rasanya asli kerana tidak dicampur dengan air seperti cara menggunakan blender.  Artikel subuh Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" beberapa kisah menarik tentang sambal belacan untuk bahan bacaaan semua.


Diluar sana ramai orang pandai membuar resei sambal belacan tetapi portal lokal paparkan 'Rahsia Resepi Sambal Belacan Sedap' untuk di kongsikan faktanya. Bila melihat sahaja sambal belacan ketika lapar tengahari penulis blog percaya ramai terliur akan rasa kesedapan Sambal Belacan. Menurut beberapa pakar masakan dimana resepi sambal belacan memang menjadi kegemaran ramai di beberapa restoren terutamanya pelanggan tempatan dan ada dakwa jika makanan sambal belacan tradisional adalah paling sedap di dunia. Ada fakta menarik dari artikel tersebut bagaimana menghasilkan sambal belacan sedap dimana bahannya adalah disedaiakan 1/2 ketul belacan Melaka, 1 biji bawang besar (saiz sedang), 40-50 biji cili api, 5-8 biji cili besar, 10-15 biji limau kasturi dan juga pastinya 2 sudu makan gula (agak-agak sahaja). Cara membuatnya dengan memanaskan sedikit minyak di dalam kuali dan kemudian menggoreng belacan dan bawang besar iaitu sehingga dilihat bawang kelihatan sedikit layu. Jangan terlalu lama supaya aromanya kekal dimana kemudian ia diangkat dan ketepikan. Kemudian boleh di masukkan belacan dan bawang yang telah digoreng ke dalam pengisar bersama cili api, cili besar dan gula. Disyorkan agar bahan Cili tidak perlu digoreng akan tetapi jika mahu goreng sebentar pun boleh juga. Sebaiknya gunakan gula secukupnya untuk seimbangkan rasa sambal. Adalah tidak perlu garam lagi kerana belacan Melaka sudah pun rasanya masin akan tetapi boleh tambah jika perlu. Langkah seterusnya adalah dengan memerahkan limau kasturi ke dalam bahan tadi dimana perlu pastikan hanya menggunakan air limau kasturi tanpa perlu menambah air biasa. Boleh kisar bahan hingga teksturnya kasar. Jika membuat dalam kuantiti sedikit apa pun sebaiknya menggunakan lesung batu untuk hasil yang lebih autentik. Perlu ingat semasa kisar, jangan tambahkan air. 
Air dari limau kasturi sudah mencukupi untuk membantu semasa proses mengisar. Pastikan sambal belacan ini mempunyai rasa seimbang iaitu rasa pedas, masam, manis, dan sedikit masin. Perbaiki rasa mengikut cita rasa anda. Boleh di sediakan untuk dihidangkan sambal bersama ulam-ulaman segar seperti timun, kacang botol, daun pucuk gajus atau daun selom. Petua tambahan dimana bagi dapatkan aroma yang lebih kuat, belacan boleh dibakar sebentar sebelum digoreng. Sambal ini juga boleh disimpan dalam peti sejuk untuk kegunaan beberapa hari. Simpan dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kesegarannya.


Membuat sambal belacan tentunya perlu tahu apakah jenis belacan terbaik mengikut citarasa. Peminat sambal belacan perlu tahy beberapa t
ips memilih belacan berkualiti baik untuk sambal. Apa pun bagi penulis blog dimana belacan adalah bahan utama dalam banyak masakan tradisional Malaysia, termasuk sambal dan ulam-ulaman. Memilih belacan yang baik sangat penting untuk memastikan rasa dan aroma masakan lebih enak. Berikut adalah beberapa tips untuk memilih belacan berkualiti yang pertama melihat ciri Warna dan TeksturPilih iaitu pastikan pilih belacan yang berwarna coklat keperangan atau kelabu gelap. Warna ini menunjukkan ia telah melalui proses penapaian dan pengeringan yang baik. Periksa akan ciri Teksturnya yang harus padat tetapi tidak terlalu keras, serta mudah dihancurkan apabila ditekan. Belacan ada ciri Bau atau Aroma dimana jenis belacan berkualiti mempunyai bau yang kuat tetapi tidak terlalu menusuk hingga bila dicium ia tidak menyakitkan hidung. Elakkan membeli jenis belacan yang berbau masam atau basi disebabkan ia menunjukkan ciri telah rosak atau disimpan terlalu lama. Perlu periksa juga akan ciri Asal Usul Belacan di hasilkan dimana cari jenis belacan ari kawasan terkenal seperti Belacan Melaka, Belacan Bagan Datuk, Belacan Miri atau Belacan Langkawi sering mendapat pujian kerana kualitinya yang tinggi. Periksa juga dan baca pada label mengenai ciri Bahan Kandungan dimana perlu di pastikan belacan mengandungi bahan semula jadi seperti udang kecil dan garam sahaja, tanpa bahan pengawet atau pewarna tambahan. Bagi penulis blog mungkin pernah menghadapi masaalah tangan berbau selepas makan sambal belacan. Dikongsikan akan beberapa tips cara menghilangkan bau atau rasa gatal selepas makan belacan. Belacan boleh menyebabkan rasa gatal pada tekak atau badan, terutama bagi mereka yang sensitif atau allergik terhadap makanan laut. Penulis blog konsikan fakta asas beberapa cara untuk sesuai mengurangkan risiko gatal. Pertama adalah dengan cara Menyangai Belacan Terlebih Dahulu dengan memanaskan belacan di atas kuali tanpa minyak sebelum digunakan. Apa pun proses ini dapat mengurangkan kandungan histamin yang boleh menyebabkan alahan dan gatal. Kedua dengan cara iaiitu Merendam dalam Air Asam Jawa dimana belacan dalam air asam jawa selama beberapa minit sebelum ianya dimasak. Asid dalam asam jawa dapat membantu didalam mengurangkan komponen yang menyebabkan gatal-gatal. Cara ketiga adalah dengan cara Meminum Air Limau Nipis atau Halia iaitu selepas menikmati masakan yang memang ia ada mengandungi belacan, minum air perahan limau nipis atau air halia suam untuk membantu mengurangkan rasa gatal pada tekak. Keempat dengan cara Menambah Gula atau Garam didalam masakan untuk mengimbangi rasa dan ia akan mengurangkan potensi gatal yang disebabkan oleh belacan. Kelima dengan cara Mengelakkan Pengambilan Yang Berlebihan dimana makan belacan dalam kuantiti yang sederhana. Pengambilan berlebihan boleh meningkatkan risiko gatal, terutama bagi individu yang sensitif terhadap makanan laut. Sebenarnya semua akan dapat menikmati belacan tanpa risau gatal atau ketidakselesaan.


Kisah bagaimana '
Sambal belacan Tunku Azizah digemari PM Singapura' banyak mendapat liputan media. Media laporkan dimana tanpa disedari ramai, ‘diplomasi sambal belacan’ secara tidak langsung telah menjadi instrumen mengeratkan lagi hubungan dua hala Malaysia-Singapura. Dilaporkan perkara itu akhirnya diketahui umum apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkongsi kisah menarik mengenai sambal belacan hasil air tangannya yang digemari seorang pemimpin dunia. Siapa sangka sambal belacan yang sudah menjadi kelaziman untuk dinikmati bersama nasi putih mahupun juadah masakan lain bagi rakyat Malaysia turut memikat hati bekas Perdana Menteri Singapura iaitu mendiang Lee Kuan Yew. Dalam satu hantaran di laman Twitter, Tunku Azizah yang lebih dikenali ‘cheminahsayang’ dalam platform media sosial itu menarik perhatian bahawa baginda pada masa dahulu merupakan pembekal rasmi sambal belacan kepada Kuan Yew. Raja Permaisuri Agong masih menjadi pembekal sambal belacan ke republik itu dan kini dinikmati oleh anak mendiang Kuan Yew yang merupakan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong. Dilaporkan baginda dia hendak 'share' dengan rakyat Malaysiamelalui the official sambal belacan supplier to the Prime Minister of Singapore. Tunku Azizah pada masa sama turut berkongsi gambar sepucuk surat diutus oleh bekas Perdana Menteri Lee yang dimuat naik dalam akaun Instagram khas. Ada enam paket (sambal) belacan yang Tuanku berikan kepada saya sangat sedap. Saya menikmatinya bersama dua anak lelaki saya. Semuanya habis dimakan. Ia sambal belacan terbaik yang pernah kami rasai. Jika boleh keluarga saya mahu menikmatinya lagi. Maaf kalau menyusahkan. Sambal ini menjadikan banyak hidangan lebih sedap." tulis surat itu yang diterjemah dalam bahasa Melayu.


Dalam utusanborneo.com di laporkan '
Belacan Miri buah tangan 'rebutan' pelancong' memang sesuai di kongsikan kisahnya. Sebut sahaja nasi 'Lalapan' di Miri, pasti keenakan sambal belacannya yang begitu unik dan istimewa tidak akan dilupakan oleh sesiapa sahaja yang merasainya. Produk Belacan Miri yang menjadi bahan utama untuk memberi keenakan rasa sambal nasi Lalapan itu, menjadi buah tangan, 'rebutan' pelancong terutama dari Semenanjung untuk dibawa pulang. Istimewanya belacan Miri terletak pada rasanya yang lebih enak, selain mempunyai aroma unik sebagaimana belacan Bintulu dan Kuching yang juga terkenal dalam kalangan pelancong. Menurut pembuat belacan Suriani Abdullah (45) dakwa dimana kaedah tradisional dengan menggunakan alu dan lesung dapat menghasilkan belacan yang lebih enak. Bagi menjimatkan masa dan tenaga, sudah ramai yang menggunakan mesin penghancur untuk memproses ramuan utamanya iaitu udang geragau atau 'bubuk', namun cara tradisional dapat menjadikannya lebih harum dan sedap. Dia yang juga penjaja di Tamu Kedayan Miri, berkata kebanyakan belacan Miri adalah buatan tangan oleh suri-suri rumah dan tiada kilang memproses belacan di sekitar kawasan ini. Sekiranya dibuat dengan tangan, ia rasa lebih sedap dan aromanya lebih harum kerana kualiti udang geragau dipilih sendiri oleh pembuat-pembuatnya di rumah. Apa pun selalunya belacan Miri boleh didapati dalam pelbagai bentuk dari seberat 100gm, 150gm, 200gm dan 300gm dengan harga antara RM3 hingga RM10. Dalam kes lain ada seorang pengusaha belacan, Arnie Herman, 42 nyatakan dimana pada bulan Februari dan Mac adalah musim bubuk yang ditunggu-tunggu oleh pembuat belacan untuk mendapatkan bubuk lebih segar untuk menghasilkan belacan dan cencaluk. Pada ketika itulah pembuat-pembuat belacan akan menghasilkan stok-stok belacan dalam kuantiti yang banyak untuk dijual sepanjang tahun. Arnie berkata proses penghasilan bermula dengan mencampurkan udang geragau dengan garam kasar dan gula pasir. Udang geragau yang sudah dicampur dengan garam dan gula tadi diperap dalam tong satu hingga dua malam sebelum diramas bagi membuang air. Hasil perapan itu akan dijemur di bawah sinaran matahari dan ditutup dengan jaring halus untuk aspek kebersihan. Selepas dijemur selama setengah hari, geragau tadi ditumbuk di dalam lesung sehingga teksturnya sedikit hancur sebelum kembali dijemur keesokannya. Proses menumbuk dan menjemur itu perlu diulangi sebanyak tiga kali sehingga campuran geragau itu bertukar menjadi doh yang keras. Dia kini masih menggunakan kaedah tradisional untuk menghasilkan belacan berkata, setiap empat kilogram geragau boleh menghasilkan sekilogram belacan. Menurutnya cara pembuatan belacan memerlukan ketelitian dan bahan segar iaitu bubuk bagi memastikan rasa belacan lebih sedap. Apa pun dakeanya semakin lama belacan itu diperap atau disimpan maka aroma dan teksturnya akan lebih baik lagi, jangka hayatnya boleh menjangkau sehingga lima tahun bergantung kepada cara penyimpanan. Bahan asas bubuk perlu dijemur setiap pagi hingga lewat petang terutama dalam keadaan cuaca panas terik ketika ini bagi menghasilkan belacan yang berkualiti. Dia turut perlu memastikan udang geragau segar dan bersih dan langsung tidak boleh bercampur dengan anak ikan ketika ditangkap keluar bagi mengelakkan rasanya bertukar menjadi pahit. Bagi seorang penjaja di pasar Tamu Muhibbah, Doris Tiing dakwa belacan Miri adalah produk terlaris selain beras dan garam dari Bario. Dakwanya lagi dimana kebanyakan daripada belacan Miri dihasilkan dari rumah, ia tidak ditambah dengan bahan-bahan asing seperti monosodium glutamat (MSG) dan bahan kimia lain serta ia lebih enak kerana dibuat secara tradisional. Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di naca kesemuanya. Semuga artikel ini mampu dijadikan bahan bacan berguna kepada pemmbaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...

SAMBAL BELACAN... POPULA DAH LAMA...
MENAMBAH SELERA... BERSAMA ULAMNYA...
MUDAH DI BUAT... BELACAN MESTI ADA...
MEMBACA ARTIKEL... SUDAH INGIN UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(9 Safar 1447H).

Saturday, September 27, 2025

SAMBAL BELACAN DAN KISAH MENARIK (PART 1)

SAMBAL BELACAN (Shrimp paste sambal) merupakan satu hidangan sampingan yang biasanya pedas, masin dan dimakan bersama nasi atau pun ulam-ulaman. Sambal Belacan memang sangat popular dikalangan masyarakat Melayu di Malaysia kini telah pun diminati oleh bangsa lain seperti Cina, India, Iban dan lain-lain kaum. Pada masa ini sambal belacan telah dihidangkan di hotel-hotel antarabangsa, restoran-restoran terkenal malahan ia dihidangkan sebagai menu wajib di restoran tomyam ala-Thai. Sambal belacan mempunyai pelbagai jenis dan nama bergantung kepada lokaliti, kegunaan dan bahan asas yang digunakan. Saya dapati ada dipanggil Sambal Belacan Kelantan, Sambal Belacan Tomato, Sambal Belacan Ikan, Sambal Belacan Penang dan macam-macam lagi gelaran. Saya amat suka makan tomyam campur yang dihidangkan dengan sambal belacan dan ulam seperti kacang panjang dan timun direstoran ala-Thai yang terdapat dimerata lokasi. Sambal belacan juga boleh dicampurkan dengan bahan seperti tempoyak (durian paste) bagi menambah perasa dan kesedapkannya. Bagi mereka yang meminati sambal belacan pedas, lazimnya kita tambahkan cili padi atau juga dikenali sebagai cili api atau cabai burung ketika menyediakan bersama dengan cili besar. Ramai juga yang menambah rasa masam dalam sambal belacan dengan memerah limau kasturi atau limau nipis semasa sambal belacan dihidangkan. Selalunya sambal belacan akan dihidangkan sengan ulam-ulaman seperti timun, kacang panjang, ulam raja, daun selom, pucuk gajus, pucuk tenggek burung, terung pipit, pegaga, jantung pisang rebus dan macam-macam lagi (Lihat foto sebelah). Sambal belacan memang enak dimakan dengan ulam bersama nasi panas bersama laun pauk yang lain. Umumnya bahan-bahan yang perlu ada untuk membuat sambal belacan adalah seperti Cili Besar, Cili Padi, Buah Tomato, Bawang Kecil, Belacan, Asam Jawa, Garam, Gula dan Limau Nipis. Bahan-bahan tersebut perlulah ia disediakan secukupnya. Penyediaan sambal belacan secara tradisional adalah menggunakan lesung batu sementara teknik moden adalah dengan menggunakan pengisar eletrik (Blender). Pada saya sambal belacan yang dibuat dengan lesung batu adalah paling sedap rasanya kerana memang berbeza dibandingkan dengan sambal belacan dikisar dengan blender. Ini kerana cara cara dalam penyediaan belacan dalam lesung batu dapat melumatkan bahan-bahan asas tersebut dan rasanya asli kerana tidak dicampur dengan air seperti cara menggunakan blenderArtikel subuh Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" beberapa kisah menarik tentang sambal belacan untuk bahan bacaaan semua.


Bagi penulis blog dimana sambal belacan sedap merupakan pelengkap kepada lauk-pauk utama dimana dimakan selalunya adalah semasa waktu makan tengah hari. Ia boleh menaikkan selera walaupun dihidangkan bersama lauk yang mungkin semua orang digemari. Walaupun terdapat pelbagai resipi sambal belacan yang boleh di cuba bagi penulis blog dimana resepi sambal belacan tradisional merupakan antara yang paling sedap dan ia memang mengena di tekak ramai orang Melayu dan juga ada kaum lain yang meminatinya juga.  Ada banyak jenis sambal belacan iaitu daripada jenis sambal belacan tradisional sehingga kepada sambal belacan moden dengan pelbagai penggunaan bahan yang berlainan. Apa pun didalam  bahasa Inggeris makanan sambal belacan mungkin boleh dikategorikan sebagai bahan kondimen atau bahan perasa yang melengkapkan sesuatu hidangan utama. Selalunya sambal ini juga ia berfungsi menaikkan selera makan siang dengan cara menambahkan rasa pada hidangan dan juga sebagai bahan pencicah yang enak. Sambal belacan didakwa ia merupakan satu hidangan yang ringkas dan mudahuntuk disediakan di rumah akan tetapi ia tetap menjadi makanan ikonik kepada budaya orang Melayu. Dalam beberapa kajian mendapati jika fakta mengenai sambal belacan berkait dengan kewujudannya di kawasan kepulauan Nusantara yang begitu luas dimana ia terhasil pelbagai jenis versi dan juga resipi sambal belacan sedap mengikut budaya dan negeri masing-masing. Penulis blog yang sudah banyak mengembara di semua negara Asia Tenggara dan beberapa negara lain mendapati jika makanan seakan sambal belacang dengan ada banyak versi sambal belacan memang ia mempunyai keunikan dan rasa yang tersendiri. Di zaman ini kebanyakkan penyediaan sambal belacan sudah di permudahkan jika hendak di bandingkan dengan kaedah membuat sambal belacan secara tradisional menggunakan lesung batu atau alat Cobek kepada dengan menggunakan alat pengisar atau blender sahaja. Bagaimana pun memang banyak kelainan rasa di antara kedua kaedah menyediakan sambal balacan ini.


Memang jenis sambal belacan yang paling awal penulis blog tahu dan ada memakannya sejak kecil dulu adalah jenis SAMBAL BELACAN ALA-KAMPONG yang mudah di sediakan dan popular di mana sahaja. Walau pun namanya sambal belacan ala-kampong akan tetapi memang kini ia banyak di sediakan di kawasan bandar besar dan juga di banyak restoren dan juga hotel-hotel tertentu. Lazuimnya bagi membuat sambal jenis ini adalah ia merupakan jenis sambal belacan ini agak mudah dan menggunakan bahan yang lebih ringkas. Apa pun ssesuai dengan namanya dimana resepi ini dilaporkan ia adalah sambal bellacan yang lebih klasik dan boleh dikatakan sebagai resipi asas untuk sambal belacan apa lagi kalau di hidangkan didalam lesung batu bersama alunya (Sila lihat foto disebelah). Apa yang penting dimana perlu ada alat membuatnya seperti Lesung BAtu atau Cobek Batu agar ia memberikan citarasa sambal beacan sebenar. Bagi membuatnya perlu di sediakan beberapa bahan penting termasuklah beberapa tangkai cili api kamppong (ada yang di campur dengan cili merah besar) dimana jumlah serta jenis cili yang di gunakan akan menentukan tahap kepedasan sambal  tetapi boleh di sesuaikan mengikut citarasa. Mereka yang suka rasa lebih pedas boleh menambah lebih banyak cili padi dan mereka yang suka kurang pedas boleh guna cili api siam atau banyakann cili merah. Bahan lain yang mesti disediakan 1 inci belacan, setengah sudu pes asam jawa, 2 biji limau kasturi dan juga perlu ada 1 sudu besar gula pasir (boleh guna gula melaka dan sebagai jenis gula lain. Memang senang untuk membuat sambal belacan dimana awalnya mesti di bakar dahulu belacan untuk menaikkan rasa dan aromanya (Ada yang suka membeli dan menggunakan belacan siap bakar). Kemudian di dalam lesung batu atau cobel di tumbuk atau di lenyek semua jenis cili kampung sehingga agak hancur dan berlendir. Sebaiknya di syorkan agar jangan terlalu hancur kerana ia kurang enak hasilnya. Seterusnya dimasukkan belacan bakar dan teruskan menumbuk sehingga semua ketulan belacan hancur melumat. Kemudian di masukkan pes asam jawa ke dalam lesung dan seterusnya diperahkan jus limau kasturi dan di masukkan bersama ke dalam lesung. Langkah berikutnya adalah memasukkan gula. Kacau adunan menggunakan anak batu lesung dengan menggosok dan menenyeh sehinggalah kesemua bahan sebati dan gula menjadi larut. Dikalangan mereka yang suka lebih masin mama boleh juga di tambahkan sedikit garam jika mahu. Akhir sekali sambal belacan ini boleh di hidangkan bersama lesung batu di atas meja makan atau di pindahkan kedalam mangkok hidangan yang sesuai dan sedia di nikmati. 


Dalam majlis atau kenduri di kampong memang sering makanan nasi bersama lauk akan disediakan juga sambal belacan di kenali sebagai SAMBAL BELACAN ALA-KENDURI yang selalu juga ianya di sediakan untuk pelajar di asrama. BAgi penulis blog percaya ia di berikan nama sebegini sebab sambal jenis ini paling selalu di buat dalam jamuan kenduri seperti untuk makanan para perewang yang bertugas di majlis perkahwinan di kampong-kampopng yang di makan dengan sayur masak lemak nangka muda, ikan kering buu ayam yang popular di Johor. Penulis blog juga ingat ketika duduk di asrama Sekolah Menengak Teknik Johor Bahru (SMTJB) sekitar tahun 1975-1978 dahulu memang setiap minggu akan ada hidangan sambal belacan di kantin asrama ketika jamuan makan tengahari dan makanan ini pasti mengimbau kenangan saya ketika menikmati hidangan makanan tersebut sehingga kini. Membuat sambal jenis ini dirumah juga mudah sahaja kalau mempunyai bahan dan alatan mencukupi (tahap kekedasan adalah mengikut citarasa), 4 ulas bawang putih, ada setengah labu bawang Holland, 1 inci belacan, sedikit air asam jawa, 3 sudu besar cuka makan, sedikit garam dan sedikit gula oasir. Cara penyediaannya dengan membakar bawang putih, bawang Holland dan juga belacan diatas api dan kemudian di kisarkan bahan yang telah dibakar tadi bersama-sama cuka dan juga air asam jawa. Seterusnya boleh di tuangkan bahan yang telah dikisar ke dalam mangkuk. Langkah berikutnya adalah memasukkan sedikit garam dan gula dan di kacau sehingga sebati dimana ketika ini sudah boleh di ujirasa akan ia jika cukup rasa masin dan manisnya. Kemudian hidangan ini sedia untuk di hidangkan dan di nikmati dimakan dengan nasi putih, lauk pauk lain atau juga ulam-ulaman.


Setiap bulan memang penulis blog ada menikmati jamuan makan malam di Restorn Ala-Thai atau Restoren Tomyam diimana ada banyak menu disediakan termasuklah menu wajib iaitu SAMBAL BELACAN ALA-THAI atau ada yang memanggilnya sebagai 'Sambal Belacan Siam' yang menambah lagi akan selera memakannya. 
Dilaporkan di Malaysia dimana resipi sambal belacan sedap ini berinspirasikan daripada resipi Thailand dengan menggunakan bahan yang agak berlainan daripada sambal belacan klasik atau sambal belacan kampong. Apa pun menu yang biasa penulis blog order adalah Nasi Putih, Tomyam (berbagai jenis tomyam ikut selera), telur goreng, sayur kailan ikan masin, ikan siakap tiga rasa dan juga pastinya ada sambal belacan. Makanan Ala-Thai ini memang memberikan seua rasa seperti rasa manis, pedas, masam, lemak dan sebagainya. Bagi membuat sambal belacan Thai di rumah perlu disediakan bahan iaitu beberapa tangkai iaitu cili padi merah dan cili padi juga hijau Siam (tidak pedas), 2 inci belacan, setengah biji bawang besar, 1 labu bawang putih jeruk, ¼ keping gula nipah atau Gula Melaja dan juga 1 biji limau nipis. Bagu tujuan menyediaan boleh dibakar belacan terlebih dahulu. Kemudian boleh di masukkan kesemua bahan ke dalam mesin pengisar atau blender. Apa pun lebih enak jika semua bahan ini ditumbuk dalam lesung batu jika mahu. Petua penting sebelum dikisar adalah dengan memasukkan sedikit cuka makan dan juga garam. Masukkan juga sedikit air bertapis atau air masak untuk memudahkan proses mengisar.  Kisar sehingga kesemua bahan lumat dan sebati. Kemudian boleh di tuangkan ke dalam mangkuk dan perahkan jus daripada beberapa hirisan seperti limau nipis. Sambal belacan Siam ini sudah siap untuk dicicah bersama ulam-ulaman dan di makan dengan nasi putih serta laun-lauk lain. Bagi penulis blog dimana sesiapa ingin untuk membuat sambal belacan sedap tidaklah sesukar mana dan memerlukan hanyalah cuma beberapa minit untuk menyediakannya. Bagi penulis blog dimana apa yang penting adalah mesti tahu bahan asas untuk membuat sambal belacan. Apa pun bila sudah mahir maka sambal ini boleh disesuaikan dengan bahan alternatif atau tambahan lain yang boleh membuatkan sambal anda lebih enak. Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di naca kesemuanya. Semuga artikel ini mampu dijadikan bahan bacan berguna kepada pemmbaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...

SAMBAL BELACAN... POPULA DAH LAMA...
MENAMBAH SELERA... BERSAMA ULAMNYA...
MUDAH DI BUAT... BELACAN MESTI ADA...
MEMBACA ARTIKEL... KENALAH UJIRASA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(9 Safar 1447H).

Friday, September 26, 2025

BICARA TANAMAN HIASAN

TANAMAN HIASAN
(Ornamental Plant) adalah tumbuhan yang ditanam secara khusus untuk tujuan menghiaskan dan mencantikkan sesuatu kawasan seperti disekeiing rumah, pejabat atau taman bunga awam dengan memberikan nilai estetika dan suasana yang indah dan tersendiri. Tumbuhan ini boleh ditanam dalam pasu atau terus di atas tanah dan asas tujuannya adalah untuk mewujudkan pemandangan yang menarik dan memberikan ketenangan sesiapa melihatnya. Bagi penulis blog perlu di kongsikan akan beberapa ciri-ciri dan tujuan menanam tanaman hiasan. Pertama adalah faktur seperti kesan Estetika dan Keindahan dimana tujuan utama tanaman hiasan adalah untuk mencantikkan dan seterusnya ia menyerlahkan keindahan sesuatu ruang atau tempat. Kedua adalah melibatkan suasana sekitar sehingga ia membantu mencipta suasana yang indah dan menarik di dalam dan luar bangunan. Ketiga aspek ketahanan apabila pilihan jenis tanaman hiasan ditanam untuk tempoh jangka masa yang lama atau secara kekal bagi mengekalkan keindahan kawasan tersebut. Paling unik dimana aspek kepelbagaian menanam tanaman hiasan sebab ada pelbagai jenis tanaman hiasan iaitu termasuk pokok berbunga, pokok naungan, pokok renek, dan pokok yang menjalar. Penulis blog kongsikan akan beberapa jenis pokok hiasan iaitu terdiri dari Jenis Pokok Bunga dimana ia sesuai ditanam kerana bunganya yang berwarna-warni seperti jenis pokok bunga raya atau pokok kekwa. Kedua adalah Jenis Pokok Naungan iaitu jenis pokok yang ditanam dan pokok ini akan tumbuh besar dan ia juga merendang untuk memberikan teduhan seperti pokok beringin. Ketiga adalah pokok hiasan Jenis Pokok Palma dimana jenis ini ia hanya mempunyai satu batang utama dengan jambak daun di atasnya, seperti pokok pinang raja. Keempat terdiri daripada Jenis Pokok Menjalar atau Pokok Memanjat dimana jenis ini ia terdiri dari spesis pokok yang memerlukan sokongan untuk memanjat atau menjalar seperti pokok bunga ros Jepun. Akhir sekali jenis pokok hiasan yang kelima adaah Jenis Pokok Rekek (dwarf Plant) dimana selalunya jenis pokok atau tumbuhan ini adakah tumbuh renek dengan banyak batang dan cabang seperti  pokok bunga siantan. Apa yang penulis blog perhatikan hobi setiap individu terhadap tanaman hiasan adalah pelbagai dimana mereka memilih jenis tanaman yang banya berbunga atau berdaun berwarna warni, memberikan aroma bau yang bagus, tidak menyebabkan susah jaga apabila daun gugur dan pastinya dapat di beli dengan harga musah tetapi berkualiti. Imlu sains landskap sangat relevan dengan tanaman hiasan sehingga ada kursus di peringkat asas sehingga Phd mengenai arkitek landskap. Di MAlaysia dilaporkan dimaan diantara jenis tanaman hiasan yang lazim di tanam atau pihak nurseri sediakan adalah seperti Pokok 
Keladi (ada beratus jenis dari yang murag sehingga sangat mahal), Pokok Aglaonema, Tanaman Bunga Anthurium, Pokok Bungor, Pokok Kemboja, Pokok Palma, Pokok Bunga Ros Jepun dan banyak jenis pokok renek lain. Secara umumnya dimana antara jenis pokok hiasan yang mudah adalah pilihan ideal untuk mencantikkan ruang tanpa memerlukan penjagaan yang rumit. Beberapa contoh pokok yang mudah dijaga termasuk jenis pokok Sansevieria (Lidah Jin), ZZ Plant, Pokok Pothos (Sirih Gading), Jenis Aloe Vera, dan Spider Plant (Pokok Lelabah). Pokok ini tahan dilaporkan yang ianya adalah jenis lasak serta ia tidak memerlukan banyak air dan cahaya dan selalunya ia boleh membantu membersihkan udara. Apa pun perlu juga bagi orang kebanyakan untuk tahu beberapa jenis pokok hiasan yang mudah dipelihara sebagai panduan. Pertama adalah jenis pokok Sansevieria (Lidah Jin) dimana pokok ini sangat tahan lasak, boleh hidup dalam pelbagai keadaan cahaya, dan memerlukan sedikit air sahaja. Kedua adalah Pokok ZZ Plant (Zamioculcas zamiifolia) yang dilaporkan ia sangat tahan lasak dan tidak memerlukan penjagaan yang kerap. Ia juga boleh tumbuh baik di bawah cahaya malap. Ketiga adalaj jenis Pokok Pothos (Sirih Gading) iaitu sejenis tanaman merambat ini mudah dijaga, tahan pelbagai jenis cahaya, dan hanya perlu disiram apabila tanahnya kering. Keempat adalah Aloe Vera (Lidah Buaya) dimana pokok ini memerlukan sedikit air dan boleh tumbuh di bawah cahaya matahari langsung atau separa teduh. Gel dari daunnya juga boleh digunakan untuk kulit. Akhir sekali pokok hiasan yang mudah ditanam dan di jaga adalah Pokok Spider Plant (Pokok Lelabah Kerinting) sebab pokok ini adalah tahan lasak, tidak memerlukan banyak air dan tumbuh dengan cepat. Ia boleh menghasilkan anak pokok kecil di hujung batangnya yang boleh ditanam untuk menghasilkan tanaman baru. Di kongsikan dimana ada beberapa petua penjagaan mudah tanaman hiasan. Pertama pastikan untuk memiih lokasi yang sesuai nenanam pokok hiasan seperti pokok hiasan inni mendapat cahaya yang mencukupi walaupun pokok-pokok ini boleh tahan cahaya malap. Petua kedua adlaah jangan terlalu kerap menyiram sebab asasnya pokok-pokok ini hanya memerlukan aktiviti penyiraman apabila tanahnya kering. Ketiga petua yang perlu dipatuhi adlah membiarkan tanah kering dimana periksa kondisi sebelum menyiram semula iaitu tanah di dalam pasu kering sedikit untuk mengelakkan akar rosak atau reput. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai fakta tanaman hiasan untuk bahan rujukkan semua.


Bicara mengenai perkara ini penting dipastikana apakan dia asas tanaman hiasan ini menjadi tarikan di dalam atau di luar rumah. Ada orang yang suka meletakkan pokok hiasan dalam rumah atau dinding luar rumah yang hasilkan suasana t
ampak segar dengan adanya elemen pokok hidup yang menjalar. Apa pun premis kediaman rumah atau premis perniagaan yang dihiasi tanaman semula jadi sememangnya boleh menjadi penyeri dan mampu memberikan aura tersendiri kerana ia lebih nampak tenang serta mendamaikan. Bagi penulis bloh dimana kalau sebelum ini, tular apabila ada dalam kalangan semua pembaca blog yang mula menjadikan aktiviti menghias kediaman dengan tumbuhan hidup di dalam pasu bagi mengisi waktu santai kerana 'terperangkap' di rumah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa tahun dulu. Sebenarnya selain menanam pokok di dalam pasu dimana ada jenis tumbuhan jenis menjalar juga mempunyai daya tarikan tersendiri. terutama mereka yang tinggal iaitu di kediaman jenis teres. Memang ada terdapat pelbagai jenis pokok hiasan daripada kategori menjalar ataupun melekat pada dinding. Tanaman ini selain memberikan elemen yang menarik kepada ruangan dekorasi di kawasan kediaman dimana ia juga mampu memberikan kesan yang unik. Bagi penulis blog diman ada dua kategori pokok hiasan daripada jenis itu iaitu jenis memanjat di struktur yang disediakan khas seperti pergola ataupun gerbang dan juga jenis memanjat dan melekat di dinding. Bagi kategori pokok memanjat di struktur khas seperti pergola dan gerbang yang biasa digunakan di negara kita seperti Pokok Akar Dani (Quisqualis indica), Pokok Kesidang (Vallaris glabra), Pokok Bunga Kertas (Bougainvilla spp), Pokok Kerawit (Artabotrys hexapetalus), Pokok Cissus (Cissus sicyoides), Pokok Markisa (Passiflora edulis), Pokok Bauhina (Bauhinia kockiana) dan Pokok Bunga Telang (Clitoria ternatea). Apa pun bagi kategori pokok melekat di dinding mempunyai sistem akar perekat yang mampu melekat dan tidak memerlukan sokongan untuk melekat seperti Pokok Climbing Fig (Ficus pumila), Pokok Monstera (Monstera spp) dan Pokok Duit-duit (Epipremnum aureum) yang sesuai di tanam. Perlu di ketahui jika biarpun berada dalam dua kategori berbeza, namun penjagaannya sama seerti amalan agronomi untuk membuang daun yang kering dan berpenyakit, membuang dahan atau ranting yang patah dan kering, membuang atau pangkas pokok yang boleh mengganggu pemandangan. Sebaiknya lakukan pembajaan tiga hingga empat bulan sekali dan aktiviti penyiraman jika perlu sahaja dan aktiviti kawalan serangan penyakit dan serangga perosak dengan terkawal. Dalam masa yang sama orang ramai boleh mempraktikkan aktiviti penyelenggaraan tanaman hiasan dengan menggunakan peralatan perkebunan iaitu yang bersesuaian dan juga pakai sarung tangan selain pelitup muka sebagai langkah pencegahan kendiri. Jika menggunakan racun serangga untuk mengawal serangan perosak dan penyakit, pastikan menggunakan dos yang disyorkan dan tidak berlebihan. Pastikan untuk amalkan aktiviti membersihkan kawasan selepas melakukan aktiviti tersebut.


Tanaman hiasan adalah tumbuhan di tanam sebagai penyeri rumah sama ada berwarna hijau atau warna yang pelbagai. Apek krestiviti dalam menyusun atur pokok yang kemas menjadikan ruang yang terhad nampak luas dan lebih membahagiakan. Sebaiknya pokok hiasan yang ditanam di persekitaran rumah bukan sahaja memberi nilai estetika yang tinggi malah mampu menjadikan suasana persekitaran sejuk dan nyaman. Ada jenis tumbuhan hijau juga mampu membentuk landskap menarik di sesuatu kawasan dan pada masa sama menjadi terapi berkesan untuk kesihatan fizikal dan mental. Warna hijau selalunya akan mendorong semua yang menanam pelbagai pokok hiasan di sekitar kediamannya akan menjadi gembira. Apa pun perlu di pilih jenis pokok yang sesuai mengikut minat seperti jenis Frangipani, Calathea, Heliconia, Jeliti, Osmoxylon, Ophiogon, Loropetalum Chinense, Garcinia, Ruellia dan Podocarpus. Apa pun dalam ruang yang terhad perlu ada perancangan dimana kesemua pokok hiasan ini disusun atur dengan kemas dan teratur sehingga membentuk landskap yang unik serta menarik. Bahan seperti batu pijak, batu konkrit kecil dan rumput jenis Cow grass turut digunakan untuk menaikkan seri taman mini di rumah. Jika ada anak yang sedang membesar suka bermain di taman mini yang dibina sendiri memberi kegembiraan dan kepuasan yang sukar digambarkan dengan kata-kata oleh mereka yang terlibat membuatnya. Aspek mencantikkan kawasan tanaman hiasan ini bukan sekadar untuk mengindahkan kawasan malahan ia mampu memberi impak positif kepada penghuninya. Antara beberapa kelebihan pokok berwarna hijau adalah kediaman akan nampak lebih 'sejuk,' tenang dan lebih sedap mata memandang. Ramai kini sukakan kehijauan tumbuhan dan boleh dikatakan 98 peratus pokok di kediaman yang ada warna hijau lebih nyaman. Pokok yang mempunyai daun yang besar seperti Calathea dapat menyerlahkan warna hijau sekali gus menjadikan halaman nampak lebih segar dan tenang. Ada yang suka letakkan pokok Frangipani kerana mempunyai daun yang besar dan bunga berwarna merah dan amat seronok pada setiap kali melihat pokok ini bila ia mengeluarkan bunga selepas ia dijaga dengan baik. Pokok hiasan renej atau kecil seperti pokok Ophiogon, Osmoxylon dan Loropetalum Chinense yang ditanam sama ada di bawah naungan atau bersebelahan dengan pokok hiasan yang lebih besar lebih menyerikan pandangan. Mereka berminat akan membuat pengiraan bajet yang bersesuaian sebelum berurusan dengan kedai yang menjual pokok dimana boleh rujuk rakan atau dalam media sosial untuk menambah baik idea sedia ada sekali gus dapat membina landskap yang diperlukan. Apa pun perly di ketahui jika ciri-ciri pokok hiasan yang tahan lasak menjadikan penjagaannya lebih mudah dan ringkas dimana aktiviti seperti menyiram dua kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan petang sesuai di lakukan. Bagi memastikan pokok sentiasa sihat dan dapat membesar dengan baik disyorkan agar menggunakan baja penggalak akar pada setiap dua kali seminggu.


Penulis blog kongsikan petua bagaimana untuk menanam pokok hiasan terutama didalam rumah dengan mem
ilih pokok tanpa tanah sebagai panduan. Apa pun mereka yang sukakan akan keindahan, kedamaian dan ketenangan dalam rumah boleh membembina 'santuari' untuk diri sendiri dan keluarga menerusi penataan tanaman dalam kediaman antara konsep kian popular sejak kebelakangan ini. Bagi penulis blog dimana kalau tanaman hiasan dalam hanya mengisi satu atau dua sudut dalam kediaman akan tetapi zaman ini konsep itu sudah pun ianya dikembangkan menjadi latar utama dalam landskap untuk menata hias ruang. Apa pun konsep hiasan itu yang menumpukan kepada tanaman dalam rumah bagi tujuan untuk melengkapkan penataan untuk disesuaikan dengan konsep penggunaan perabot seperto kombinasi denga buluh dan kayu menghidupkan suasana alam semula jadi di ruang terbabit. Penting difahami jika tanaman dalaman atau 'indoor plant' sering menjadi pilihan peminat penataan landskap yang mana ada yang mahukan suasana semula jadi dalam kediaman mereka ada banyak pilihan. Berlaku banyak perubahan dan trend dimana semasa era pandemik Covid-19 ada ramai orang duduk rumah mula menceburkan diri dalam aktiviti menghias ruangan atau menanam tanaman hiasan. Asasnya dimana konsep menata hias ruang kediaman dengan tanaman hiasan bukanlah perkara asing apabila ramai melayari lamanweb atau sosial media untuk melihat hiasan sesuai. Kebanyakan dakwa jika tanaman hiasan yang di buat berikan impak baik untuk ekosistem dalam rumah dimana ramai mempercayai dengan kehadiran tanaman dalam boleh memperbaiki pengudaraan dan juga membersihkan udara. Apa pun sejauh mana akan keberkesanan amalan itu dimana ia setidak-tidaknya di fikir dari sudut lain ia pasti dapat mewujudkan persekitaran malar hijau yang menyegarkan mata sebab tanaman dalaman ini memiliki ciri-ciri tahan lasak dan mudah dijaga dimana ia akan menyebabkannya sesuai sebagai penyeri ruang dalam rumah kediaman. Bagi penulis blog dimana ciri dan sifat asli daripada tumbuhan hiasan dalaman ini selalunya dari spesis tumbuhan yang memerlukan kurang cahaya matahari. Tanaman ini juga aipilih berdasarkan habitat asal yang mana pokok hiasan dalaman ini selalunya pokok yang tumbuh di bawah pokok kanopi. Lebih menarik bila jenis pokok yang mempunyai ciri-ciri ini turut tahan lasak dan mempunyai pelbagai warna serta tekstur yang unik. Penulis blog akan memilih jenis pokok hiasan seperti Futura robusta, Begonia, Ficus lyrata, Petunia dan banyak lagi yang boleh hidup dalam rumah dengan baik. Selalunya apabila pokok hiasan seperti ini diletakkan dalam rumah dimana kemudian ia menyuntik beberapa elemen yang menyenangkan dan relaks. Apa pun memang tidak dinafikan fitrah manusia sukakan sesuatu yang semula jadi dimana dengan memasukkan elemen seperti menata hias dalam rumah dengan  menanam tumbuhan hiasan dilihat ia mampu menyuntik elemen 'therapeutik' dicari sebaik pulang ke rumah. Apa pun aspek susun atur dan pemilihan jenis tanaman  dalaman yang betul menjadikan rumah bukan hanya semakin cantik tetapi cukup selesa didiami. Kini variasi tanaman dalam rumah juga sudah dipelbagaikan dan bukan hanya dalam pasu semata-mata dimana kini ada tanaman dalam rumah boleh digantung. Antara ciri-ciri eksotik tanaman dalam rumah yang tidak memerlukan cahaya yang banyak menjadikan mudah diselenggara. Sebenarnya banyak tumbuhan hiasan dalam kediaman boleh dibeli dimana ada banyak spesies yang unik dan paling mudah cari pokok seperti Begonia, Lucky bamboo dan Spiderwort tidak memerlukan tanah dan boleh ditanam di dalam medium air. Kebanyakan medium untuk tanaman dalam rumah menggunakan konsep tanpa tanah iaitu dengab cara menggunakan sabut dan tanah liat yang sudah diproses. Aoa oub keadaan itu memberi kelebihan kepada pemilik kediaman yang mengimpikan tanaman dalam dan tidak mendatangkan kekotoran pada ruang terbabit. Kalangan peminat pokok hiasan ada yang mahu menata hias ruang dalam rumah dengan pokok hiasan berkonsepkan zero 'soil' atau pokok tanpa tanah dimana ia adalah satu inovasi dalam industri bagi merealisasikan konsep tanaman tanpa tanah apabila terdapat medium lain digunakan untuk tanaman terus hidup. bagi penulis blog dimana sesiapa gunakan konsep tanaman hiasan dalam rumah terutama pemilik kediaman lebih teruja dapat menghias rumah mereka tanpa perlu bimbang dengan keadaan tanah kotor dan sebagainya dimana selalunya banyak jenis tanaman hiasan dalam rumah tumbuh dengan perlahan. Boleh pilih jenis tanaman tidak perlukan cahaya banyak dimana proses pertumbuhan pokok dari jenis ini juga berlaku sangat perlahan. Aktiviti seperti kerja menyelenggara tidaklah rumit dan pertumbuhan pokok yang perlahan tidak membebankan pemilik kediaman untuk menguruskannya. Awasa dimana buasanya cuma pemilik masih perlu sekali-sekala didedahkan pada cahaya matahari bagi tanaman hiasan tersebut dilakukan secara sekurang-kurangnya seminggu sekali memastikan pokok hiasan dalam rumah terus sihat dan cantik. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAMAN HIASAN.... BANYAK JENISNYA...
JENIS NAUNGAN... ADA YANG BERBUNGA...
DI LUAR RUMAH... DALAM RUMAH PUN ADA...
IA MENYAMANKAN... RASA LEBIH BAHAGIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Desaru Utama,
Bandar Penawar, Kota Tinggi,
Johor,
Malaysia.
(3 RabiulAkhir 1447H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...