Support My Blog

Thursday, February 27, 2025

SEMBANG TENTANG BUAH KECUBUNG (Part 4)

POKOK KECUBUNG (Datura metel Linn) merupakan sejenis tumbuhan yang renek jenis herba semusim dalam famili Solanaceae yang selalau dikaitkan dengan kejadian seperti peribahasa 'mabuk kecubung' ada racun. Tumbuhan ini dipercayai berasal atau natif dari negra China. Penulis dapat melihat banyak pokok kecubung ini ditanam dikawasan taman dan pusat perlancongan di Pulau Jawa, Indonesia semasa beberapa kali penulis melawat negara tersebut. Dalam keadaan biasa ketinggian pokok Kecubung selalunya kurang daripada 2 meter. Batangnya agak keras berkayu dan cabangnya membentuk rumpun. Biasanya bunga kecubung membentuk serombong yang besar (seperti Bentuk Trompet) dimana ia boleh dijumpai dalam saiz dan warna-warna yang berbeza. Warnanya yang biasa dijumpai ialah seperti warna ungu dan putih. Bagaimana pun ada juga yang berwarna kuning dan oren bergantung kepada spesisnya. Buah Kecubung pula selalunya berwarna coklat dimana ia sering mempunyai duri-duri halus di luarnya. Pokok kecubung mudah dibiakkan dengan gunakan biji benih dan juga kaedah pembiakan vegetatif melalui keratan batang. Walau pun ada dikalangan kita yang teah kenal dengan pokok kecubung dan kesan dari tindakbalas memabukkan jika mengambil pokok kecubung tetpi masih lebih ramai yang tidak mengenalinya. Lazimnya pokok kecubung lebih banyak yang ditanam sebagai tumbuhan hiasan (ornamental tree) atau pokok pagar kerana bunganya yang cantik dan unik. Secara umumnya pokok kecubung mempunyai 3 jenis atau spesis seperti Jenis Pokok Kecubung Biasa, Pokok Kecubung Kecil dan ada juga Pokok Kecubung Putih (Datura stramonium). Saya ada menulis mengenai pokok kecubung dalam blog ini pada tahun 2016 (Sila klik Disini) dan pada tahun 2018 (Sila Klik Disini) untuk dirujuk. Artikel tengahari ini saya sembang dengan menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai pokok dan buah kecubung untuk berkongsi maklumat dengan pembaca semua.


Khasiat dari pokok kecubung terus disembangkan dimana yang ke 15 kecubung dilaporkan ia dapat Melawan Bakteria dan Kulat sebab ia mengandungi bahan Etanol yang terdapat dalam daun kecubung. Daun kecubung telah terbukti ada ciri kawal aktiviti anti-mikrobe yang kuat terutama terhadap bakteria dan kulat juga. Hasil kajian dilaporkan yang ekstrak daun kecubung memiliki potensi untuk melawan berbagai jenis bakteria dan kulat seperti Enterobacter sp, Micrococcus luteus, Pseudomonas aeruginosa, Escherichia coli, Staphylococcus aureus dan juga jenis Klebsiella pneumonia. Kandungan etanol dalam daun kecubung bekerja dengan cara menghancurkan dinding sel bakteria dan kulat tersebut dan ia akan menghilangkan air dari sel-sel tersebut sehingga bakteria dan kulat ini tidak dapat bertahan dan akhirnya mati. Apa pun kehebata kecubung dilihat ia dapat menjadi pilihan yang efektif dalam melawan infeksi oleh patogen bakteria dan kulat. Cara guna daun kecubung sebagai bahan asas dalam rawatan ini secara tradisional dapat memberikan alternatif yang lebih selamat jika dibandingkan dengan ubatan kimia. Namun begitu perlu diingat bahwa penggunaan kecubung sebagai bahan rawatan ini harus disesuaikan dengan dos yang tepat dan disarankan dapatkan nasehat pakar. Hebatnya yang e 16 dimana kecubung akan Mempercepatkan Penyembuhan Luka sebab ia mempunyai bahan Etanol dari dalam ekstrak daun kecubung. Hasil kajian mendapati dimana haiwan tikus Wistar menunjukkan setelah disapu dengan salap daun kecubung 10% dapat mempercepat proses penyembuhan luka jika dibandingkan dengan penggunaan salep Nitrofurazon 0.2 persen dimana kecubung mempunyai kesan potensi sebagai rawtan luka yang efektif. APa pun keberkesanan dari  bahan  kecubung dalam mempercepatkan penyembuhan luka masih memerlukan kajian lebih lanjut. Kajian ini memberikan harapan akan potensi kecubung sebagai bahan hebat yang dapat digunakan untuk mempercepatkan lagi penyembuhan luka pada manusia. Apa pun jika kecubung terbukti efektif sudah tentu ini akan membantu ramai orang yang mengalami luka dalam proses penyembuhan yang lebih cepat dan berkualiti.


Penulis blog paling suka membaca dimana kecubung adalah tumbuhan Anti-Nyamuk dengan cara menyapunya di badan untuk elakkan gigitan oleh pelbagai jenis nyamuk seperti Aedes aegypti, Anopheles spp dan Culex quinquefasciatus. Nayok jenis Aedes aegypti adalah spesis nyamuk yang menyebarkan virus DBD (Demam Berdarah -Dengue). Anopheles merupakan nyamuk yang menyebarkan penyakit malaria sementara Culex quinquefasciatus adalah nyamuk yang sering dihubungkan dengan penyakit filariasis. Apa pun dengan menyapukan ekstrak daun kecubung pada kulit didakwa ini akan dapat menghindari gigitan nyamuk yang berperanan sebagai penbawa penyakit yang berpotensi serius pada manusia. Keunggulan kecubung sebagai ubat sapuan ini dapat mengusir nyamuk asebab zat aktif yang dimiliki oleh ekstrak daunnya. Zat ini diyakini dapat mengganggu sistem saraf nyamuk sehingga nyamuk susah untuk menggigit atau mengganggu manusia. Penggunaan kecubung sebagai ubat sapuan ini dianggap lebih selamat dibandingkan dengan penggunaan bahan kimia komersil dalam ubat nyamok atau aerosol dari aspek kesan sampingan. Kecubung dapat menjadi pilihan yang baik sebagai alternatif murah dan berkesan untuk melindungi diri dari gigitan nyamuk dan penyakit yang ditularkannya. Perlu diingat bahawa kaedah penggunaan kecubung sebagai ubat sapuan ini harus tetap dalam dos yang tepat dan dengan memperhatikan keadaan kulit seseorang (tidak allaeri). Kehebatan ke 18 dimana pokok kecubung adalah sebagau Ubat Radang Telinga yang berkesan. Walau pun asasnya buah kecubung mempunyai reputasi sebagai buah yang berbahaya atau beracun tetapi didakwa ia juga memiliki sejumlah manfaat kesihatan termasuk rawatan radang telinga. DIlaporkan yang buah kecubung mengandung zat antii-nflamasi yang dapat membantu meredakan radang telinga sedang mengalami peradangan dan pembengkakan berpunca dari infeksi bakteria. Gejala umum radang telinga meliputi ngilu atau keluarnya cairan dari telinga, pendengaran yang terganggu, demam dan kehilangan nafsu makan. Kecubung didakwa ia boleh digunakan sebagai ubat yang dapat mengurangkan peradangan dan meredakan gejala radang telinga. Apa pun kajian mendapati yang zat antiinflamasi dalam kecubung bekerja dengan cara mengganggu pengeluaran bahan zat pembengkakan (prostaglandin) dan meredakan kesakitan. Kandungan antioksidan dalam kecubung juga membantu menangkal radikal bebas yang dapat mempercepatkan lagi proses penyembuhan radang telinga. Gunakan kecubung dalam bentuk ekstrak atau minum jus yang terbuat dari buah kecubung.  


Paling orag suka dengan dimana kecubung didakwa ia mampu untuk Mencegah Kanser sebab ia mempunyai zat dikenali 'Withanolides' yang mempunyai ciri sitotoksik atau maksudnya ia mampu membunuh dan menghalang proses pertumbuhan sel kanser. Kajian juga ada  menunjukkan bahawa kecubung juga mempunyai asas kemampuan untuk menghalang metastasis atau penyebaran sel kanser dari lokasi asalnya ke bahagian tubuh lainnya. Ini sangat penting dalam kaedah rawatan kanser dan perlu diingat bahwa masa ini kajian mengenai kecubung tersebut masih dalam tahap awal di makmal. Uji klinikal amat perlu dalam menilai keberkesanan dan keselamatan dalam cara penggunaan daun kecubung atau ekstraknya dalam rawtan kes kanser. Kajian awal dilaporkan potensi kecubung ada  potensi dalam mencegah dan mengurangi sel kanser sebab babah withanolides. Akhir sekali ke 20 dimana kecubung dilaporkan ia Meredakan Masaalah Sakit Sendi atau Ngilu dimana sejak dulu daun kecubung telah lama digunakan dalam rawtan cara tradisional untuk meredakan rasa sakit. Hasil kajian yang dilakukan pada tahun 2021 dari pihak iaitu dalam Jurnal Antioxidants dimana daun kecubung ada ciri Analgesik yang kuat. Kajian dilakukan pada tikus dan hasilnya menunjukkan bahawa daun kecubung mampu mengurangkan kes terhadap rangsangan kesakitan ini. Dilaporkan ekstrak daun kecubung diduga mampu menghalang sejenis enzim iaitu Siklooksigenase (COX) dimana jenis enzim ini terlibat dalam sintesis prostaglandin. Prostaglandin merupakan zat yang berperanan penting dalam proses peradangan dan rasa sakit. Apa pun dengan menekan pengeluaran prostaglandin dimana mekanisme ini dapat mengurangkan rasa sakit dan peradangan yang terjadi pada tubuh. Mengambil daun kecubung atau menggunakan ekstraknya secara topikal dapat memberikan rawatan ini sebagai satu alternatif. Artikel ini ditulis dalam lima (5) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 yang disyorkan untuk dibaca kesemuanya. Semuga artikle ini emberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!....

POKOK KECUBUNG...RAMAI TAK KENALNYA...
SIAPA MAKAN... MABUKLAH SUDAH PASTINYA...
BERFAEDAH... ADA JUGA PELBAGAI GUNA...
RAWATAN SEGERA... DIBERIKAN PETUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
24 Syaaban 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...