Support My Blog

Wednesday, February 5, 2025

SEMBANG TENTANG KELEDEK (Part 2)

TANAMAN KELEDEK
(Impomea batatas) merupakan sejenis tanaman umbisi dari keluarga Convoculaceae yang boleh menguntungkan petani jika mampu memberikan hasil yang berkualiti dengan kuantiti banyak. Tanaman keledek dipercayai berasal dari Bahagian Tropika Benua Amerika. Penanaman keledek di Malaysia dijalankan secara komersial terutama sebagai tanaman monokrop atau tanaman selingan dikawasan penanaman semula getah dan kelapa sawit sebagai usaha menambah pendapatan. Jabatan Pertanian merekodkan seluas 2,887 hektar keledek ditanam pada 2024 dengan penghasilan sebanyak 47,922 metrik tan (Sumber: Booklet keluasan tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2024). Negeri Perak merupakan pengeluar utama keledek di Malaysia dengan keluasan sebanyak 1,481 hektar dan menghasilkan sebanyak 27,422 metrik tan diikuti dengan Kelantan (577 ha), Selangor (157 ha) dan bakinya di beberapa negeri lain. Penulis blog mendapati dimana keledek merupakan sejenis tanaman umbisi yang menjalar diatas tanah dan mempunyai batang yang lembut. Daunnya berwarna hijau gelap dan ia ada yang berbentuk tiga segi. Bunganya berwarna putih kemerahan daan mempunyai akar serabut uang membentuk umbisi keledek. Buah keledek adalah umbiisi didalam tanah mempunyai pelbagai saiz dan warna bergantung kepada varieti. Di Malaysia terdapat beberapa jenis keledek yang disyorkan untuk di tanam mengikut keperluan pasaran dan minat petani. Antara varieti tersebut ialau Keledek Bukit Naga, Keledek Gendut (MSP 34), Keledek Vitato, Keledek Oren, Keledek Ungu, Keledek Lembayung (varieti baru oleh MARDI) dan beberapa jenis lagi. Tanaman Keledek perlukan kawasan yang panas dan cahaya matahari berterusan 3 bulan yang mencukupi. Tanah perlu lembab dan sesuai dikawasan tanah loam berpasir yang mengandungi bahan organik yang tinggi. Tanah gambut dan tanah bekas lombong juga sesuai untuk penanaman keledek dengan pengkayaan tanah tersebut. Pastikan kawasan mempunyai sistem saliran yang baik. Keledek sesuai ditanam diatas batas untuk tujuan pengurusan tanaman dan pungutan hasil. Batas disediakan berukuran 30-50 cm tinggi dan 0.8 -1.2 meter lebar. Benih tanaman dari keratan batang sepanjang 20-30 cm dari pokok induk varieti yang di syorkan dicucukan 10 cm dalam tanah . Ada juga kaedah penanaman dengan cara menggunakan umbisi atau biji keledek tetapi kaedah ini kurang produktif dan lambat. Jarak tanaman disyorkan ialah 1 meter x 0.3 meter bertujuan untuk memberikan kepadatan sebanyak 33,333 pokok sehektar. Buat penyiraman sekali sehari pada peringkat awal penanaman jika tidak hujan. Pucuk-pucuk muda yang belajar menjalar diatas batas perlu dialihkan kebahagian tengah batas untuk elakkan ianya mengeluarkan akar dan membentuk ubi. Biarkan umbisi keledek pada bahagian akar utama. Pengawalan rumpai dibuat menggunakan kaedah manual (Kawasan kecil) atau racun kimia terpilih. Pastikan racun rumpai tidak menjejaskan tanaman keledek. Pembajaan dijalankan berperingkat2 dengan baja kapur sebanyak 1.0 mt serta Urea sebanyak 57 kg/ha , Baja TSP sebanyak 70 kg/ha serta baja MOP sebanyak 55 kg/ha yang ditabur seminggu sebelum menanam. Sebulan lepas mananam kemudian tabur baja urea sebanyak 57 kg/ha. Hasil keledek biasanya dituai selepas 3-4 bulan selepas ditanam bergantung kepada varieti dan pengurusan dengan anggaran hasil sebanyak 18 - 25 metrik tan sehektar. Kaedah menuai keledek dilakukan dengan cara membuang daun-daun dahulu dan umbisi di korek dengan menggunakan cangkul dan menggali dalam batas. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan sembang fakta di media mengenai tanaman keledek untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Khasiat keledek terutama Keledek Unigu sesuai di sembangkan dan apakah 'Manfaat Kesihatan Ubi Keledek Ungu' jika di makan?. Bagi kebanyakan jenis makanan lengkap, lebih gelap dan lebih dalam warnanya, lebih tinggi tahap antioksidan. Ubi keledek dengan isi oren kaya dengan beta karotena (sama seperti lobak merah), manakala yang mempunyai isi ungu kaya dengan antosianin (seperti beri biru), sejenis flavonoid. Antosianin dikaitkan dengan penurunan risiko untuk banyak penyakit kronik. Apa pun dilaporkan keledek Ungu dapat membantu melawan penyakit dimana dalam satu kajian yang diterbitkan dalam The Journal of Nutrition, lelaki yang makan ubi keledek ungu dan bukannya jumlah ubi keledek putih yang sama setiap hari selama 6 minggu kurang mengalami keradangan, bersama-sama dengan paras karotenoid, antosianin dan asid fenolik yang lebih tinggi (semua antioksidan pencegah penyakit) . Dari masa ke masa, ini mungkin dikaitkan dengan menurunkan tekanan darah, menurunkan kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit jantung dan juga jenis kanser tertentu. (Ekstrak daripada ubi keledek ungu ditunjukkan dalam kajian untuk menghalang pertumbuhan sel-sel kanser payudara, gastrik, kolorektal dan prostat dengan kaedah iaitu menggalakkan kematian sel-sel kanser ini.) Keledek Ungu Menurunkan Tekanan Darah dimana ia akan membuatkan pemakannya sejuk seperti laporan satu kajian dalam Plant Foods for Human Nutrition mendapati bahawa dalam hanya 2 minggu mengambil 1 ubi keledek ungu sederhana setiap hari dan bukannya 1 ubi keledek putih sederhana, tekanan darah menurun dengan ketara. Ia didakwa akan Mengurangkan Gula Darah dimana ia didakwa mungkin lebih baik daripada keledek sepupunya yang lebih pucat dari segi kesan gula darah juga. Penyelidikan dalam jurnal Food & Function mendapati bahawa tahap antioksidan yang lebih tinggi dalam ubi berwarna gelap ini mungkin berkaitan dengan indeks glisemik (GI) yang lebih rendah. Walaupun ubi keledek dari semua warna mempunyai lebih banyak gula, ia sebenarnya dianggap “rendah” pada skala GI berbanding dengan ubi keledek putih biasa. Ini bermakna gula darah akan meningkat dengan lebih perlahan, menghalang lonjakan mendadak dan kemalangan seterusnya. (Penyelidikan menunjukkan tahap antioksidan yang lebih tinggi dalam ubi berwarna gelap ini mungkin berkaitan dengan GI yang lebih rendah. GI unit yang diukur pada skala 0-100, menunjukkan bagaimana makanan yang mengandungi karbohidrat boleh menjejaskan paras gula darah. Bacaan yang lebih besar daripada 70 dianggap tinggi. GI ubi keledek rebus ialah 46. Apa pun sebagai panduan cara makan ubi keledek dengan kulit untuk mendapatkan jumlah maksimum manfaat kesihatan. Kulit ubi keledek kaya dengan serat, antioksidan, dan nutrien seperti kalium, mangan, dan Vitamin A, C, dan E, yang semuanya boleh membantu meningkatkan kesihatan.


Sembang mengenai keledek diteruskan dengan laporan dimana '
MARDI perkenal ubi keledek varieti Lembayung' yang dipetik dari Bernama dan banyak media lain. MARDI sudH melancarkan ubi keledek varieti baharu 'Lembayung' yang dijangka mampu mengeluarkan hasil lebih 25 tan/Ha berbanding 20 tan/ha pada musim biasa. Dalam Majlis Pelancaran varieti tersebut sekali gus dapat meningkatkan pendapatan petani yang dijangka mampu memperoleh sekitar RM50,000 bagi satu hektar tanaman semusim, sekiranya jualan di ladang sekitar RM2 sekilogram. Petani boleh melipatgandakan pendapatan melalui penanaman dua atau tiga kali setahun. Dilaporkan dimana tempoh matang ubi berkenaan lebih cepat iaitu antara 91 - 105 hari selain mempunyai keistimewaan boleh dimakan segar malah turut sesuai diproses menjadi tepung dan pes untuk menghasilkan produk makanan. Diantaranya produk makanan seperti kerepek, roti dan minuman komposit pracampuran. Saya yakin, varieti berkenaan dapat membantu meningkatkan pendapatan petani dan pengusaha ubi keledek di seluruh negara khususnya di Kelantan, Perak dan Johor. Dilaporkan dimana kementerian pertanian turut menyasarkan 3,600 hektar keluasan tanaman varieti itu di seluruh negara dan daripada jumlah itu, lebih 500 hektar tanaman melibatkan kawasan di Kelantan. MARDI terus komited untuk berusaha melaksanakan serta menghasilkan teknologi dan inovasi baharu dari semasa ke semasa bagi membantu golongan petani di seluruh negara. Kerjasama erat akan terus dijalankan dengan semua pihak berkaitan daripada jabatan dan agensi di peringkat Persekutuan termasuk negeri dan berharap agar pihak pengusaha juga dapat terus menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.


Apakah dia '
Lembayo manis masam' yang dihasilkan oleh sekumpulan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Teknologi Makanan UniSZA menunjukkan inovasi baharu aiskrim menggunakan ubi keledek lembayung yang dicipta kumpulan mereka. Mereka berjaya mencipta sembilan inovasi produk baharu makanan berasaskan ubi keledek variasi vitato (isi oren) dan lembayung (isi ungu) sebagai usaha mendepani pembangunan teknologi makanan masa ini. Apa pun menurut Dekan Falkuti Biosumber dan Industri Makanan UniSZA Prof Dr Hafizan Juahir dakwa ciptaan dihasilkan menerusi Program Hari Pelancaran Produk Makanan Baharu 2024 itu membabitkan sembilan kumpulan pelajar dikehendaki mencipta produk berasaskan ubi keledek yang antara tanaman utama di ladang UniSZA Kampus Besut. UniZa bertujuan melatih untuk melahirkan saintis dalam bidang teknologi pemakanan dan pada masa sama mendidik mereka sebagai usahawan. UniSZA sentiasa berusaha untuk memastikan setiap produk dihasilkan penuntut dibawa masuk ke dalam pasaran. Antara ciptaan itu ialah LembaYo Ice Cream iaitu aiskrim atau konfeksi sejuk beku perisa ubi keledek dengan campuran yogurt, Sweetatto Bangkit (biskut berasaskan keledek lembayung), CheezyVitaball (bebola ubi keledek berkeju) dan Cutiebite Gummy Bear (gula-gula kenyal berasaskan ubi keledek oren). Ciptaan lain ialah Cheeky Chips (kerepek ubi keledek berperisa paprika), Dotato (donat sejuk beku berasaskan ubi keledek vitato), Sambal Gepto (sambal tumis ubi keledek), Vitatobokki (kuih beras ubi keledek) dan VitAtoff iaitu gula-gula karamel berinti ubi keledek. 


Pihak berkuasa '
MAQIS rampas ubi keledek tidak patuh syarat import' sesuai di kongsikan. Pihak Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) merampas 7,833 kilogram (kg) ubi keledek bernilai lebih RM142,000 kerana tidak mematuhi syarat import di pintu masuk Bukit Kayu Hitam, Kedah. Rampasan dilakukan hasil pemeriksaan yang dijalankan pada kontena yang masuk dari negara jiran kira-kira pukul 5 petang. Pemeriksaan MAQIS ada mendapati, kesemua ubi keledek yang diimport daripada Thailand itu tidak mematuhi syarat import yang sah seperti yang dinyatakan dalam permit, lesen atau perakuan. Kesemua barangan ini ditahan untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tidak melebihi enam tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya sekali. Tindakan oleh pihak penguatkuasaan undang-undang melalui operasi bersama agensi berkaitan akan terus diperkasakan bagi memastikan tumbuhan, karkas, ikan dan hasilan pertanian bebas daripada ancaman perosak dan penyakit berjangkit serta mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan. Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel iini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agroo technology kali ini. Wasallam!!!..
TANAMAN KELEDEK... MUDAH SAHAJA....
CUKUP 3 BULAN... AKAN DITUAI HASILNYA...
BANYAK KHASIAT... PILIH VARIETI MANA...
KELEDEK DI BELI... DIMANA SAHAJA ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(29 Jamadilakhir 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...