Support My Blog

Thursday, February 6, 2025

SEMBANG TENTANG KELEDEK (Part 3)

TANAMAN KELEDEK
 (Impomea batatas) merupakan sejenis tanaman umbisi dari keluarga Convoculaceae yang boleh menguntungkan petani jika mampu memberikan hasil yang berkualiti dengan kuantiti banyak. Tanaman keledek dipercayai berasal dari Bahagian Tropika Benua Amerika. Penanaman keledek di Malaysia dijalankan secara komersial terutama sebagai tanaman monokrop atau tanaman selingan dikawasan penanaman semula getah dan kelapa sawit sebagai usaha menambah pendapatan. Jabatan Pertanian merekodkan seluas 2,887 hektar keledek ditanam pada 2024 dengan penghasilan sebanyak 47,922 metrik tan (Sumber: Booklet keluasan tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2024). Negeri Perak merupakan pengeluar utama keledek di Malaysia dengan keluasan sebanyak 1,481 hektar dan menghasilkan sebanyak 27,422 metrik tan diikuti dengan Kelantan (577 ha), Selangor (157 ha) dan bakinya di beberapa negeri lain. Penulis blog mendapati dimana keledek merupakan sejenis tanaman umbisi yang menjalar diatas tanah dan mempunyai batang yang lembut. Daunnya berwarna hijau gelap dan ia ada yang berbentuk tiga segi. Bunganya berwarna putih kemerahan daan mempunyai akar serabut uang membentuk umbisi keledek. Buah keledek adalah umbiisi didalam tanah mempunyai pelbagai saiz dan warna bergantung kepada varieti. Di Malaysia terdapat beberapa jenis keledek yang disyorkan untuk di tanam mengikut keperluan pasaran dan minat petani. Antara varieti tersebut ialau Keledek Bukit Naga, Keledek Gendut (MSP 34), Keledek Vitato, Keledek Oren, Keledek Ungu, Keledek Lembayung (varieti baru oleh MARDI) dan beberapa jenis lagi. Tanaman Keledek perlukan kawasan yang panas dan cahaya matahari berterusan 3 bulan yang mencukupi. Tanah perlu lembab dan sesuai dikawasan tanah loam berpasir yang mengandungi bahan organik yang tinggi. Tanah gambut dan tanah bekas lombong juga sesuai untuk penanaman keledek dengan pengkayaan tanah tersebut. Pastikan kawasan mempunyai sistem saliran yang baik. Keledek sesuai ditanam diatas batas untuk tujuan pengurusan tanaman dan pungutan hasil. Batas disediakan berukuran 30-50 cm tinggi dan 0.8 -1.2 meter lebar. Benih tanaman dari keratan batang sepanjang 20-30 cm dari pokok induk varieti yang di syorkan dicucukan 10 cm dalam tanah . Ada juga kaedah penanaman menggunakan umbisi atau biji keledek tetapi kaedah ini kurang produktif dan lambat. Jarak tanaman disyorkan ialah 1 meter x 0.3 meter bertujuan untuk memberikan kepadatan sebanyak 33,333 pokok sehektar. Buat penyiraman sekali sehari pada peringkat awal penanaman jika tidak hujan. Pucuk-pucuk muda yang belajar menjalar diatas batas perlu dialihkan kebahagian tengah batas untuk elakkan ianya mengeluarkan akar dan membentuk ubi. Biarkan umbisi keledek pada bahagian akar utama. Pengawalan rumpai dibuat menggunakan kaedah manual (Kawasan kecil) atau racun kimia terpilih. Pastikan racun rumpai tidak menjejaskan tanaman keledek. Pembajaan dijalankan berperingkat2 dengan baja kapur sebanyak 1.0 mt serta Urea sebanyak 57 kg/ha , Baja TSP sebanyak 70 kg/ha serta baja MOP sebanyak 55 kg/ha yang ditabur seminggu sebelum menanam. Sebulan lepas mananam kemudian tabur baja urea sebanyak 57 kg/ha. Hasil keledek biasanya dituai selepas 3-4 bulan selepas ditanam bergantung kepada varieti dan pengurusan dengan anggaran hasil sebanyak 18 - 25 metrik tan sehektar. Kaedah menuai keledek dilakukan dengan cara membuang daun-daun dahulu dan umbisi di korek dengan menggunakan cangkul dan menggali dalam batas. Artikel subuh dingin ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan sembang fakta di media mengenai tanaman keledek untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Bagaimana ada petani yang 'Nekad tanam keledek walau berdepan ancaman tikus tanah' di Kuantan, Pahang sesuai disembangkan kali ini.
Bagi seorng pengusaha tanaman keledek di Kampung Air Hitam, Pekan dimana dia nekad mengusahakan tanaman itu walaupun berdepan dengan ancaman tikus tanah. Dia yang merupakan masyarakat Orang Asli Suku Jakun tetap meneruskan projek tanaman keledek jenis putih madu dan oren madu di di atas tanah seluas 0.8 hektar di kampung tersebut. Bagi Tan Boo Heng (31) dakwa ancaman tikus tanah bermula ketika pokok keledek peringkat sudah mengeluarkan hasil dan memerlukan perhatian berterusan jika mahu mendapatkan pulangan daripada penanaman terbabit. Dia dakwa modal yang digunakan untuk mengusahakan tanaman tersebut tidak banyak tetapi kos tambahan ialah untuk membeli racun tikus. Tikus tanah menyerang pada waktu malam dengan memusnahkan beberapa kilogram keledek matang menyebabkan saya berdepan kerugian. Dia menjalankan penanaman pada musim ini dengan kos iaitu sebanyak RM3,500 telah dikeluarkan termasuk kos racun tikus. Projek tanaman keledek diusahakan selepas selesai menanam pokok kelapa sawit dan kerja-kerja penanaman bermula dan kini ia sudah mengeluarkan hasil namun tidak dapat dipasarkan. Sebelum memulakan projek pertanian berkenaan dimana dia bersedia untuk berhadapan ancaman kumpulan babi hutan kerana kedudukan kawasan tanaman bersebelahan dengan hutan namun berlaku sebaliknya apabila haiwan itu tidak banyak merosakkan tanaman. Apa pun selalunya kumpulan babi ada masuk dalam kawasan kebun namun hanya untuk melintas sebelum ke kawasan hutan berhampiran serta tidak memusnahkan keledek. Hanya tikus tanah sahaja menggali dan makan keledek matang. Kami terpaksa menyediakan perbelanjaan tambahan untuk membeli racun tikus yang diletakkan di beberapa kawasan dalam kebun. Ada sebanyak 1,500 kilogram keledek yang sudah digali untuk dipasarkan. Harga yang diterima adalah mengikut sistem harga semasa bagi pasaran keledek dan selepas mendapat persetujuan daripada kedua-dua pihak. Ia juga membabitkan tanaman keledek jenis putih madu dan oren madu atau Jepun yang mengambil kira-kira tiga bulan untuk matang.


Menarik sembang dalam hmetro.com bertajuk 'Guna dua bakteria hasil keledek berkualiti' untuk di rujuk teknologinya. 
Kisah dari Kota Bahru dimana pohak KADA memperkenalkan dua jenis bakteria baik iaitu ‘endophyte’ dan ‘rhizosfera’ untuk meningkatkan kualiti tanaman keledek di negeri ini. Tanaman jenis keledek manis Jepun bukan bergantung kepada bakanya sahaja namun kualitinya ditingkatkan melalui dua jenis bakteria tersebut. Dari dulu Daerah Bachok khususnya sinonim dengan penanaman keledek dan pernah diketengahkan ialah produk jeruk salak. MARDI sedia bekerjasama dengan IPB di Bandung bagi mengenal pasti jenis bakteria atau kulat yang bersesuaian untuk meningkatkan hasil pertanian negara ini yang mana jenis bakteria itu ia berkemungkinan boleh dicari dalam persekitaran negara ini untuk menjadikan penanaman keledek manis Jepun menjadi lebih berkualiti dan mendapat harga yang baik di pasaran. Dilaporkan di beberapa negara lain penanaman keledek manis Jepun sudah di komersialkan dan dijadikan makanan penting dengan menggunakan amalan agronomi termasuk penggunaan bakteria berfaedah.


Tidak kurang menarik kisah dimana 'Warga emas hidup makan pucuk ubi keledek' yang dilaporkan dari Ipoh, Perak dimana sudah hampir 40 tahun yang sudah ditinggalkan suami apabila seorang warga emas dilaporkan dia hidup dalam kedaifan dan ada mendakwa hanya makan sayuran seperti pucuk ubi keledek yang ditanam sendiri. Warga Mas bernama Lee Chin Lan (68) dilaporkan dia makan pucuk ubi keledek dua kali sehari tanpa nasi kerana tidak mampu membeli beras. Dia yang lebih mesra dipanggil Ah Mooi hanya mendapat RM5 hingga RM10 sehari hasil jualan barangan terpakai yang dipungut sekitar kawasan rumahnya di Taman Sri Kurau, Bercham, Ipoh. Dia dilaporkan ada mempunyai seorang anak perempuan berusia 43 tahun, namun anak tunggalnya itu menghadapi masalah mental dan dirawat di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan sejak 16 tahun lalu. Dakwanya dahulu semasa anaknya masih sihat dan dia mampu bekerja sebagai tukang cuci tetapi selepas dia telah dimasukkan ke Hospital Bahagia kini dia sudah tidak lagi bekerja. Dia dakwa kalau ada duit maka dia akan beli (ubi) kentang, dimasak bersama sayur lain (yang ditanam) di belakang rumah atau petik sekitar rumah ini. Apa pun memang dia membesarkan anak perempuannya sendirian sejak sudah ditinggalkan suami. Sudah minta bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk anaknya atas status Orang Kurang Upaya (OKU) akan tetapi tidak dapat kerana anaknya kini di bawah jagaan pihak hospital. Kini dia bergantung hidup hasil jualan barangan terpakai dan ihsan rakan serta jiran. Apa pun dia berhasrat membawa pulang dan menjaga sendiri anak tunggalnya itu, namun dirasakan agak mustahil kerana kehidupannya yang serba kekurangan. Pihak MCA bersama pegawai dari Jabatan Kesihatan Daerah Kinta dan Ahli Jawatankuasa Perwakilan Penduduk melawat mak cik Ah Mooi dan menyampaikan bungkusan makanan Yayasan Bina Upaya serta membantu urusan permohonan bantuan JKM. Mereka memanjangkan bantuan dimohon dari badan NGO dan pihak kebajikan di Bercham untuk keperluannya dari segi fizikal dan mental agar dapat dijaga sukarelawan berdekatan, termasuk menolongnya kemas rumah yang penuh dengan barang terpakai. 
Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel iini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agroo technology kali ini. Wasallam!!!..
TANAMAN KELEDEK... MUDAH SAHAJA....
CUKUP 3 BULAN... AKAN DITUAI HASILNYA...
BANYAK KHASIAT... PILIH VARIETI MANA...
KELEDEK DI BELI... DIMANA SAHAJA ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(29 Jamadilakhir 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...