Support My Blog

Tuesday, February 18, 2025

CEMPEDAK GORENG - KISAH MENARIK!

CEMPEDAK GORENG
merupakan sejenis makanan gorengan daripada isi buah cempedak yang sangat enak di makan terutama semasa suam panas dan diminati ramai orang. Kini kuliner cempedak goreng sudah viral dan ada dijual di Pasar Malam, Pasar Tani, Gerai Tepi Jalan, Pasaraya dan outtlet lain atau buat sendiri dirumah. Bagi penulis blog Buah Cempedak (Artocarpus chempeden syn Artocarpus integer) merupakan sejenis buah tropika bermusim yang popular di tanam di Negara-negara Asia Tenggara seperti di Malaysia dan sesuai di sembangkan secara teknikal. Penulis blog sangat suka makan buah cempedak sama ada ia di makan segar atau lebih suka yang di goreng. Cempedak merupakan buah dari kelurga Keluarga Moraceae memang natif di Asia Tenggara terutamanya dari Malaysia kerana nama botaninya membawa kepada 'cempeden' atau dekat dengan 'cempedak'. Cempedak selalunya ia ditanam secara monokrop atau secara dusun campuran dengan jenis tanaman lain sebagai dusun bercampur. Terdapat seluas 5,765 hektar tanaman cempedak dengan hasil sebanyak 20,304 metrik tan di Malaysia dimana ia berkurang sebanyak lebih 5,500 hektar berbanding dengan keluasan tahun 2012 begitu juga hasilnya. Kawasan utama tanaman cempedak di Malaysia adalah berada di Sarawak (seluas 2,590 ha dengan hasil sebanyak 6,634 mt) diikuti dengan Kedah (seluas 769 ha dengan hasil 3.457 mt) dan juga Johor (seluas 436 ha dengan hasil pengeluaran sebanyak 2,597 mt) berdasarkan laporan oleh Booklet Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia (2023). Berdasarkan kajian peribadi penulis blog dimana kebanyakan varieti cempedak yang ditanam adalah jenis tempatan seperti Varieti Paya Jaras (CH26) yang mana anak benihnya dibeli daripada pihak nurseri swasta, bantuan dari Jabatan Pertanian atau rakan sekampong yang menanam cempedak. Walau pun Terengganu tidak tersenarai sebagai negeri yang luas menanam cempedak akan tetapi kalau melalui kawasan Sg. Tong akan jumpa banyak gerai menjual cempedak apabila tiba musimnya. Selain di makan segar selalunya makanan 'Cempedak Goreng' adalah kuliner yang sangat popular di seluruh negara dimana prlanggan akan berbaris untuk membelinya sama ada di pasar malam, pasar tani dan pesta keramaian. Cempedak juga boleh diambil sebagai jus cempedak, buah dalam tin, pes cempedak dan sebagainya (yang kebanyakannya diimport dari luar negara). Lazimnya buah cempedak yang bermusim dan kemudian menghasilkan buah dari bulan Jun - Ogos setiap tahun bergantung kepada lokaliti. Artikel pada subuh Raya Cina 2025 ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai kisah dan fakta buah cempedak goreng untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua.


Teknik menggoreng buah cempedak yang sudah masak dan berbau wangi perlu di kongsikan faktanya. Merujuk kepada beberapa pengusaha yang menanam, menjual dan menggoreng buah cempedak dilaporkan ada 
3 resipi cara membuat Cempedak Goreng yang mana ia pasti rangup walau pun sudah sejuk. Bau buah cempedak dan cempedak goreng pasti memikat selera sesiapa sahaja yang menghidunya. Menu cempedak goreng amat sesuai dibuat sebagai kudapan bagi minum petang atau sarapan pagi atau dimakan bila-bila masa sahaja. Ada beberapa resepi cempedak goreng yang rangup walaupun sejuk yang boleh dirumah dalam artikel ini. Bagi penulis blog buah cempedak goreng merupakan antara menu atau kuih-muih klasik yang sangat digemari oleh pelbagai lapisan usia dan kaum dimana sahaja. Apa pun jika ia sedang digoreng dimana buah ini akan mengeluarkan bau semerbak yang sangat wangi sehingga boleh menarik orang untuk makan atau membelinya. Selalunya cempedak goreng ini agak sukar untuk dijumpai tidak seperti pisang goreng atau keropok lekor sebab penghasilan buah cempedak adalah bermusim dan ia tidak boleh didapati sepanjang tahun. Penulis blog tahu jika buah cempedak kin dijual dengan harga yang agak tinggi di pasaraya, pasar malam, gerai buah-buahan dan juga secara on-line (kadang-kadang ada). Di Pasaraya Mydin melaka penulis blog beli sebiji buah cempedak kecil (sekitar 800 gram) dengan harga RM18 sebiji dan kemudian membelinya di gerai buah tepi jalan iaitu sekitar 2 kg berharga RM28 sebiji. Selain makan segar dimana buah ini kemudian di goreng di rumah dan menikmatinya. Secara umumnya apa yang penulis buat adalah 'Resepi Bunda' iaitu menggunakan bahan seperti 1 cawan tepong gandum, ⅓ cawan tepung beras, 1 cawan air, 3 sudu besar minyak masak yang telah dipanaskan, garam, serbuk kunyit dan juga isi buah cempedak yang manis (jika isinya besar di potong dua). Cara membuatnya di keluarkan isi buah cempedak berhati-hati (elakkan ia hilang bentuk) dan diasingkan. Dalam bekas bancuhan d imasukkan kesemua tepung gandum dan tepung beras kdan dimasukkan sekali serbuk kunyit dan juga garam. Masukkan air sedikit demi sedikit agar tepung dapat digaul dengan sebati. Jika tepung terlalu kental maka perlu di tambahkan sedikit air. Kemudian dalam kuali dipanaskan minyak di dalam kuali untuk menggoreng. Apabila minyak telah panas maka boleh di masukkan 3 sudu besar minyak tersebut ke dalam bancuhan tepung dan kacau sehingga rata. Setelah itu, ambil buah cempedak dan celupkan ke dalam tepung satu persatu. Masukkan ke dalam kuali sebiji demi sebiji untuk mengelakkan ia melekat dan digoreng sehingga tepung masak dan rangup. Kemudian ia diangkat, toskan dan siap untuk dihidang bersama ahli keluarga.


Tidak rugi jika di kongsikan fakta penting mengenai kehebatan dan khasiat buah cempedak segar atau cempedak goreng. Bagi penulis blog dimana jika b
ercakap tentang buah tempatan eksotik ini iaitu cempedak adalah antara buah tropika kegemaran masyarakat Asia Tenggara khususnya Malaysia. Bila di makan ia mempynyai rasa yang manis dan berlemak serta ia sentiasa menjadi pilihan santapan tidak kira waktu atau semasa musim banyak dijual. Apatah lagi jika isi buah cempedak ini digoreng dengan tepung beras sebagai adunan dimana ia tentunya sangat mengiurkan dengan aroma kuat dasa yang manis. Penting juga di kongsikan akan fakta buah cempedak. Pertama adalaha ia adalah Baik Untuk Mata sebab dilaporkan yang buah ini kaya dengan vitamin A. semua selalu dengar vitamin A terkandung banyak dalam lobak merah dan dilihat yang buah cempedak juga mengandungi vitamin ini dimana ia penting dalam mengekalkan kesihatan mata dan kornea. Paling penulis ingat adalah dakwaan buah cempedak da cempedak goreng memang ia Membantu Pergerakan Usus apabila kandungan serat dalam buah ini dapat membantu meningkatkan kesihatan serta pergerakan usus. Biji buah cempedak juga mengandungi serat dimana ada laporan ia boleh diproses menjadi tepung sebagai alternatif kepada tepung roti. Selalu juga penulis blog makan biji cempedak yang telah direbus. Memang khasiat terbaik dakwaan buah cempedak dan cempedak goreng manjaga Kesihatan Jantung apabila kandungan bahan Antioksidan, Serat dan vitamin C yang merupakan sebahagian daripada kandungan cempedak membantu dalam mengekalkan kesihatan jantung. Potasium yang tinggi pula mampu merendahkan tekanan darah. Vitamin C juga membantu mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. Semua ini membantu meningkatkan kesihatan jantung. Tahukah semua jika buah cempedak didakwa mampu Merawat Malaria sebab ada beberapa bahan kandungan pada buah dan kulit cempedak seperti Artioindonesianidin dan heteriflavon C didakwa membantu mencegah serta merawat sejenis demam berdarah bawaan nyamuk, iaitu malaria. Seterusnya ke 5 dimana buah cempedak membantu dalam Mengawal Berat BadanBuah cempedak memberikan rasa kenyang dalam tempoh yang lama disebabkan kandungan serat yang tinggi. Ini akan membantu mengurangkan rasa ingin makan seterusnya mengurangkan jumlah kalori yang diambil. Walau bagaimanapun, jika anda mengambilnya dengan banyak setiap hari, jangan terkejut pula kalau berat badan anda meningkat. Ia juga didakwa dapat membantu memberikan rasa kenyang dan mengurangkan pengambilan makanan lain, bukannya menurunkan berat badan secara tidak langsung.


Banyak media tempatan laporkan kes '
Ditegur jual mahal, peniaga yang berang maut dipukul lelaki' yang berlaku di Taping untuk bahan bacaan. Apa pun dilokasi kejadian di sebuah gerai di Assam Kumbang, Taiping, Perak insiden yang menyaksikan seorang peniaga maut dalam pergaduhan dengan pelanggan agak unik. Akibat berang akibat ditegur kerana menjual cempedak goreng pada harga mahal, seorang peniaga maut dalam pergaduhan dengan pelanggan di gerai miliknya berhampiran kedai serbaneka menjadi kes kriminal. Menurut Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Razlam Ab Hamid nyatakan berikutan insiden tersebut polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 40-an bagi membantu siasatan. Polie telah menerima laporan insiden ini berhubung pergaduhan itu pada jam 4.15 petang. Isu ini atau kejadian berpunca daripada mangsa berusia 50-an yang juga peniaga cempedak dan pisang goreng yang menengking pelanggannya kerana kes menegurnya menjual terlalu mahal. Susulan tindakannya itu kemudian sudah berlaku pergaduhan membabitkan mangsa dan pelanggannya sehingga menyebabkan dia maut dipukul di lokasi kejadian. Turut dirampas dimana sebuah topi keledar dan tiga batang kayu yang telah patah dimana suspek juga ia didapati positif dadah morfin dan ditahan reman tujuh hari. Insiden tersebut berlaku pada jam 9.45 pagi dan pihak Hospital Ipoh (Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh) ada mengesahkan mangsa maut akibat sakit jantung dan kecederaan tisu lembut pada badan. Siasatan lanjut masih dilakukan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Terdahulu, tular mengenai pergaduhan itu di aplikasi TikTok 'Azam Aziz' yang mengatakan mangsa maut selepas pergaduhan dengan pelanggan yang dikatakan membelek pisang gorengnya dengan tangan. Bagaimanapun pihak polis menafikan perkara itu dan menyatakan pergaduhan dipercayai berpunca akibat mangsa memarahi pelanggan yang menegurnya kerana menjual cempedak goreng pada harga mahal. Semuga biaj cempedak akan populsr fsn fiperluaskan penanammnya di Malaysia. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
CEMEDAK GORENG...ADUH ENAKNYA...
BERBAU HARUM...DIMANA SAHAJA ADA...
DI MAKAN PANAS...HEBAT KHASIATNYA...
MEMBACA ARTIKEL... TERINGIN JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(29 Rejab 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...